ahhah boleh agak tak entry ni pasal ape? sebelom ni ade gak saya post entry dengan tajuk yang sama. huhuuu~AMEER IS IN THE HOUSE Y'ALL!~ saya suka tau bile budak comel-bile-dah-besar-mesti-kacak-giler ni datang melawat saya. ameer baru abis sekolah pagi. his father *my ofismate* amek ameer kat sekolah dan bawak masuk ofis sementara tunggu mak ameer datang amek ameer pulak. paham tak? ;P hari ni ameer pakai baju sukan warna kuning. kat belakang baju ameer ada tulis BENDAHARA. teringat zaman sekolah rendah, saya pasukan TUN PERAK atau warna biru. heh~
ameer kata saya kakak dia. hahahaaa bangga tak memasal. macam biasa, kami akan habiskan masa bersama. kali ni kami main bulat-pangkah lagi. kalau ikutkan kehebatan saya, memang takde peluang budak ameer ni nak menang. disebabkan saya sayang ameer, saya kasi lah dia menang sekali. cukuplah kan. kalau asyik kalah je nanti ameer kata saya ni kakak-tua-tak-sedar-diri-bongok-pulak-tuh. hahahahaaaaa ;P jom tengok ameer :
muka bangga selepas menang buat pertama kalinya~long live pasukan kuning yeaaah! |
saya dapat 16 markah. ameer kata "kakak menang!" |
ntah macam mane 7 + 13 = 24. ngelat sungguh! kat atas tu ameer tulis "selamat tinggal" terharuuu~nanti datang lagi eh ;) |
camne nak buat budak comel ni jadi milik saya eh? boring la balik umah takde orang nak dimainkan ;P takkan nak main-mainkan boifren kot. lagipon boifren saya sebok ngan hal sendiri. takmau kacau. kalau kacau adik-adik, nanti mak marah pulak. haih~nak dapatkan budak comel yang sendirian berhad punya lambat lagi lah kot. amek anak angkat? bernas tak? akan difikirkan~babai!
0 tukang tilik:
Post a Comment