BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 24, 2009

Petua Mudah Tidur

  • Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya.
  • Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.
  • Biasakan tidur mengikut jadual.
  • Buat satu peraturan yang tetap. Contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, hantar msg, gosok gigi dan sebagainya.
  • Tidurlah dalam suasana dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
  • Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan kepenatan.
  • Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih kualiti.
  • Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.
  • Bangun tidur beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.
  • Berdoa agar dapat tidur malam, seperti doa diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Zaid bin Thabit, diriwayatkan at-Tabrani dan Ibnu Sunni: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

p/s : emh...kalau sy, letak je kepala atas bantal...mata terus je tutup...xsusah tdo pn...huhu...=P

3 tukang tilik:

I am Haziq said...

yela...dah tilam tu memanggil..
"mari la sini, mari la sini sayang.."
dtg2 je ke tilam...buuk! tido trus..


kan?

HambaAllah said...

hahaha...
bgus2...
nak petua dr doc..(phD in night sleeping..keh3)

buat pe2 yg ptut kt buat....
then g tgk tv...amik feel citer kat tv tue dlm mse lima minit...
then ble dah btul2 amik feel dy and dah btul2 mta tue dah ngntuk tahap gaban...
msuk bilik..amik feel tilam lak..
kalu x leh gak nyanyi2 sblm tdo(ni senjata rahsia doc senang tdo..huhuu)
then pejam mata...mudahkn??
selamat mencuba..^_^

otakkirikekanan said...

saya rasa saya buat ni ;
# Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.
pergh tak larat aku dengar Asmida bercakap tiap2 malam.ade jee point sampai nak terlelep saya ;p