BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 30, 2010

terrerrr tau!

SEBENARNYE SAYA SEDIH PORTUGAL KALAH SEMALAM.
tengok highlight kat tv banyak kali tapi masih tak percaya.
fikiran tak keruan.
jiwa kacau.
mata ngantok.
hidung gatal.
mulut sakit.
serba tak kena lah!


TAPI
saya boleh kawal perasaan sedih tu.
saya kagum dengan diri sendiri.
saya mampu memandu kereta dengan berhemah pagi tadi.
saya boleh senyum dengan semua orang.
saya boleh buat kerja dengan baik.
saya masih berselera makan.
alhamdulillah~


welcome home PORTUGAL~

takpelah CR.saya pon dah rindu kat awak nih.selamat pulang sayang *ahaks*


Tuesday, June 29, 2010

pang pang lempang!

i just received a text message from a long lost fren of mine.guess what, she is getting married!since last year, tak putus-putus jemputan kawen aku terima.kalau dulu, kad kawen mesti untuk mak or ayah.sekarang ni, kalau kad kawen sampai umah mesti untuk aku.itu tak kira yang jemput secara online dan sms.ramai kawan-kawan aku dah kawen~


perasaan aku?terkawal.malam tadi mr.boyfie dah basuh otak aku.emh termakan gak ngan kata-kata dia.aku ni degil.susah sikit nak ikut cakap dia.you don wori eh boyfie, kite naik pelamin at both houses.excited!sekarang ni, aku nak kejar impian aku yang satu tu.semua ahli keluarga pon menyokong impian aku.so aku akan gigihkan demi masa depan.insya-Allah tercapai~





boyfie, ni wedges baru saya.mengancam kan?

*click for better view*

Sunday, June 27, 2010

dollah santek~


malam tadi g tengok KONSERT GEMPAK ASTRO ROCKABOLA.huhuuu~layan je benda-benda camni.ramai artis-artis AF ade buat persembahan.stacy ade bah *terlebih sudah* akim pun ade *aku taktau ape fungsi dia dalam musikal tu* adam juga ade *lu nyanyi miming kan malam tadi.hahah!* dan ramai lagi lah.tapi niat sebenar nak tengok amy peeewiiiit je~lame kot tunggu sebelom konsert bermula.entah ape yang buat lambat.akhirnya kami adik-beradik pulang awal ke rumah sebelom konsert tu abis.ade la dalam 4 jam kami kat situ.aku pon dah lenguh-lenguh pinggang.iwan ngan angah pon same je.takpe takpe.kami kuat beb.sanggup tunggu.tapi adik bongsu bernama atin dah penat berdiri.kesian pulak kat dia.so kami pon balik ke rumah.babai amy peeewiiiiit~


persembahan pembukaan.tak ingat dorang nyanyi lagu ape.heh~


stacy y'all!


akim with his new hair-style.tinggi gak dia nih.wa sebok comparing his face with mr.boyfie tersayang.TAK SAMA LANGSUNG!


korang memang best tapi amy peeewiiiiit lagi best!



to amy peeewiiiiit, wa minat giler meroyan sama lu bro!walaupon wa sempat tengok lu nyanyi 3 lagu je.bile lu muncul malam tadi, wa rase nak join lu sekali atas pentas tu.nasib baik wa masih boleh kawal diri.wa sedar wa pensyarah.tetibe anak murid wa nampak wa menggila ngan lu, malu wa bro.wa sedar wa dah agak tua untuk menggedik-gedik-terlompat-lompat sambil jerit nama lu.so wa tenang je.ape yang wa boleh buat hanya nyanyi sama-sama ngan lu kat bawah pentas.wa tujukan entry ni khas buat lu.terima kasih sudi nyanyi untuk wa.wa terharu bro.hahah!jom nyanyi batu pahat, ehheeeeeyyy aku gilakan kauuu!peeewiiiiit~~~!

wa ade gambar lu tapi tak jelas ah.camera iphone wa tak boleh zoom.hah!takpe-takpe.adik wa ade amek gambar lu guna camera canggih dia.nanti wa update gambar lu okeh *dah ade gambar.yeay!!!tak banyak sangat lah.ni pon cilok adik wa punye gambar dari fb dia.wahahah!* all the best bro.pasni buat konsert double trouble kat batu pahat la eh.sure wa datang punye!


enjoy.peace everybody!~


Friday, June 25, 2010

te-ba-bom!!!

penah tak rase nak sangat-sangat cakap sesuatu kat seseorang tapi takut nak cakap?
nasihat saya, jangan amalkan.
bile tak boleh kawal nanti kau mula la merepek.
so let go je.
nak cakap ape-ape, just say out loud.
TETAPI DENGAN CARA YANG TERBAIK OKEH.
jangan kau tengking-tengking orang tu pulak.
boleh?










*saya malu nak cakap sesuatu kat awak lah.memang saya takkan cakap sebab saya malu nak cakap kat awak.macam berulang-ulang pulak ayat nih.heheee~


berubah hati~

i'm captivated by the mixture of colors used and in addition of the roses *i love roses* this picture brings nice and wonderful mood to my morning.weeehuuuuu~


as for that picture, automatically i feel like to put all those colors at my blog.click here click there and WALLAAAH!a minor changes to my blog at last.tak banyak.sikit sangat.tukar color je pon.kasi mood lain sikit.saya tak berapa suke application meriah bagai yang boleh melambatkan proses loading blog ni.so ini jelah yang paling saya suke setakat ni.semoga sedap mata memandang =)









*kalau dapat shawl kaler camni mesti da-bomb kan?rasenye mampu beli tapi nak tunggu hantaran jugak lah.boleh?


Thursday, June 24, 2010

senarai hantaran - part 1


i'm crazy over this thing very-very much!selama ni semua orang seluruh dunia dok kecoh-kecoh pasal i-pad aku buat tak tahu je.tapi semalam tengok berita kat TV3 ade cerita pasal Kembara Mahkota Johor.tetibe nampak our beloved Tuanku Ibrahim holding something like i-pad in his hand.ish semart ah!kekacakan baginda menambahkan lagi kesemartan benda itu.terus teruja nak benda nih.tapi tak mampu ah.nak tunggu hantaran kawen.yeay!


Wednesday, June 23, 2010

juadah mata pulak!~

this is the 10 hottest-prettiest women in the world.let's check it out!


1. ADRIANA LIMA



2. EVA MENDES



3. JESSICA ALBA



4. ALICIA KEYS



5. KATIE HOLMES



6. PENELOPE CRUZ



7. ROSARIO DAWS



8. AISHWARYA RAI



9. NUR RAIFANA ABDULLAH



10. RIHANNA



amacam?
cantik tak?
sila vote okeh!
number 9 is Malaysian
isn't that great?
MALAYSIA BOLEH!!!


juadah telinga dipagi khamis~

another day hantar atin g sekolah.bosan bosan.bukannye ape, traffic-jam!pastu dah sampai umah kelam kabut bersiap nak g keje pulak.haih~~~nasib baik adik aku sendiri.tapi semalam rase taknak anta dia g sekolah sebab dapat sains "B".huh!

dalam kete selain berbual-bual ngan adik bongsu kesayangan, bile ade lagu best je mula la nak tunjuk skill masing-masing.lagu justin biebir wa cakap sama lu!baby baby baby oooh~hahah.atin tak reti nyanyi.yes aku menang!next song, fairytale by taylor swift.ok tukar sinarfm pulak sebab sure aku kalah.atin peminat taylor swift wooohhh.hahahah!jahat kan?lalalalalaaaaa~


bile atin dah turun dari kete, aku takleh nak nyanyi penuh perasaan, nanti orang lain kate aku sewel cakap sorang-sorang.huhuuu.so nyanyi dalam hati je.bile dengar celoteh kak engku, salleh yakob dan khairil rashid kat sinarfm boleh pecah perut gelak tak menahan.cover cover.tak pasal-pasal kene cop memandu dengan cuai nanti.heh~so sampai je umah aku terus mandi-pakai baju kebaya-tepek bedak kat muka-kejut iwan-minum air nescafe-panaskan enjin kete-gerak g ofis.phew~~~another 10minutes journey.weee!


dalam kete, radio sebagai peneman setia.selalunye dengar flyfm tapi topik cam tak menarik pulak.so tukar ke erafm dan topik pagi ini adalah tentang pengalaman berjumpa dengan doktor.ade yang tak best, ade gak yang biase je dan ade tu yang kelakar.haih macam-macam manusia nih.lain orang lain cara hidupnye.tepat jam 8 pagi, ade berita ringkas.antara berita-berita menarik yang diperdengarkan adalah tentang seorang lelaki berusia 20tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 12tahun selama 3months back!giler tak?lelaki tu mengaku sebab nak ajak budak perempuan tu kawen dengan meminta izin pada nenek mangsa.wt-fish!aku pon tak terfikir solution ape yang patut diambil oleh kedua-dua belah pihak.terkejut kot.all the best lah!


next ade berita tentang yuran kemasukan ke universiti boleh ditangguh.pastu tentang 46ribu orang dah bayar PTPTN dengan potongan gaji *ehem* dan yang aku tunggu-tunggu adalah keputusan USA menentang Algeria malam tadi.aku tengok kejap je game tu pastu dah tetido depan tv.mengantok sangat!USA menang okeh.so they are announced as group champion and will meet Ghana for the second round.England pon menang gak.so dorang akan jumpe German.emh ape nasib England agaknye eh?apepon, esok malam harus menonton Portugal menentang Brazil ye kawan-kawan!~


kate orang, pagi-pagi harus dengar perkara-perkara baik agar hari kite baik saje.ish agak susah lah nak dengar benda baik je pagi-pagi.bunyi anjing jiran warff warff baik tak?heh~bagi aku, it depends pada seseorang tu jugak on how he or she handles their day.emo sangat pon tak guna.hari khamis 24Jun2010 hanya datang sekali dalam hidup wok oooiiii so live your life to the fullest.buat perkara-perkara berfaedah okeh.babai~peace!


Tuesday, June 22, 2010

hard times!

teringatkan tragedi one of my ofismates yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi, aku tergerak nak post sesuatu tentang pengalaman aku jugak.tadi aku baru je lepas amek atin *adik bongsu kesayangan* kat sekolah dan anta dia balik umah.dah dua hari aku kene anta dan amek dia dari sekolah.sebelom ni dia naik van.tapi pakcik yang bawak van tu dah kembali kepada pencipta-Nya disebabkan serangan jantung.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin~~~AL-FATIHAH.


on my way tuh, ade 1 traffic-light tak berfungsi!tak suke sangat bile hal camni berlaku.aku ni dah la penakut.tak reti nak menyelit.tetapi dalam keterpaksaan tu, aku redah jugak.at the same time, aku mengharapkan pemandu lain memberi ruang kepada aku.puas aku angkat tangan dalam kete konon-konon bagitau "LET ME PASS-BY PLEASE!" tapi ade 1 kete mewah ni tak paham agaknye.the driver just ignoring my car and cross my way.ah sikit lagi mau hentam muncung kete aku.kau giler eh!


sape harus dipersalahkan jika traffic-light tak berfungsi?selalunye bape lame dorang nak nyalakan semula traffic-light tuh?penat kot memikirkan jalan lain untuk dilalui supaya sampai ke destinasi yang same tapi jarak perjalanan yang agak jauh.huh!selain susah untuk melepaskan diri dalam keadaan huru-hara tu, ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.umah aku ke ofis selalunye takes about 10minutes.tadi nak balik semula ofis nak dekat 20minutes.buang masa wok!


penah gak terfikir nak naik sampan-jetski-banana-boat-bagai untuk g keje.TAPIII kalau dah camni la jadinye, mati akal.toink toink.bile nak sampai ofis?!!??!tak jadi lah!



huiyooo tak sanggup nak hadapi situasi camni.the sky looks clear.nak mintak boyfren belikan jet peribadi.yeay!



kesimpulannya, we are not the only one who uses the road.think about other people too.kite bukan saja mampu bahayakan nyawa orang lain, malah kene ganti-rugi kete mereka.nak ketuk-cat-tukar itu ini lagi.ka-ching $$$ so beware MALAYSIAN!ANDA HARUS BIJAK DI JALANRAYA!


Friday, June 18, 2010

impian dia impian aku jugak!

adik-adik aku yang empat orang tu adalah permata hati aku yang utama.setiap ape yang mereka lakukan adalah amat penting bagi aku.ape mereka makan, dengan sape mereka berkawan, masa depan mereka, semuanya menjadi sebahagian daripada hidup aku.tak senang hati bile aku tengok mereka bermasam muka.tapi aku sebagai kakak yang sulong tak boleh tunjuk aku lemah kerana mereka.aku mesti sentiasa kuat depan mereka walaupon aku sebenarnye sangat tisu.rapuh dan mudah menangis~~~ohhh Tuhan.semoga aku tabah!


perjalanan hidup aku sudah sampai ke tahap yang sepatutnye.aku sangat bersyukur kerana semuanya berlaku dengan mudah bagi aku.tamat sekolah menengah, aku ke matrik.kemudian buat degree di USM dan sekarang sudah bekerja tetap di salah sebuah kolej sebagai seorang pensyarah.aku kini sedang memantau pembesaran adik-adik kesayangan supaya mereka lebih berjaya daripada aku.bukan sesuatu yang mudah sebenarnye~


iwan is doing his degree in civil engineering at UTP.amir is form 4 at SAKTI dan atin is form 2 at SMKDSE.semuanya aku dah brainwash supaya belajar rajin-rajin kalau taknak dengar aku membebel.aku taknak mereka kalah dengan pencapaian aku.jangan menyusahkan mak ayah.buat mak ayah bangga dan bahagia.mak selalu kata adik-adik degil sebab ikut perangai aku.heh~~~takpelah.memang mereka tanggungjawab aku.tak rase terbeban pon dengan kata-kata mak.malah makin menguatkan semangat aku untuk bentuk adik-adik mengikut cara aku.huhuuu~


aku ade lagi sorang adik perempuan and she is my sweet black punchbag, ANGAH.nape punchbag?sebab dia orang yang paling tahan dengan perangai aku.biar ah kene marah camne pon, dia tetap relax.along marah bukan sebab along benci.kau pon tahu kenapa kan?aku nak tengok kau kuat dan tak banyak komplen sekaligus boleh tolong aku dalam ape hal sekalipon.boleh kan?


perihal adik aku yang sorang nih agak menyayat hati sikit lah.aku sendiri hilang arah kalau aku berada kat tempat dia.setelah lame menanti, keputusan untuk melayakkan diri bagi menyambung pelajaran ke IPTA telah diumumkan.sejak semalam aku berdoa agar impian dia menjadi kenyataan.malangnya, semuanya sudah tersurat.angah gagal dalam percaturan hidupnya buat kali kedua.


adik aku ni ade diploma in accountancy from politeknik merlimau melaka with CGPA 3.42.setelah hampir dua tahun kat umah dan bekerja sebagai kerani akaun sementara disebuah kilang, dia masih tidak berjaya menyambung pelajarannya ke peringkat degree.ye aku sedih.impian miliknye yang juga milik aku tidak kesampaian.aku cuma berharap agar dia menerima takdir Tuhan ini dengan hati yang terbuka.setiap kejadian pasti ada hikmahnye~


sesungguhnya kau masih ade aku dan adik-adik yang tak pernah nak tengok kau tak berjaya.mungkin cara kau mengecapi kejayaan lain sikit dengan cara aku atau iwan.setakat ni, kite bertiga tak sama cara belajar.tapi Tuhan sentiasa adakan jalan untuk kau buat sesuatu yang berfaedah.kite plan what's next.jangan putus asa okeh!


deeply love you!

lihatlah dunia!

wa dapat award seyh!jangan gigit jari lah ye tengok award wa kaler emas shining-shining.lu ade?hah!~~~terima kasih kat DYANA sebab bagi award nih.sukeee!satu je wa tak paham, nape kene jawab soalan-soalan seperti di bawah?tak kesahlah.layankan jek.lagipon wa tengah kelapangan masa nih.jom!

♥ Glam Golden Award ♥

wa bawak lu orang tour jap kat award kepunyaan wa nih.amacam?gigit jari tak?ngeh~


Soalan-soalan:

♦ kenapa anda suke blogging?
wa nak berkongsi cerita dengan seluruh warga dunia tentang perihal diri ini.wa kan kepochi-giler glamer-hartis kononnye.hah!bukan bukan.wa pegang satu quote ni je-->BLOGGING IS TO EXPRESS NOT TO IMPRESS.bile-bile wa rase nak merepek-meraban-mengarut tentang hari-hari wa, wa sign-in je kat blog nih.taip-taip pastu legaaa.serius mujarab!


♦ adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang?
so far so good.taklah rase nak bunuh diri ke ape.dah nama pon kehidupan.takde turun naik cam bosan plak kan.so live with it.syukran GOD~!


♦ apakah impian anda 5 tahun akan datang?
memajukan diri sendiri terutamanya dalam bidang kerjaya.bila sudah maju, insya-Allah kehidupan bertambah baik.wa mahu kumpul harta untuk masa depan.wa taknak tamak, cukuplah untuk wa sekeluarga, laki serta anak-anak wa nanti dan jugak family laki wa.senang kate, duit tu tak jadi hal dan digunakan dalam cara yang sederhana.takmau membazir.


♦ siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada disisi anda?
selain keluarga dan boyfren tercinta,wa jugak nak kawan-kawan selalu ada bersama wa tak kira masa walaupon lu orang takde pertalian darah ngan wa dan lu orang tak penah tengok wa bogel.heppp!~~~pointnye disini, wa syg kawan-kawan wa and you guys are needed badly!


♦ sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka.
ANGAH je kot but sesape nak award ni, wa dengan senang hati anugerahkan pada lu orang.takyah malu-malu.terima je okeh!


beri pendapat anda tentang award ini.
ade 77 followers dikira glamer tak?hahah!rase cam tak layak je.entry blog pon banyak syok sendiri.heh~~~anyway, terima kasih DYANA!

petua untuk jadi hartis berja-ha-ya!

TERSANGKUT kat satu blog tentang petua kecantikan anggota badan.haaa kau.tetibe amek berat pasal benda-benda ni pulak.dah nak kawen ke ape?tak tak tak.selama ni pon aku sebok jaga badan *heh* cuma aku tidak mengamalkan petua tertentu.ikut petua sendiri je.lagipon tak semestinye nak kawen je kau kene cantek-jelita-anggun-bagai.seperti kata iklan ape ntah, setiap malam adalah malam pertama tahu?gitewww~~~


so aku cari petua tentang penjagaan kuku.agak bimbang bile kuku kaki ni macam kering jek.nampak kusam.meh nak kongsi petua jaga kuku yang aku pelajari dari blog tuh :

  1. korang g cari belimbing buluh/belimbing asam *kalau taktau g google imej* or boleh gak guna bawang putih *i guess this is the easiest one*
  2. ape korang perlu buat adalah pecahkan bahan-bahan tersebut *salah satu* dan sapu pada kuku.
  3. tunggu selama beberapa minit.
  4. kemudian bilas ngan air sabun.


amalkan sebanyak 2-3 kali seminggu.ulangi proses ini sehingga korang nampak hasilnye dan berpuas hati.senang kan?tak sabar nak balik umah dan mencuba.kene buat senyap-senyap nih.tak pasal-pasal mak bising sebab bawang putih kat umah tetibe takde~~~takpe.boleh salahkan kucing.huhuuu~babai!


nangis lagi~

terima kasih ima sebab ade untuk orang walaupon org tak mintak ima ade untuk org.
dan video tuh, buat org gelak tak menahan.sengal!
baby *or maybe* thanks sangat tau!
sori tak dapat tido dengan ima malam nih.
next time eh.love you~


Thursday, June 17, 2010

untuk kaum wanita sahaja~~~kaum lelaki tak boleh baca!

dengar ni dulu kawan-kawan sejantina sekalian *dah kate ini untuk wanita sahaja.boyfie, you mesti sedang baca kan?awak tu lelaki okeh.shuh shuh =P* :





it is 2010 and WORLD CUP is in it!Piala Dunia adalah antara fenomena dunia yang menjadi penantian seluruh isi alam.walaupon aku taklah hebat apabila bercakap atau memberi pendapat tentang bola sepak nih, aku tau ape itu off-side tau.hahah!so my feveret team will be Portugal because ade CR.dah jangan nak kutuk, gigit kang baru tau!


mane-mane laman web pon dok cite pasal WC2010.kat news online jangan cakap la, jadi headline kot.kalau kat tv plak, tak henti-henti highlights.kat facebook pon same.siap ade application buat jersey kau tahu!senang cerita, DUNIA SEDANG DEMAM BOLA daaannn secara automatik-nya kaum lelaki akan sebok sepanjang sebulan nih.agenda mereka bertambah.tak kiralah pasukan pilihan atau tidak, mereka bantai tengok semua!kan?


daaannn sepanjang sebulan tu jugak, kaum wanita kene kuatkan semangat menunggu kekasih tersayang melebihkan WC berbanding kita.alaaah bagi je peluang.dah itu minat mereka.kalau kekasih hati anda tidak minat menonton WC, yes anda perlu bimbang!so let them be.aku tak rase apepon.biase-biase jek.encik boyfren memang seorang yang banyak komitmen.aku dah terbiasa dengan situasi kurang perhatian nih.esok esok dah kawen, nak simpan dalam bilik pon takpe.ikat kat katil.jangan bagi laki kau keluar langsung!hahah.dah abaikan~~~fahamilah dia.tak susah pon.masa aku bersama dia akan ada jugak.kene banyak sabar.KEKADANG BUAT-BUAT TAK PAHAM JE.TERKACAU.hahah memang mintak menyampah lah kau rai.huhuuu~


ni hah, nak share something.baca eh~~~kalau tak nampak, klik kat gambar ni untuk besarkan :




lawak pon ade.diharapkan tak wujudlah orang camni.sengsara wok!hey girls, kalau korang boleh bercakap pasal semua benda tentang bola mesti best!bukan nak ikut sangat pon minat kaum lelaki nih, jadikan sebagai tambahan ilmu dalam kehidupan seharian korang.everyday is a learning process.kan?so jangan rase terabai ke ape.tenaaang dan relaaaaax.okeh?waka waka every-woman~~~cheers!

Tuesday, June 15, 2010

tiga ratus empat puluh lapan!

ini merupakan entry saya yang ke-348.saya bangga dengan pencapaian ini.tak perlu tunggu entry ke-1000 untuk meraikannye.yeay!
























padahal kau sedang bosan tak tau nak buat ape malam-malam buta nih.lalalalalaaaa~

Monday, June 14, 2010

lapan!

tak dinafikan bahawa aku merupakan salah seorang peminat rancangan realiti TV yang semakin tak terkawal kewujudannya di seluruh dunia sekarang nih.tak kira lah apepon konsep rancangan realiti tu, aku pasti nak tengok.ade yang buat pasal perniagaan *the apprentice*, tentang kesihatan *the biggest loser*, gameshow *survivor, who wants to be a millionaire* , tarian *so you think you can dance* dan yang paling banyak adalah rancangan realiti tentang mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.di malaysia sendiri dah berlambak rancangan sedemikian diwujudkan.just name it.tak menang tangan kau nak ikut semua.huh~!


dah nama pon MALAYSIAN kan.aku tak ketinggalan untuk mengikuti setiap rancangan realiti nih.walaupon tak secara fanatik, setakat tengok satu episod, tau konsep, cukup lah.fuuuh nak senaraikan pon aku rase penat.tak abis sampai esok nih kalau nak ulas satu-persatu.so sekarang aku aktif follow ILA DAMIAA from Mentor.gilak ini hotties, suara dia mantap-malatops!suke suke suke!gigih add dia kat facebook.hahahah!


banyak membebel kau nih, nak bagitau ni je sebenarnye.SAYA SUDAH JATUH CINTA SAMA LAGU YANG ADIRA AF8 NYANYI TUH.simple lyrics but meaningfullest!!!dah 16 kali playing kat itunes ni hah.dah hafal pon.nak kongsi lah.tajuk lagu ni "ku ada kamu".layaaan~~~










boyfren, awak dengar lagu V.I.P by Iwan AF8.ade kaitan ngan awak.


mari mari mariiiii~~~!

hah semua orang, ni akak nak bagitau.esok *15 JUN 2010* merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru semester 1 di kolej tempat akak keje nih iaitu KOLEJ POLY-TECH MARA.maka esok, keseluruhan warga KPTM seluruh Malaysia akan bertungkus-lumus bagi menyambut kedatangan ahli keluarga baru kami.yeay!


kalau yang berminat nak belajar tentang komputer, meh sambung belajar kat KPTM Batu Pahat.akak pon mengajar kat sini.heheh~~~ade beberapa lagi kolej cawangan di negeri lain yang menawarkan pelbagai kos, sila lawati laman web ini --> www.kptm.edu.my untuk keterangan lanjut.datang je ke tempat pendaftaran, KAMI SEDIA MEMBANTU!


gigih miss ima menyiapkan cenderahati untuk bakal anak murid.


mereka juga tidak ketinggalan.


gigih lagi.akak pon gigih gak.beg-beg ni semua tak jalan sendiri masuk dalam kotak seperti gambar di bawah.sape yang buat kalau tak akak.selain tu akak juga gigih amek gambar.multitasking la katakan~


esok kalau datang daftar, dapatlah beg ni.ade isi sikit dalamnye.selain tu,dapat gak jumpe akak *sebok kau promote diri kan.huhuuu*





can't wait for tomorrow.see ya!


it's REJAB y'all~~!

hari ni dah 1 Rejab 1431 hijriah bersamaan 14 Jun 2010 masihi.cepatnye rase dah masuk bulan Rejab.pastu bulan Sya'ban pastu Ramadhan.puasa tahun lepas dah abis ganti???


sambil kira-kira puase tuh, meh baca sikit fadhilat bulan Rejab.aku amek sikit jek, kalau korang nak lagi detail, g google sendiri.huhuhuuu~~~dalam bulan Rejab ni kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.


Amalan puasa di dalam bulan Rejab adalah salah satu cara menambah pahala amal ibadat sekaligus menjauhkan diri dari segala maksiat. Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allah maka ia memperolehi ganjaran dari Allah.Selain itu kita juga digalakkan membaca istighfar sebanyak-banyaknya dan melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain.


so prepare Muslims, banyakkan ibadat demi Tuhan yang Esa.mati tak kira mase *tetibe* selamat beramal~


jari aku tunjuk dua, jari ima tunjuk tiga.yeah 5 hari lagi kene ganti.weee!!!~


Sunday, June 13, 2010

terima kasih Tuhan~

aku tak tenang sepanjang minggu nih.aku asyik nak tido je supaya aku boleh relax.aku selalu nak dia ade bersama aku.bile dia takde, aku mula tak tentu arah.bile dia buat silap sikit, aku mula nak besar-besarkan.aku stress.aku bingung.


tapi semalam semuanya sudah lega.aku sudah boleh senyum tanpa paksaan.aku dah boleh lalui hidup aku macam biase.aku dah tak marah-marah sangat.aku dah boleh tido lewat tengok tv dan enjoying watching world cup waka waka it's time for Africa.aku dah boleh tengok jangan lupe lirik dan nyanyi same-same.aku dah boleh layan angah yang suke mengarut tuh.even now angah sedang bebel-bebel kat sebelah aku.heh~yes aku dah boleh buat semua benda dengan perasaan yang best!


jangan tanye kenapa aku jadi camni.titik.





to you my love, i'm sorry for messing-up your mind few days back.you know what i'm going through.don wori, i never regret.i love you with all my heart.last but not least, THANK YOU ALLAH kerana masih sayang hamba-Mu ini.syukur~~~!



Friday, June 11, 2010

something to smile about even a little~

kembali ke perangai lame yang suke merekacipta header blog tapi tak pernah publish pon.huh~~~but now i'm start to feel bored of an ordinary header kat blog kesayangan saya nih.maka ade niat nak ubah dari pagi tadi.tapi nak pilih colour and corak yang sesuai ngan jiwa nih bukan senang.


maka saya mulakan hari dengan posting entry dulu, tak g sarapan sebab kedai timah sari tutup, fb-ing, movie-ing *Remember Me by Edward Cullen was awesome guys.i like!go download and watch now* having lunch at jati kini, then dah petang sikit baru ade mood untuk ubah header.


searching for the rite one ain't easy though.nak yang simple tapi kaler nak meriah.taknak kanak-kanak sangat.taknak yang macam emo-gothic-amarah ke hape.tetibe dapat satu corak nih yang simple jek but it captured my eyes badly.ok lah yang ni.ringkas.touch-up sikit-sikit.tambah ape yang patut.wallaaah~~~!!!look at me baby :



same je macam kat atas tuh.macam kelakar pulak.kepala kecik tapi badan besar.hahah.same la macam tuan punye blog.tak besar kepala dan mudah mengalah.lalalalalaaaa~~~



not so stunning huh?asalkan sedap dimata akuh.at least ade something yang berubah.tak ingat last time aku ubah background and header kat blog nih.setahun ade kot.saje nak bagi mood baru sikit.so bloggers sekalian --> WELCOME TO FULLY FABULOUS by me, RAIFANA.have fun!


takmau sedih-sedih lah!

dear arjuna,


last friday, you was here with me.all the way from klang by your new bike.gigih~~~awak datang sini semata-mata nak jumpe saya kan?terharu tak kau sebagai kekasih?taktau nak gambarkan perasaan saya mase tu.sangat gembira.terasa nak buat kenduri kesyukuran gitewww~~~you told me earlier that don put hope on this date, you are busy with your "thing" here and there.you just afraid that you couldn't make it and you don want to make me feel frustrated.okay boyfie, i'll be patient on that.i believe, there's always a chance for us to memadu kasih dan sayang *eheheh* tetibe dapat mesej that you are on your way to batu pahat.amek kau senyum tak hengat!anyway, you dah buat i marah malam tu sebab you tak reply mesej konon-konon you tido.menyampah!


hampir sebulan tak jumpe.bile nampak kelibat mr.boyfie, nak nangis.rinduuuuu~~~i noticed something in your hand.dalam hati, mesti untuk aku tuh.hahah =P yeay dapat jersi tau.PORTUGAL home.wuish i like!!!terima kasih banyak-banyak eh awak, kalau dapat jersi PORTUGAL away pon best gak tuh.ahahah demand kau!punye lah excited kan.serta merta taktau nak buat ape.taktau nak g mane.round-round kat taman maju tuh sampai mane pon saya taktau.panik ade.kelakar pon ade.rase nak lempang mr.boyfie pon ade sebab awak relax je dah sesat camtu.ish!


malam, kite buat hal masing-masing.tak sabar menanti hari esok untuk jumpe lagi.nite everyone and especially you my love.kite jumpe esok eh.cant wait!


morning morning.mesej-mesej bagitau plan camne.so kite jumpe tengahari tu untuk menghadiri jemputan kawen hanis.saje pakai baju hijau sebab nak same ngan kekasih.heh~~~awak suke tak?


aduh penat gak nak cite detail pasal kisah cinta kite aritu *hahah* sikit-sikit dah la eh.apepon, saya happy happy happy!mane nak berduka pulak bile orang yang sangat kau sayang secara meroyan ade disisi.pegi mane-mane pon seronok je.kalau awak ajak lepak tepi jalan sambil tengok kete lalu-lalang pon saya tak kesah.it is not about where you go, it is all about who you spend your time with.i like to stare at your face when you start to talk.tak dapat tengok selalu wok.hayati je lah.kadang-kadang tak tumpu pon kat ape awak cakap, sebok menilik muka awak jek.angau kan???peduli situ.hah!


ketahuilah bahawa saya sangat menghargai kehadiran awak.i'm enjoying my day when you by myside.i hope you feel the same way too.tak banyak benda yang kite lakukan.awak lebih suke duduk-duduk dan makan *ni saya* sambil bercerita hal masing-masing.sebab awak tahu kalau kite g tengok wayang, kite takleh cakap-cakap.heh logik gak tu.so camtu lah kite selalu habiskan masa kalau dah lama tak jumpe nih dan saya tak pernah penat dengar awak bercerita.sungguh~~~


jarak memisahkan kite.masa pulak mencemburui kite.tuntutan awak bersama keluarga dan hal-hal lain memaksa saya untuk mengerti awak lebih.saya boleh paham semua tu.cuma kadang-kadang saya sangat memerlukan awak dan saya buat-buat lupa yang awak tu sedang banyak hal yang nak diselesaikan dan perlukan penumpuan yang penuh.saya mintak maaf sekiranya awak rase saya tak paham awak.awak rase yang saya ni mengongkong awak dan sebok nak tau hal awak.saya takde niat pon nak kacau awak atau buat awak tension.i always want you to share all your stories with me whether it is your joy or your sadness.just tell me.when i know that you are ok, my day will be just fine~~~


bile kite gadoh, hari-hari yang saya lalui sangat tak best.ape yang awak buat pon saya malas nak amek tau.sebab makin saya pikir pasal awak, makin saya akan susahkan awk nanti.stay away from you is all i can do.tapi untuk bape lame?tak boleh tahan walaupon sesaat.nak gak tangan tu gatal mesej awak.then camni la jadinye.makin tak terbendung.sedih tahu.tak banyak yang saya mintak.tak perlukan sesen pon.kite dah bincang hal ni banyak kali.bosan pon ade.disebabkan awak kekasih pujaan hati saya, saya kuatkan semangat untuk memulihkan keadaan.selalunye pergadohan tu akan pulih dengan sendiri.taktau macam mane, tetibe dah baik.awak,jom la kawen.senang sikit nak mengade-ngade.huh!


emh dah la.malam nanti awak call saya okeh.taknak mesej.nak dengar suara awak.for now, semoga selamat sampai di rumah.amin~~~truely love you!~


ni ade present untuk awak.kenangan cinta kita *eceh* dah rindu awak sangat nih.sigh~



Thursday, June 10, 2010

aktif kau arinih!

























kalau marah pon takyah lah bagitau dunia kecil tuh.
semua orang tau sape yang kau maksudkan KOY.
memang sengaja nak buat aku malu ke ape.
demit.

aku nak sediakan hadiah setiap kali kau MENANG!

MARI BACA:

pada suatu hari di sebuah sekolah di pinggir bandar, seorang murid telah bertanya kepada gurunya. ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai apa ertinya kasih sayang.

PELAJAR : cikgu! *sambil mengangkat tangan* macam mana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? dan macam mana juga cara untuk kita menjaga kasih sayang itu supaya berkekalan?

CIKGU: oh! *tersenyum* beginilah pelajarku.kamu pergilah ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih satu rumput yang PALING CANTIK tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. apabila kamu jumpa yang PALING CANTIK, petik rumput itu dan bawa ianya ke kelas.

sepuluh minit selepas itu, apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tidak ada sehelai pun rumput ditangannya.lalu cikgu itupun bertanya kepada pelajarnya itu.

CIKGU: ha, kenapa tiada sehelai rumput pun yang kamu pilih?

PELAJAR: begini cikgu, tadi semasa saya berjalan, saya teruslah mencari rumput yang PALING CANTIK seperti yang cikgu suruh, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu suruh petik yang PALING CANTIK. maka saya pun teruslah berjalan ke hadapan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. namun, sehingga ke hujung padang, saya masih tidak jumpa yang paling cantik, mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tetapi cikgu cakap tidak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.


CIKGU: ya! itulah jawapannya.maknanya muridku, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu kerana manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. kita sepatutnya menghargai orang yang berada di depan kita itu sebaik-baiknya. janganlah kita menoleh kebelakang lagi KERANA YANG DAH BERLAKU TETAP BERLAKU. semoga yang telah berlaku tidak berulang lagi.seperti quote adnan sempit "i dont want banana fruits two times" dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik.hargailah apa yang ada sebaiknya.kerana sekali ianya hilang,sudah tiada peluang kedua.


i got this from someone's fb.pinjam buat selama-lamanya eh.terima kasih~~~amacam?rase ape-ape tak?kesimpulannya *perlu ada* kite memang kene hargai orang yang kite sayang.dia lah yang terbaik untuk kite.dia lah yang PALING CANTIK untuk kite.TAAAPIIIII tak adil plak bile orang yang kite sayang tu tak buat macam mane kite sayang dan hargai dia.dia tak boleh ade bile kite perlukan dia.yang penting hal dia je.mane boleh begitu kan?perlu ade win-win situation.


bile ade rase tak puas hati, harus luahkan.bukan nak gadoh.dengar masalah sebelah pihak.pastu jelaskan hal sebenar dengan cara yang sepatutnye.bukan nak menang je.sebagai pasangan kekasih, sharing is important rite?sape lagi kau nak kongsi selain family kau dan dia.bukan nak mintak simpati, cume mungkin ade pandangan yang berbeza dari orang yang berbeza.jangan kedekot sangat masa ngan kekasih.kau mungkin tak dapat mesej ngan dia lagi esoknye.mane tau kan.aku g keje naik kete.aku berhati-hati tapi orang lain tak, pastu kene langgar.mati.camne?*mintak jauhkan* KORANG PAHAM KAN?so setiap hari sangat penting dan tak boleh tunggu esok.sekejap pon bermakna.kau harus bijak bagi masa.train otak supaya tak mudah lupa.boleh kan?


susah bile aku kurang perasaan camni.haih.


lapar~

since past few weeks, there's a lot of wedding and engagement invitation's cards arrived at my house.tarikh pon nak dekat je semua.taktau la nak g mane satu TETAPI keutamaan diberikan kepada kadar ke-dekat-an rumah dan kadar kelapangan masa saya lah ye.heheh~


jemputan pertama adalah dari rakan aku semase disekolah rendah iaitu EN.TAUFIQ bersama pasangannya emh emh emh tak ingat pulak nama beliau.tarikh-->29Mei2010 di Kedah adalah bagi pihak perempuan.aduhai kawan, jauh lah.takpe takpe.i pegi yang sebelah pihak lelaki lah eh iaitu pada 19Jun2010 nanti kat batu pahat jek.yeay!!!~~


next is at HANIS'S.5Jun2010-->i admit that his wedding is one of the event i waited so much.i just don know why.maybe sebab nak tengok hanis pakai tanjak kot.huhu~~~the wedding was quite simple but nice.the food was delicious but i canot eat much because of one pakcik tegur, "jangan amek banyak sangat nanti tak abis" haih ape la nasib.dah dua kali kene tegur pasal makan daripada orang asing.tak rase malu pon sebaliknya aku rasa pelik.mengapa mereka begitu ambil berat tentang diriku.oooh terharu.weksssss!!!seriusly minat sangat baju sanding yang dipakai oleh pengantin pompuan.suke suke suke!nak try boleh tak?gitewww auwww ahahahah!!!bawak bertenang rai.heheee~anyway, TAHNIAH HANIS!!!


keesokan harinya, lagi sorang rakan seofis aku bertunang.TAHNIAH INTAN!!!tapi aku tidak dapat memenuhi jemputan beliau kerana hal-hal last minute yang tak dapat dielakkan.majlis kawen you nanti i datang eh.weeheee~~~


this coming weekend takde jemputan mane-mane but on 14Jun2010, one of my besties mase kat USM nak kawen daaa.majlis tu diadakan kat Kelantan.jaaauuuuuh.memandangkan 15Jun2010 ade new students registration kat kolej nih, i tak dapat pegi la zimah.soriii sangat.BIG REGRET on that actually.haih sabar je lah.zimah akan menjadi isteri kepada coursemate aku jugak.TAHNIAH & SELAMAT BERBAHAGIA!!!


susah gak nak memenuhi jemputan orang ni kan.dulu mase belajar bukan main lagi.macam semua majlis kawen kawan-kawan SELURUH MALAYSIA kau boleh pegi.huhuuu~~~mane yang aku boleh pegi, aku akan sempatkan jugak.aku memang suke g majlis kawen orang nih sebab aku suka makan nasi minyak.layaaan~


dulu zaman remaja, aku sebok cari tempat sambung belajar.sebok nak dapat result terbaik untuk exam.sebok nak tambah kawan-kawan.sebok nak ade boifren tapi aku pemalu eceh.sebok nak download lagu terbaru yang orang lain taktau tapi kau dah penah dengar pastu bangga.rinduuu!!!sekarang, kalau dok berlonggok bersama rakan-rakan gosip mesti nak cite hal cinta jek.huhuuu~maksud aku pasal kawen, pasal hantaran, pasal warna tema pelamin, pasal bakal suami kau keje ape *tak guna pakwe dah heh*, pasal tunang kau plan nak beli umah kat mane, pasal hal-hal rumahtangga.macam-macam lagi lah.pasal-pasal ni semua pernah manjadi angan-angan masa muda remaja dulu dan sekarang aku akan melaluinya dan kene cari cara bagaimana untuk menjadikan angan-angan tu suatu realiti.sigh~~~amek kau bebel akuh!


i'm 24.dah abis degree 2 tahun lepas.dah keje hampir 2 tahun.bile nak kawen?ape yang boleh aku katakan, aku tak bersedia lagi.sabar lah.masanye akan tiba.mak ayah aku pon relax jek.adik-adik tersayang je yang gelabah nak anak buah.korang ni dah hilang akal tahu.ulit je la anak-anak kucing kat umah tu.heh.melihat kawan-kawan nak kawen/tunang sana sini serba sedikit buat aku rasa tak sabar menunggu giliran aku nanti.kite tenang je eh.insya-Allah ade jodoh, naik pelamin lah aku.yippieee!!!


ok lah.sampai sini je dulu untuk entri kali nih.nak g lunch.babai~


Monday, June 07, 2010

saya terjumpa sesuatu yang menyentuh hati~

semenjak cuti sem nih, aku takde keje sangat kat ofis.so selalunye "keje" yang aku lakukan adalah exploring informations, down-up-loading songs, reading blogs and playing some games.semuanya secara atas talian.heh.arini aku rajin plak nak tukar wallpaper blog kesayangan nih.tapi cari punye cari, tak jumpe gak yang berkenan.nantilah cari lagi.ape nak buat eh?click click click.akhirnye aku baca blog sendiri lah.huhuh~~~rupenye dah hampir 2 tahun aku join blogging nih.macam-macam cite dah dikongsi dengan warga dunia sekalian.aku baca semula hasil taip-an aku.aku juga baca comment yang ade.suddenly, aku terjumpa a comment from my die-hard fan i think.heheh~he wrote this:


"u should know there is someone who is always beside u, someone who cant see you in sorrow..."


terharu lah.mungkin sebab aku sedar aku ni seorang yang complex untuk difahami.sekejap sedih sangat.kejap lagi kang, gembira sangat pulak.dah kenapa la kan.huuu~tapi masih lagi ade orang yang kesah tentang aku.nangis kerana tersentuh.aku inginkan orang ni selalu bersama aku.SAMPAI MATI!!!



saya nak awak yang baju hijau tuh.lalalalalaaaaa~~~




ku kebutuhan mu~

TERUSKANLAH by Agnes Monica





Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

**Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah
Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu

ulang **

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah
Teruskan lah
Kau begitu

Teruskan lah
Teruskan lah



this song keeps on repeating on my itunes for i just cant remember how many times.takde kaitan ngan hidup saya.takde kaitan ngan kekasih hati pujaan saya.cuma lagu ni mampu buat air mata mengalir setiap kali mendengarnye.oooh sungguh rapuh hati ni.dengar lagu pon boleh nangis.huuu~~~


Wednesday, June 02, 2010

phew - part 2

it is not easy for being a human named
NUR RAIFANA BINTI ABDULLAH~~~


dia mestilah tabah dan matang dalam melalui hari-hari dalam hidupnya walaupon kadang-kadang dia sering menerima dugaan yang tidak disangka.


be strong dear ME, you can do it!!!

phew~

rindu awak.