BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 10, 2010

aku nak sediakan hadiah setiap kali kau MENANG!

MARI BACA:

pada suatu hari di sebuah sekolah di pinggir bandar, seorang murid telah bertanya kepada gurunya. ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai apa ertinya kasih sayang.

PELAJAR : cikgu! *sambil mengangkat tangan* macam mana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? dan macam mana juga cara untuk kita menjaga kasih sayang itu supaya berkekalan?

CIKGU: oh! *tersenyum* beginilah pelajarku.kamu pergilah ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih satu rumput yang PALING CANTIK tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. apabila kamu jumpa yang PALING CANTIK, petik rumput itu dan bawa ianya ke kelas.

sepuluh minit selepas itu, apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tidak ada sehelai pun rumput ditangannya.lalu cikgu itupun bertanya kepada pelajarnya itu.

CIKGU: ha, kenapa tiada sehelai rumput pun yang kamu pilih?

PELAJAR: begini cikgu, tadi semasa saya berjalan, saya teruslah mencari rumput yang PALING CANTIK seperti yang cikgu suruh, memang ada banyak yang cantik tapi cikgu suruh petik yang PALING CANTIK. maka saya pun teruslah berjalan ke hadapan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. namun, sehingga ke hujung padang, saya masih tidak jumpa yang paling cantik, mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tetapi cikgu cakap tidak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.


CIKGU: ya! itulah jawapannya.maknanya muridku, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu kerana manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. kita sepatutnya menghargai orang yang berada di depan kita itu sebaik-baiknya. janganlah kita menoleh kebelakang lagi KERANA YANG DAH BERLAKU TETAP BERLAKU. semoga yang telah berlaku tidak berulang lagi.seperti quote adnan sempit "i dont want banana fruits two times" dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik.hargailah apa yang ada sebaiknya.kerana sekali ianya hilang,sudah tiada peluang kedua.


i got this from someone's fb.pinjam buat selama-lamanya eh.terima kasih~~~amacam?rase ape-ape tak?kesimpulannya *perlu ada* kite memang kene hargai orang yang kite sayang.dia lah yang terbaik untuk kite.dia lah yang PALING CANTIK untuk kite.TAAAPIIIII tak adil plak bile orang yang kite sayang tu tak buat macam mane kite sayang dan hargai dia.dia tak boleh ade bile kite perlukan dia.yang penting hal dia je.mane boleh begitu kan?perlu ade win-win situation.


bile ade rase tak puas hati, harus luahkan.bukan nak gadoh.dengar masalah sebelah pihak.pastu jelaskan hal sebenar dengan cara yang sepatutnye.bukan nak menang je.sebagai pasangan kekasih, sharing is important rite?sape lagi kau nak kongsi selain family kau dan dia.bukan nak mintak simpati, cume mungkin ade pandangan yang berbeza dari orang yang berbeza.jangan kedekot sangat masa ngan kekasih.kau mungkin tak dapat mesej ngan dia lagi esoknye.mane tau kan.aku g keje naik kete.aku berhati-hati tapi orang lain tak, pastu kene langgar.mati.camne?*mintak jauhkan* KORANG PAHAM KAN?so setiap hari sangat penting dan tak boleh tunggu esok.sekejap pon bermakna.kau harus bijak bagi masa.train otak supaya tak mudah lupa.boleh kan?


susah bile aku kurang perasaan camni.haih.


0 tukang tilik: