BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 23, 2009

wednesday~

takde specific purpose tulis entry kali ni.just terasa nak menaip sesuatu kat blog.so ape nak cite eh?emh pagi nih bangun agak lewat.kelam kabut kat dapur sediakan itu ini.sejak amek tugas mak [sebab mak keje kat segamat], aku kurang rehat lah.yes, i can feel that.kalau mase mak ade, aku tolong sikit-sikit je.mak suruh tu, aku buat.mak suruh ni, aku ikutkan je.yang mak tak suruh pon aku buat jugak.huhu.sekarang ni, semua hal pon aku kene fikir.SEMUA HAL!luckily, aku ade adik-adik yang boleh tolong ringankan tugas-tugas kat umah tu.terima kasih kat angah yang tolong sapu umah.terima kasih kat iwan sebab tolong buang sampah.terima kasih kat amir yang tolong sidai baju.terima kasih kat atin yang tolong angkat baju.tugas-tugas lain seperti mop lantai, basuh pinggan, cari kayu api, sapu laman umah, angkat air kat perigi, cuci tandas, memasak dan sebagainya, biar along yang buat.takpe, dah biasa =)


ok, itu hal umah.hal tempat keje pulak.emh let's see,banyak perubahan sebenarnye.aku dah mula unpack my things yang sebelom ni terperap dalam kotak yang konon-konon kene pindah ke premis pendidikan baru yang konon-konon lepas raya aidilfitri yang konon-konon tak boleh nak lunch ngan aza,mimi,dyana,azahari semua tu.ingat?tak jadi pon pindah.ngeh.kemas segalanye lah kan.meja ni mesti kemas selalu.seganlah meja kotor-kotor ni.euwww jijiks.wahahahaha.then, one of my colleague dah takde.i mean dia berhenti keje sebab sambung belajar.agak sentap gak la bile dapat tau hal ni.macam takde penyeri pulak.huhu.alah korang tau la sape.takyah mention kat sini.


still hal tempat keje.the organisation here ade muka-muka baru.tak la baru pon.orang-orang lama jugak tapi bertukar kedudukan.sekarang ade Timbalan Pengarah baru dan Ketua Jabatan IT baru.selain tu, aku dapat PC baru tau.hehehe suke suke.ape lagi yang baru? emh semangat yang baru.ye semangat baru.aku mahu lebih tekun dan fokus kepada kerja.aku nak baiki segala kekurangan pada semester lepas.kalau boleh nak lebih garang.wohohoho garang la sangat.nanti aku yang syahdu.bukan garang la, mungkin lebih tegas.semoga berjaya.insya-Allah~


menyentuh hal-hal lain pulak, sejak akhir-akhir ni aku dibelenggu dengan kisah mereka-mereka yang nak bertunang.best best.tak sabar nak sibuk-sibuk kat majlis tunang kawan-kawan.hahah.seronok bile dapat tau cerita-cerita camni.boleh menimba pengalaman.boleh buat persiapan untuk diri sendiri.buat masa ni, aku akan cube memenuhi setiap jemputan perkahwinan kawan-kawan aku.pada masa yang sama aku akan kumpul duit, kumpul duit dan kumpul duit.aku mahukan segalanya tersedia sebelom membina istana bahagia nanti [ayat nak novel.heh].kalau boleh nak habiskan bayar hutang kereta, ptptn dan loan.mase tu umur dah 40.masih malatop-mantap-hot kot.hehehe.boleh arjuna?


lebih kurang 2 minggu lagi kelas akan bermula semula.i'm quiet excited actually.rindu dengan suasana kolej yang kecik tapi ramai orang nih.rindu nak mengajar dalam kelas.rindu nak pakai heels g kelas.rindu nak nangis-nangis.rindu nak buat kuiz.haish rindu semualah!aku pasti suasana kali ni akan lain dari semester lepas.pasti lain.lain lain lain lain dan lain.selamat kembali ke KPTM Batu Pahat!


enough kot untuk hari ni.nak sambung buat kerja lain.bubbye~



2 tukang tilik:

ima said...

minggu depan org kawen jangan tak datang rewang tau. :P

RAIFANA ABDULLAH said...

bukan setakat rewang, berkampung lagi tau.sediakan tmpt org nak tido, ok?

p/s : you tipu je nak kawen minggu depan.cubit cubit.auwww~