BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 07, 2010

bersepah.

kau nak tahu tak? ye ye kau lah. ish kau yang sedang khusyuk baca blog aku nih. ye kau lah. haaa meh sini teruskan baca lagi. sila letakkan sepenuh hati kau untuk baca entry aku kali ni. bukakan minda~


sounds serious rite?


kalau aku gunakan bahasa pengganti diri sebagai "AKU", maknenye aku sedang takde mood sangat. rasa nak tido je. tapi aku tak boleh buat camtu. aku kene layan macam-macam orang setiap malam. ade je yang hantar mesej tanya khabar. terima kasih kawan-kawan kerana masih ingat aku. aku kene duduk depan tv untuk teman mak. aku suka melawat bilik adik-adik lelaki untuk tengok mereka main game sambil borak-borak kosong. aku suka cari gadoh dengan angah itam dan aku juga suka ajak atin berbual tentang cerita korea. oh satu lagi orang yang saya suka layan adalah encik amad akem merangkap bf kesayangan :)


TAPI


kalau aku rasa malas sangat nak layan semua orang, aku buat tak perasan jep. aku bantai tido tak hengat. esok-esok baru lah aku reply mesej or layan semua orang macam biasa. ape sebenarnya yang selalu mengganggu emosi aku? emh entahlah. banyak hal jugak. aku malas la nak cerita sebab sampai esok pon tak habis. serius.


sekarang ni ingatan sangat kuat pada ayah.


tengok tengok, dah nangis tau. alalalalaaa bucuk bucuk. jangan nangis eh. kan dah besar godang. kawal sikit perasaan tu depan mak dan adik-adik. kau kene tabah rai. hiah hiah bersemangat !! esok pagi kami datang melawat ayah ok. mak rajin buat bunga rampai untuk letak kat pusara ayah. mak jugak rajin sedekahkan ayah macam-macam doa. kesian mak. aku tahu mak merindui ayah sangat sangat. aku pon.


tadi sedang calling dengan encik amad akem tapi tetibe encik amad akem ada hal pulak. aku kena bincang dengan dia tentang sesuatu. jadi kena tunggu lah. so nak buat mata ni tak ngantok, aku melayari internet dan melayan video lama. lalu tersign-in kat blog dan tertaip new post. heh. maaflah, isi entry kali ni agak tidak fokus. macam-macam cerita. BERSEPAH.
  

emh takde ape lagi nak taip nih. encik amad akem pon tak mesej menandakan beliau sudah free. takpelah, aku nak tengok tv. layan kartun mungkin. eh eh encik amad akem dah call. tak jadi tengok tv. nak bercinta :) babai~


0 tukang tilik: