BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 20, 2011

aiyooo!

what goes around comes around, what goes up must come down :)





harini kau musnahkan kebahagiaan orang lain, esok? we never know. it is called karma baby :)

Wednesday, August 17, 2011

laP!

nasi ambang lahhh !! IT is in my wish list foods for Ramadhan :) wahhh ade senarai makanan kau! seriously deadly extremely craving for this one. takde pulak rasa nak makan mcD or other fast food, yelakan lidah jawa toh *jaluk ambung :P



sebenarnya aku el ea LA pi ea ar PAR, LAPAR!


Tuesday, August 16, 2011

restart.







  

i don't need attention 24/7. 
JUST, a friend to talk with, sharing my everyday stories, and yours too. 
enough.
 

sehening malam.

hoi dah kenapa tajuk entry begitu? HAHA :P tujuan blogging kali ini adalah, wa nak share one of my latest favorite song by ADELE - ROLLING IN THE DEEP ;)



you have my heart inside your hand :)


best ah lagu ni. joget joget. suara dia unik woh. sukenyerrr! trying to listen to her other songs, set fire to the rain pon best jugak. heh tu la kalau dah suke seseorang, semua benda jadi best. eh bermadah ehem :)) she's big and seems CLEAN, mesti wangi. pandai jaga diri adele nih. comel sangat tauuuwww!


Sunday, August 14, 2011

ngeh ngeh~

situasi : dalam kereta BARU angah :P on the way balik rumah selepas jalan jalan kat bazar ramadhan BP Walk. tak beli apepon, sesuatu yang boleh dibanggakan yeay :))) perbualan antara aku & atin, adik bongsu, jarak umur kami 10 tahun:


aku : nak teka teki tak?
atin : ape?
aku : banyak banyak kuda, kuda ape paling panjang?
atin : kujang? *we are burst into laugh when atin answered this HAHAHA!
aku : apesal pulak?
atin : eh salah, kurafah!
aku : HAHAHA! mane ade binatang macam tu!
atin : abistu?
aku : hadoyaiii lain kali jangan mengarut. sengal tauuu HAHA!
atin : jawapan!
aku : bla bla bla bla *jawapan dirahsiakan, cari sendiri :P


kujang is for kuda yang panjang, kurafah is hybrid types of animal where zirafah and kuda combined. atin atin. apelah yang dia fikir agaknya. anyhow, terima kasih sebab layan along main teka teki. angah kau tu diam je sebab dia fed-up, dia tak penah betol kalau jawab teka teki yang along bagi walaupon jawapan dia tepat. eh suka hati aku la kan, aku yang bagi teka teki, so aku yang decide sama ada jawapan betol or tak lalalalalaaaaa~


haaa ni ade 1 teka teki, banyak banyak tali, tali ape tak boleh dilihat? selamat mencuba yawww :)

Friday, August 12, 2011

tahu.

since my last entry, today is the 12th day of Ramadhan <-- ayat cliche bagi orang yang dah lama tak update blog macam aku :P bukan takde masa nak merepek kelaut kat blog sayang nih, cuma aku sebok dengan hal dunia yang lain. heh.


minggu lepas, aku diarahkan untuk menyertai BENGKEL PENULISAN ILMIAH oleh pihak syarikat selama 4 hari from thursday to sunday day day! lama kottt, tengok tajuk kursus je aku dah melepek kat meja. ape tulis tulis nih, tak minat ah, serius! 


TETAPI


Encik Fauzul Na'im Ishak, penceramah, telah membuatkan first impression aku tentang bengkel ni tidak tepat sama sekali! aku sangat seronok dengar penerangan beliau tentang dunia penulisan. kalau korang nak tahu lanjut tentang beliau, cari ah sendiri heee :)


1 fakta yang sangat betul tentang diri aku adalah aku tak minat membaca, apatah lagi nak menulis. kalau majalah hiburan, komik ke,aku minat lah kan, kalau suruh aku baca novel, haram ah nak baca, seksaan! bukan aku tak penah baca novel langsung, tapi aku perlukan masa yang sangat panjang. bukan sehari je dah habis, OH TIDAK TIDAK. kalau baca buku rujukan pon sebab nak exam jerrr.


adik beradik aku, 3 out of 5 suka membaca. iwan mastermind, angah & atin pengikut tegar. aku & amir, chillex je. heran pon tak kat buku buku yang iwan beli. kalau buku vampire tu, twilight, eclipse tu kan, iwan beli 1 set. semua dah habis baca. harry potter, pon dia dah habis baca. banyak lagi buku buku yang iwan beli kat rumah tu. faisal tehrani merupakan penulis faveret iwan. AKU? beli majalah Eh!, CLEO, InTrend setiap bulan! membaca la jugak kan? heee :)))


so hasil daripada bengkel tu, aku sangat teruja nak tulis buku. boleh kaya tau tulis buku nih. serius. tetapi bukan itu point utama, aku cuma mahukan ilmu daripada buku yang terhasil kelak menjadi amalan semua orang sepanjang zaman. bawak pahala tu untuk perhitungan di akhirat. taknak ke? maka, mari menulis yeay!

the BIG GUY yang sangat best!


me in dark pink, sebelah yang berbungkus tu mimi, belakang tu encik zuraidin, the one that captured this picca was ima, with her iphone4 front camera :P


haaa amek kau. sempat lagi kan. TERperasan ima sedang amek gambar so 1 2 3 pose!


gambar lain? takde! iphone3G i gambar tak best. huh. wokey lah semua, nak sambung buat keje sebagai seorang pensyarah, sediakan soalan exam, marking papers, pegi kelas bla bla bla bla heh. babai~