BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 27, 2010

mood pagi ni entah hape-hape!

arrrggghhh saya mengantok tau! malam tadi poyo tak cuba tido awal. haih~memang susah nak tido la kebelakangan ni. mungkin sebab demam, selesema dan batok. but now, ALHAMDULILLAH saya semakin sihat. batok pon dah kurang. tapi boifren saya semakin tak sihat. alangkah baiknya kalau saya boleh ke sana berada di samping boifren tercinta. saya nak bawak boifren pegi klinik macam kami pernah buat dulu-dulu semasa dia dekat dengan saya. rinduuu saat-saat tu. selalunya kalau dia panas badan nak demam, saya pon akan rasa benda yang same. cuma boifren lambat sembuh berbanding saya. mungkin dia tak rehat dengan betul. up up and away to KL now! jerit je lebih tapi masih kat batu pahat lagi. heh! sabar eh boifren, you'll get better soon. saya tahu awak kuat. saya risau tapi saya tak boleh gelabah.


semalam isnin, saya bercuti. tak pegi ofis. tak masuk kelas untuk mengajar. saya dok umah je. sebenarnya saya ada hal keluarga semalam tapi tak jadi pulak. disebabkan saya pon penat baru lepas holiday kat PD, maka saya pon bercuti je. sakit punggung lah. cerita PD akan menyusul nanti. insya-Allah~


semalam juga sepatutnya saya akan menerima submission assignment subjek Linux. saya pesan kat pelajar-pelajar saya supaya hantar masa saya masuk kelas dorang nanti maknenye hari isnin lah kan tapi saya pulak bercuti. maka saya mengharapkan mereka boleh berfikir dengan sendirinya untuk letak tugasan yang diberikan di atas meja saya walaupon saya tak masuk kelas. korang boleh bayang tak situasi nye camne? motif disini ialah dorang semua dah besar. umur pon dah 18 tahun ke atas. sepatutnya mereka boleh berfikir camtu. tapi ade jugak yang buat-buat tak paham dan tidak hantar assignment yang diberikan. banyak alasan! akhirnya nak salahkan saya jugak. konon-konon saya tak menyampaikan arahan dengan betul. kenapa kawan-kawan yang lain boleh hantar??? tak perlu nak menuding jari kat saya ok, saya dah lali dengan perangai pelajar-pelajar. kalau tak siap, bagitau terus-terang dan mintak maaf. JANGAN MENIPU! 


satu lagi hal yang boleh buat saya takde mood adalah pelajar yang hangat-hangat tahi kambing nih. konon-konon janji nak datang amek kuiz, saya ni menunggu lah. akhirnya tak muncul-muncul jugak! pastu kalau bertembung kat lift or somewhere else, nak nyorok pulak. apekah?!!??! tahu pulak rasa bersalah. saya nak tolong korang dapat ilmu nih. kenapa harus ada sikap acuh tak acuh dalam belajar? YOU ARE JEOPARDIZING YOUR FUTURE HERE! ape nak jadi kalau main-main je? nanti nak keje ape kalau keputusan tak bagus? ingat senang ke nak cari keje sekarang??? sila berubah. saya tak dapat ape-ape pon. sebaliknya korang yang untung. paham tak nih?!


menjadi seorang pensyarah ni perlu sangat kuat emosi. terlalu banyak perkara yang saya belajar sejak bergelar pendidik. kadangkala kene buat kebal je padahal hati sedih melihat anak bangsa saya sendiri kecundang satu persatu. saya juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan peribadi saya sendiri. saya juga ada masalah saya sendiri. kalau saya tak suke dengan sesuatu hal, saya akan diam dan buat tak tahu je. hubungan sesama rakan sekerja juga perlu dijaga dengan baik. setahu saya, saya takde masalah dengan mereka. kalau terase diri anda ada masalah ngan saya, masalah tu sebenarnya datang dari diri anda sendiri. saya bukan pendendam. kalau terngumpat tu biasalah kan. macam lah anda tidak pernah melakukan perkara yang sama. nobody's perfect lah. buat tak tahu sudah. like nothing happened. senang je tuh. 


emh setakat ni je lah untuk entry kali ni. saje nak luahkan ape yang terbuku di hati. lega dah. babai peeps!~


2 tukang tilik:

cik ewun said...

haha..bgos la miss ni..ilike ;)

RAIFANA ABDULLAH said...

ape yang bagusnye cik ewun?