BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 30, 2010

kegilaan terkini!! - part 2~

ahhah boleh agak tak entry ni pasal ape? sebelom ni ade gak saya post entry dengan tajuk yang sama. huhuuu~AMEER IS IN THE HOUSE Y'ALL!~ saya suka tau bile budak comel-bile-dah-besar-mesti-kacak-giler ni datang melawat saya. ameer baru abis sekolah pagi. his father *my ofismate* amek ameer kat sekolah dan bawak masuk ofis sementara tunggu mak ameer datang amek ameer pulak. paham tak? ;P hari ni ameer pakai baju sukan warna kuning. kat belakang baju ameer ada tulis BENDAHARA. teringat zaman sekolah rendah, saya pasukan TUN PERAK atau warna biru. heh~

ameer kata saya kakak dia. hahahaaa bangga tak memasal. macam biasa, kami akan habiskan masa bersama. kali ni kami main bulat-pangkah lagi. kalau ikutkan kehebatan saya, memang takde peluang budak ameer ni nak menang. disebabkan saya sayang ameer, saya kasi lah dia menang sekali. cukuplah kan. kalau asyik kalah je nanti ameer kata saya ni kakak-tua-tak-sedar-diri-bongok-pulak-tuh. hahahahaaaaa ;P jom tengok ameer :

muka bangga selepas menang buat pertama kalinya~long live pasukan kuning yeaaah!



saya dapat 16 markah. ameer kata "kakak menang!"

ntah macam mane 7 + 13 = 24. ngelat sungguh! kat atas tu ameer tulis "selamat tinggal" terharuuu~nanti datang lagi eh ;)


camne nak buat budak comel ni jadi milik saya eh? boring la balik umah takde orang nak dimainkan ;P takkan nak main-mainkan boifren kot. lagipon boifren saya sebok ngan hal sendiri. takmau kacau. kalau kacau adik-adik, nanti mak marah pulak. haih~nak dapatkan budak comel yang sendirian berhad punya lambat lagi lah kot. amek anak angkat? bernas tak? akan difikirkan~babai!
 

Thursday, July 29, 2010

biar gambar ni bagitau ape yang berlaku pagi tadi~

 paham tak?















kalau tak paham, kelik kat "TUKANG TILIK" tuh. tanye la ape yang tak paham kat situ ye. saya sedia menjawab~
 

ya-be-da-be-duuu!

akhirnya detik yang dinanti muncul jua *macam ayat novel cinta bile guna perkataan "jua" tuh* huhuuu i have 100 followers already!!! kecoh kan? biar lah. blog ni tak glamer pon. bile ade follower sampai 100 orang, rase macam syukur sangat. ade jugak orang nak ikut blog yang banyak cerita merapu-merepek-meraban-meroyan nih. tujuan letak application tu adalah untuk menambah hiasan kat blog saya. tak kesahlah ade follower ke tak. saje nak letak kasi berseri-seri sikit. setelah hampir dua tahun bergelumang dengan dunia blog ni, saya ade 100 followers. padahal orang lain dah beribu-ribu follower dalam masa dua bulan je. hahahahaaa~nak tau tak sape pengikut saya ke-100? meh tengok :


KELIK SINI! untuk berkunjung ke blog pengikut saya yang ke-100. bukan kelik gambar tau!


beliau adalah ofismate saya! *nyaris jadi housemate kan nadia?* saya dapat link blog nadia nih dari facebook dia lah. selama ni ada blog senyap-senyap eh. mengade tauuu! pasni rajin-rajin update ye nadia. i'll read it~anyway, tahniah tahniah ;)


nak tunggu 100 followers boleh tumbuh janggut woh. lame jugak la sampai dua tahun. kan saya dah kate, blog saya tak glamer.kalau ade 10 orang pon saya dah tersenyum lebar, inikan pulak 100. kalau korang tinggalkan komen lagi bagus rasenye. lalalalalaaaaa~





p/s : for me, blogging is to express NOT to impress. happy reading y'all!~

hepi-pi-pi-pi~

for the first time in my life, i shopped online! OMG OMG i can't believe it ;P ape yang saya beli? saya beli 2 helai shawl. weehuuu~ tengok tengok :


sebenarnye dah lame nak shawl pelangi yang macam dalam gambar nih. selama ni saya survey dan semuanya di jual secara online. berat hati sikit kalau nak beli secara online ni. bimbang tak seperti yang dikehendaki. hahahaaa ade macam putar belit tak? tadi kate shopped online tapi tak percaya nak beli secara online. haih~ secara teknikalnya, saya tempah shawl ni secara online daripada seorang kawan di facebook dah kenal lame sebenarnye. kawan masa sekolah dan jumpe semula kat PLKN  her name is ARINA SYAIRA. beliau pon ada blog yang jual macam-macam jenis shawl. KELIK SINI! 


arina ni dok batu pahat je. saya tak sure area mane lah. nak dijadikan cerita, saya tempah dengan dia secara online dan dia hantar pada saya secara live depan mata. bukan secara postage ye. kiranya half online la nih. huhuuu. saya beli dengan harga yang murah. mula-mula nak amek sehelai je, tapi arina sempat pulak promote shawl lain semalam. maka saya pon belilah lagi sehelai. yeay! 


kesimpulannya, saya puas hati. saya gembira memiliki shawl yang saya cari sekian lame. so boifren tersayang, hantaran untuk shawl corak pelangi dan colourful takyah letak dalam senarai hantaran eh. nanti saya request benda lain pulak ;) babai~

Wednesday, July 28, 2010

badi?

TERLUPA?!!??! 
alasan yang sangat tak boleh diterima logik akal. 
takpelah, malas nak emosi.
saya taklah marah sangat.
tapi saya sangat sedih.










how can i hate you when i love you the most? haih~

Tuesday, July 27, 2010

mood pagi ni entah hape-hape!

arrrggghhh saya mengantok tau! malam tadi poyo tak cuba tido awal. haih~memang susah nak tido la kebelakangan ni. mungkin sebab demam, selesema dan batok. but now, ALHAMDULILLAH saya semakin sihat. batok pon dah kurang. tapi boifren saya semakin tak sihat. alangkah baiknya kalau saya boleh ke sana berada di samping boifren tercinta. saya nak bawak boifren pegi klinik macam kami pernah buat dulu-dulu semasa dia dekat dengan saya. rinduuu saat-saat tu. selalunya kalau dia panas badan nak demam, saya pon akan rasa benda yang same. cuma boifren lambat sembuh berbanding saya. mungkin dia tak rehat dengan betul. up up and away to KL now! jerit je lebih tapi masih kat batu pahat lagi. heh! sabar eh boifren, you'll get better soon. saya tahu awak kuat. saya risau tapi saya tak boleh gelabah.


semalam isnin, saya bercuti. tak pegi ofis. tak masuk kelas untuk mengajar. saya dok umah je. sebenarnya saya ada hal keluarga semalam tapi tak jadi pulak. disebabkan saya pon penat baru lepas holiday kat PD, maka saya pon bercuti je. sakit punggung lah. cerita PD akan menyusul nanti. insya-Allah~


semalam juga sepatutnya saya akan menerima submission assignment subjek Linux. saya pesan kat pelajar-pelajar saya supaya hantar masa saya masuk kelas dorang nanti maknenye hari isnin lah kan tapi saya pulak bercuti. maka saya mengharapkan mereka boleh berfikir dengan sendirinya untuk letak tugasan yang diberikan di atas meja saya walaupon saya tak masuk kelas. korang boleh bayang tak situasi nye camne? motif disini ialah dorang semua dah besar. umur pon dah 18 tahun ke atas. sepatutnya mereka boleh berfikir camtu. tapi ade jugak yang buat-buat tak paham dan tidak hantar assignment yang diberikan. banyak alasan! akhirnya nak salahkan saya jugak. konon-konon saya tak menyampaikan arahan dengan betul. kenapa kawan-kawan yang lain boleh hantar??? tak perlu nak menuding jari kat saya ok, saya dah lali dengan perangai pelajar-pelajar. kalau tak siap, bagitau terus-terang dan mintak maaf. JANGAN MENIPU! 


satu lagi hal yang boleh buat saya takde mood adalah pelajar yang hangat-hangat tahi kambing nih. konon-konon janji nak datang amek kuiz, saya ni menunggu lah. akhirnya tak muncul-muncul jugak! pastu kalau bertembung kat lift or somewhere else, nak nyorok pulak. apekah?!!??! tahu pulak rasa bersalah. saya nak tolong korang dapat ilmu nih. kenapa harus ada sikap acuh tak acuh dalam belajar? YOU ARE JEOPARDIZING YOUR FUTURE HERE! ape nak jadi kalau main-main je? nanti nak keje ape kalau keputusan tak bagus? ingat senang ke nak cari keje sekarang??? sila berubah. saya tak dapat ape-ape pon. sebaliknya korang yang untung. paham tak nih?!


menjadi seorang pensyarah ni perlu sangat kuat emosi. terlalu banyak perkara yang saya belajar sejak bergelar pendidik. kadangkala kene buat kebal je padahal hati sedih melihat anak bangsa saya sendiri kecundang satu persatu. saya juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan peribadi saya sendiri. saya juga ada masalah saya sendiri. kalau saya tak suke dengan sesuatu hal, saya akan diam dan buat tak tahu je. hubungan sesama rakan sekerja juga perlu dijaga dengan baik. setahu saya, saya takde masalah dengan mereka. kalau terase diri anda ada masalah ngan saya, masalah tu sebenarnya datang dari diri anda sendiri. saya bukan pendendam. kalau terngumpat tu biasalah kan. macam lah anda tidak pernah melakukan perkara yang sama. nobody's perfect lah. buat tak tahu sudah. like nothing happened. senang je tuh. 


emh setakat ni je lah untuk entry kali ni. saje nak luahkan ape yang terbuku di hati. lega dah. babai peeps!~


Friday, July 23, 2010

temu-lawak!

actually takde ape sangat nak di-isu-kan.tapi hati wa meronta-ronta nak taip sesuatu gak kat sini.this morning, wa rase ade sesuatu yang sangat kelakar terjadi dalam hidup wa.rase nak gelak je.haih~


ni la, wa nak cakap kat lu, "kalau dah tua, buat cara tua.boleh? geli la wa tengok lu camni.wa rase lu annoying gila" 



ok lah.tu je.babai!


Thursday, July 22, 2010

baru tahu!

sebelom start meluahkan perasaan kat entry ni, saya cari gambar panda kat yahoo images.just wondering, why people yang ade eye-bag akan kata, "mata dah macam panda" emh tengoklah gambar ni:


oh rupa-rupanya bawah mata panda ni kaler hitam.saya baru tahu.hahahahahaaaaa~lately saya risaukan keadaan di bawah mata saya.lebam yang tak cantik.selama ni kalau ade eye-bag pon taklah ketara sangat.until my officemate tegur satu pagi tu, "mata rai nampak lain" i thougt sebab i pakai eyeliner on that day but she continues her words, "bawah mata rai nampak hitam.tak cukup tido ke?" saya pon tak mahu panjangkan cerita terus je angguk setuju dengan kata-kata beliau.


back at my place, saya terus menilik mata kat cermin ajaib.saya tanye cermin tu, "mirror mirror on my desk, who's the prettiest of them all" huhuuu tipu je.pastu saya bayangkan kalau la cermin tu betul-betul menjawab dan bersuara.boleh pengsan! proses tilikan diteruskan.IYELAH.BAWAH MATA SAYA HITAM!camne nak buat nih?!!??!saya memang tak cukup tido bukan sebab tak mahu tido tapi tak selesa nak tido.hidung saya sumbat lah.bernafas guna mulut.sesak nafas pon ade.huuu~


risaulah bawah mata saya tak menawan.saya ni public figure.bukan bukan.saya bukan hartis tapi saya seorang pensyarah.kalau saya tidak kemas dan muka pon serabut, mesti pelajar-pelajar saya akan kate, "miss rai tu selekeh la.bawah mata dah la hitam.taknak datang kelas dia!" heheee.anggapan je tuh.senang cerita, saya mesti selalu menarik untuk dilihat.bagi saya, itu salah satu cara nak menarik minat mereka mendengar bebelan saya.sesape yang tak setuju, diam je.takyah nak bising lah!


ape yang patut saya lakukan? cari petua! tapi kene cari punca kenapa ade eye-bag nih.antaranya:
  • selari dengan umur anda yang semakin meningkat
  • anda ada alahan
  • ciri-ciri kulit wajah anda sendiri
  • mengalami keletihan setelah bekerja seharian
  • kekurangan nutrisi pada tubuh anda
  • faktor genetik
  • pengaliran darah yang tak stabil
  • anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik
  • terdedah kepada cahaya matahari
  • penurunan berat badan yang agak mendadak
  • ada masalah pinggang dan juga perut
  • tisu lemak dan cecair
  • anda memang ada masalah kesihatan
  • anda seorang perokok

saya jumpe beberapa petua dan saya rasakan petua nih yang paling mudah untuk dilakukan:

petua 1 : teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.lakukan tiga kali seminggu sebelom tidur.

petua 2 : sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis.lakukan beberapa kali.


tak sabar nak cuba! babai semua.assalamualaikum~

Wednesday, July 21, 2010

ANHAK!

entry kali ni untuk boifren~look at all of these pictures carefully.semuanya ade kaitan ngan awak tau boifren.jom tour :

ape awak fikir?bukan bukan.saya tak anggap awak sebagai singa.awak memang garang tapi bukan macam singa.cuba tengok atas kepala singa tuh.macam rambut awak.hahah.nampak lembut dan beralun kan?same tak ngan rambut awak sekarang?huhuuu~jangan potong rambut tau!


how bout this picture boifren? saya rase awak paham kot.ingat tak awak nak bagi saya rumah bentuk kontena? saya sudah memikirkan konsep jimat ruang dan antara perabot yang akan saya beli adalah seperti gambar di atas.siang boleh jadi sofa untuk menonton tv.malam pulak boleh jadi katil untuk tido.ape pendapat awak? very convinient kan? heheee~


gambar ni pulak tentang orang yang menggilai motor besar macam awak lah.bayangkan saya kat belakang awak dan sedang sarat nak beranak *wah berangan* agak-agak awak nak bawak saya g hospital naik fz awak ke eh? hahahah.jangan terberanak atas motor tu sudah lah.masuk world guiness record pulak.nama anak kalau lelaki Ahmad Nur Motor.ok tak kelakar.next picture please!

haa gambar ni menjadi kemestian lah kan.saya suka product ni pon sebab awak tau.teringin nak tukar my netty ngan your macbook.boleh tak? kalau tak boleh, awak bagi saya ipad eh.terima kasih sweetheart!


banyak lagi gambar-gambar yang boleh ingatkan saya kat awak *tak tengok gambar pon saya memang selalu ingat kat awak* tapi ni je yang menarik untuk saya kepoh-kepoh bagitau kat orang lain.huhuuu~boifren, saya rindu awak sangat.sediiih~

wiiit wiiit~

pernah tak saya bagitau anda penduduk dunia sekalian yang saya meminati RUSSEL BRAND?siapakah beliau nih?jom i kasi tengok satu gambar sebagai pembuka selera :


have any idea?saya pon taklah mengenali beliau sangat-sangat.tetibe tahu kewujudan beliau sebagai tunang katy perry.sebelom ni kalau nampak beliau di tv, buat tak endah je.lame-lame saya sedar ade sesuatu yang menarik perhatian saya terhadap lelaki berambut panjang nih.ape ape?ye saya meminati his english dialect!nak tahu ape yang saya maksudkan?try tengok MTV MUSIC AWARDS 2009 *alah yang ade kontroversi kenya west rampas microphone taylor swift dan berkata beyonce lebih layak menang award best video ape ntah.ingat?tak hormat orang langsung kan.stupid!* try la tengok award tu sebab host nye adalah RUSSEL BRAND pujaan hati saya nih.try dengar how he speaks then you will understand what i mean.weee~


pastu saya tengok review movie terbaru DESPICABLE ME.rupa-rupanya beliau jadi suara latar bagi salah satu watak dalam cerita tu.dah tengok cite tu baru tahu sape di belakang tabir.ni lah akibat tengok movie tanpa sebarang knowledge.main masuk je pawagam.heh~terasa nak tengok cerita ni sekali lagi disebabkan RUSSEL BRAND.angau!selain tu, penah gak tengok dia berlakon dalam filem "bedtime story" beliau berlakon dengan adam sandler tu.comel lah awak ni RUSSEL BRAND!


untuk penutup entry kali ni, tataplah satu lagi gambar beliau yang saya curi kat yahoo images :


rambut tu sebenarnye nampak serabut pada pandangan mata saya.TAPI sesuai pulak bile kat atas kepala RUSSEL BRAND.huhuuu~emh amek la satu lagi gambar beliau.saya janji ni yang terakhir :

ok dah.babai!



p/s : saya hanya minat sorang je lelaki melayu *saja bagitau*

Tuesday, July 20, 2010

20 soalan yang santai untuk isi masa terluang~


now is 3.06pm.lame lagi for my next class.so how i spend my time?merayap-rayap kat blog orang lain jap.bosan pulak.curi tag la.eheh~


1. Nama dalam inbox sy.
kalau dalam iphone ade name boifren, angah & celcom bill.kalau kat hp sony ericsson ade macam-macam name.kebanyakannye dari students.


2. Ringtone utama dekat phone?
iphone - bukannya aku takut by mulan jameela.sony ericsson - old phone *alah yang bunyi kriiing bingit telinga tuh*


3. Apa saya buat tengah malam tadi.
atas katil layan bf.layan dia bercakap kat telepon.heh~


4. Orang terakhir bersama saya.
BERSAMA means spending time together secara realiti eh? kalau camtu, orang terakhir adalah mimi.aku hantar dia balik umah setelah kami main badminton same-same malam tadi.balik umah semua orang dah tido.


5. Warna t-shirt saya pakai sekarang. 
tak pakai t-shirt.saya pakai baju kurung pahang tema hijau.
 

6. Benda terakhir saya buat.
sebelom jawab tag nih, saya dari toilet g buang hingus.selesema!!!


7. 3 perkara yang anda suka buat setiap hari?
  • online tanpa henti.
  • makan *tapi sekarang kene kawal sikit*
  • sidai baju

8. Duit yg ada dalam wallet.
RM7.balik ni nak g draw jap.


9. Camne hidup?
ok je.
 

10. Bila kali terakhir jumpa mak anda?
pagi tadi.
 

11. Mak saya kat mana?
pejabat dia.
 

12. Malam tadi, orang terakhir cakap dengan saya.
boifren.
 

13. Surprise terbaru yg saya dapat.
bangun pagi tadi, badan panas.suprised!


14. Benda yg baru dipinjam dari kawan?
calculator from ima.
 

15. My Bf.
bf means boifren or breakfast?takpe lah, saya jawab dua-dua.MY BREAKFAST for today is nescafe O panas buatan mak.MY BOIFREN is my boifren ;P
 

16. Apa yg saya rasa skrg?
sakit hidung.
 

17. Nak share dengan siapa?
doktor kat klinik nur.boleh dapat mc.heh~
 

18. Siapa yang tahu rahsia saya?
rasenye boifren paling banyak tahu rahsia saya.serius.
 

19. Diorang simpan ke rahsia tu?
boifren boleh dipercayai.insya-Allah.
 

20. Nak tag ke?
ramai lah saya nak tag.tak larat nak taip semua nama.senang cite, semua bloggers --> ANDA DI TAG!


now is 3.30pm.ade 1 jam lagi nak start class.so saya nak prepare lah.babai semua ;)
 

Saturday, July 17, 2010

saya tak suke.tak tahu kenapa.

kalau nak ucap terima kasih kat saya, never use this --> THANX <-- why? saya rasa macam tak best.ucapkan dengan sebaiknya.contoh --> THANK YOU or TQ or TERIMA KASIH <-- lebih proper dan sopan.if nak jugak guna --> THANX <-- the wish must come with some other words like this --> THANX MISS RAI or THANX FREN or THANX ALONG <-- sedap sikit dengar atau baca mesej.boleh buat? tak susah kan? (^_^)










*dah la ejaan tak betul.benci jek.huh!

Friday, July 16, 2010

arini ade PC Fair kat BP Mall.yeay!

ade orang tu kan, sebok suh ingat tarikh 16 JULAI setiap tahun.sebok kate hari tu hari yang bermakna.ntah hape tebiat ntah.annoying tau tak!lantak la sane, takmau ingat tarikh ni.weksss!!!nak tau tak sape yang menjengkelkan tu?ni hah.tengok gambar dia :

hahah.saje nak gurau-gurau kasar ngan adik kedua saya nih.
leng, happy 23rd birthday eh.sayang kau!



kegilaan terkini!!

harga minyak naik lagi.macam dah lali dengar berita camni.tak terkejut ke ape.cume ade niat nak jalan kaki setiap hari g keje.baguslah kan.boleh kurus dan sihat selalu.bla bla bla bla la la laaa~it happens no matter what.so hadapi je lah.ikut pasaran dunia ye.ingat tuh!


entry kali ni bukan pasal harga minyak, saya nak bagitau bahawa saya suke budak nih!kalau boleh nak bawak balik umah.tapi mesti mama & papa dia tak bagi.takpelah, dapat amek gambar pon kira baik.pastu main game same-same.saya tiup belon untuk dia.tapi saya tak layan dia main tembak-tembak.tak retilah.thank you makcik ima sebab tolong layan dia main tembak-tembak.heheh~ameer, bile nak datang lagi?


eh tetibe dia muncul tau.sukeee!ok lah.nak melayan my baby boy nih.babai!


ameer ni anak my ofismate.comel kan?weee~


Wednesday, July 14, 2010

weirdo!

keluhan.haih~hari ni aku rasa sangat takde mood.sejak bukak mata pagi tadi sampai sekarang.entah kenapa.banyak yang bermain dalam otak dan hati nih.kalau ikutkan perasaan, nak je aku tido semula.terasa malas nak bangun dan malas nak g keje.tapi aku gigihkan diri, bangun tinggalkan bantal dan tilam.cuba untuk senyum.konon-konon boleh ubah mood ni.emh tak boleh lah.masih macam tu.KENAPA EH???


duduk kat dapur bagi kucing makan, aku sempat termenung memikirkan masa depan.bukan tu je, aku pikir ape yang berlaku semalam dalam usaha mencari punca aku takde mood.ade kot beberapa hal yang membuatkan aku tension semalam.ade gak cerita-cerita manusia pelbagai ragam yang aku dengar dari sesiapa sahaja.otak berfikir sambil menilai diri sendiri.bukan bukan.aku takde mood bukan pasal semalam.ok lah, nanti aku pikir lagi.sekarang ni nak g mandi dan bersiap ke ofis.later~


sampai kat ofis aku terus buat keje ape yang patut sampai skype pon tak sempat nak login.skype sangat berguna kat ofis sebagai medium bagi semua orang menyampaikan maklumat ade gak yang guna untuk meluahkan perasaan banyak benda dah setel seawal pagi.ok lega sikit.cume ade 1 hal yang masih pending. menunggu orang lain buat keje.takpelah, at least aku dah tanye progress keje tersebut.tunggu je lah.hal-hal lain, kelas macam biasa, hal mentee yang tak setel lagi rektor nak datang isnin depan OMG!, hal itu hal ini, banyak hal lah!


masih tak jumpe punca aku bad mood.nak luahkan kat blog pon tak tau nak tulis ape.aku taktau kenapa aku bad mood.dah la.aku nak setelkan ape yang belom siap.aku malas nak pikir kenapa nak malu kalau kawen lambat, aku malas nak pikir hal orang tu tinggi suara dengan orang ni, aku malas nak pikir kenapa bunyi hp dia boleh buat gegendang telinga aku nak pecah, aku malas nak pikir ade pelajar tanye soalan mengarut, aku malas nak pikir kenapa ade orang yang buat keje lembab menyusahkan aku, aku malas nak pikir ade orang yang tak suke tengok aku senang, aku malas nak pikir kenapa orang tu ingat aku tak suke kat dia, AKU MALAS NAK PIKIR!


agak-agak, kenapa aku takde mood eh?bye~

Tuesday, July 13, 2010

luluh~

jom baca artikel ni.saya jumpe di halaman facebook salah seorang rakan saya.sangat menarik untuk dikongsi bersama.baca ye~



"abang, saya mahu kita berterus terang sebelum kita mulakan hidup sebagai suami isteri" 


"cakaplah, apa dia sayang?"


"kenapa abang terima saya. kita tidak pernah kenal pun sebelum ni. saya bukan perempuan baik"


"sayang, kenapa cakap macam tu. abang terima sayang seadanya. abang pun bukan baik. Percayalah" 


"tak.abang baik, alim, sabar. saya perempuan kotor"


"jangan cakap mcm tu. sayang tak tau, abang dulu jahat" 


"tak.sy lagi jahat! biar sy cerita"


"jangan, biar abang cerita dulu. kerana kisah itu, sayang tau, abang jadi abang yang sekarang ni. dulu, abang pernah sentuh seorang wanita. abang jahat. berdosa! hina! abang tak layak untuk perempuan sebaik sayang. abang lagi kotor dari sayang. abang terima sayang sebab abang tau sayang terbaik untuk abang"


isterinya terkejut. tangisan yang deras mengalir sudah berhenti mengalir.ditenung suaminya.


"abang, saya juga pernah tidur dengan seorang lelaki dulu. saya kotor. lagi hina dari abang. saya menangis, rasa bodoh dan menyesal . saya fikir, saya tak mampu dapat lelaki yang baik lagi. bila parents abang datang pinang saya, berat rasanya mahu menerima abang. tapi tak sangka"


terhenti kata-kata itu. jangan pernah persoalkan kenapa isteri baik dapat lelaki jahat dan kenapa lelaki baik dapat isteri jahat. ingat, ALLAH sudah berkata perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik.


pernah ada orang tanya, kenapa dia tu baik dapat suami jahat?dan jawab seseorang, "mana awak tahu dia baik?" ya, mungkin kita nampak dia baik tapi tahukah kita siapa dia disisi ALLAH? mana kita tahu apa dan siapa dia dulu. bagaimana hati dia dan hubungan dia dengan ALLAH. kita tahu? tak, kita tak tahu. hanya ALLAH yang tahu.


terdiam. dalam hati mengakui. jangan pernah bermimpi untuk mendapatkan seseorang yang baik kalau kita sendiri tidak pernah cuba mengubah diri kita kepada kebaikan.



amacam?tersedak-uhuk-uhuk tak?entry ni sekadar renungan bersama. bye~


Sunday, July 11, 2010

macam dulu-dulu~


alaaah boring tengok blog sendiri yang dah berhabok tak update!currently busy with new semester dan hal mentor-mentee.banyak benda nak share, banyak benda nak kepoh, banyak benda nak bebel!nanti la eh.saya takde masa yang tenang untuk mengarang panjang-panjang.until next time~babai!

naaah untuk tatapan sesape yang dah lupe sape pemilik blog ni.
hye eberybody, my name is princess cupcake ;)



Monday, July 05, 2010

sejarah memang takleh rewind!







6 JUN 2010 <-- aku akan ingat tarikh ni sampai bile-bile! *dah sebulan*









tetibe hati ni rase kosong~







mata bengkak layan lagu nih~hati tak tenang.bye.