BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 01, 2009

Silap bergaya undang padah...

nk dijadikan cerita...aritu, abg zam ade tegur pasal my shoe..."rai, makin lame makin tggi tumit kasut tu, nnt sakit tulang tau"...lbih kurg camtu la teguran beliau...after that, dgn penuh kebimbangan...i try to discover the facts about high heel shoes...sbenanye dh tau...just nk cari kebenaran bertulis je...so,hasil pencarian tu...dpt la artikel ni...jom baca, kongsi same2 isi artikel ni...

Memiliki gaya dengan penampilan serba anggun menjadi dambaan setiap wanita. Malangnya golongan yang gila berfesyen sering mengabaikan soal kesihatan dan keselesaan tubuh ketika memilih pakaian, aksesori atau pakaian dalam untuk digayakan. Walaupun kesilapan dalam bergaya tidak sehingga membahayakan nyawa namun dari sudut kesihatan, jika tidak dirawat, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Kasut tumit tinggi
Pemakaian kasut tumit tinggi membuatkan wanita berasa yakin diri.
Malah, ia antara aksesori harus ada di rak kasut (or kereta...hee...=P) seorang wanita. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut.

Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 sm.
Pakai tidak melebihi tiga jam secara berterusan.

Tas tangan besar dan berat
Sesetengah wanita yang ditemui ketika membawa tas tangan besar dengan perincian besi yang berat berkata, pemilihan tas tangan besar dan berat menjadi trend terkini.Lagipun, mereka mengakui lebih selesa menyandang tas tangan yang besar kerana ia boleh memuatkan semua barangan keperluan yang diperlukan
(it's true!!!)
sama ada ketika ke tempat kerja atau bersiar-siar.

Bagaimanapun, kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu.Untuk mengurangkan kadar tekanan jika tidak mampu mengurangkan isi di dalam tas anda, ada pilihan yang boleh dicuba antaranya memilih beg sandang belakang yang boleh membuatkan beban isi beg terbahagi secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

Jika tidak mahu mengubah gaya ketika trend beg sandang besar sedang hangat dalam pasaran, gilirkan letak tali beg sandang anda pada kedua-dua belah bahu bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

emh...after reading this artikel...ade gak perasaan ngeri tu...i'm not going to throw away my shoes and my handbags...giler ape...i'm still going to wear my heel shoes, carry my big handbag...just ikut je lgkah2 utk menghindari sakit2 yg berkaitan...agree???

3 tukang tilik:

Amanda Eltiqaz said...

half agree..wlaupun ingin brgaya skrg dgn kasut tinggi juga handbag. tp ku ttp ingin brgaya di kala tua nnt..hehehe

ima said...

tua2 kang xde nye nk pakai high heels & handbag bsr kan??
x ke pelik tu??
kang de org ckp tua keparat xsedar diri plak.
haha!~
((being so mean!))

Amanda Eltiqaz said...

ala...tgk anita sarawak aritu terasa lak nk jd tua tak sdar diri.hahaha!