BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

silence revenge!

tengok tajuk.hah.saje je letak camtu.takde niat apepon.nak tau tak...rupa-rupanya dah setahun sebulan 4 hari aku aktif dalam dunia blogging nih.dalam tempoh tu...sebanyak 255 entries telah dihasilkan.banyak cerita sudah dikecohkan untuk tatapan seluruh dunia.ape sahaja perkara yang berlaku...akan aku kongsi bersama semua orang.macam minah kepoh.ngeh~

tak ingat dah berapa kali tukar layout.agak-agak dah boring...aku tukarlah.tak dipengaruhi ape-ape pon.cubaan nak tutup blog pon ade juga beberapa kali...ade faktor-faktor tertentu TAPI bukan sebab boring.aku sangat suke blogging compared to other social networking.just wondering bile nak berhenti blogging.yelah kan, bakal suami tak cite lagi, anak-anak, cucu...haha.gatal nak kawen la nih.

oklah...maaf andai terkasar bahasa dan tersilap kata disepanjang penulisan di blog ni.semua tu gurau je.no heart feeling eh.terima kasih kepada semua pembaca blog i.diharapkan terus menyokong ye.wee~





mengapa tidak paham? sebab tidak kesah.aku mengeluh tapi hanya dalam diri.sigh~






tapi dah "terpost" kat blog (-_-")

Tuesday, September 29, 2009

manja

lokasi : kelas
subjek : EEF
masa : pagi
mood : stabil



a boy : MADAM, betul tak jawapan nih?

me : ok betul.buat soalan lain.nanti dah siap panggil saya.

a few minutes later.

a boy : MADAM, dah siap.

me : ok good.so dah paham la ni?

a boy : paham MADAM.
[eh macam sengaja je dia panggil aku MADAM.then i correct him]

me : MISS RAI not MADAM RAI.

a boy : maaf miss rai.tapi panggil "miss" macam manja lah.

me : erk???



setuju kah?
malas nak layan.
suka hati lah!
i'll be MADAM RAI one day~




19

today is iwan's birthday.
one of my adik.
the moment i post this entry, he is heading back to finish-up his 2nd semester in civil engineering at UTP.

SELAMAT HARI LAHIR IWAN!
semoga selalu dibawah lindungan-Nya.
all the best for your life.
terimalah hadiah yang tak seberapa ni :





hehe.
ni lah camera yang didambakan.
tapi i bakal rasmikan dulu.
jangan marah eh (^_^)



Monday, September 28, 2009

Memori di Aidilfitri - part 2

hari ni dah 9 Syawal.for sure lah kemeriahan hari raya maaaaasih dirasai.dan hari ni juga aku sudah kembali bekerja setelah bercuti 10 hari.bile dah meningkat dewasa ni, target bukan pada duit raya tapi lebih kepada merapatkan kembali hubungan persahabatan yang dah lame hilang.saaaaangat seronok bile jumpa semula kawan-kawan lame.gembira lalalalalaaaaa~


pagi 1 Syawal dihabiskan kat kampung sebelah mak.tak jauh pon.hari raya adalah hari untuk makan.makan makanan yang sedap-sedap.makan untuk menambah tenaga.hehe.kami kat umah atok dari pagi sampai tengahari pastu g umah pakcik merangkap abang sulong ayah aku untuk meraikan hari lebaran bagi sebelah ayah pula.ye lah, memandangkan ayah sudah ketiadaan ibu dan bapanya maka rumah pakcik menjadi tempat berkumpul.sudah pasti aku makan lagi.haha.aduh.tak sedar diri dah saiz XL tapi masih nak pakai saiz M sebab kononnya sebagai motivasi untuk kurus.bagus kan???jalan-jalan di 1 Syawal berakhir petang tu juga.tak sambung sampai malam.lepak weh!pabila malam, it's TV time.my favourite thing lah kan.wehuu~


ayah dan mak~

the abdullah's.
from left : angah, atin, amir and me. yang duduk macam bos pastu buat muka tak puas hati sebab tak dapat camera DSLR pada raya pertama adalah adik aku yang ke-3, iwan.

me with my youngest adik, atin.

iwan, angah and amir.

hah.dapat pon camera idaman.tapi pegang je la.tu pakcik i punye.hehe.


ok ok.2 Syawal coming up.seperti biasa, angah akan kemas umah hari-hari.hehe.aku tolong mak kat dapur.tak bersenang-lenang-goyang-kaki je tau.ade bahagian masing-masing.tetiba dah tengahari.i got a call from my fren."aku dah kat depan umah ko".tak kesah lah nak datang, i suke tau but kalau i ngah berkain batik dan pakai t-shirt lusuh warna merah yang dah tak merah sangat.jatuh la saham i.hehe.meh masuk tengok kawan korang yang serabut nih~


mereka adalah kawan-kawan aku mase primary school dan mereka juga pengunjung tetap ke rumah aku setiap kali raya.bagus kan.tak lupa aku yang comel nih.mereka dah bekerja dan tak banyak cuti so kene beraya pada 2 syawal iaitu diawal raya.heh.then g lah beraya ke rumah rakan-rakan lain.kali ni agak fun sebab banyak rumah dapat kami lawati.mengimbas kembali nostalgia dizaman sekolah rendah.tengok album lame.seronok mereka gelakkan muka aku yang cute bertudung.dah la sorang je yang pakai tudung konon baik lah kan.hehe.kami dah dewasa sekarang.topik perbualan pon isu-isu dewasa seperti kenduri kawen, kerja, kereta, kebarung, kemeja, kedah, keramat.heh.saje nak groupkan sume yang ade "ke".aisyah dan taufiq akan naik pelamin tahun depan dengan pasangan masing-masing.tak sabar nak g majlis dorang.pastukan, kami g umah pakwe lame i.haha.he already married with 1 cute little daughter.kawan-kawan aku siap nak jaga hati, takyah weh.tu sume kenangan.cinta monyet je.zaman naif.nak buat macam mane, kecik-kecik sudah glamour.diam ah rai.sesi beraya hari itu end up at almost 12midnight.penat tapi puas.just hoping that our frenship will last forever.keep in touching.eh tak boleh.keep in touch eh~


cuti raya kali ni banyak dihabiskan dengan menonton tv.layan je cerita apepon.yang penting ade tema raya.hehe.banyak rumah lagi tak dikunjungi.nanti kot.now, ngah pulun kejar syllabus yang agak ketinggalan.quizzes, assignments, projects...aaahh so many things to be done in ONLY 3 WEEKS.don wori.sempat sempat.miss rai dah berpengalaman.weeheehehehehe~


kepada anda semua, jemputlah ke rumah ye.TAPI inform awal-awal tau.akhir kata, SELAMAT HARI RAYA!!!



Thursday, September 17, 2009

terpengaruh!

lihat ini :




hah.
lifting facial.
anti-stressing.
slimming program.
slim bath.
pasni i HOOOOOT macam megan fox lah.
jangan jeles you all!
.
.
.
.
.
memang tak ah rai.
harap maklum.



Memori di Aidilfitri - part 1

weh 2 hari lagi tau.2 hari lagi sebelom menjelangnye hari raya.banyak lagi tak terurus kat umah tuh.ape yang dah redi hanyalah baju raya.heh.tahun ni tema keluarga saya adalah merah hati.tak sure sape punye idea nak color merah hati untuk raya kali nih.yang pasti aku nak color pelangi next raya.ok kan?mesti meriah keluarga kami.huhu.


esok aku akan mula bercuti.mak pon.ayah akan balik ke pangkuan keluarga [ececeh] petang esok manakala iwan akan sampai dari perak pagi sabtu.adik-adik yang lain dah ade kat umah.terutama angah.penunggu setia di rumah.ooops maaf angah!


keje-keje mengemas yang lebih hardcore akan bermula esok.tingkap nak kene cuci.sawang-sawang nak kene buang.semua sudut umah pon nak kene cuci.hari sabtu merupakan hari untuk menyediakan juadah hari raya.mengikut kebiasaannye, kami sekeluarga akan dok dapur dan membanting tulang.membanting tulang tau.serius macam nak wat kenduri kawen.padahal masak untuk keluarga terdekat je.sorang pon tak terlepas dari terlibat dalam aktiviti memasak nih.seronok and i just can't wait for it!


ramadhan kali ni dilalui dengan penuh kesederhanaan.makan pon tak banyak.jimat dan yang paling penting tak membazir.ramadhan kali ni juga aku banyak habiskan masa di luar rumah.jemputan berbuka puasa yang tak putus-putus [ye la tuh rai!].paling best masa kat kl.best wo!


maka, dikesempatan ni...saya nak ucapkan SELAMAT HARI R
AYA kepada semua umat islam.kepada keluarga terchenta, nantikan kepulangan anakmu petang ni [hehe].kepada awak yang sangat disayangi,kawan-kawan semua,walau dimana anda berada [ayat nak glamour], sedara-mara juga dan tak lupa buat pelajar-pelajar KPTMBP.semoga lebaran kali ni memberi seribu erti dan nikmat yang tak terhingga.maaf dipohon untuk dimaafkan.have a fun and nice raya ever y'all!!!




ni salah tu pon salah!

camne nak sejukkan hati nih?
yahooing lah.
tinjau-tinjau kasut mengancam untuk hari raya yang bakal menjelma.
cari cari dan cari.
waaaaah cantik!!!
tengok lah :



bayangkanlah kalau aku ade kesemuanya.
maka aku akan dapat habuan tambahan iaitu bebelan dari mak terchenta.
mak kate aku suka membazir.
kasut dah banyak kot.
sesekali je pon.boleh eh mak?
nak g cari kasut-kasut yang look alike cam gambarajah di atas.
caaaaantik sangaaaat!!!




p/s : ok.dah sejuk sikit hati.lalalalalaaaaa~


gggrrrrr!






marah!

6% je ke???

gilak!




Tuesday, September 15, 2009

......................




heartbroken and worry.sigh~

MySpace





Monday, September 14, 2009

eh~








gembira.
betul ke ni eh?
cam tak caye je.
i'm glad.
hampir sebulan lebih kot.
dah takde.
suke lah (^_^)


weehee~


my first duit raya (^_^)
this is for real tau.
bukan duit yang kat sampul je tuh.
tq much [cannot mention the name here]
sesape lagi nak bagi i duit raya?
silakan lah.
sangat dialu-alukan~



De Palma Hotel - part 2

****************************UPDATE****************************

diatas permintaan mr.hanzo maka gambar beliau ade di sini.
bergembiralah ye (^_^)



moderation moderation.
dah 3 kali g moderation.
tapi kali ni agak seronok (^_^)
sebab dapat jalan-jalan ngan puas.
meh la tengok gambar :


baru sampai nih.teruja tengok cermin di atas.i like~


janji tak bocorkan soalan final~


gigih memoderate paper mereka ini.taknak pon pandang iPhone i.huh.


ye ye saya tau saya besar dan ima kecik.tapi kami comel kan?heh.


clean-set in progress.hardest part but still boleh senyum.baguslah~


clean-set in progress juga.senyum sini jap.tq sebab pandang iPhone i.hehe.


jom berbuka.i makan nasi ayam tu je.yang lain dorang punye.betul tau.tak tipu (^_^)


me + mimi + ima [tukang amek gambar nih] = KLCC.


mase ni dah 4am kot.still awake sebab betulkan paper orang lain.huh.redha je lah.tq to mr.macbook juga sebab memudahkan keje i~


hari last.sume pon boleh tersenyum sebab dapat shopping kan?kan?kan?


4 jejaka ini suke kacau i tau.g la balik sane.hehe (^_^)



hope sangat boleh buat moderation kat pantai timur lak.
kalau setiap sem kat KL pon takpe.
i suke je.heh.




aku bile lagi nih???

LILI_usm : rai
LILI_usm : xdpt lg almt rai
LILI_usm : em tp rs cm xsempat jek nk anta
LILI_usm : rai dpt x msg lili?

rai : ade
rai : lupe la lili
rai : sori sgt

LILI_usm : ooo
LILI_usm : em xpe

rai : ade good news ke?

LILI_usm : em rai xtau ke..
LILI_usm : hehee
LILI_usm : lili nk kawen..
LILI_usm : 24sept

rai : waaaaah tahniah!



enough.
paham kan?
sukenyeeeee dapat tau kawan-kawan i nak kawen.
kami kenal mase kat usm.
lili yang comel from kelantan.
tahniah tau.
insya-Allah sampai ke sana nanti~




Friday, September 11, 2009

De Palma Hotel - part 1

kat KL now for urusan keje.moderation kali ni agak relax walaupun ditengah-tengah bandaraya kuala lumpur yang sibuk nih.so i explore lah laptop yang i pinjam dari mr.macbook.ngeh.tak mampu lagi nak beli laptop sendiri sebab emh emh emh.heh.takde sebab sangat sebenarnye.nantilah kot.huhu.hasil daripada exploration itu maka aku yang suka bergambar nih telah jumpa satu application yang best.haha.nape gelak nih.jom la kongsi same-same.yeay~



nilah hasil kalau dah siap keje cepat (^_^)
nasib la korang kene tengok.haha.diam ah rai.
more story of moderation later eh.

Wednesday, September 09, 2009

Packing Day - part 3

huh.not much to share for today.
still in mid-exam mood.
hari ni ade paper EEF & Linux.
hope my students will do their best.
about KKTM, tak jadi pindah minggu depan.
so pindah lepas raya.
gembira sikit.


esok kami [IT + Math Lecturers] akan ke moderation SEKALI LAGI.
kali ni kat Hotel De Palma, Ampang.
penah g hotel ni tahun lepas.
makanan disini sedap tahu.
tak sabar mahu jalan-jalan juga.
yeay!



Tuesday, September 08, 2009

Packing Day - part 2


[susunan cerita mula dari kiri ke kanan dan seterusnya eh]

  1. dewan exam paper DCC.agak sedih bile tgk students yang aku ajar Linux.pasni tak ajar dah.bye korang!
  2. ima with aza.sempat je nak nakal dalam exam-hall.ngeh~
  3. kotaks.i dah siap kemas!
  4. more of my things...tolong pindahkan dengan baik ye.terima kasih~
  5. buku-buku mase kat USM.semangat je bawak banyak-banyak dari umah tapi tak guna pon.heh!
  6. kami g melawat KKTM tau tadi.kami dok level atas sekali.yang warna kelabu tuh.lihat-lihat!
  7. jom naik tangga.pasni i akan lebih kurus.huhuhu (^_^)
  8. hanis di bilik lecturer yang masih kosong.takpe-takpe.yang penting ade aircond.
  9. ima di kelas yang kosong juga tapi permandangan sangat nice~
  10. KULIAH tau.bukan LR.hehe.
  11. toilet pengajar.selesa~
  12. ni toilet pengajar perempuan yang bertudung sahaja.harap maklum.ngeh!

Monday, September 07, 2009

Packing Day - part 1

satu dunia dah tau aku akan berpindah ke premis akademik baru yang bertempat di sri gading mulai 14 September nanti.maka aku dan ima sudah mula mengemas dan melalui hari-hari terakhir kami di premis akademik yang lame nih.hehe.mari lihat gambar :

aku g keje harini pakai baju cotton bunga kuning comel.terasa nak simple je.pakai selendang yang match ngan baju.jom g keje~


tengoklah.penuh tempat parking.cari kete i.cepat cepat!


tugas pertama adalah jaga exam paper IIT ngan kak dil.sumenye berjalan lancar walaupon ade yang datang sangat lambat.haish~


module PT pon dah amek sebab nanti kene ajar subjek baru.kene study nih.gigih rai!


barang-barang hiasan pon dah kemas.the rest esok eh.nak g jaga exam.jom!







13

Monday - 7th September 2009
my youngest sister is celebrating her 13th birthday!
happy birthday ATIN!
semoga ATIN sentiasa dibawah lindungan-Nya~


this girl sangat suka membaca maka sudah belikan buku sebagai hadiah serta keahlian Popular Book Store (^_^)



korang pasti boleh berjaya!


for KPTM BP students...all the best for mid-exam ye~

Thursday, September 03, 2009

eh biar betul kau nih!

dah lame rasenye tak online malam-malam camni.ade beberapa faktor sebenarnye.lagipon i ngah bosan nih.tak rase nak tido.ok jom bukak facebook.main quiz-quiz kat fb pon best gak nih.hah dah jumpe.tajuk : berapa hantaran perkahwinan anda.hehehe gatal je nak kawen.eh biarlah.tak susahkan orang pon.so the result is .......... tadaaa!




hehehe =)
nilai mungkin meningkat lagi.lalalalalaaaaa~




Wednesday, September 02, 2009

bersahur.berpuasa.berbuka

kami berlapan [mimi:ima:dyana:azahana:rai:azahari:hanis:halim] berbuka same-same semalam kat salah sebuah restoran kat batu pahat nih.walaupon yang datang tak seramai di conference skype [heh] kami tetap gembira.let's check it out :


dyana menenangkan aza lapar.


dyana, relax eh.baru 630pm.excited je pegang garpu dan sudu.azahari maintain pose~


nak jugak gambar bersama makanan.yela yela.tq sebab habiskan semuanye ye!


ima kecik & mimi gemok!


hanis taknak pandang iphone i manakala azahari maintain pose LAGI.


dyana lagi dan kali ni dengan halim.excited je dyana tuh =P



ok gambar i takde.tipu je.ade sebenarnye.taknak letak sebab nanti mimi gemok teruja.hihihi.OK korang, seronok berbuka ngan korang yang best!





confession~

xubrl jly nwnvybygjy.

owefuklg owbfglbxye glrujy.
xet (-_-)




H1N1

class EEF.buat revision chapter by chapter.starting with chapter 1 - Introduction to Electricity.sampai satu ketika :


me : concentrate on these terms eh students.

students : [noded]

me : let's look at it one by one.complex ion has more than one atom in it.the examples are H2O,CO2 and more.

a boy : how about H1N1 miss???

me : [comel sangat budak nih sehingga aku nak lambung-lambung beliau ke angkasa.aku senyum je.konon-konon macam lawak hari ini]

students : [gelak juga]

a boy : sori miss.

haish.i ngah serius, korang boleh buat kelakar eh.takpela.terhibur gak hati petang tuh.bile class petang ni, sangat la suram suasana dalam class.anyway revision is done.all the best y'all!!!




Tuesday, September 01, 2009

update y'all!

weh weh.rupa-rupanya, cincin i tak hilang tau!
missplaced sahaja!
i ade dua cincin!
suka tau!





[semua hujung ayat wajib ade tanda seru menunjukkan teruja.trimas!]




i need more kotaks!

membaca entry ima yang INI membuat hatiku tersentuh sejenak [eceh ayat nak meleleh kan].minggu ni merupakan minggu terakhir aku mengajar di bangunan nih [jika tiada ape-ape perubahan lah.harap-harap ade.still hoping tau].minggu depan mid-exam so class takde.pastu dah kene mengajar kat tempat lain tapi masih dibawah satu organisasi yang same.tipu la kalau kate diri ini rela dipindahkan.sampai sekarang pon kalau dok sorang-sorang tak ingat orang garang tapi terbayang tempat keje baru.pastu baru ingat orang garang.orang garang.orang garang.orang garang dan orang garang lagi.ish...diam ah rai!


tadi pagi ima g amek kotak dari kak hai.kebetulan i lalu situ dan terdengar satu suara, "rai nak kotak tak?".aku dok fikir nak buat ape ngan kotak tapi nasib baik i cepat pickup lalu sudah paham dengan serta merta.i pon jawab, "boleh lah [i senyum je.terasa pelik bile senyuman terukir]".dah letak kotak i move to class Linux with dcsn3/5.Linux eh...Linux...Linux...yes Linux rai.last week dah ni.takde senyuman lagi padahal teruja tengok awe pakai baju pink juga same macam i eh bukan sebab tu.i teruja sebab awe datang awal.selalunya dia pasti lambat 15 minit.tak mampu rasenye nak bukak mulut.seksa sangat menahan air mata mahalku ini dari gugur jatuh ke bumi [ayat meleleh lagi].sigh~


bile nak say goodbye to them eh?last class nanti la.nak buat speech dulu.bagi nasihat sket.bebel-bebel sket.i will miss you guys.kat lab minggu lepas aku hangin ngan class ni [dcsn3/5] sebab meniru assignment.korang tak mahir langsung meniru.pastu kantoi depan aku.sedih beb.penat terangkan kat depan, ape ntah korang buat kat belakang.macam biase la, bile aku marah...aku tak mudah untuk maki hamun mereka atau pukul dorang sampai nyawa-nyawa ikan.ape yang mampu aku lakukan hanya berlalu pergi dan menahan marah dalam hati.paling lepas pon aku cerita kat kawan-kawan ofis.pastu nak syahdu.haish~


mesti korang rase aku ni lembik-lemah kan?tak kesahlah korang nak fikir ape.aku jadi sensitif bile aku SAYANG.tak pernah rasenye aku marah-marah atau talk rubbish in class.sebab tu class aku selalu habis awal.hehe.ye la kan.aku masuk class on time pastu sampaikan ape yang patut je.kalau nak rewind semula sejarah hidup ni, aku pernah melaui situasi yang lebih dasyat daripada sekadar pindah tempat baru tapi masih dibawah satu organisasi yang same.sejak tau berita ni, aku asyik mengeluh dan berendam air mata.serius aku tak rela.agak-agak kalau aku menangis kuar air mata darah,aku kene pindah gak tak???ngeh.tak elok kan camtu.don wori.aku kan kuat so lambat-laun aku akan OK!



so nak cool down, hari ni ahli club bujang KPTM akan berbuka bersama.jom gosip-gosip.makan-makan.pasni i ngan ima je boleh makan same.sob sob.sedih kan???so tujuan utama [dah berapa perenggan kau mengomel baru nak nyatakan tujuan???boleh tahan gak kau nih rai] entry ni adalah untuk memohon kepada sesiapa yang ade kotak-kotak tak guna, sila lah beri kepada saya.TQ eh.jasa anda amat saya hargai!!!