Wednesday, December 30, 2009
Thursday, December 24, 2009
celebration day y'all!~
walaupon pada mulanye i tak yakin langsung dia boleh dapat semua A.sebabnye dia ni asyiklah melayan internet, game dan awek kesayangan [awek ni pon dapat 8A.baguslah.dah lepas 1 syarat.heh].haih kecik-kecik sudah gatal.tak tau ikut perangai sape.tapi ade 1 perkara yang boleh buat i percaya kat dia ni adalah dia memang rajin belajar.kalau dia dah start nyanyi kuat-kuat dalam bilik tu maknenye JANGAN KACAU!AMIR NGAH BELAJAR NIH!ok ok.along paham dan tak penah kacau pon~
****AMIR****
amir nak hadiah ke?rasenye dah dapat awal tahun aritu kan?sebiji bola sepak...kan?kan?kan?along belikan sebab nak amir dapat 8A.ingat janji kite?kalau amir tak dapat 8A, amir kene bayar semula harga bola tu double.kaya lah i y'all.tapi amir dah dapat 8A, so bola tu kira hadiah la eh.tahniah amir.i'm proud of you.lalalalalaaaaa~
our parents celebrating their 28th anniversary today.amir celebrating his 8As.so today i umumkan sebagai celebration day.hehe sesuka hati i je kan. so i nak pilih tarikh ni jadi tarikh kawen i lah, boleh tak?ok takde kaitan.bye~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
28
setiap tahun pada tarikh 24 Disember mereka akan amek cuti dan menyambutnye bersama.
takde la sampai buat majlis besar-besaran ke ape.
kami adik beradik tengok pon macam biase je.
baik tak yah cuti camni.heh.
tapi aku tak pasti ape sentimental emotion yang dirasai oleh mereka.
harapannye setelah 28 tahun membina keluarga ni, mak dan ayah lebih bahagia.
kami sangat sayang kamu berdua walaupon kami sangat nakal dan tak terkawal =P
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 3 tukang tilik
Wednesday, December 23, 2009
kenapa hah??!!!?
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 10 tukang tilik
wednesday - part 2~
terutama kat kekasih hati idaman kalbu.
sampai tahap camni --> i will stay awake just to hear you breathing!!!
haish parah dah ni.
lihat ini :
i was blown away with all the memories.
rindu rinduan nih.
I MISS YOU!
p/s : hey you there, miss me tak?
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
wednesday~
ok, itu hal umah.hal tempat keje pulak.emh let's see,banyak perubahan sebenarnye.aku dah mula unpack my things yang sebelom ni terperap dalam kotak yang konon-konon kene pindah ke premis pendidikan baru yang konon-konon lepas raya aidilfitri yang konon-konon tak boleh nak lunch ngan aza,mimi,dyana,azahari semua tu.ingat?tak jadi pon pindah.ngeh.kemas segalanye lah kan.meja ni mesti kemas selalu.seganlah meja kotor-kotor ni.euwww jijiks.wahahahaha.then, one of my colleague dah takde.i mean dia berhenti keje sebab sambung belajar.agak sentap gak la bile dapat tau hal ni.macam takde penyeri pulak.huhu.alah korang tau la sape.takyah mention kat sini.
still hal tempat keje.the organisation here ade muka-muka baru.tak la baru pon.orang-orang lama jugak tapi bertukar kedudukan.sekarang ade Timbalan Pengarah baru dan Ketua Jabatan IT baru.selain tu, aku dapat PC baru tau.hehehe suke suke.ape lagi yang baru? emh semangat yang baru.ye semangat baru.aku mahu lebih tekun dan fokus kepada kerja.aku nak baiki segala kekurangan pada semester lepas.kalau boleh nak lebih garang.wohohoho garang la sangat.nanti aku yang syahdu.bukan garang la, mungkin lebih tegas.semoga berjaya.insya-Allah~
menyentuh hal-hal lain pulak, sejak akhir-akhir ni aku dibelenggu dengan kisah mereka-mereka yang nak bertunang.best best.tak sabar nak sibuk-sibuk kat majlis tunang kawan-kawan.hahah.seronok bile dapat tau cerita-cerita camni.boleh menimba pengalaman.boleh buat persiapan untuk diri sendiri.buat masa ni, aku akan cube memenuhi setiap jemputan perkahwinan kawan-kawan aku.pada masa yang sama aku akan kumpul duit, kumpul duit dan kumpul duit.aku mahukan segalanya tersedia sebelom membina istana bahagia nanti [ayat nak novel.heh].kalau boleh nak habiskan bayar hutang kereta, ptptn dan loan.mase tu umur dah 40.masih malatop-mantap-hot kot.hehehe.boleh arjuna?
lebih kurang 2 minggu lagi kelas akan bermula semula.i'm quiet excited actually.rindu dengan suasana kolej yang kecik tapi ramai orang nih.rindu nak mengajar dalam kelas.rindu nak pakai heels g kelas.rindu nak nangis-nangis.rindu nak buat kuiz.haish rindu semualah!aku pasti suasana kali ni akan lain dari semester lepas.pasti lain.lain lain lain lain dan lain.selamat kembali ke KPTM Batu Pahat!
enough kot untuk hari ni.nak sambung buat kerja lain.bubbye~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
Tuesday, December 22, 2009
tak suke tau bile hantar awak kat tempat tuh!
now is 1 pm.
dah 4 jam awak tinggalkan saya.
bile nak jumpe lagi nih?
p/s : rindu tahap ikan.heh~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
Monday, December 21, 2009
sunyi~
selesai SUPTEM, kami pulang ke batu pahat semula.rehat 1 malam di rumah dan esok pagi menuju ke port dickson pula untuk Staff Day KPTM.kami stay kat ancasa hotel.best best.staff day kali ni kelihatan lebih meriah berbanding tahun lepas.antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka, makan malam riuh sekampung, pertandingan persembahan, karaoke dan bagai.aku tak amek port sangat benda ni semua.yang mampu aku ikut, aku join lah.kalau agak-agak tak mahu join, aku ade aktiviti lain bersama ahli kelab gos-gos [ade ke kelab nih???huhu].aktiviti paling syiok adalah mandi swimming pool!tak hengat lah ko tu dah besar kan.puas cuci mata jugak.heh.bile mata dah penat tengok abang-abang berotot gagah, kami pon g siap-siap nak balik.bye ancasa.hoho.1 week tak melekat kat umah.tapi memang berbaloi lah.segala yang aku lalui sepanjang seminggu tuh adalah untuk additional knowledge and experience.terbaek wok!
i'm back at college after that and continue with marking exam papers.memang tak relax langsung marking papers kali ni.prestasi pelajar-pelajar sangat membimbangkan.tak pernah dalam sejarah pengajaran aku, students tak perform camni.sangat risau!sakit mata tengok kertas kosong tanpa jawapan.macam aku tak pernah ajar ape-ape.you never understand how we [lecturers] feel.haih.tapi tak semua students camtu.tahniah kepada yang cemerlang.tunggu result ye.baiki ape yang patut.bukan untuk kami pon, untuk masa depan korang gak.kan?kan?kan?
abis minngu penat tuh, aku g bercuti ke klang selama 3 hari 2 malam.hehe.excited wok!tujuan utama adalah untuk ke majlis perkahwinan sahabat baik iaitu wani.selamat dah kawan aku yang sorang nih.wani tergolong antara cs community batch 2005-2008 yang terawal mendirikan rumahtangga.dah jodoh kan.any news from others???yes for sure!lily dah pregnant.tahniah lily.!iza pon dah jadi isteri orang bersama boifren nye lah, shahrul.tahniah kepada niza jugak.!kawan-kawan lain maintain hot and malatop.huhu.good luck eh kawan-kawan!cerita-cerita lain di klang akan disambung pada entry seterusnye eh =)
ok abis minggu jalan-jalan.so minggu ni dok umah je.teman mak kat umah pulak.pasni nak g mane eh?ade cadangan?
[gambar-gambar boleh dilihat di laman sosial kepunyaan saya.tq =)]
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
Thursday, December 17, 2009
heartless~
ok lah, lupakan jap pasal hal update nih.esok merupakan permulaan tahun Islam yang baru iaitu 1431H.diharapkan korang semua dapat mulakan tahun baru dengan azam yang lebih baik.baiki diri untuk jadi hamba-Nya yang soleh serta solehah.insya-Allah~
untuk update yang seterusnya, tunggu je la eh.nak kumpul bahan.wee~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 0 tukang tilik
Friday, December 11, 2009
tears~
al-fatihah~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 3 tukang tilik
Sunday, November 22, 2009
tak suke!
aku sedang berperasaan menyampah sekarang.terasa nak cubit orang sampai tertanggal kulit ngan daging.gggrrrrr.menyampah menyampah menyampah!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 5 tukang tilik
Saturday, November 21, 2009
i hate to feel this way~
tak suke merindui arjuna.
it hurts like hell!
gggrrrrr!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 0 tukang tilik
Tuesday, November 17, 2009
jadilah arjunaku untuk selamanye~
lagu ni layan ah.best best!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
detik itu semakin hampir (T_T)
ok.bukan nak cite pasal harapan lah, never end lah, perlahan lah, bagai lah kan.aku nak kongsi cite pasal exam ni ha.bukan students je nervous malah kami yang bergelar pensyarah ni pon tak senang duduk.kalau boleh nak korang semua lulus dengan cemerlang.tapi kite tak boleh jangka ape nak jadi kan.so berserah je lah.yang penting i've done my part of lecturing and now korang punye bahagian pulak untuk balas balik segala pengorbanan kami yang berpeluh-peluh-basah-ketiak-berminyak-muka mengajar korang.camne nak balas? belajar lah rajin-rajin.tak susah pon.sebab kalau korang belajar rajin-rajin, result korang cemerlang.pastu korang boleh keje bagus-bagus.nanti dah jadi jutawan maka duit pon banyak.so kalau awek mintak rumah besar 4 buah pon takde masalah.betul kan?
so semalam exam paper linux.senang je lah.alah benda yang dah diajar dalam class pastu kuar semula kat paper final.takkan lah takleh jawab.kalau korang kaki ponteng pon, module kan ade.bace je lah.kawan-kawan setia pon ade untuk tolong.ye, aku sangat paham kalau korang tetibe blur, pastu sakit perut lah, tak ingat lah, tertukar fakta lah dan macam-macam hal lagi.aku penah gak jadi student.seorang pelajar ijazah sarjana muda sains komputer di Universiti Sains Malaysia.sooooo aku amat memahami masalah korang.YANG PENTING BERUSAHA.ape terjadi pastu, berserah je.harapannye supaya aku senang hati menanda kertas linux.oh tak lupe gak untuk paper EEF isnin depan.good luck ye!
pelajar-pelajar exam maka kami akan jadi pengawas peperiksaan.tau tak, this is the most boring part ever in my history as a lecturer.sumpah tak gemar langsung.bayangkan lah, selama 3 jam.mundar-mandir dalam dewan exam tuh, pastu kutip kertas jawapan, mundar-mandir lagi, kutip kertas jawapan lagi, mundar-mandir sekali lagi, kutip kertas jawapan sekali lagi, mundar-mandir lagi dan lagi, kutip kertas jawapan lagi dan lagi.boleh bayang tak? untuk kurangkan rase bosan tu, aku pon bertindak bijak [hehe] untuk melakukan my favourite thing iaitu snap snap snap.amek gambar lah kan.tengok tengok :
suasana dalam exam hall.ni kat level 2.
hujan...rahmat Tuhan.
buku ni best.ade mase nanti nak explore lagi.
tapi keseronokan itu hanye sementara.emh nak buat ape lagi eh.ok jom conteng-conteng.suke suke.conteng sini.conteng sane sikit.wallaaah.lihat ini :
berbakat kan?saya tau tu.lalalalalaaaaa~
haih.emh ape kate msg arjuna plak.hye sayang cintaku...watpe tu?hahah.gedik kan?rekaan sahaja lah.jangan nak kutuk eh.wek! ting ting.yes, arjuna reply.alaaaaah, kecewanye bile dia tak free mase nih.nak gedik lagi boleh tak.ape kate awak lupekan hal awak tu.teman lah saya.bosan nih.eeeeeeh jangan nak mengadelah rai oooiii.respect his space.go on lah dear.don wori.your gf ni kan tabah dan berdikari.take care eh.bye!
ape nak buat lagi nih??? nak borak-borak tapi takut ganggu fokus students nak jawab exam plak.ade gak la berbual ngan syed.tapi dia lelaki.ape je nak dibualkan.nak mengumpat pon tak layan.heheh.so tunggu je lah the 3 hours to end.mundar-mandir dalam dewan exam tuh, pastu kutip kertas jawapan, mundar-mandir lagi, kutip kertas jawapan lagi, mundar-mandir sekali lagi, kutip kertas jawapan sekali lagi, mundar-mandir lagi dan lagi, kutip kertas jawapan lagi dan lagi.bosan kan?
ok ok.dah habis pon 3 jam.weehuu.kutip sisa-sisa kertas yang ade.jom balik!
eh jap.sebelum tu, nak ingatkan semua pelajar-pelajar kesayangan sahaja supaya jangan lewat masuk dewan exam.datang awal ye.so korang sempat tenangkan diri.jangan lupe bawak ID card dan slip exam.jaga juga pakaian dan kekemasan diri eh.satu lagi, ni amaran keras...jangan nak gedik bawak nota dalam dewan exam eh.senang kate JANGAN MENIRU.last but not least, ALL THE BEST Y'ALL!!!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
Friday, November 13, 2009
kurang ade mood~
aku nak tarik diri dari semua ni tapi aku dianggap kurang ajar.
aku cuba ringankan beban tapi dikatakan penggalak masalah.
tanggungjawab aku dipersoalkan bile aku diam tanpa sebarang kata.
semua tindakan menjadi bahan pertikaian.
ape harus aku buat?
pejamkan mata.
mungkin itu mampu ubah segalanye.
aku taknak fikir.
aku taknak masuk campur.
menangis dalam hati.sigh~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 1 tukang tilik
Friday, November 06, 2009
election day~
sehari sebelom mengundi.kami menyediakan barang-barang untuk proses mengundi.yang baju oren tu adalah orang kuat election day kptm bp, sir erwandi.
yang baju biru tu pon orang kuat gak, kuat posing.hahak.sori azahari~
election day!sebelom mengundi, pelajar-pelajar perlu sign attendance.sila beratur ikut giliran.ade muka mpp semester lepas.heh (^_^)
suasana dalam bilik mengundi.
gigih kan beliau mengundi.saje je letak.wakil pelajar lelaki.
selesai pelajar-pelajar mengundi, proses mengira undi dijalankan.a little brief from orang kuat juga, sir hisham.
proses mengira undi bermula.aku dan mimi bergandingan manakal afzahul sebagai pemerhati.
close-up sket muka gigih.ngeh ngeh.
selesai kira undi.bergambar lah!
orang-orang kuat SPR mengira jumlah undi.teliti teliti.
makan time.i like!
nak gak letak gambar nih sebab election day = hanis's birthday.so ade ruang istimewa sket.bile nak buat party buih???
ok.that's all for the day.
keputusan?
tungguuuuu!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 7 tukang tilik
Wednesday, November 04, 2009
hati
bagi aku, orang yang hidup ikut flow ni pemalas. ape nak jadi kau ikut je. takde planning langsung dalam hidup. kalau kau plan pon, kat mulut je. tindakannya takde. nak kene tunggu orang ketuk kepala kau baru nak sedar. tu pon kalau sedar lah. dibuatnye tak sedar, haish...lu pikirlah sendiri. we are talking about FUTURE now. even orang yang dah capai what they've plan pon masih merancang for a better future tau. ye la kan, manusia mane pernah puas. tapi tu semua untuk kebaikan masing-masing. so bagi yang masih belom tentu future ni, macam mane? nak go with the flow lagi ke? hilang akal ke ape? berusahalah!
mereka yang tergolong dalam penyakit JGWTF [just go with the flow] ni selalunye heartless. konon-konon tenang lah kan. tapi at the same time mereka boleh menyebabkan orang disekeliling mereka terabai. kalau kite sayang kat seseorang, boleh ke kau buat tak tau je. kau heartless macam mane pon, kau kene sedar orang tu sayang kau. jangan amek mudah perasaan orang tu. bapak useless kalau kau tak reti hargai orang yang menyayangi kau terutama orang yang sanggup ketepikan hal-hal lain sebab kau. ketepikan hal-hal lain yang lebih penting daripada kau tapi sebab orang tu dah sayang kau meroyanly, orang tu tak nampak kepentingan hal-hal lain tu pon kecuali kau je. orang tu nak kau jugak. tak bertuah ke kau ha?
pernah gak aku hadapi situasi dimana aku nekad untuk go with the flow. nak simpan rahsia besar. tapi aku gak gelabah bile kantoi. aku tak boleh nak ikut flow sangat. aku kene ade plan lain. selagi boleh simpan, aku simpan. bukan nak kate aku ni perfect sangat ke ape. just taknak bertindak bangang bile orang try gurau-gurau ngan aku. nak bergurau pon ade batasan. kalau aku meluat, aku diam je. sometimes, silence is the best killer. rite?
lately aku sibuk sediakan coursework untuk setiap class. sibuk buat class tambahan sane sini. serius aku penat tapi itulah sumber rezeki aku. maka aku jalankan amanah tu ngan gigih sekali. untuk reward kepada kesibukan-kepenatan-kegigihan tu, i just need YOU. i want nobody but YOU. tapi aku paham. kite ade hal masing-masing. diam tak bermakne aku lupe dan tak kesah. aku cume bagi mase dan ketenangan untuk YOU setelkan semua hal. rasenye itu yang terbaik...kan YOU? but believe me, awak melekat kat hati dan ingatan saya setiap masa and never less. awak sangat disayangi oleh saya.TAK TIPU!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
Tuesday, November 03, 2009
i don't want nobody but you!
i want nobody noboby but you
lalalalalaaaaa~
..........
jom menari yeah!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 1 tukang tilik
Monday, November 02, 2009
twist.twisting.twisted.
beberapa hari lepas, aku gembira dengan khabar berita yang disampaikan oleh mak dan pada masa yang sama AKU RISAU.ade dua pilihan.sini atau sane.just now i call mak :
me : how mak?
mak : i'm at SEGAMAT.
me : [speechless]
mak : mak start minggu depan.
me : ok mak.i'll see you at home then.we talk more on this.
tetibe banyak sangat yang aku fikirkan.mesti kehidupan pasni lebih mencabar.walaupun dah biase hidup berdikari...AKU MASIH NAK MAK.ye la kan, dok pon kat umah mak.pastu aku kene take over tugas-tugas mak.nak kawen!ok takde kaitan.heh.
think positive.ade kebaikan punye.relax sudah~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
Friday, October 30, 2009
cintai bahasa kita~
meh fikirkan same-same :
setiap bulan,seorang insan biasa akan menerima pinjaman daripada badan bersekutu.insan biasa itu yang baik hati telah menghebohkan berita baik ni kepada kawan-kawan beliau.maka berkatalah insan biasa itu, "wahai sahabatku...pinjaman dah keluar".
soalan :
betulkah ayat insan biasa itu?
PINJAMAN DAH KELUAR atau PINJAMAN DAH MASUK???
anda tentukannya!
tinggalkan komen anda sekarang ye~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
IT'S OVER!
semester ni merupakan semester paling panjang and full with chaos.kalau nak cerita rentetan setiap peristiwa...tak menang jari nak taip.hanya kami warga KPTM BP sahaja yang memahaminye.hopefully next semester will be better.ape yang berlaku jadikan pengajaran lah kan.semua pihak pon berusaha to the limit untuk mencapai segalanya.kalau nampak aku goyang kaki senang lenang...tu tak bermakna otak dan hati turut senang lenang.banyak hal yang difikirkan.hanya Tuhan yang tahu~
PERIBADI DAN KERJA.dua hal yang tak boleh nak campur aduk langsung.paham?sure hidup tak best kalau korang tak reti nak asingkan dua hal nih.waktu kerja...aku kerja.kalau aku langgar peraturan,sila tegur.balik umah...itu hal aku dan keluarga dan arjuna juga.tak boleh kacau.mengerti?kadang-kadang aku pon hilang arah gak.mane nak put on top.tapi setakat ni keluarga je dulu.ayah kate tak leh join camping so no second words from me.taknak rimaskan ayah lagi.haih~
setakat ni prestasi pelajar-pelajar ditahap OK.aku tak lah risau sangat.aku masih ade masa untuk polish skill mereka.CUMA MEREKA PERLU BERUSAHA JUGAK.BOLEH KAN?kalau boleh nak semua pelajar-pelajar dapat B.tu paling kurang.hehe.boleh eh students?tak besar pon permintaan ni.good luck!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 3 tukang tilik
Monday, October 26, 2009
sayang bi-awak!
sempena hari bersejarah tu, he gave me a present.suke suke suke suke suuuuuke sangat!!!so ape hadiahnye? A GORGEOUS PURPLE PURSE.just nice lah.lagipon beg duit lame dah koyak-koyak.nak tukar tapi tak jumpe yang berkenan.terima kasih tau!heh.ape pulak aku bagi kat arjuna?takyah la nak bagitau dunia.macam riak pulak.instant present...his request.beli depan arjuna je.tak bungkus cantik-cantik pon.lalalalalaaaaa~
cantik tak?cantik tak?i like everything about it.bungkusan pon lawa.merah tau.my favourite colour.wahahahahahaaaaa.suke tak terkawal!
aku gembira bersama arjuna walaupon kami kadang-kadang berselisih pendapat jugak.tapi tu semua mengajar kami untuk lebih memahami,menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.betul kan?only you know me bi-awak.mengade-ngade,gedik,poyo.awk tak kesah kan?heh.TQ for all the memories dear.best sangat!
ok world.itu je nak share.till next time eh.bye~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 5 tukang tilik
Friday, October 23, 2009
touched~
terima kasih eh ima.really like it.wee~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 3 tukang tilik
hari bahagia~
sampai kat umah qotul around 1030am.cikgu qotul ni rajin tau.buat tuisyen untuk anak murid beliau.gigih dan berdedikasi kan? umah qotul ni selang serumah je ngan umah manja.so sementara tunggu qotul abiskan tugasnye mendidik anak bangsa. aku g jengok pengantin.busybody sangat sampai orang ngah bersolek pon nak tengok.ah biarlah...lame tak jumpe tau.jenguk-jenguk.confuse!mane 1 manja?tengok tengok lagi.eh...ni ke manja?lain seh...slim dan semakin cantik.cayalah manja!nak petua sikit.nak kurus jugak!ok puas hati dah tengok bestfren and now its time to tukar baju untuk makan eh bukan untuk melihat manja bersanding.tetibe rase tak sabar nak naik pelamin jugak.haha.gedik je.aku boleh sabar memandangkan diri sendiri yang masih tak stabil.tenang-tenang aje eh~
from manja to her beloved husband.
tu lah manja! bukan yang baju pink tu.heh.
antara rakan-rakan yang hadir (^_^)
angah sebagai peneman setia~
berseri-seri manja disamping suami tercinta~
pelamin angan manja menjadi juga.i'm happy for you!
kesimpulannya, majlis tu berjalan ngan baik dengan izin-Nya.TAHNIAH MANJA.semoga bahagia sentiasa, badan sihat dan otak pon cergas.heh.iklan kejap.make more kids eh.mesti comel dan ala2 bollywood gitu.i like!pasni sape pulak?jeng jeng jeng.bagitau aku eh.nak jalan-jalan lagi.wee~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 5 tukang tilik
Tuesday, October 20, 2009
pendapatan tambahan~
ok lah.taknak berahsia macam mane aku menambah sumber pendapatan.lihat je lah gambar-gambar ni:
YE AKU BERCUCUK TANAM.kagum tak?setakat ni tanaman ok je.dengan bantuan personal assistant merangkap pekebun berbayar, aku dapat gak meningkatkan mutu ladang nih.terima kasih pakcik.jasamu dikenang!so ape kate kawan-kawan sekalian.jom lah join.selain menambah pendapatan, boleh juga menyihatkan badan ye.selamat mencuba!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik
Thursday, October 15, 2009
kurang puas hati~
aku nak scan jari pagi tu.selepas percubaan ke-dua masih tidak berjaya juga proses scanning berkenaan.perkara biasa bagi aku.so cuba lagi sekali.tetiba "kau" bersuara --> tu lah, makan banyak sangat. dengan nada yang sinis dan muka yang serius.aku tak rase "kau" bergurau.aku terus je nak patah-patah tulang "kau".ape kaitannye scan jari ngan makan banyak???jari comel aku ni muat kat ruangan scanning tu lah!then, mane "kau" tahu aku makan banyak???sebab "kau" nampak aku lalu-lalang kat meja makan umah khairil malam tadi maknenye aku makan banyak lah.macam tu???kasi celik sket mata tuh.kalau betul kau perasan setiap pergerakan aku, mesti kau perasan ape yang aku makan.aku lalu lalang banyak kali tak bermakna aku amek makanan banyak kali.aku tahu lah adab g umah orang.bukan makan nak kenyang tapi sekadar nak rase dan memenuhi jemputan."kau" ape tahu???
dah lah.malas nak cite banyak-banyak.makan banyak-banyak takpe sebab boleh tambah tenaga.heh!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
Wednesday, October 14, 2009
bulat bulat macam donut~
mula-mula rase macam tak selesa je pakai selendang nih sebab nampak sangat bulat muka i yang bulat nih.tapi setelah sekian lama...eh macam cun pulak.heheheh.maka hobi mengumpul selendang sedang giat dijalankan.tak kesah dah orang nak kate ape.macam donut lah.pipi nampak tembam lah.nampak jerawat lah.nampak itu lah.nampak ini lah.SIBUKLAH!!! ngeh~
pedulikan je ape orang nak kate.i'm ok with these selendangs.selesa tau.auw~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 7 tukang tilik
bi-awak-wak-wak-wak-lu-huhu~
tak tahu kenapa, i wanna be someone different tomorrow...i mean my appearance.SELAMA NI MISS RAI SANGAT SIMPLE MACAM GADIS 19 TAHUN.heh.sambil berfikir nak jadi berbeza sambil tu kepala dah kat bantal dan badan atas katil.messaging arjuna kononnya nak opinion beliau lalu aku yang tertido.maaf sangat (-_-).huh~
bangun dengan 1 semangat yang baru la kan.sambil bersiap sambil berlagu riang.rutin bersiap tidak seperti biase dimana beberapa bahan asing telah ditepek di muka untuk menambah seri.selama ni tak minat nak pakai sebab rimas bukan sebab tak sempat dan tak mampu beli tau.ngeh.ok dah siap.puas hati.senyum.jom ke ofis!
10 minit taken.sampai di perkarangan kolej...meet some students and colleagues.senyum seperti biase tetapi ade kedengaran beberapa suara nakal."miss nampak lain la hari ni.make-up raya eh?".oh lupe plak aku berseri-seri hari ni.haha.taklah berseri pon sebenarnya cume lain dari hari biasa.lepas scan jari...aku masuk ofis.takde plak kawan-kawan tegur.baguslah.kalau tak, malu lah i.hehe~
buat persiapan sebelom masuk ke class.first class for that day is EEF.suara nakal lagi."miss rai will blushing all day.hehe".oh lupe lagi.PIPI I DISERIKAN DENGAN BLUSHER FROM ELIANTO.OK SEMPAT PROMOTE.NAK KOMISYEN PLEASE!!!aku senyum je.ajar macam biasa.nak tau tak...bile habis masa, maka akan keluar class dan akan berjumpa students lain juga.haaaa mase ni lah semua nak tegor."miss miss" here "miss miss" there.maaf jika senyuman tidak terukir pada anda.tak sempat nak toleh kat semua orang.ade lagi suara nakal."miss pakai baju raya".hello ni baju ntah dah berapa tahun tak tahu.bukan bukan baju raya.kalau pakai baju raya kene beraya.kalau dah beraya takleh mengajar.hanya boleh makan-makan dan borak-borak sahaja.bagaimana???so tak pakai baju raya ke ofis.huhu alasan!!!
so ingin mintak pendapat orang garang.tak sempat nak tanye..beliau menerjah,"awak pakai make-up eh?".tak tau nak jawab ape.ketawa macam orang meroyan.ni je terkeluar dari mulut."SEGAAAAANLAAAAAH".orang garang kate ok je.so boleh teruskan ngan hobi ini untuk esok hari.taaaaapiiiii hari ni tak pakai make-up pon.sebenarnye tak sempat.hehe.ade beberapa sebab lain gak lah.let it be my secret.kesimpulannya, aku selesa sebegini.tak lah rase diperhatikan je padahal ima, aza & dyana tak sedar aku melawa semalam.haha.hari ni lebih selesa dan yakin walaupon tak pakai kasut baru-huhuhuhu.
dah.tu je sesi luahan perasaan untuk hari ni.sampai ketemu dilain masa.akhir kata, beli alat-alat make-up pastu guna dengan sebaiknya bukan simpan buat hiasan kat umah.sekian terima kasih~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 12 tukang tilik
Thursday, October 08, 2009
glory glory~
call lah i sekarang.tak sabar nak dengar ringtone custom i.
muahahahahaha gelak gelak.yeah~
meh kongsi sebab i baik hati punye orang : KELIK LAH!!!
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 3 tukang tilik
Wednesday, October 07, 2009
awak sweet tau.pastu saya memang susah nak tido sebab berangan.huahuahua~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 2 tukang tilik
Tuesday, October 06, 2009
gelabah
esok, amir [my little brother] akan menduduki PMR tapi aku yang gelabah tak tentu pasal.semalam aku mimpi temankan dia dalam exam hall.aku yang berpeluh-peluh tapi dia relax je.huh.sampai macam tu sekali.bimbang dia buat silly mistakes.cuai.hakikatnya aku hanya mampu berdoa untuk kejayaan dia sepanjang exam tu nanti.sesungguhnya aku hanya nak yang terbaik untuk dia.all the best amir!
now i know how my parents feel.ingatkan nak bertanding ngan sedara mara dan jiran sebelah umah.tapi mak & ayah bukan macam tu.mereka tak amek kesah hal orang lain.yang penting kami berjaya dalam bidang masing-masing.so, sepanjang amir exam ni...aku kenelah berkorban.take over tugas dia kat umah.takpe takpe.seminggu je pon.all the best to me too.huhu~
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 0 tukang tilik
boleh percaya ke?
buat kuiz lagi.
kali ni nak tanye pakcik nujum lah.hehe.
jom tengok i tanye ape:
hasil susah payah RAIFANA ABDULLAH 6 tukang tilik