BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

tahu.

since my last entry, today is the 12th day of Ramadhan <-- ayat cliche bagi orang yang dah lama tak update blog macam aku :P bukan takde masa nak merepek kelaut kat blog sayang nih, cuma aku sebok dengan hal dunia yang lain. heh.


minggu lepas, aku diarahkan untuk menyertai BENGKEL PENULISAN ILMIAH oleh pihak syarikat selama 4 hari from thursday to sunday day day! lama kottt, tengok tajuk kursus je aku dah melepek kat meja. ape tulis tulis nih, tak minat ah, serius! 


TETAPI


Encik Fauzul Na'im Ishak, penceramah, telah membuatkan first impression aku tentang bengkel ni tidak tepat sama sekali! aku sangat seronok dengar penerangan beliau tentang dunia penulisan. kalau korang nak tahu lanjut tentang beliau, cari ah sendiri heee :)


1 fakta yang sangat betul tentang diri aku adalah aku tak minat membaca, apatah lagi nak menulis. kalau majalah hiburan, komik ke,aku minat lah kan, kalau suruh aku baca novel, haram ah nak baca, seksaan! bukan aku tak penah baca novel langsung, tapi aku perlukan masa yang sangat panjang. bukan sehari je dah habis, OH TIDAK TIDAK. kalau baca buku rujukan pon sebab nak exam jerrr.


adik beradik aku, 3 out of 5 suka membaca. iwan mastermind, angah & atin pengikut tegar. aku & amir, chillex je. heran pon tak kat buku buku yang iwan beli. kalau buku vampire tu, twilight, eclipse tu kan, iwan beli 1 set. semua dah habis baca. harry potter, pon dia dah habis baca. banyak lagi buku buku yang iwan beli kat rumah tu. faisal tehrani merupakan penulis faveret iwan. AKU? beli majalah Eh!, CLEO, InTrend setiap bulan! membaca la jugak kan? heee :)))


so hasil daripada bengkel tu, aku sangat teruja nak tulis buku. boleh kaya tau tulis buku nih. serius. tetapi bukan itu point utama, aku cuma mahukan ilmu daripada buku yang terhasil kelak menjadi amalan semua orang sepanjang zaman. bawak pahala tu untuk perhitungan di akhirat. taknak ke? maka, mari menulis yeay!

the BIG GUY yang sangat best!


me in dark pink, sebelah yang berbungkus tu mimi, belakang tu encik zuraidin, the one that captured this picca was ima, with her iphone4 front camera :P


haaa amek kau. sempat lagi kan. TERperasan ima sedang amek gambar so 1 2 3 pose!


gambar lain? takde! iphone3G i gambar tak best. huh. wokey lah semua, nak sambung buat keje sebagai seorang pensyarah, sediakan soalan exam, marking papers, pegi kelas bla bla bla bla heh. babai~


0 tukang tilik: