BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 24, 2009

dugaan

dihari raya
terkenang daku kepada si dia
kampungku indah nun jauh di sana
ayah serta bondaku

hari ni nak masuk 3 hari berpuasa.aku masih berpuasa.heh.dendangan lagu raya sebagai santapan telinga.konon-konon dok jauh ngan keluarga.padahal celik je mata dah nampak mak.dengar pon tak feeling sangat.tak sabar nak raya weh.excited!


arini nak makan ape eh?makan kat luar pon best gak.mak, benarkan along buka di luar hari ni eh.terima kasih mak.sejak hari pertama puasa, aku tak banyak cakap sebab kat umah kan.nak mengelak batok sebenanye.TAPI bila kat kolej, takkan nak diam je dalam kelas.maka aku jalani hari-hari bekerja seperti biasa.membebel sangat wajib sekarang ni.suara adalah aset terpenting kami [para pensyarah].

sesuci...di hening subuh sunyi
sesuci...terdengar nurani
sesuci...salam untuk Illahi
bagaikan memanggil insafi pada diri


terbayang video klip lagu ni.siti dok tengah sambil nyanyi dan dikelilingi 4 penari yang tak berapa pandai menari.spoil la.huhuhu.siti tetap MALATOP y'all!setiap pagi bangun sahur, mak yang masak makanan [setakat ni.mane tau esok lusa aku pulak kan].bukan taknak tolong mak masak, tapi mak yang taknak ditolong [alasan].so aku tolong la buat keje lain.bukan bangun pastu terus makan je.kalau tak malu, buatlah camtu.heh.kalau ikut aku, memang tak bangun sahur la.minum air pastu sembahyang pastu tido.nak buat ape lagi?kalau setakat nak kemas almari baju yang memang dikongsi bersama adik-adik tersayang, bangun pukul 10 pon boleh.


petang-petang g bazaar Ramadhan kat pesta.wo ramai sangat orang.nak jalan pon boleh terdosa kat situ.mane tak, tersentuh sane, tersentuh sini.demi sesuap nasi [ececeh], aku teruskan gak merentas kesibukan orang yang terlalu ramai tu.aku suka beli kebab kat abang botak.sedap sedap.kuih akok sekeping 50sen wajib beli untuk mak.ni lah rahmatnya ramadhan, kita boleh makan macam-macam tapi jangan ikutkan nafsu ye.beli yang berpatutan sahaja.nanti membazir pulak.


bile dah nak buka je, mesti nak bukak TV1.konon nak dengar azan padahal tu untuk waktu KL.walaupon bawak kete KL,jangan sesuka hati nak buka ikut waktu KL.perasan la tuh.ngeh.makan makan.wah kenyang.dah dah.g solat sane.terawikh jangan lupe!!!


then before tido, niat dulu.selamat malam.tomorrow will be the same.for another 27days.26 days.25 days.24 days.23 days.22 days.21 days.20 days.19 days.18 days.17 days.16 days.15 days.14 days.13 days.12 days.11 days.10 days.9 days.8 days.7 days.6 days.5 days.4 days.3 days.2 days.1 day.SELAMAT HARI RAYA!!!


sempena ramadhan ni, aku harapkan:
  • keluarga kami semakin bahagia dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.
  • mendapat rezeki yang berkat dari Tuhan.
  • batok ni boleh baik sepenuhnya.
  • H1N1, please go away!
  • hubungan dengan kawan-kawan+him bertambah baik selamanya.
  • puasa penoh.
  • kawen.lalalalalaaaaa~


semoga bulan ni boleh memberi sebaik-baik nikmat dunia & akhirat pada kita semua.jangan sia-siakan.baru la seronok nak raya.makan rendang daging mak masak, ayam tomato mak masak,lodeh mak masak, serunding ikan mak masak, kuah kacang mak masak.nyum nyum.hehe.puasa leklok ye~





10 tukang tilik:

Waniey said...

oi cik kak.. serunding angah yg msk.. mcm nak gle gaul tau smpi kering.. =P

RAIFANA ABDULLAH said...

la ye ke.salah pulak.tgk ni, along betulkan :

makan rendang daging along masak, ayam tomato along masak,lodeh along masak, serunding ikan angah konon2 masak =P, kuah kacang along masak.betul tak.hah!

Waniey said...

xbetul.. lau thn nie betul2 pe salahnyer kan.. biar mak rehat jer.. along msk k.. angah gaul serunding jer.. t angah ckp kat mak.. =P

RAIFANA ABDULLAH said...

jangan derhaka.tak baik tau!!!

Anonymous said...

lama lagi nak raya sudah kira hari~

oh..jgn lupa sediakan duit raya juga..hehe..

RAIFANA ABDULLAH said...

hehe.excited lah~

duit raya???hah mane2???

ima said...

kita beraya di "perantauan" la nanti rai..

SUPER TAK BEST!!

RAIFANA ABDULLAH said...

ima : nak nangis lagi boleh x?!??!

Unknown said...

sabo rai... perantauan pun tak jauh sgt. tang harapan tuh..

1. puasa penoh- boleh ke rai? x confident la.
2. kawen - hehehe jgn cakap ajer yer...

RAIFANA ABDULLAH said...

en.wandi : insya-Allah boleh.huhu.pasal kawen tu kene tunggu pihak yang berkaitan.heh =P