BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

jauh perjalanan luas pengalaman~

semalam hari khamis.kene pakai baju batik.ok takde kaitan ngan entry ni pon fakta tersebut.pabila malam menjelma [eceh] aku teringat tentang khamis minggu lepas.aku g keje pakai baju batik warna ungu.off topic again heh.aku rewind kembali ape yang aku lakukan dari pagi sampai habis keje.i want you, yes you dear to remember this date-->20th August 2009.ingat tak hari tu?harap awak ingat eh (^_^)



Thursday, August 27, 2009

alamak!

korang [nada-manja-gedik-nak-kene-sepak].nak bagitau ni.RASENYE i've lost my ring.mungkin misplaced.serius tak ingat kat mane.selama ni takde masalah pon nak jaga cincin nih.alaaaaa [nada-manja-gedik-nak-kene-sepak lagi].camne nak bagitau orang garang nih.takuuut lah.ape dia akan kate nanti agagagagaga [gigi terketar-ketar].


semalam lepas solat zohor baru aku perasan cincin tu takde.puas gak cari atas meja nih.hah ye la.aku memang tak pakai arini.lupe sebab kelam-kabut lalu aku nyaris lambat g keje sebab leka tengok movie kat starmovies tajuknye AWAKE.best woo!!!aku yakin aku tak pakai cincin semalam sebab tak main-main cincin dalam kete macam selalu aku buat kalau ngah drive.mungkin sebab dah lambat kot.tak la tak la.memang aku tak pakai cincin semalam!


cincin tu aku beli bulan june kot.sepasang.sure la ngan orang garang.he wears 1 and i have 1 with our name printed on that ring.my name is on his ring and vice versa.seronok sangat mase dapat cincin ni and especially that idea came from him.tak rase pon dia nak pakai cincin, tapi dia ok je.maka sangat gembira.wee~


tapi takde dah cincin itu.dimanakah??? haish.dah bagitau orang garang malam tadi.dia relax je.memang camtu la dia.relax dan tenang.


"ala...awak lupe kot letak katne.
takpela, lame-lame lagi nanti jumpe la."


harap-harap la memang ade lagi kat umah.penat terbongkok-bongkok cari cincin tu malam tadi.tetibe mak suh beli rice cooker baru lalu bersiap nak g carrefour.dah siap pakai tudung pastu pakai jam pastu cari cincin nak sarung kat jari manis belah kiri.eh mane cincin?ala lupe cincin hilang.touched.hilang barang paling berharga *sob sob*.


aku dapat rasekan yang kami akan beli cincin baru [betulkan?kan?kan?heh =P] tapi tak same la macam yang lame.sentimental value dah kurang.masih mengharapkan pertemuan cincin itu.sori dear.saya lalai tapi saya tak lupe awak [apekah???].




Wednesday, August 26, 2009

ni untuk awak~

orang garang,
tq for neutralizing my unstable yet emotional feelings.
really appreciate it dear.
sayang you~

dia selalu kata aku mesti jadi perempuan baik kalau nak suami yang baik~





















mak,
your words makes me stronger than ever.
redha dengan ketentuan Tuhan.
jangan merungut.
extremely sayaaaaang mak!!


spot the difference!

lihat gambar ini :



gambar ini pula :



cari perbezaan antara kedua-dua gambar ini.hehe (^_^)





ala lambat sangat.
dah jumpe pon.
tengok nih.
bangga bangga.



dah dapat lesen penuh tau.yeah!!!





p/s : thanks to aza [sepatutnya orang lain] sebab teman i.nak ajak ima & dyana sekali tapi mereka ade class.academic first~






Tuesday, August 25, 2009

carta aliran

fb-->blog-->fb-->blog-->class EEF
fb-->blog-->class EEF
fb-->blog-->fb-->blog
message received (^_^)
fb-->blog
message received (^_^)
fb-->blog
stop messaging (-_-)
fb-->blog-->fb-->blog-->fb-->blog-->class EEF
fb-->blog-->GO HOME!






p/s : see how am i today.less interest to job.hope tomorrow will be ok~



i tengok you dari jauh je sebab i takkan hampiri you lagi.takpe, kite masih boleh jadi kawan ye~

hell

segala dugaan pon aku akan cuba tabahkan hati untuk laluinya.
tapi kali ni sangat mencabar kewibawaan aku.
sangat takde mood!
BUT i always believe all of this will be just fine.
terkejut mungkin.
setiap yang berlaku ade hikmah.
don wori rai.u'll be okay.
wahai hati, tenang ye~



selamat tinggal semua~







Monday, August 24, 2009

dugaan

dihari raya
terkenang daku kepada si dia
kampungku indah nun jauh di sana
ayah serta bondaku

hari ni nak masuk 3 hari berpuasa.aku masih berpuasa.heh.dendangan lagu raya sebagai santapan telinga.konon-konon dok jauh ngan keluarga.padahal celik je mata dah nampak mak.dengar pon tak feeling sangat.tak sabar nak raya weh.excited!


arini nak makan ape eh?makan kat luar pon best gak.mak, benarkan along buka di luar hari ni eh.terima kasih mak.sejak hari pertama puasa, aku tak banyak cakap sebab kat umah kan.nak mengelak batok sebenanye.TAPI bila kat kolej, takkan nak diam je dalam kelas.maka aku jalani hari-hari bekerja seperti biasa.membebel sangat wajib sekarang ni.suara adalah aset terpenting kami [para pensyarah].

sesuci...di hening subuh sunyi
sesuci...terdengar nurani
sesuci...salam untuk Illahi
bagaikan memanggil insafi pada diri


terbayang video klip lagu ni.siti dok tengah sambil nyanyi dan dikelilingi 4 penari yang tak berapa pandai menari.spoil la.huhuhu.siti tetap MALATOP y'all!setiap pagi bangun sahur, mak yang masak makanan [setakat ni.mane tau esok lusa aku pulak kan].bukan taknak tolong mak masak, tapi mak yang taknak ditolong [alasan].so aku tolong la buat keje lain.bukan bangun pastu terus makan je.kalau tak malu, buatlah camtu.heh.kalau ikut aku, memang tak bangun sahur la.minum air pastu sembahyang pastu tido.nak buat ape lagi?kalau setakat nak kemas almari baju yang memang dikongsi bersama adik-adik tersayang, bangun pukul 10 pon boleh.


petang-petang g bazaar Ramadhan kat pesta.wo ramai sangat orang.nak jalan pon boleh terdosa kat situ.mane tak, tersentuh sane, tersentuh sini.demi sesuap nasi [ececeh], aku teruskan gak merentas kesibukan orang yang terlalu ramai tu.aku suka beli kebab kat abang botak.sedap sedap.kuih akok sekeping 50sen wajib beli untuk mak.ni lah rahmatnya ramadhan, kita boleh makan macam-macam tapi jangan ikutkan nafsu ye.beli yang berpatutan sahaja.nanti membazir pulak.


bile dah nak buka je, mesti nak bukak TV1.konon nak dengar azan padahal tu untuk waktu KL.walaupon bawak kete KL,jangan sesuka hati nak buka ikut waktu KL.perasan la tuh.ngeh.makan makan.wah kenyang.dah dah.g solat sane.terawikh jangan lupe!!!


then before tido, niat dulu.selamat malam.tomorrow will be the same.for another 27days.26 days.25 days.24 days.23 days.22 days.21 days.20 days.19 days.18 days.17 days.16 days.15 days.14 days.13 days.12 days.11 days.10 days.9 days.8 days.7 days.6 days.5 days.4 days.3 days.2 days.1 day.SELAMAT HARI RAYA!!!


sempena ramadhan ni, aku harapkan:
  • keluarga kami semakin bahagia dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.
  • mendapat rezeki yang berkat dari Tuhan.
  • batok ni boleh baik sepenuhnya.
  • H1N1, please go away!
  • hubungan dengan kawan-kawan+him bertambah baik selamanya.
  • puasa penoh.
  • kawen.lalalalalaaaaa~


semoga bulan ni boleh memberi sebaik-baik nikmat dunia & akhirat pada kita semua.jangan sia-siakan.baru la seronok nak raya.makan rendang daging mak masak, ayam tomato mak masak,lodeh mak masak, serunding ikan mak masak, kuah kacang mak masak.nyum nyum.hehe.puasa leklok ye~





hari itu

1 day to go then i 'll be "permanent"



yeah!



Friday, August 21, 2009

tanggungjawab!!!

update blog boleh membina sikap tanggungjawab.setuju?







seronoknye puasa!

mak selalu cakap camtu.nak bagi kami adik-beradik motivasi supaya suka berpuasa.berkesan gak kat kami.syukur sebab kami adik-beradik takde masalah nak berpuasa nih malah sangat menantikan saat-saat beli baju baru, kasut baru, tudung baru.cantik je semua orang raya nanti.wah tak sabar!!!


ok ok.dikesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam di mana jua anda berada [heh macam pengacara tv plak].manfaatkan bulan ni dengan sebaik-baiknya.rajin-rajin kerjakan amal ibadah dan kurangkan segala aktiviti tak baik.





HAPPY FASTING MONTH!!!



lagu kita~

GEMBIRA TERLAMPAU!
[wajib merah jika gembira]

Thanks to you my love my sweetheart.
my love my sweetheart.
my love my sweetheart.

[heh saje nak ulang-ulang *blink blink*]

tengok lah:

*AIZAT*


*ade signature exclusive tau.bukan dari aizat.but from him.wink wink*


*layan*





sangat suka tau.walaupun tak nampak excited mase he gave the cd to me.sebenanye nak melompat-lompat.tapi bertenang sudah.heh.TQ soooo much!!!




Thursday, August 20, 2009

my heart my soul

malam tu aku tengok lampu kat bilik. sambil jari pegang cincin kami. otak berfikir. rewind semula segala yang pernah kami lalui bersama. huh lame lame. dah la. aku nak g tengok tv pulak. tengok ulangan AF3. keifli praappp ngah perform. pendek mamat nih.tapi orang garang tak pendek.he is just nice for me.i like to put my head on his shoulder.


eh rai, berangan la tuh. tengok tv lah. tapi macam bosan pulak. dah penah tengok. tukar channel lain. hah hitz.tv pon ok gak. a male singer. eleh si pendek ni lagi. pagi tadi sebelum g keje pon dia gak. nyanyi same ngan dia lah. "tell me why, it's so hard to forget, don't remind me, i'm not over it, tell me why i can't seem to face the truth, i'm just a little too not over you". heh. best gak lagu ni. orang garang suke this male singer. penah gak kami dengar lagu ni dalam kete pastu dia kate "ni lagu saya". sebenanye tak layan pon lagu-lagu camni tapi sebab orang garang minat, i'm over him also lah.


laaaaa rai.berangan lagi. tukar channel la. channel 110 - Yasmin Ahmad Dalam Kenangan. filem sepet ngah ditayangkan. semua karya Yasmin Ahmad aku penah tengok except Talentime. mase cite ni ngah hot kat pawagam, aku sibuk nak tengok cite lain ngan orang garang. dia pun macam tak minat nak tengok.


ish dah la. nak makan ubat batok then tido. risau giler batok ni tak reda lagi. sejak aku demam aritu. ni dah masuk 3 minggu. salah aku gak. tak jage makan. orang garang pon demam gak tapi dia dah baik.tak batok lagi.haish~


nak tido. tengok hp. takde msg dari orang garang. dia sibuk kot. taknak kacau lah. tapi i have to wish him gud nite. taip-taip message. send.waiting for his reply. ting ting. he replied. "nite syg.luv u so much!!!". senyum. tak tido lagi sebenanye. tengok gambar-gambar kami. jerawat. heh. ok lah, nite everyone~



realizing that he is in my mind every moment makes me wanna force him to think about me the same way too.but i know he have his own way to love me.Thanks sweetheart. i heart you much~



Tuesday, August 18, 2009

say NO to azahari!

hari ni 18/8/2009.sepatutnya ade 18 post untuk bulan ogos nih [memang saya rajin update kan.heh] tapi ade 11 jek.eish apsal la malas sangat nak update nih.sebab saya sangat SIBUK.percayalah.nanti la i update blog nih.





p/s : tajuk adalah sebagai langkah awal boikot you.beware!



Friday, August 14, 2009

welcome to the club!

buat gadis ini :

yang berbaju kurung hijau itu sudah tua lagi setahun.gadis berkebaya putih masih muda.heh =P


Rashidah Ahmad :
selamat hari lahir teristimewa buat kau kawanku.
dah 2 tahun rupenye aku kenal kau.
masa sangat cepat berlalu dan aku harap persahabatan kite kekal sampai akhir hayat.
terima kasih sebab selalu dengar RAHSIA aku.ngeh~
aku harap kau semakin tabah tau.
sayang kau ^_^ !!!



Wednesday, August 12, 2009

usaha tangga kejayaan~

aku orang melayu.maka aku tau la cakap bahasa melayu.selain tuh aku juga faham dan boleh bertutur [walaupun tak berapa baik] dalam bahasa inggeris.ok dah.heh ape merepek ni.semalam terpandang poster movie yang ditulis dalam bahasa cina.aku harap sangat aku boleh baca dan paham tulisan cina tuh.pastu nak gak belajar bahasa tamil.jeles sangat kat mereka-mereka yang ade third language nih.mesti seronok.

kalau g kedai jual ubat ginseng, aku boleh cakap cina ngan tokeh kedai tu pastu gosip-gosip pasal Aaron Kwok or Coco Lee.takpun nak pinjam duit ngan ah long.kan lebih mesra kalau boleh bertutur bahasa cina maka ah long tu boleh anggap kite macam kawan kan so kalau tak bayar pon boleh panjangkan tempoh pinjaman [ade ke camtuh.huhu].pastu belajar tarian naga, belajar buat kuih bulan, belajar jahit cheongsam dan macam-macam lagi lah.

pastu g kedai mamak teringin nak makan roti canai kuah kari banjir kan so boleh la speaking tamil.takpun dok situ belajar buat roti canai, tosai dan capati.heh.belajar pakai sari ke kan.belajar buat manisan.kiranye korang akan jadi seorang yang multitasking.serba boleh.taknak kah???

tapi apekan daya.macam takde peluang plak nak mahirkan semua tuh.belajar bahasa mandarin pon baru level 1 pastu lulus nak kecoh satu kampung.selamat pagi pon aku tak ingat camne nak cakap dalam bahasa cina.ish sia-sia je g class malam-malam tuh.huh.takpe la.tau dua bahasa pon dah cukup baik.bahasa melayu pon masih bercampur-aduk ngan english contohnya ice-lemon-tea-sejuk.heh.memandai je tambah "sejuk" kat blakang tuh.tapi tu bukan aku eh.mase spm aku dapat A1 untuk subjek BM.maths A1.kimia eh eh lupe plak.tak pandai sangat lah tapi rajin.tak tipu ok.ngeh.

whether english or malay, both pon kite mesti kuasai.BM sebagai bahasa ibunda dan english sebagai back-up kalau korang nak tengok spongebob kat channel nickelodeon.if kat TV9 dekat dihati ia dalam bahasa melayu.heh merapu je tuh.english is important sebab ia bahasa antarabangsa.medium yang penting ye.pandai-pandai lah nak hidup.bye~



p/s : taknak belajar bahasa binatang terutama beruang!



Monday, August 10, 2009

ape?!??!!!

lihat nih:

OMG!!!
i've lost lots of weight.help me!!!

nape?tak percaya ke?



oit one way lah!!!

semalam g jalan-jalan ngan amir [adik aku lah] kat sekitar batu pahat nih.dalam kete kami berbual about sooooo many things.walaupon umur kami beza 8 tahun, kami tetap adik-beradik so aku tak rase dia terlalu kanak-kanak untuk menerima cakap-cakap dari akak dia yang memang bising nih.lame dah rasenye tak g jalan-jalan tengok wayang+main boling ngan adik-adik tersayang.last time kami g tengok cite The Land of The Lost [takyah tengok.tak best pon!] without iwan.sesungguhnya kalau tak lengkap ahli mesyuarat tingkap nih, aku kurang mood sket.so tunggu la iwan balik raya nanti.

antara topik perbualan kami adalah tentang hidup aku.masa depan yang masih panjang untuk dilalui.amir tanye aku:


amir : along tak rase along terlalu muda ke untuk lalui semua nih? [ayat amir mungkin sedikit kanak-kanak so aku ubah untuk kefahaman bersama]

along : ish tak la.biase je.ade je kawan2 along yang senasib ngan along.dah 40 kot [heh.poyo!].tua la tuh.nape tanye?

amir : ye la.along dah ade kete.bayar tu bayar ni.dah ade duit sendiri.muda la.

along : tak kot.biase je.one day, you'll be like me gak.so be prepared.

amir : along g mane semalam?

along : oh.amir tak tau eh?along g exam keje kerajaan.nak tau tak.along salah masuk jalan.sepatutnya jalan tu one way.haha.kene hon macam orang gila.

amir : ye ke.abis tu camne?


along : camtu lah.dah selamat pon.


amir : nape g exam tuh?gaji lagi besar ke?

along : bla bla bla [perbualan dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.heh]

amir : oh.amir rase along terlalu muda untuk semua ni.

along : tak la amir.you'll get through this one day.believe me.


amir : ok.

aku tak tau ape yang bermain difikiran amir.tak rase muda pon.satu hal je yang aku rase aku masih muda.PERKAHWINAN.dah tak sabar nak kawen [malu *wink wink] TAPIIIII banyak lagi hal tak selesai.BAAANNYAAAK lagi hal.sigh~

pasal exam PTD tuh, harapannya kali ni nak lebih baik dari my first attempt.penat lah g exam nih.aku hampir tak g.dah la tak tau jalan.main redah je.aku g sorang tau.diulang, AKU G SORANG TAU.selalu
nya ngan ayah or orang garang.heh.dari umah 730am makanya sampai lambat.nasib baik boleh gak amek exam Pengetahuan Am tuh.aku dah buat yang terbest so tunggu je lah.

hidup ni makin mencabar.usia bertambah tua.tabahlah ye rai~
jom lihat gambar :

tgk la.banyak bulatan nak kene gelapkan.penat wo.layan~



tempat kejadian.tempat ni cantik dan sesuai dijadikan sebuah kolej.heh.


ramainye manusia yang terlibat.ni baru kat tempat aku.kat tempat ima dan lain-lain seluruh Malaysia camne plak?bayangkan la.ramai tuh!


BYE~




Friday, August 07, 2009

i'm an adult.unbelievable!

one of my fren mase kat USM dulu iaitu wani dah bertunang!!!

TAHNIAH wani.i'm happy for you my fren.kekal gak jodoh you ngan mr.fauzi.walaupon i orang ke berapa ntah yang tau hal ni.nasib baik you post kat blog.pasni kawen jemput tau.nak g klang!!!

jangan tanye bile aku plak nak bertunang.bile sampai masenye nanti, akan aku hebohkan serata dunia.percayalah~


i'm sick of this shit!

demit.

happy birthday rai!!!

aku rase teruja sangat nak post entry kat blog nih tapi macam takde ape nak cite plak.banyak sebenanye nak gos-gos tp cam takde mase [heh.bohong sangat la] kebelakangan nih.keadaan kesihatan pon tak bape baik.demam dah ok just batok je yang tak reti nak berhenti.semalam dah g klinik nur.doktor kate i takde sakit ape-ape cume kene jaga makan sebab tekak i cam merah pastu gatal.dapat ubat lagi.rasenye gaji bulan ni banyak habis kat ubat je.huh.

let's see, past few weeks keadaan sangat huru-hara.don know where it starts and don know when it's gonna end.mungkin start dari aku cuti sakit arituh.demam boleh buat kite tak stabil dari segala segi.mental + fizikal dan terutama emosi.aku tak g keje 2 ari.so segala class terpaksa dibatalkan [i always wish ade lecturer yang sanggup ganti class mase i cuti tapi sume pon ade class masing-masing.so it's never gonna happen.please be informed rai!].maka segala yang aku plan untuk mengajar minggu tuh lari dari schedule asal.

aku tak salahkan demam nih.segala yang berlaku pon sebab Tuhan nak uji aku.tak best la kalau hidup dull je kan.we must have this kind of adventure once.redha.nasib baik ko tak mati.banyak dosa plak tuh.heh.pas naik dari cuti tuh, class cam biase tapi aku masih tak larat nak go through every class.batok wo.sian students yang kena batok aku.bukan sengaja tau.aku nak mengajar tapi batok [apsal berulang-ulang cite pasal batok nih?!??!!!].ntah kenapa aku sangat keliru dan takleh nak concentrate on my work sangat.akhirnya aku kuatkan diri dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.i'm back on the right track.kental seyh.yeah!

pastu hari khamis.lebih kurang 1030 am.aku nak masuk class LINUX.tetibe nampak kak jiha standing kat tingkap.maka aku pon tanye lah, "nape kak ji?".hasil dari pertanyaan tuh, tetibe dengar suara tut.tetibe rase naaaaak sangat g tengok.kak jiha refused to go at first but there was dyana at that time and automatically i asked her to find out more about that voice.kami pon g la check it out.takut but naaaaak sangat tengok.aku kenal budak nih.dalam kepala nak g class tapi aku serba salah.i have to do something.tapi blur giler mase tuh.antara takut dan kesian.akhirnya aku terjebak kat situ with ima+dyana and few students.kami melalui pengalaman tuh.dah dah.cukuplah sekali.walaupun aku tak berapa nak ingat cite nih tapi tanye la ima+dyana.susah beb nak lupe.sikit-sikit mesti teringat semula.let it be the first and the last.SERIK beb!!!

ok.dah ari jumaat.aku lalui cam biase.tapi masih ade something yang sangat mengganggu fikiran nih.aku tak tau ape dan kenapa.cerita demam sane sini.H1N1 lah.haish.ntah.aku hilang fokus.

then weekend.still takleh nak fokus hidup.tak selera makan.ape yang aku buat pon masih tak lega pikiran nih.something bothering me.ape ntah.serius tak tau.aku tanye diri sendiri.ape yang aku nak nih???tak terjawab plak.

nak shopping ke?tak pon.malas je nak kuar.
nak makan mcd ke?tak pon.
risaukan class ke?a bit but still can cover.
rindu orang garang ke?haah.mane dia???

finally i know what's bothering me.dah.BYE~



Tuesday, August 04, 2009

eh eh

hye y'all.bertemu lagi dalam rancangan TANYA SAMA GAMBAR [rekaan semata] bersama hos anda MIIISSSSS RAAAIIIII.hari ni saya akan membawa anda melihat 1 gambar.ape yang perlu anda lakukan adalah meneka atau memberikan dialog pada setiap karakter yang ade dalam gambar nih.silakan~



ade 6 karakter dalam gambar ni.selamat mencuba ye!



Monday, August 03, 2009

another one!

entry pertama bulan ogos ni untuk kamu~


AWAK YANG GARANG TUH.

the person who makes me the happiest person ever
the one who can make me hurt the most
LOVE is like drugs
when you have too much of it
you begin to act stupid
saying nonsense
never ignore the person who
LOVE...CARE...MISS YOU the most...sigh~



pasni you kene guna bahasa mudah eh sayangku.
yang terang & jelas.
supaya maksud awak sampai tepat kat saya.

cinta awak~