BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 12, 2010

oren~

pemakaian baju korporat di kolej sudah diwajibkan setiap hari selasa bagi semua staff digandingkan bersama tudung oren dan seluar atau kain hitam.segak je bile pakai baju nih.semangat nak g keje.hehe.nak tengok tak?jom jom :


saiz L = LARGE!~


mimi,nadia (she's not wearing the baju korporat coz she's new) & me =)


peace y'all!~


ima & aza~


intan & azahari~


cantik tak?suke pakai baju ni.barulah sehati sejiwa.1 KPTM!!!~



bebelansssss!~

ape la yang kau nak sebenarnye ni rai??!?!!persoalan ni timbul bile aku baring atas katil dan mata tak boleh lelap.mulalah pikir-berangan-mengarut-to the future bagailah kan.ape je yang aku takde sekarang ni?kerja dah ok.kereta dah ade.kasut-baju-beg tak payah cite lah.sangat cukup~!!!ade family yang tak berpecah-belah dan sangat moderate.aku bahagia.tak perlu la nak hidup mewah sangat.cukup la dengan ape yang ade.seringkali diri ini gelisah memikirkan masa hadapan yang tak pasti.aku mau ikut saja keadaan sekeliling tapi tak boleh jugak.perancangan harus ade.emh buat masa ni, AKU MAHU BELAJAR SEMULA.aku mahu duduk mendengar para pensyarah bijaksana mengajar.aku mahu bersengkang mata membuat assignments dan belajar untuk exam.rinduuuuu suasana tu semua.tetapi~~~ade beberapa kekangan yang harus aku patuhi.insya-Allah masa itu akan sampai juga.aku mahu memegang segulung master pulak suatu hari nanti~


agak susah bile menjadi public figure nih.aku bukan artis-model-megan fox-seksi ke ape.cume lecturer biase sahaja TAAAAAPI kebelakangan ni aku rase hidup aku sangat diperhatikan.ade je orang kate nampak aku kuar ngan sipolan sipolan.camni memang aku dok umah je lah.hal peribadi aku jangan campur boleh tak??!!!?aku pon manusia biase gak.tak lepas melakukan kesilapan.ape yang korang pikir tak same ngan ape yang korang nampak.BUAT-BUAT TAK NAMPAK SUDAH!aku tak sibuk hal korang.blah blah blah!!!


hati~~~satu lagi part of my life yang sangat mencabar.haih.takmau cakap banyak lah.bosan???TAK PERNAH!sangat sabar menanti saat untuk disatukan.Tuhan je tau betapa hati ini menginginkannya *sob sob*.dah dah.nanti orang nampak ko nangis.heh~


tu je kot bebelan untuk kali ni.sabtu ni takde plan ape.ahad ingatkan nak jalan-jalan ke negeri orang lain tapi tak sempat cite kepada yang berkenaan beliau sudah ade plan lain.so dok umah la minggu ni.melayan adik-adik lelaki yang pulang kerumah kerana cuti sekolah/semester dan juga adik-adik perempuan yang sedia di rumah.huhu.oh lupa plak, sabtu malam ade tirai AF8.can't wait.babai!~



Thursday, March 04, 2010

mentibang~

esok aku nak g kuantan.
bukan nak sebenarnye.
diarahkan ke sane.
kene g sebab ade keje.
takpelah, dapat gak jalan-jalan kan.
ok bye!~

Tuesday, March 02, 2010

langkah-langkah untuk senyum sepanjang hari dan mungkin sampai bile-bile.wee!~

ikuti arahan berikut:

  • bangun tak perlu pagi sangat.sesedap rase je.yang penting senyum *wink wink*
  • g mandi sental segala daki.syaratnye kene mandi air paip.no air perigi.sejuuuuuk!
  • pakai baju kotak-kotak+selendang+jeans.wajib!
  • drive fairlady dengan kelajuan yang minimum ke summit.kalau boleh 60km/j sahaja.polis banyak wooohhh!~
  • park kereta myvi kesayangan berhampiran ngan pintu masuk summit supaya tak kene panahan cahaya matahari.lalalalalaaaaa~
  • naik lift *ini perlu* ke level 3 dan cari kedai yang menjual netbook.eheh ehem =)
  • oleh kerana dah survey semalam, cakap je kat jurujual tu --> "I NAK BELI NETBOOK DELL KALER MERAH!" dengan sangat bersemangat dan menyengih.
  • tunggu tindak balas dari jurujual.mungkin beliau akan berkata begini -->"ADE IC?" *apekah?ade kot*.peringatan : lakukan ape saje yang diminta.jangan banyak songeh.
  • kemudian, mungkin jurujual akan berkata lagi --> "KAMI AKAN AMEK MASA SEJAM UNTUK SETUP SEMUA BENDA".ok jurujual.saya paham.maka g makan kat MK sorang-sorang.wuuu~
  • step ketiga terakhir adalah pergi semula ke tempat kejadian dan bayar duit.ka-ching ka-ching $$$!
  • kemudian keluar kedai tersebut dengan senyuman.dah ade netbook!harus bagitau arjuna.yeah!~
  • langkah terakhir yang perlu dipatuhi adalah memandu pulang ke rumah dan menayangnye kepada adik-adik.hoorayh!!!sila tengok gambar :

ngeh ngeh =)


meet my NETTY REDELL!~


hehehuhuhahahahgagagaaa =)


suke!



amacam?boleh ikut tak?semoga berjaya okeh.itu saje perkongsian untuk kali ni.sekian terima kasih~



p/s : ni semua gara-gara mode-tension.haih~



dah bulan mac rupenye!

entry kali ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri bahawa usia ni dah nak mencecah suku abad.tahun depan dah boleh dapat gelaran warga jubli perak.lalalalalaaaaa!~

sabtu yang lepas lepas iaitu pada 13 februari 2010, one of my colleague sudah pon menjadi tunangan orang.rakan sekerja yang dimaksudkan ialah NORIMALIZA HASBULAH a.k.a ima kecik.tahniah ima.i tumpang happy sangat sangat.weee!~

aku, mimi dan intan hadir ke majlis bersejarah tu dengan mengenakan tema warna pink.saje nak menarik perhatian orang lain.hahah.ok takde kaitan.kami juga telah menyibuk kat umah ima sebab nak makan-makan eh tak tak tak.kami hadir bagi memeriahkan majlis tu tau.ima sangat sweet-muweet-peewiiit wa cakap sama lu.persalinan warna peach yang dipakai ima sangat sesuai dengan dia.pastu ima pakai tudung ade awning.hehe.malatop wok!AHMAD HAFIZZI ABDULLAH a.k.a piji a.k.a tunang ima hadir mengenakan baju melayu kaler yang same macam ima.dengan selambanye masuk umah terus dok kat sofa.heeeppp biase lagi eh.mane boleh appear kat majlis tunang lah!huhu.takpe kot.dah jadi trend kan skang ni.nanti arjuna i mesti pakai tanjak tau.amek kau, nak jugak berangan.heh!~

best sangat dapat makan eh tak tak tak.hahah.i gembira tengok ima bersama piji.setelah sekian lame menyemai benih-benih cinta dan bile sampai saat camni, mesti korang rase lega dan berbaloi-baloi kan?TAHNIAH AGAIN!!!i tau mesti ima tak lupe ajak i mase dia nak kawen nanti sebab i memang suke menyebok.lalalalalaaaaa!~

sweet~


cantik tak?kalau tak cantik diam je.jangan tegur.hahah!~


barang-barang hantaran.ni tak kuar semua.ade lagi 40 dulang dalam bilik.betul kan ima???


ima ulik with her beloved pijisan.bile nak ade baby?eh tak tak tak.gurau jek =P


yeah!pinkish~eh ima pon ade gak.so pink+peach=???


kami semua.suke suke.weee!~



selain ima, ade lagi beberapa rakan sekerja yang bertunang juga.hanis, jue dan dyana telah pon bertunang bersama pasangan masing masing.i'm happy for you guys too!ucapan aku kat korang semua *wajib ade ucapan ye.huhu* SEMOGA BERBAHAGIA DAN HUBUNGAN KEKAL KE AKHIR HAYAT! i tunang nanti jangan tak datang.hooray!~




Tuesday, February 23, 2010

teringin nak gantikan jimmy stanley yezzaaaaa!~

hahah.harus mulakan entry dengan ketawa sebegitu.lebih baik jika ketawa lebih kuat untuk menarik perhatian orang sekeliling anda.ngeh.last nite after borak-borak ngan kekasih hati, tetibe aku asyik nak gelak sebab teringat yg arjuna selalu layan kalau aku main game.hahah.tengok tengok.gelak lagi.game ni arjuna kate sebagai "kuiz bodoh".kejam kan beliau.apepon, dia masih layaaaaaan.terima kasih eh kekasih.awk memang best ah!


this is how the "kuiz bodoh" dimainkan.ade sorang tukang tanye dan sorang tukang jawab.pastu, si tukang tanye ni akan lakarkan ape saje objek di udara.paham tak?tak kesah la nak buat bentuk ape pon.pastu suh si tukang jawab ni teka ape yang dilakarkan.contoh :

teka ape gambar ni?the tricky part comes when the answers can be anything.arjuna selalu tak dapat teka.kalau betul pon jawapan dia, aku salahkan je.hahahah.rindunye nak main game ni.bile nak jumpe lagi ni arjuna???saya ade soalan baru untuk awak =P


ok.setakat tu je untuk kali ni.berjumpa lagi dilain masa.yezzaaaaa!~




Thursday, February 11, 2010

mane eh???!!!


cik ikan cik ikan.
awak tau tak boifren kesayangan kite kat mane?
kite try cari dia tapi tak jumpe la.
awak sembunyikan dia eh?
kalau awak nampak dia, awak bagitau dia yang kite rindu dia tau.
bagitau dia supaya jaga diri baik-baik.
bagitau dia jangan lewat g ofis.
bagitau dia suh keje rajin-rajin.
boleh eh cik ikan.
tq sangat =)
sebagai balasan, kita takkan makan awak.JANJI!



kadang-kadang taknak letak tajuk sebab takut ade orang salah faham~

dikala malam bulan mengambang ini...eceh.ayat nak bunga-bunga je.kau dah kenapa?chill babe.ye aku dah boleh senyum walau hati masih parah.life must go on rite?so aku sangat la bosan waktu ni.maka aku surfing lah.takde benda menarik yang aku treasure pon.on facebook.cek ape-ape yang patut.ok dah.bukak blog pulak.takde niat nak post entri but nak buat lawatan blog je.lame dah tak melawat blog-blog kat malaysia nih.minum air blog selalu lah.ok rai, takde kaitan.ahaks!


hoping from blog to blog.tengok cara penulisan bloggers malaysia yang sangat santai dan penuh maklumat membuatkan aku terus leka membaca.until this one blog yang latest entri beliau adalah pasal kecantikan.hah bukan senang aku nak baca benda-benda cantik nih.aku kurang amek port.heh.tapi isu yang diblogkan sangat menarik perhatian.tetibe pegang muka dan cek jerawat.eheh~


i've realize one thing tentang my kulit muka iaitu sangat sensisitif terhadap panahan cahaya matahari.senang sangat nak terbakar.pastu lambat sangat nak recover.TAAAPPPIIIII yang best bile kulit terbakar is jerawat tak tumbuh seperti cendawan selepas hujan lah kan.kurang daripada biasa.sebenarnye masalah jerawat ni tak kacau hidup aku sangat.tapi kalau dah menyakitkan dan menjadi bualan umum, aku mula la gelabah ikan.letak ubat ni letak ubat tu.pastu hasilnye tak memuaskan.nah parut.amek kau!


actually tak susah nak jaga muka nih.kalau aku sendiri, aku tak gunakan produk yang mahal yang ade iklan di televisyen.aku guna produk murah je.tapi memang berkesan kat kulit ni.itu yang penting kan.heh.mak aku selalu cakap jaga kebersihan sarung bantal.tukar selalu.pastu rambut jangan selalu kene muka.pastu kalau muka gatal, jangan keruk pakai kuku.guna belakang jari.senang kata jangan ade sentuhan langsung kat muka ni kecuali mase bersihkan dan pakai pelembab dan sebagainye.tu la sikit-sikit langkah pencegahan untuk jaga muka yang aku amalkan.tak rumit pon kan!~


ok dah.nak blog walking lagi.babai!



aku tak jumpe tajuk yang aku rasa terbaik untuk post kali ni!

sad.perkataan ni mampu bagitau dunia ape aku rase hari ni.aku tak rase marah atau tak puas hati bile dia buat aku camni.cume sedikit kesal sebab dia boleh simpan dendam terhadap aku.ye aku mengaku aku buat salah.aku cume tak suke dia buat benda yang same dia tak suke aku buat.maka aku tunjukkan ape yang aku rase.tapi aku masih boleh tundukkan ego.tiada dendam terhadap insan yang paling aku sayang ni.tapi mungkin dia tak mengerti perasaan aku dan menganggap aku memang suke sakitkan hati dia.maka dia beri sedikit pengajaran kepada aku.pengajaran yang aku anggap tak relevan sebab pada dasarnye aku dan dia masih bertegur-bercinta-berkasih-mesra sepanjang dua hari selepas kejadian.mestilah tersentap jantung bile hati meronta-ronta nak dengar suara dia setiap pagi pastu tak dapat dengar pon.rase macam susah sangat nak senyum hari ni.memang dia mampu pengaruh hidup aku.ape yang aku plan nak buat hari ni semua tak jadi.aku sayang dia sangat meroyan tau.tak pernah rase nak berpisah pon.tak pernah rase nak cari kelemahan dia.tak pernah rase ade orang mampu gantikan dia.tak pernah rase tak rindu kat dia walaupon baru minggu lepas kami jumpe.aku tak kesah ape orang nak kate tentang dia.yang aku tau, aku mahukan dia sepanjang hayat hidup ni.aku nak dia jadi milik aku selamanye.tapi sekarang ni, aku tak tau nak buat ape.bukak buku tapi otak kat tempat lain.haih.dah la.tu je nak cite.mimi dah ajak g makan.bye!~

Tuesday, February 09, 2010

apa sudah jadi?

OMG! dah lame sangat tak me-update blog nih.takde la busy mane pon.ntah eh.kurang mood kot.so sekarang ade mase lapang sedikit, terase nak bagitau dunia perihal semasa diri ini.eheh~


mari mulakan cerita dengan hal rumahku-keluargaku-syurgaku.adik ke-4 kesayangan is no longer at home.he is away from home now.he is 3hours journey from home.he is at SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI y'all! ape amir buat kat sane? saje je nak dok jauh ngan umah.heh.actually he's been offered to futher his study at boarding school because of his 8 A's PMR result.dah seminggu pon amir kat sane.terbayang-bayang amir dok depan TV sambil makan.terbayang-bayang suara amir kacau angah.terbayang-bayang amir gadoh ngan atin.terbayang-bayang amir mintak amek balik sekolah sebab ade latihan sukan.rindu wok!!! so aku dah pon pergi melawat amir last saturday. JAAAAAUUUUUH bangat sekolah tuh.pasni aku akan berfikir banyak kali kalau nak g hari terbuka amir.haih.macam takde pekan langsung.kesian gak adik aku yang sorang nih.tapi melihatkan dia selesa dan riang di sane, aku turut senang hati.yang penting dia belajar dengan tekun dan mencapai cita-cita yang diimpikan.all the best amir!~


about ofisku pulak, everything is just fine.makin menarik je subjek NC nih.cable tu cable ni.hehe.subjek SF pulak, emh ntah eh.subjek ni kene rajin membaca.susahnye nak bagi students paham what is really happen inside the computer.takpe takpe.aku akan cuba sedaya-upaya untuk bagi students suka subjek teori nih.takde pilihan lain dah.dorang kene gak exam final nanti.heh.kawan-kawan ofis pon sihat-sihat je.yang menjadi "in-thing" sekarang adalah PERTUNANGAN.orang ni nak tunang.orang tu nak tunang.wah best best.tak sabar nih nak melaram g majlis tunang dorang.baju pon dah tempah 4 pasang.huhu.lebih-lebih plak kan kau ni rai.takde maknenye.aku pakai je baju ape yang ade.sebab kene relax kalau nak beli ape-ape sekarang nih.kene sabar dan jangan excited sangat.ingat pesanan orang tersayang.paham??? apepon, tunggu update untuk majlis-majlis berkenaan okeh!~


now tentang diri sendiri.emh let's see, takde ape yang berubah.biase je.mungkin makin gemok sahaja.pastu asyik sakit kepala.demam minggu lepas tak baik lagi kot.nak buat ape-ape pon kurang mood.nak mengajar dalam class pon tak boleh concentrate sangat.tapi aku tak boleh la nak tunjuk yang aku ni sakit dan lemah je.nanti aku sendiri yang mengade-ngade.so aku buat-buat macam tak sakit.mak pon tak percaya aku demam until aku g klinik dan dapat medical certificate.terer je bile suh berlakon tak sakit nih.i'm a strong woman tau.about my arjuna tercinta, he is fine.away at KL.doing his "thing".facebook, skype, calling, messaging menjadi penghubung antara kami.i'm ok with it.rindu tu sangat pasti.but i believe, ade je mase untuk kami berjumpe.kan my love? i hope everything will be going just fine between us.i love you more than you can imagine!~


setakat ni je untuk post kali nih.terlalu banyak perkara nak kecoh-kecoh.eheh.later la eh.BABAI!~