BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 18, 2010

impian dia impian aku jugak!

adik-adik aku yang empat orang tu adalah permata hati aku yang utama.setiap ape yang mereka lakukan adalah amat penting bagi aku.ape mereka makan, dengan sape mereka berkawan, masa depan mereka, semuanya menjadi sebahagian daripada hidup aku.tak senang hati bile aku tengok mereka bermasam muka.tapi aku sebagai kakak yang sulong tak boleh tunjuk aku lemah kerana mereka.aku mesti sentiasa kuat depan mereka walaupon aku sebenarnye sangat tisu.rapuh dan mudah menangis~~~ohhh Tuhan.semoga aku tabah!


perjalanan hidup aku sudah sampai ke tahap yang sepatutnye.aku sangat bersyukur kerana semuanya berlaku dengan mudah bagi aku.tamat sekolah menengah, aku ke matrik.kemudian buat degree di USM dan sekarang sudah bekerja tetap di salah sebuah kolej sebagai seorang pensyarah.aku kini sedang memantau pembesaran adik-adik kesayangan supaya mereka lebih berjaya daripada aku.bukan sesuatu yang mudah sebenarnye~


iwan is doing his degree in civil engineering at UTP.amir is form 4 at SAKTI dan atin is form 2 at SMKDSE.semuanya aku dah brainwash supaya belajar rajin-rajin kalau taknak dengar aku membebel.aku taknak mereka kalah dengan pencapaian aku.jangan menyusahkan mak ayah.buat mak ayah bangga dan bahagia.mak selalu kata adik-adik degil sebab ikut perangai aku.heh~~~takpelah.memang mereka tanggungjawab aku.tak rase terbeban pon dengan kata-kata mak.malah makin menguatkan semangat aku untuk bentuk adik-adik mengikut cara aku.huhuuu~


aku ade lagi sorang adik perempuan and she is my sweet black punchbag, ANGAH.nape punchbag?sebab dia orang yang paling tahan dengan perangai aku.biar ah kene marah camne pon, dia tetap relax.along marah bukan sebab along benci.kau pon tahu kenapa kan?aku nak tengok kau kuat dan tak banyak komplen sekaligus boleh tolong aku dalam ape hal sekalipon.boleh kan?


perihal adik aku yang sorang nih agak menyayat hati sikit lah.aku sendiri hilang arah kalau aku berada kat tempat dia.setelah lame menanti, keputusan untuk melayakkan diri bagi menyambung pelajaran ke IPTA telah diumumkan.sejak semalam aku berdoa agar impian dia menjadi kenyataan.malangnya, semuanya sudah tersurat.angah gagal dalam percaturan hidupnya buat kali kedua.


adik aku ni ade diploma in accountancy from politeknik merlimau melaka with CGPA 3.42.setelah hampir dua tahun kat umah dan bekerja sebagai kerani akaun sementara disebuah kilang, dia masih tidak berjaya menyambung pelajarannya ke peringkat degree.ye aku sedih.impian miliknye yang juga milik aku tidak kesampaian.aku cuma berharap agar dia menerima takdir Tuhan ini dengan hati yang terbuka.setiap kejadian pasti ada hikmahnye~


sesungguhnya kau masih ade aku dan adik-adik yang tak pernah nak tengok kau tak berjaya.mungkin cara kau mengecapi kejayaan lain sikit dengan cara aku atau iwan.setakat ni, kite bertiga tak sama cara belajar.tapi Tuhan sentiasa adakan jalan untuk kau buat sesuatu yang berfaedah.kite plan what's next.jangan putus asa okeh!


deeply love you!

2 tukang tilik:

♥ annafeez ♥ said...

ouh..wani xdapat further ea..xpela.ada hikmah sebalik tu kan..kira wani mcm saya jugak la fana.lom ade rezeki lagi..cume cara ujian tu berbeza sikit :)

ima said...

love my adik-adik-beradik juga!

cakap kat angah "aja aja fighting!!"