BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 10, 2012

lama dahhh.

entri terakhir, 9/1/2012, dan harini, 10/7/2012, aku kembali blogging. tempoh masa yang agak lama bagi seorang blogger tegar seperti aku *dahulunya* tak pasti apa sebab utama aku MALAS blogging. padahal banyak sangat cerita nak ngepoh. mungkin sebab dah ada twitter, kot, eheee ;) DANNN salah satu lagi faktor aku tak rajin blogging adalah terlalu banyak perkara tak best berkaitan perasaan menimpa diri sepanjang tahun ni. entahlah. taknak ulas lanjut. buat sedih jerrr :(



makanya sekarang ini aku mahu berkongsi tentang hidup aku setakat semalam. JOMMM BACA! *paksa!*



semester Januari - Jun 2012 baru saja berakhir lebih kurang 2bulan yang lepas. sepanjang cuti semester tu aku sebok menanda paper final *seperti biasa* dan mengupdate fail folio, fail mentor mentee, fail kelab, fail ketua bidang dan juga menyediakan beberapa report berkaitan subjek dan mentee *jagaan sampai mati* fuhhh memenatkan! nak buat macam mana, itulah kerja hakiki kami sebagai pensyarah. terima dan lakukan dengan seikhlasnya.



disamping itu, aku jugak sebok *seboknyerrr ;P* menyediakan diri untuk Sukan MARA Malaysia. aku wakil MARA Johor dalam sukan bola jaring. setelah sekian lama tak aktif bersukan, kini detiknya menjelma, kita berdua berbicaraaa *velvet - kini detiknya* TERUJA GILA! aku memang suka bersukan, tak kesah busuk berpeluh dan berhitaman kulit ni pon. jiwa atlet la katakan *eceh* Sukan MARA ni telah berlangsung pada 25-30 Jun 2012 di GMI Bangi. team aku kalah :( takpelah, bukan rezeki kan, cuba lagi 3tahun akan datang! dikesempatan ini saya ingin tujukan sebuah lagu *cinta arjuna by aliff aziz* kepada ANH sayang dengan ucapan terima kasih yang tidak terbayang, infinity and beyond, kerana banyak menolong saya sepanjang berada di sana :)



sempena Sukan MARA tu, seminggu aku tak masuk ofis. pada masa yang sama, KPTM Batu Pahat sedang mengadakan minggu pendaftaran pelajar baru dan lama. untuk pertama kalinya *dan untuk beberapa kali lagi untuk masa akan datang dalam tempoh tertentu* aku tak join pendaftaran. perasaan? tak best, sebab aku suka jumpa students masa pendaftaran, teruja kemain, dah jangan tanya kenapa aku teruja kemain pulakkk. heh.



haaa kalau perasan ayat kat perenggan atas ni yang aku kasi bold tuh, haaa ni nak habaq kat hangpa semua seluruh dunia nih, yang dekat kampung dalam hutan dekat bandar dalam kelas dan segala tempat, meh rapat rapat rapattt, saya nak bagitahu bahawa, permohonan untuk cuti sambil belajar sepenuh masa *skim tindikan* BERJAYA! kasi bold kasi besar font size kasi teghang sikit perkataan tuh, menunjukkan keterujaan kemain lagi HAHA!



bermakna, impian aku tercapai, Alhamdulillah, syukurrr. bila nak sambung? insya-Allah bulan 9 nanti, dengan izin Tuhan. aku memohon dekat UPM dan UM, course yang sama iaitu Master in Computer Science. sekarang ni, masih menunggu permohonan aku diluluskan oleh pihak universiti. semoga semuanya dipermudahkan. amin. tak menyabo ghasenye!



harini sudah masuk minggu ke-2 untuk sesi Julai - November 2012. semester ni aku ajar 3subjek, subjek lama, makanya tenang tenang saja. bahan mengajar sudah ada, edit sikit-sikit, done! perasaan masuk kelas kali ni memang kemain lain. sebab aku takkan mengajar mereka semua sampai hujung semester, lepas cuti raya aku sudah berada di tempat baru, aku cuba habiskan sebanyak topik yang boleh supaya pensyarah yang bakal menggantikan aku nanti mudah mengambil alih tugas aku. aku faham perasaan mengambil subjek pensyarah lain ni, jadi aku harus siapkan semua sebelom sambung belajar nanti, insya-Allah.



phewww dah habis. kbai!



hehe :P setakat ni je yang ada untuk dikongsi, nak share semua hari yang tertinggal sejak entri terakhir memang tak larattt! until next entry kay :)


1 tukang tilik:

Anonymous said...

salam miss x ckp pon yg lepas bulan 9 miss dah x mengajar kitorang...huhu

Ælrashid Naga Tidur