BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 02, 2010

Day 01: Ten random facts about yourself.

may i change the title into "Day 01: Ten random facts about my beloved father"? boleh la eh. saya rindu kat ayah sangat nih.


so let me tell you randomly about my father, ABDULLAH BIN AWANG :)
  • secara fizikalnya, ayah seorang yang tinggi, gelap dan kacak. orang putih kata, tall, dark and handsome. hehe. hidung ayah besar tapi mancung macam hero hindustan auwww, mata ayah kecik tapi tak sepet, bibir ayah seksi kau tahu :P saya mewarisi kesemuanya kecuali hidung saya agak kemek sebab ikut mak dan kulit saya cerah, ikut mak juga. heh. oh lagi 1, rambut saya lurus macam rambut ayah :) pada pandangan mata seni saya, ayah manis orangnya. ada orang kata muka ayah macam ahmad nawab. emh ada skit kot. 

  • ayah seorang yang sangat sangat minat bersukan. ayah join olahraga, ayah join bola sepak, ayah join bola tampar dan yang terbaru, ayah join futsal. mungkin sebab tu la ayah saya kurus je. saya tak kurus. saya gemok :) saya masih ingat, ayah rajin datang sekolah tengok saya bersukan tapi ayah tak suka datang sekolah kalau ada mesyuarat PIBG. heh. ayah belikan saya spike shoes untuk acara 100 meter. ayah kata, lari laju-laju macam kena kejar anjing. haha. ok ayah, menurut arahan! kalau ayah tengok perlawanan bola sepak, ayah la paling senyap. tak macam iwan dan amir yang terjerit-jerit tak siuman. saya pon bising padahal tak tahu apa-apa. lalalalalaaaa~

  • makanan faveret ayah adalah asam pedas. saya pon suka juga. hehe. dulu, kalau kami makan kat luar, ayah jarang order makanan sebab ayah akan abiskan makanan kami adik beradik. bila kami dah besar dan boleh abiskan makanan, ayah order la makanan yang dia nak makan tapi jarang ayah abiskan sebab kami pulak yang abiskan makanan ayah :P

  • ayah seorang yang penyabar, paling cool dan baik hati. kalau ayah marah, ayah tak banyak cakap. ayah guna lirikan mata untuk marah kami adik beradik. panahan mata ayah yang tajam tu sudah cukup untuk kami adik beradik paham maksud ayah. haha :)

  • kami adik beradik dan mak merupakan keutamaan ayah. seriuosly, ayah sanggup buang dan abaikan orang sekeliling ayah demi kami semua. ayah juga sangat supportive. apa sahaja yang saya lakukan mendapat pandangan positif dari ayah. cuma ayah tak suka saya marah adik-adik pastu bebel banyak-banyak. ayah tak pernah cakap tak suka tapi ayah pernah bagi satu raut wajah yang saya paham bahawa dia tak suka saya buat macam tu. hebat kan ayah? hehe :)

  • ayah suka tengok cerita perang. saya tak minat langsung cerita camtu. kalau ayah sedang tengok cerita perang, saya akan cepat-cepat suruh ayah tukar channel lain. ayah tak reply apa-apa pon. bila saya pandang muka ayah, ayah akan bagi satu raut wajah *sekali lagi* yang bermaksud TAK BOLEH. memang ayah saya macam tu. mungkin ayah nak jaga hati saya atau ayah taknak terkasar dengan saya. haih. saya kalah la camni. maka saya pon tengok lah cerita perang tu dengan ayah :)

  • saya suka tengok cerita lama-lama dengan ayah. contohnya macam cerita lakonan P.Ramlee. ayah terer kalau mengajuk skrip dalam cerita tu. pastu ayah gelak. saya gelak jugak bukan kerana P.Ramlee, tapi kerana ayah. comel kot. hehe :)

  • penyanyi faveret ayah adalah ramlah ram . mak selalu cakap camni, " tu hah penyanyi faveret ayah kau". ayah sengih je. tapi tak pernah pulak dengar ayah nyanyi lagu ramlah ram. heh. lagi 1, ayah minat kumpulan the scorpions. kalau terdengar lagu dari kumpulan tu, ayah akan humming je sebab ayah tak berapa tahu lirik lagu nya. part chorus je kuat. haha. ayah ayah :)

  • kalau korang semua nak tahu, ayah saya ni seorang yang penyedih. pernah sekali tu saya tengok filem Kabhi Kushi Kabhi Gam dengan ayah, tetiba terpandang muka ayah pastu nampak air mata ayah mengalir. saya pon nangis jugak sebab ayah menangis. heh.

  • ayah suka kaler biru :)

  • ayah saya tak kelakar. jarang sangat lawak ayah menjadi. kadang-kadang saya confuse, ayah buat lawak ke tidak. haha. 

  • ayah suka budak-budak. tak kira la anak sapepon, ayah suka dokong bawak budak tu jalan-jalan. pastu suruh budak tu cium ayah. ayah bahasakan diri sebagai atok :) 

tu la serba sedikit pasal ayah saya. 


actually, saya PERNAH ADA ayah. selasa lepas, 26 OKTOBER 2010, saya dapat panggilan dari mak petang tu. mak kata ayah pengsan kat tempat keje. seriously takde rasa bimbang langsung dalam hati saya ni. saya hanya sangka ayah cuma sakit biasa. mak ajak ke hospital tangkak tengok ayah. saya, angah, mak & atin bergerak dari batu pahat lebih kurang jam 445 petang. 


dalam perjalanan ke sana, kami tak berbual macam selalu. masing-masing melayan perasaan. sesekali hp mak bunyi sebab kawan ayah call tanya kami dah sampai mana. lebih kurang jam 620 petang, kami sampai kat hospital tangkak. saya berharap dapat jumpa ayah dan tanya ayah ok tak. tapi apa yang saya nampak hanya sekujur tubuh kaku yang diselimuti kain putih. saya tak dapat nak tanya ayah apa-apa pon. angah dan atin tak dapat menahan kesedihan. mak pulak sangat tenang berjumpa pegawai perubatan yang mengesahkan pemergian ayah. saya? hanya mampu menenangkan angah dan atin sambil menguatkan diri menerima kenyataan.


iwan di perak dan amir di kota tinggi sudah dimaklumkan tentang berita ini. sedara mara serta rakan-rakan terdekat sudah tahu tentang hal ini. jenazah ayah dimandikan dan dikafankan di hospital tangkak. lebih kurang jam 920 malam, kami bergerak pulang ke batu pahat. sampai di sana, semua orang sedang menunggu kepulangan ayah. pagi esok, selepas disembahyangkan, ayah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan di sana. masa tu, suasana sangat redup dan tenang. tak panas. nyaman je. ramai sangat orang yang teman ayah ke sana. emh maaf, saya tak boleh cerita banyak, air mata tak berhenti mengalir. huuu~


ayah pergi meninggalkan kami jam 520 petang sebab acute coronary syndrome atau bahasa mudahnya serangan jantung. pemergian ayah sangat mengejutkan. baru je sabtu lepas on the phone dengan ayah. ayah pesan suruh belikan jersey portugal. maaf ayah, along tak dapat carikan jersey tu untuk ayah. along ingatkan kite akan hidup lama lagi bersama, tapi ayah pergi tanpa sebarang pesan. 


dah seminggu ayah tinggalkan kami. ayah sihat tak kat sana? ayah tahu tak along rindu ayah sangat sangat. kami semua rindu kat ayah. tiap-tiap hari along ingat ayah. tapi ayah jangan bimbang, we'll be strong for you. along akan uruskan segala hal-hal ayah. along akan jaga mak dan adik-adik dengan baik. along janji!


along sayang ayah :) Al-Fatihah.

8 tukang tilik:

Hanis Harun said...

bawak bersabar yer along..life must go on..

RAIFANA ABDULLAH said...

ok hanis. i will.

gula manis said...

be strong..
al fatihah .

ima said...

so now i know why the tears are all over the face...

karangan ini...i feel it. deep inside. taksedar tetiba airmata pon mengalir sama.

be strong dear~

Hakeem Abd.Kahar said...

sy sentiasa ade ngan awk...kan??

RAIFANA ABDULLAH said...

fara = tq dear :)

ima = takleh cover langsung air mata. mcm budak2. tapi tak salah kan kalau org nangis. org rindu ayah sangat!

boifren = ye bb. terima kasih sangat-sangat. syg awk!

Zoey said...

DaripaNYA kita datang ,KepadaNYA jua kita kembali,Al-Fatihah.

-=Adi=- said...

sume org akan rse mcm nie

x smudah yg mereka ckp.

slagi mereka x rse ape yg c.rai rse skrang nie

ckup dlu penah rse mcmnie..

n xnk lg KALAU boleh.

~al-fatihah

p/s: org x boleh rse ape yg kite rse