BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 05, 2010

sekadar mengisi masa lapang yang terlampau~

setelah seharian di pejabat, aku hanya inginkan waktu rehat yang cukup pada malamnye."waktu rehat" pada aku adalah tidak melakukan keje-keje pejabat.so kalau kuar jalan-jalan kat BP Mall tanpa beli ape-ape pon aku anggap sebagai waktu rehat.selain tu, melayan karenah adik-adik mintak belanja makan kat luar dan tengok wayang pon merupakan "waktu rehat" bagi aku.aku juga merupakan anak sulong dalam keluarga maka aku harus memastikan rumah dalam keadaan yang OK sepanjang masa.maksud aku, aku kene pastikan atin dah buat keje sekolah & gosok baju sekolah sebelom dia tido, make sure angah dah buat semua keje-keje household yang ditugaskan kepadanya, make sure gate umah dah kunci sebelom kami semua tido, make sure umah tak serak dan sebagainyalah *kalau sambung lagi, aku kene tukar tajuk entry kepada TUGAS-TUGAS ANAK MITHALI*~


ahhah ade lagi 1 aktiviti yang selalu aku lakukan adalah messaging *not massaging* ngan boifren itam tapi hemsem kepunyaan aku tuh.takpon kami on-call sampai nak panas telinga.senang cerita, aku hanya mahukan perkara yang boleh buat aku senyum memanjang.maka lengkaplah "waktu rehat" aku.sempurna!~


but now, aku ade 1 lagi what-so-called hobi bile balik keje nih.nak tau tak?jeng jeng jeng.aku tengok ADAMAYA beb!!!iaitu satu cerita drama bersiri kat TV3 dari jam 630pm till 730pm.aku jarang nak tengok cerita bersiri nih sebab aku malas nak follow hari-hari.takut ada hal sini sana.kalau tak dapat tengok nanti mulalah tak keruan.tapi bile tengok drama ni, aku terus melekat dan gigih untuk follow till the end.


ape yang menarik eh?jalan cerita macam boleh agak.setakat ni yang aku paham, maya (lakonan lisa surihani) kene kawen paksa ngan adam (lakonan sein yang join ruffedge dulu tu).so their marriage is not happy and maya starts to see his former boifren again *shame and bad of you* emo plak kan aku tetibe.dalam ketidak"happy"an adam & maya ni, mereka ade sorang anak name amani (lakonan MIA SARA NASUHA yang comel bangat!).sinopsis *wah macam pengkritik filem dah kau* semalam, maya kene tangkap berdua-duaan ngan former boifren beliau.pastu adam nak bergiat secara aktif semula dalam bidang kerjaya beliau maka adam & maya akan berpisah buat sementara.tu secra ringkasnye lah.tak rajin plak nak cerita semua.tak sabar nak balik lalu tengok sambungannye.wee~


berbalik kepada ape yang menarik tentang drama ni adalah pelakon-pelakonnye kot.aku suke tengok adik MIA SARA NASUHA.sangat tak menahan comel budak nih.pastu, aku juga nak tengok DIANA AMIR.aku 1 batch ngan dia mase kat USM dulu.tak same kos.selalu gak bertembung ngan dia.pernah naik 1 bus ngan dia from BP to PENANG.bukan aku nak kecoh-kecoh yang aku mengenali beliau, but she is someone yang aku selalu nampak sebelom dia jadi artis.setiap kali dia muncul di iklan or anywhere else, mesti mulut ni ringan je nak cakap, "dia ni budak USM".situasi ni biase kot.semua orang pon same.contohnye kalau aku masok AF10 nanti *weeewiiiiit* mesti ima or aza or mimi or sesape je yang kenal aku akan cakap benda yang sama.kan kan kan?kalau tak, sila diam.hahahah!~


eh lagi 1 benda yang aku suka kat drama ni adalah lagu tema nya.tajuk lagu tu adalah YANG TERINDAH by Dakmie.aku tak sure sape Dakmie nih.nanti aku google eh.anyway, suara anda sesuai untuk lagu camni.maksud lagu ni pon saaaaangat mendalam.suke suke.nak kongsi ngan seluruh isi dunia nih.meh meh dengar lagu ni sambil menghayati liriknye.nak jiwang pon takpe *tetibe teringat boifren hemsem kepunyaan sy tak jawab lagi soalan cepumas.huh!*




Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah




syahduuuuuu~~~layan eh.bye (T_T)~





0 tukang tilik: