BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 30, 2010

longest yard.

pastinya anda semua, rakyat MALAYSIA sangat gembira di atas kejayaan pasukan bola sepak negara kita dalam Piala AFF Suzuki 2010. saya juga begitu. weehuuuu~~!!!



seperti yang telah dijadualkan, saya sudah terbaring depan tv bersama mak dan adik-adik untuk menyaksikan perlawanan yang sangat mendebarkan tu. seriously, saya tak senang baring tau. duduk pon tak senang jugak. haih. every second adalah sangat penting dan ape-ape pon boleh jadi.


apabila pasukan Indonesia dapat sepakan penalti, jantung ni macam nak tercabut !! luckily bola tu tak mencabar langsung *eceh* untuk dihalang oleh KFCM [Khairul Fahmi Che Mat] keterujaan terhadap KFCM sangat tinggi okeh. rupanya anak Che mat ni dah ade kekasih hati y'all. diharapkan kekasih KFCM bersabar ye dengan peminat peminat gadis yang fanatik seperti saya ni. saya minat je. tak ajak dating pon. saya janji !!



saya taklah terer sangat tentang bola nih. off-side pon kadang-kadang tak ingat macam mane. saya asyik menonton lelaki gantang berjersi 9 dan 24. tidak dilupa nombor 10 dan 17. oh amirul hadi juga saya suka rambut beliau. last but not least, si nombor 22. peewiiiiit !! typical kan? cuci mata saja. lalalalalaaaa~






anywaaaaayyy, TAHNIAH BOYS !! TAHNIAH K.RAJAGOBAL !! TAHNIAH TEAM MALAYSIA !!


hapdet lah sangat !!

 
hellooo world !! miss me ?? hikhik :P
i kat ofis yang sejuk sampai nak beku otak ni hah.
serius tak tipu.



ESOK CUTI YEAY !!
 *a special congratulations to Malaysian football team for their meaningful achievement in Piala AFF Suzuki 2010. korang da bomb lah !!*



macam takde beza jep sebenarnye cuti or tak cuti.
heh.


tapi at least i boleh tido semula lepas kemas umah pagi esok. 
gembira sungguh !!
DAAANNN boleh la i tido lambat malam nanti.
sebelom tu kene bayar bil broadband dulu ye~


 
oh lupa pulak.
minggu depan dah sebok dengan Registration Week.
KPTM Batu Pahat akan menerima pelajar baru dan juga pelajar lama.
kami dah dapat senarai tugasan untuk hari-hari berkenaan.
selamat berjuang kawan-kawan. 
masa untuk goyang kaki tengok movie dan layan fb sampai muntah serta mengumpat tak ingat dosa dah nak abis.
pasni kite start bebel bebel dalam kelas semula ye :)



 LET'S GET INTO BUSINESS !!


Saturday, December 25, 2010

ho ho ho ho ho hukhuk *batok*

waaah lenguh badan wa hari ni. demi sesuap nasi, wa redha dengan ape wa buat sekarang :) ni nak bagitahu satu rahsia kat lu orang, wa sebenarnya ade buat keje part time. wa keje kat kedai car wash sebagai pencuci kereta lah for sure takkan wa mengajar network cabling pulak kat situ. ini adalah hasil keboringan melampau since semester break. wa bercadang nak isi masa lapang wa dengan aktiviti yang sihat disamping menjana kewangan wa untuk masa depan yang lebih cerah lagi bersinar. insya-allah~


CEPUK KEPALA !!


ape lah kau merepek petang petang ni rai ??!?!! adoyaiii. heh~ actually wa kecewa meyh. wa nak pegi anta kereta kat car wash tetapi hujan lebat mane nak cuci kereta pulak. sia-sia sahaja nanti. kereta wa sudah berhabok tahap tebal yang memalukan. baek punya planning mahu pegi cuci kereta kemudian berjalan-jalan ke pusat membeli belah dibatalkan begitu sahaja. ape wa nak buat ni hah???


online lah. emh takde ape kat facebook. cek update kawan-kawan. baca baca dan baca. ok dah. sign-in blog pulak. baca baca dan baca lagi. wa memang minat membaca. HAHA. tipu sungguh !! nak merepek lah jap. maka inilah hasilnya. wa sedang menaip nih. tak tahu nak cerita pasal ape sebenarnye. saje saje nak menaip. 


wa dah abis layan RUNNING MAN !! RUNNING MAN is a gameshow from korea. wa jarang layan cerita luar Malaysia kerana wa tak paham bahasa lain selain bahasa Melayu. wa kan naif dan tak bersosial. heh. tapi ade yang menarik pasal gameshow nih iaitu YOO JAE SUK !! sesape yang tak tahu YOO JAE SUK ni menatang ape, go and ask encik google or puan yahoo eh. eh tapi kalau lu orang nak tanye wa pon boleh meyh. wa boleh jawab semua soalan lu orang. nak tanye banyak banyak banyaaak kali pon takpe. wa tak marah punya *wink wink* berbalik kepada RUNNING MAN nih, senang kate, gameshow ni kelakar. tengok banyak kali pon wa masih boleh gelak guling-guling. lu orang tengok lah ye. memang seronok wa cakap sama lu :)


emh nak merepek ape lagi eh, takde ape kot. dah maghrib ni. mak wa sudah bising bising suruh mandi dan solat. tapi adik-adik wa sedang queue nak mandi tuh. maka wa boleh sambung online lagi meyh. yeayhhh !!


oh tak boleh tak boleh. mak wa dah bagi jelingan maut kat wa tuh. seram !! later lah wa sambung cau cin cau ngan lu orang lagi eh. babai semua :)




Friday, December 24, 2010

habit.

phew~since last two days, i'm doing nothing at work. i mean doing nothing good at work. senang kata, aku membuang masa to the limit je kat ofis ni hah. BOSAN !! aku dah tanye kat my boss about subject ape yang aku akan ajar sem depan so cek cek maka subjek yang akan diajar oleh aku adalah subjek yang pernah aku ajar sem lepas lepas. satu nafas satu nafas. fuh fuh !! bahan-bahan nak mengajar dah ade. semua dah ok. abistu nak buat ape nih ??


HEHE :)


main game jom !! alah bukan game macam world craft ke, DOTA ke, assasins ke, just main game ringan-ringan kat facebook je. seronok woooh~

 WORD SEARCH~naik berpinar mata cari perkataan dalam huruf-huruf yang berselerak nih. aku rajin gak beli buku game nih. lebih mudah buat kat buku daripada buat kat komputer. heh.


 BLOCKIES~weee aku suka main game nih. kalau korang gerakkan cursor, nanti mata mata tu semua gerak ikut cursor korang. comelll sangat !! masih mencuba untuk score markah paling tinggi. macam mane la orang lain boleh score berjuta-juta. pelik !!


 BRICKS~game ni aku dah main since bertahun yang lampau tapi tak pernah bosan. aku memang jenis yang setia dan tak tikam belakang punya orang, untung sesape jadi boifren aku. hehe. takde kaitan !!


KAMIKAZE RACE~bagi sesiapa yang minat pada kelajuan, this is your game lah. make sure jangan keluar dari garisan kuning yang ala ala divider tu eh. the game will over then :)



kadang-kadang, tak tahu bila nak stop main those kind of games. a typical person might say, "macam budak-budak la main game camni". i was like, "eh kau ni dah kenapa kan? nak kene cepuk??" as for me, these games are some kind of relaxing method. seriously lupa jap bebanan keje kat ofis dan the time do run really fast bila dah main game nih. terima kasih kepada pencipta game-game nih. at least aku tak kuar abiskan masa kat jakel beli baju pastu tempah kat makcik eemay. sepasang RM50. heh.


ok lah peeps, got to go. until next post eh. babai :)


Thursday, December 23, 2010

okeh jom senyum :)

aku merayap kat blog ntah sape-sape manusia yang sangat berbakat dalam blogging lalu perkara biasa yang dilakukan oleh aku yang kurang malu nih adalah mencuri mana-mana tag yang aku suka untuk dijawab oleh diri sendiri. heh. satu nafas woooh. SEMPUT !!


aku bosan yang sangat meroyan tak tahu nak buat ape kat ofis nih dah macam library negara sampai bunyi pen jatuh pon boleh dengar dengan jelas. satu nafas woooh lagi sekali. hehe. dah dah. jom layan tag nih. cekidaut y'all :)


A - AVAILABLE - yippi yippi i'm available today. jom tengok wayang !

B - BIRTHDAY - 20th April 2000. kenapa? tak percaya eh? lantak la sane !!

C- CRUSHING ON - on what ah? emh takde kot :)

D - DRINK YOU LAST HAD - teh O panas hasil buatan mak sayang. eh tetibe lapaaaaar lah !!

E - EASIEST PERSON TO TALK TO - diri sendiri. actually aku boleh bercakap dengan semua orang tapi tak semua orang boleh paham aku. there you have it, talk to myself lah kan :P

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT - la da di dum by Fizal Tahir. syiokkk !!

G - GAY - semoga kembali ke pangkal jalan ye :)

H - HOMETOWN - batu pahat johor :)

I - IN LOVE WITH - bags, shoes, shawls and to the person i'm in love with :P

J - JUGGLE - dah lama tak juggling. dulu i terer tau. sekarang tak terer dah. mengaku.

K - KILLED SOMEONE - i'm looking forward for it. beware !! garang nih. gggrrrrr auuummm !!

L - LONGEST CAR RIDE - batu pahat to taman klang perdana. next time kene kuar tol setia alam ye. haih.

M- MILKSHAKE FLAVOR - grape lah. eh tetibe lapaaar lagi.

N - NUMBER OF SIBLINGS - 5 and i'm the lucky number 1. i got the power yeayhhh !!

O - ONE WISH - nak makan lah sekarang ini. lapaaaaarrr !!

P - PERSON YOU CALLED LAST - the last person i called. hehe.

Q - QUALIFICATION - untuk ape eh? kalau untuk kerja, aku ade degree in computer science from USM. kalau untuk jadi menantu, emh next !!

R- REASON TO SMILE - jap lagi nak lunch. suka suka !!

S - SONG YOU LAST HEARD - keroncong mak limah from my tummy. lalalalalaaaaa~

T - TIME YOU WOKE UP - 4AM pastu masuk hutan cari kayu api untuk masak nasi dan air. percayalah~

U - UNDERWEAR COLOR - kalau aku bagitahu dapat ape eh?

V - VEGETABLE - ulam *tipu*

W - WORST HABIT - tido 8malam dan bangun pukul 12malam. pastu taktau nak buat ape dah. heh.

X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY - dah laaamaaa sangat lah. tak ingat !!

Y - YOYOS ARE - for hiphop-ers. macam ni, "YO YO WHAT"S UP MAN?" :)

Z - ZODIAC SIGN - taurus :)

  bye. nak lunch !!

I LOVE YOU.

this entry is about my beloved miss-able late ayah :)


pagi ni, tergerak jari klik klik kat facebook adik-adik tersayang. saja nak meninjau perkembangan mereka melalui dunia maya ni. kadang-kadang mereka lebih outspoken di facebook compared to when they are at home. aku tengok dengan sape mereka berkawan, aku tengok gambar-gambar mereka kat sekolah or anywhere else, aku tengok game ape mereka main, aku juga tengok page ape mereka like. sounds very the busy body kan ?? HAHA :P actually, i never had enough of knowing my adik-adik kesayangan yang 4 orang tuh. tak sabar sangat nak tunggu mereka semua berjaya dalam pelajaran, bekerja dan berkahwin. mesti seronok dan meriah keluarga kami nanti. yeay !!



TAPI



ayah dah takde ngan kami untuk share that moments. haih meleleh sudah air mata ini. kalau boleh, aku taknak fikir tentang benda-benda yang aku tak sempat nak share bersama ayah. tengok la gambar ni :

baby yang ayah aku pegang tu adalah anak kepada sepupu aku. ayah sangat suka budak-budak. tak kira lah anak sapepon. pastu ayah akan kate, "sayang atok, cium atok". huuu sedih tak kau sebagai anak ?? haih.



this was our last raya with ayah. tema kaler kesukaan ayah iaitu biru. dah la. taknak cerita lagi. hidung dah merah dan berair. eye-liner double intense from silkygirl pon dah sememeh kene air mata. last but not least :

 we miss you ayah. lotsssss of love from us :)



and they miss you too. mereka sangat penyabar tau. sama macam ayah. tak lupa, mak juga rindu ayah sangat-sangat. 



sekian. assalamualaikum~

Monday, December 13, 2010

mencari~

kelas dah lame habis. ade la dalam sebulan lebih aku tak mengajar. agak rindu disitu. heee~SO sekarang ni free yang amat sangat di ofis, maka bosan. sekian.


heh. ape pulak sampai situ je merepek. rajin nih nak taip panjang-panjang cuma aku tak mahu fokus pada sesuatu perkara. terasa nak membebel je. oleh kerana aku sedang batok batok nih, aku memilih untuk tidak bercakap tetapi menaip sahaja. sekian.


eh eh tak abis lagi. hehe. sebenarnya banyak cerita nak kongsi nih. emh nantilah. esok mungkin. dah. BABAI~


bersama adik kesayangan ke-4~


Tuesday, December 07, 2010

bersepah.

kau nak tahu tak? ye ye kau lah. ish kau yang sedang khusyuk baca blog aku nih. ye kau lah. haaa meh sini teruskan baca lagi. sila letakkan sepenuh hati kau untuk baca entry aku kali ni. bukakan minda~


sounds serious rite?


kalau aku gunakan bahasa pengganti diri sebagai "AKU", maknenye aku sedang takde mood sangat. rasa nak tido je. tapi aku tak boleh buat camtu. aku kene layan macam-macam orang setiap malam. ade je yang hantar mesej tanya khabar. terima kasih kawan-kawan kerana masih ingat aku. aku kene duduk depan tv untuk teman mak. aku suka melawat bilik adik-adik lelaki untuk tengok mereka main game sambil borak-borak kosong. aku suka cari gadoh dengan angah itam dan aku juga suka ajak atin berbual tentang cerita korea. oh satu lagi orang yang saya suka layan adalah encik amad akem merangkap bf kesayangan :)


TAPI


kalau aku rasa malas sangat nak layan semua orang, aku buat tak perasan jep. aku bantai tido tak hengat. esok-esok baru lah aku reply mesej or layan semua orang macam biasa. ape sebenarnya yang selalu mengganggu emosi aku? emh entahlah. banyak hal jugak. aku malas la nak cerita sebab sampai esok pon tak habis. serius.


sekarang ni ingatan sangat kuat pada ayah.


tengok tengok, dah nangis tau. alalalalaaa bucuk bucuk. jangan nangis eh. kan dah besar godang. kawal sikit perasaan tu depan mak dan adik-adik. kau kene tabah rai. hiah hiah bersemangat !! esok pagi kami datang melawat ayah ok. mak rajin buat bunga rampai untuk letak kat pusara ayah. mak jugak rajin sedekahkan ayah macam-macam doa. kesian mak. aku tahu mak merindui ayah sangat sangat. aku pon.


tadi sedang calling dengan encik amad akem tapi tetibe encik amad akem ada hal pulak. aku kena bincang dengan dia tentang sesuatu. jadi kena tunggu lah. so nak buat mata ni tak ngantok, aku melayari internet dan melayan video lama. lalu tersign-in kat blog dan tertaip new post. heh. maaflah, isi entry kali ni agak tidak fokus. macam-macam cerita. BERSEPAH.
  

emh takde ape lagi nak taip nih. encik amad akem pon tak mesej menandakan beliau sudah free. takpelah, aku nak tengok tv. layan kartun mungkin. eh eh encik amad akem dah call. tak jadi tengok tv. nak bercinta :) babai~