BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 30, 2010

selamat tinggal~











aku nak masuk hutan sebab nak cari berok buat kawan. takyah nak cari aku. takyah mesej or call. aku tak bawak iphone masuk hutan. lagipon line tepon kene bar sebab tak bayar. aku cuma bawak netty sebab nak ajak berok iaitu kawan baru aku tengok cerita TARZAN. babai~










Monday, November 29, 2010

sweet peewiiiiit~

masih dalam mood peperiksaan akhir. semua pelajar-pelajar sudah pon bercuti tapi kami yang bergelar pensyarah ni sedang bekerja keras marking papers. saya sudah siap marking tapi tak siap key-in all the marks yet. jap lagi la sambung semula. nak rehatkan mata mengadap sesuatu yang berwarna-warni dan nak dengar sesuatu yang ceria. emh ape eh?


maka dengan itu saya taip www.youtube.com :)


lalu saya taip lollipop - big bang & 2NE1. hasilnya seperti di bawah :



lolli-lolli-lolli-pop oh lollipop-pop. hehe. SANGAT TERUJA OKEH !!


saya tahu lagu ni dah tak HOT sebab ada lagu-lagu HOT baru yang lain. alaaah bior ler. baling gerobok kang. takpon baling selipor je. nak pegi muor tak? selubung dalam gebor sane ! *style orang johor cakap memang cenggitu. hikhik*


eh dah la. makin layan makin merepek. until next entry eh. BABAI~!


Saturday, November 20, 2010

al-kisah seorang wanita.

HAHA !! entah kenapa letak tajuk entry sebegitu. HAHA !!


ok next !!


i'm at the office. YES hari ini hari sabtu dan saya ada kat ofis. kenapakah ? saya menjadi pengawas peperiksaan lah. from 9-12 then from 230-530. memang sudah menjadi sebahagian daripada tugas kami sebagai pensyarah, maka saya akur~


selain tu, hari ini juga merupakan hari kawen rakan tempat kerja saya. TAHNIAH kepada Syahmsiah dan suami tercinta. semoga talian antara korang diberkati oleh-Nya sampai bila-bila. saya sempat memenuhi jemputan ke rumah syamsiah nih. tapi tak sempat nak tengok beliau bersanding. takpelah, upload gambar kat facebook eh :)


musim kawen kawen sudah menjelma. bermula dari minggu lepas sehinggalah awal disember nanti, hujung minggu saya sudah terisi dengan jemputan kawen dari kawan-kawan pejabat. minggu lepas, 13 NOVEMBER 2010, jue sudahpon bergelar isteri kepada pasangannya. majlis berlangsung di perak. maaf jue, agak jauh jarak yang memisahkan kita *eceh* anyway, TAHNIAH !! minggu ni ke rumah syam, minggu depan di rumah intan dan 4 DISEMBER 2010 nanti di rumah dyana pula. weee !~selain tu, ada jugak rakan-rakan yang bakal bertunang. tapi lama lagi lah. bulan 1 nanti. apepon, TAHNIAH TAHNIAH !!


oh tahun depan bakal menyaksikan ramai lagi kawan-kawan pejabat akan bertukar status. so saya kene buat persiapan untuk menempah baju baru yang khas untuk menghadiri jemputan kawen mereka. yeayhhh !!


sebenarnya, saya agak bosan nih. kat facebook takde ape yang menarik sangat. kalau dah sign-in kat blog pulak, ringan je tangan ni nak menaip merepek ke laut tentang ape-ape hal sekalipon.  hee :P nak stop sekarang. nak sambung jaga exam. babai y'all !!~


menggediksss depan webcam. hobi baru :)

Monday, November 15, 2010

serabut kau tahu !!

withdraw duit.


ASB.


balancing tayar kete.


interview practical training.


follow-up report majikan students.


blogging.


facebook-ing.





semua benda ni kene buat hari ni. 
tapi saya sebok finalize ISO !! 
semak kepala ni hah.


Friday, November 12, 2010

terlampau.

hari ini saya cuti bekerja. 


kenapa cuti? 


sesaja cuti sesuka hati. haaa kau jangan jeles nyah :P TAKDE MAKNANYE !! banyak lah kau punya sesaja cuti sesuka hati rai oooiii. saya mintak cuti dari pihak kolej lalu diluluskan. potong cuti tahunan nih. tak kesah pon sebab cuti saya banyak lagi. kalau kumpul lagi 4 tahun cuti tu, saya boleh berbulan madu dengan puas. mana nak pegi? DUBAI?? sempat sangat !! :)


sebenarnya saya pegi amek amir *adik kesayangan ke-4* balik bercuti akhir tahun. amir bersekolah kat SMS Kota Tinggi. disebabkan amir nak bawak balik banyak barang terutama buku-buku untuk ulangkaji SPM tahun depan, maka saya pon dengan rela hati pegi menjemput beliau. tempoh perjalanan mengambil lebih kurang 3 jam. jauh jauh. saya ditemani angah hari ini. semoga kami selamat pegi dan balik. amin~


kebiasaannya, ayah yang rajin jemput adik-adik balik bercuti sekolah. dulu, ayah amek iwan kat muar, amek angah kat melaka, ayah tak pernah amek saya sebab saya belajar kat pulau pinang. heh. ayah jugak rajin teman anak-anak pegi interview. saya interview kat KL, ayah teman. saya interview kat JB, ayah teman. saya interview kat KPTMBP pon ayah teman. suka tak kau? saya rasa bersemangat dan bersungguh-sungguh sangat bila ayah ada bersama saya.SUKA SUKA !!


sekarang, semua tu takde lagi. saya pulak yang gantikan tempat ayah. saya amek adik-adik kat asrama, saya akan masuk hall iwan masa dia konvo kat UTP nanti, saya yang akan hantar adik saya daftar belajar, saya akan teman adik-adik pegi interview dan macam-macam lagi tugas yang selama ini ayah lakukan. TERBEBAN? tidak sama sekali. tak pernah rasa pon semua ni menyusahkan malah saya gembira kerana saya tahu ayah juga seronok melakukan perkara sebegini.


hari ke-16 sudah. 





ayah, along rindu ayah.


Tuesday, November 09, 2010

kebosanan LAH! - part 2~

HELLO SEMUA !! bertemu lagi. ehem. ye betul. saya bosan lagi tapi taknak cerita pasal baju kurung cotton baru beli kat JALAN TAR. saya nak cerita pasal buah markisa :)


korang pernah tengok tak buah markisa? meh nak tunjuk :

 buah markisa berbentuk bulat bujur gitu. lebih kurang macam gambar atas ni hah tapi tak terbelah ye. buah markisa dalam gambar ni sudah dibelah oleh saya. pelahap tak sabar nak makan sampai lupa nak amek gambar sebelom dibelah. this is my lunch babeh. DIET !!


 haa ni la rupa dalam buah markisa. terpulang la macam mana korang nak masukkan isi buah ni dalam mulut. guna sudu pon boleh, sopan sikit. anak sapa lah ni. heh.


 pandangan dari sisi. macam tak perlu je gambar ni. emh takpelah eh. dah ter-upload.


antara khasiat buah markisa adalah untuk kecantikan wajah, mengurangkan kolesterol, menjaga kesegaran tubuh badan,anti-penuaan dan macam-macam lagi. jangan malas, pegi search ye anak-anak :) last but not least, gambar saya sedang pegang buah markisa. rasa buah ni agak masam tapi layan weh. serius dah cuba nak lagi. hehe.

nyum nyum. sape nak try rasa buah markisa? sila inbox kat facebook. saya bagitahu kat mana nak dapat buah markisa yang berkhasiat ni. selamat mencuba~




assalamualaikum.

kebosanan LAH!

sakit mata, bahu dan otak cek report practical students. mungkin kena baca kat screen computer menambahkan kepenatan. nak suruh print nanti ade je yang silap lagi. kesian pulak dorang kena print banyak banyak dan banyak kali. so untuk kesenangan mereka, saya bersakit. DEMI ANAK BANGSA, takpe!


tak tahan melayan tulisan yang banyaaaaakkk tuh, saya layan facebook jap. haa sekarang dok melalut ke laut kat blog. heh. entah apa nak cerita kat sini, taip taip dan taip. emh tadi amek gambar sendiri. HAHA !! gambar saya memakai tudung bawal. bukan selalu tau saya nak pakai tudung camni sebab bukan kegemaran. saya lebih suka pakai tudung jenis jojet berharga RM10.
 

kadang-kadang ok gak layan tudung bawal nih. tak buat hal pon. senang gosok dan senang nak dibentuk. harga tudung ni RM25. MAHAL !! sebab kalau tudung jenis jojet boleh dapat 2 helai setengah. hehe :) 
gambar-gambar di bawah adalah menggedik semata. nak fokus pada tudung sebenarnya tapi dah macam jual muka pulak. sila tatap :P



 
 
 

ok dah. nak sambung cek report. kalau bosan lagi, saya post lagi gambar-gambar lain. mungkin kali ni cerita pasal baju kurung cotton baru beli kat JALAN TAR pulak. ahakkksss !! babai~


Monday, November 08, 2010

kerana ku sayang dia...jugak !!

last saturday was historical for my beloved cinta hati, AHMAD NUR HAKEEM :) he is celebrating his graduation day, receiving his Diploma in Computer System and Networking from Kolej Poly-Tech Mara. emh sama pulak dengan tempat saya mengajar. kan? takpelah, abaikan :P


disebalik kegembiraan kebanggaan kegemilangan tu, saya hanya mampu sokong beliau dari jauh saje. saya ada urusan yang lebih penting di sini. it's ok kan dear, awak mesti paham. insya-Allah masa awak konvo degree nanti, saya teman mama awak masuk hall *berangan*


ni antara gambar yang saya amek dari laman sosial cinta hati saya. dua sahaja. nak tengok semua sampai satu ratus tiga puluh tujuh gambar, sila add beliau :)


emh kenapa saya pilih gambar dua ni sahaja? sebab saya suka gambar-gambar berkenaan. nak letak banyak-banyak nanti mengancam privasi beliau dan keluarga. so ini je yang boleh letak kat blog :)


cinta hati saya kehilangan rambut tersayang semasa hari bersejarah ni. rambut beliau dah hemsem sangat dan mencairkan hati saya tetapi tidak dibenarkan memasuki dewan konvokesyen jika berambut begini :

maka dalam keterpaksaan itu, cinta hati saya memotonglah rambut kesayangan beliau. takpelah bb, pasni boleh bela rambut sampai cecah tanah eh. relax tau walaupon saya tahu awak sangat sensitif tentang isu nih. i miss your long hair too!


anyway, TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH !! hadiah? claim masa date eh. so pasni concentrate degree pulak. sure boleh buat kan? segelabah saya yang naik divider jalan ni pon boleh abis degree, takkan awak yang cool ni kantoi pulak. all the best and for sure i'm always here to support you :)





sayang awak. rindu awak.

Friday, November 05, 2010

kerana ku sayang dia.

i just came back from visiting ayah sayang. pouring some love to the only mark that bring so much thoughts to him. slowly his lost make me stronger than before, that’s for sure. ayah, along tak nangis kat kubur ayah hari ni :)

for not to miss ayah badly, i open my netbook and surfing internet. take a quick look at facebook and planning to write something here. entah macam mana, termeleret pulak sampai youtube. tetiba jumpa lagu ni :


berjuraian air mata mengalir wok. ingatan kat ayah makin kuat pulak. haih~padan muka kau. sape suruh search “AGNES MONICA”. pegi amek bantal layan perasaan sane!


deep inside, saya tak sekuat yang disangkakan. tengoklah sekarang ni, saya sedang mengingati ayah. sudah pastilah air mata keluar tak henti. oh rai rai~
i really want people to understand me well. I know i can’t get that but please don’t start any mess with me, OK? Good then.


kadang-kadang, untuk jadi tabah, saya tak sedar saya mengasari orang yang saya sayang. saya takde niat untuk berbuat demikian, mungkin suara tegas saya disalah-ertikan. maaf mak. along tak sengaja. along cuma ingatkan mak untuk bersama-sama kuat dengan along.  there’s a lot to go through without ayah. along akan uruskan semua hal ayah dengan baik. Mak jangan risau tau. Tuhan sentiasa menguji hamba-Nya supaya kita tak leka. sematkan itu dalam fikiran. tabah ye mak :)


ok lah. saya nak keluar, ada urusan yang harus diselesaikan. layan lagu ni eh. ayah pernah bagi lagu ni untuk mak.


Bye~assalamualaikum.

Thursday, November 04, 2010

bangang!

kau, pergi mati boleh?













bi ea bi ai !!

Wednesday, November 03, 2010

Day 02: Nine things you do every day.

antara perkara-perkara yang saya lakukan hari-hari adalah seperti berikut :

  • BERNAFAS - bersyukur sebab Tuhan dah bagi peluang merasai nikmat dunia. 

  • MANDI - harus wangi lah. public figure kot. lalalalalaaaaa~

  • CAKAP SEORANG DIRI - harus sedar apa tanggungjawab saya hari-hari. 

  • MAKAN - takde waktu yang tetap. bila rasa lapar, saya akan makan. kalau malas cari makanan, tido lagi baik :)

  • MENANGIS - buang toksik dalam badan. heh.

  • BERSENAM - mengurangkan lemak dalam badan. buat sit-up je. hiah hiah.

  • BERHUBUNG - bersama boifren sayang saya la. saje je mintak perhatian :P

  • MEMBEBEL - nasihat adik-adik. huhu~

  • MENONTON TV - tak kesah cerita apapon. layan je. kalau tak tengok tv rasa macam kurang sesuatu. ceh.

  • MENGELUARKAN DUIT - semua tanggung sendiri sebab dah bekerja. malu nak guna duit mak.


rasa macam terlebih 1 je. emh betullah. nak 9 je tapi saya bagi 10. takpelah kan, the more you give, the more you get *ape kaitan?* hehe :)

lantak la sana!

dari pagi sampai petang saya cuba godam chat-box kat tepi blog saya nih. 
akhirnya tak dapat capai apa yang saya mahukan. 



huh!






malas.

Tuesday, November 02, 2010

Day 01: Ten random facts about yourself.

may i change the title into "Day 01: Ten random facts about my beloved father"? boleh la eh. saya rindu kat ayah sangat nih.


so let me tell you randomly about my father, ABDULLAH BIN AWANG :)
  • secara fizikalnya, ayah seorang yang tinggi, gelap dan kacak. orang putih kata, tall, dark and handsome. hehe. hidung ayah besar tapi mancung macam hero hindustan auwww, mata ayah kecik tapi tak sepet, bibir ayah seksi kau tahu :P saya mewarisi kesemuanya kecuali hidung saya agak kemek sebab ikut mak dan kulit saya cerah, ikut mak juga. heh. oh lagi 1, rambut saya lurus macam rambut ayah :) pada pandangan mata seni saya, ayah manis orangnya. ada orang kata muka ayah macam ahmad nawab. emh ada skit kot. 

  • ayah seorang yang sangat sangat minat bersukan. ayah join olahraga, ayah join bola sepak, ayah join bola tampar dan yang terbaru, ayah join futsal. mungkin sebab tu la ayah saya kurus je. saya tak kurus. saya gemok :) saya masih ingat, ayah rajin datang sekolah tengok saya bersukan tapi ayah tak suka datang sekolah kalau ada mesyuarat PIBG. heh. ayah belikan saya spike shoes untuk acara 100 meter. ayah kata, lari laju-laju macam kena kejar anjing. haha. ok ayah, menurut arahan! kalau ayah tengok perlawanan bola sepak, ayah la paling senyap. tak macam iwan dan amir yang terjerit-jerit tak siuman. saya pon bising padahal tak tahu apa-apa. lalalalalaaaa~

  • makanan faveret ayah adalah asam pedas. saya pon suka juga. hehe. dulu, kalau kami makan kat luar, ayah jarang order makanan sebab ayah akan abiskan makanan kami adik beradik. bila kami dah besar dan boleh abiskan makanan, ayah order la makanan yang dia nak makan tapi jarang ayah abiskan sebab kami pulak yang abiskan makanan ayah :P

  • ayah seorang yang penyabar, paling cool dan baik hati. kalau ayah marah, ayah tak banyak cakap. ayah guna lirikan mata untuk marah kami adik beradik. panahan mata ayah yang tajam tu sudah cukup untuk kami adik beradik paham maksud ayah. haha :)

  • kami adik beradik dan mak merupakan keutamaan ayah. seriuosly, ayah sanggup buang dan abaikan orang sekeliling ayah demi kami semua. ayah juga sangat supportive. apa sahaja yang saya lakukan mendapat pandangan positif dari ayah. cuma ayah tak suka saya marah adik-adik pastu bebel banyak-banyak. ayah tak pernah cakap tak suka tapi ayah pernah bagi satu raut wajah yang saya paham bahawa dia tak suka saya buat macam tu. hebat kan ayah? hehe :)

  • ayah suka tengok cerita perang. saya tak minat langsung cerita camtu. kalau ayah sedang tengok cerita perang, saya akan cepat-cepat suruh ayah tukar channel lain. ayah tak reply apa-apa pon. bila saya pandang muka ayah, ayah akan bagi satu raut wajah *sekali lagi* yang bermaksud TAK BOLEH. memang ayah saya macam tu. mungkin ayah nak jaga hati saya atau ayah taknak terkasar dengan saya. haih. saya kalah la camni. maka saya pon tengok lah cerita perang tu dengan ayah :)

  • saya suka tengok cerita lama-lama dengan ayah. contohnya macam cerita lakonan P.Ramlee. ayah terer kalau mengajuk skrip dalam cerita tu. pastu ayah gelak. saya gelak jugak bukan kerana P.Ramlee, tapi kerana ayah. comel kot. hehe :)

  • penyanyi faveret ayah adalah ramlah ram . mak selalu cakap camni, " tu hah penyanyi faveret ayah kau". ayah sengih je. tapi tak pernah pulak dengar ayah nyanyi lagu ramlah ram. heh. lagi 1, ayah minat kumpulan the scorpions. kalau terdengar lagu dari kumpulan tu, ayah akan humming je sebab ayah tak berapa tahu lirik lagu nya. part chorus je kuat. haha. ayah ayah :)

  • kalau korang semua nak tahu, ayah saya ni seorang yang penyedih. pernah sekali tu saya tengok filem Kabhi Kushi Kabhi Gam dengan ayah, tetiba terpandang muka ayah pastu nampak air mata ayah mengalir. saya pon nangis jugak sebab ayah menangis. heh.

  • ayah suka kaler biru :)

  • ayah saya tak kelakar. jarang sangat lawak ayah menjadi. kadang-kadang saya confuse, ayah buat lawak ke tidak. haha. 

  • ayah suka budak-budak. tak kira la anak sapepon, ayah suka dokong bawak budak tu jalan-jalan. pastu suruh budak tu cium ayah. ayah bahasakan diri sebagai atok :) 

tu la serba sedikit pasal ayah saya. 


actually, saya PERNAH ADA ayah. selasa lepas, 26 OKTOBER 2010, saya dapat panggilan dari mak petang tu. mak kata ayah pengsan kat tempat keje. seriously takde rasa bimbang langsung dalam hati saya ni. saya hanya sangka ayah cuma sakit biasa. mak ajak ke hospital tangkak tengok ayah. saya, angah, mak & atin bergerak dari batu pahat lebih kurang jam 445 petang. 


dalam perjalanan ke sana, kami tak berbual macam selalu. masing-masing melayan perasaan. sesekali hp mak bunyi sebab kawan ayah call tanya kami dah sampai mana. lebih kurang jam 620 petang, kami sampai kat hospital tangkak. saya berharap dapat jumpa ayah dan tanya ayah ok tak. tapi apa yang saya nampak hanya sekujur tubuh kaku yang diselimuti kain putih. saya tak dapat nak tanya ayah apa-apa pon. angah dan atin tak dapat menahan kesedihan. mak pulak sangat tenang berjumpa pegawai perubatan yang mengesahkan pemergian ayah. saya? hanya mampu menenangkan angah dan atin sambil menguatkan diri menerima kenyataan.


iwan di perak dan amir di kota tinggi sudah dimaklumkan tentang berita ini. sedara mara serta rakan-rakan terdekat sudah tahu tentang hal ini. jenazah ayah dimandikan dan dikafankan di hospital tangkak. lebih kurang jam 920 malam, kami bergerak pulang ke batu pahat. sampai di sana, semua orang sedang menunggu kepulangan ayah. pagi esok, selepas disembahyangkan, ayah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan di sana. masa tu, suasana sangat redup dan tenang. tak panas. nyaman je. ramai sangat orang yang teman ayah ke sana. emh maaf, saya tak boleh cerita banyak, air mata tak berhenti mengalir. huuu~


ayah pergi meninggalkan kami jam 520 petang sebab acute coronary syndrome atau bahasa mudahnya serangan jantung. pemergian ayah sangat mengejutkan. baru je sabtu lepas on the phone dengan ayah. ayah pesan suruh belikan jersey portugal. maaf ayah, along tak dapat carikan jersey tu untuk ayah. along ingatkan kite akan hidup lama lagi bersama, tapi ayah pergi tanpa sebarang pesan. 


dah seminggu ayah tinggalkan kami. ayah sihat tak kat sana? ayah tahu tak along rindu ayah sangat sangat. kami semua rindu kat ayah. tiap-tiap hari along ingat ayah. tapi ayah jangan bimbang, we'll be strong for you. along akan uruskan segala hal-hal ayah. along akan jaga mak dan adik-adik dengan baik. along janji!


along sayang ayah :) Al-Fatihah.

Monday, November 01, 2010

bintik-bintik hitam.

I just want you peeps around the world to know that I really care about the person I love. Don’t bother about us. Don’t say things that you don’t sure about us. As far as I know, I don’t make any enemy, yet. but don’t make me put you as the first person though, PLEASE!!



Haih.



pakai baju kurung tak gosok.



I am really fragile right now. Don’t break my heart.