BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 30, 2010

mencari~

ape nak cerita eh?siang tadi macam banyak sangat nak cerita kat blog nih. dah malam ni, lupa pulak. tunggu esok siang lah. nak tido dah. selamat malam semua~assalamualaikum.



oh lupa. esok pagi, pelajar-pelajar kesayangan akan menduduki mid-exam. huh. aku pon neves nih. revision dah buat, soalan contoh sudah bagi, now is on them. semoga mereka dapat skor A. baru lah berbaloi-baloi usaha aku selama ni. ok tu je. nite again. babai~



eh jap, ade lagi. sekarang ni dah tiba 10 malam terakhir dibulan Ramadhan. semoga semua umat Islam di seluruh sudut dunia dapat meningkatkan amalan mereka. insya-Allah dimakbulkan Tuhan segala doa kita. amin~



sebelom tido, maafkan segala salah silap orang-orang yang menganiaya anda. doakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga serta umat Islam sekalian alam. oh tak lupa, doakan juga semoga kekasih hati anda sentiasa menyayangi anda. hehe :)


orait peeps, selamat malam sekali lagi. assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. yeah!~





*oh ade lagi, i promise this is the last one. aku sedang cuba auto-post nih. nak entry ni posted at 220AM. now is 210 AM. tak sabar nak tengok berjaya or not. ok bye!





bile nak buat "30 days of challenge" nih?

UPDATE!

berjaya weh! 
nak tido. 
huaaarrrrrggghhh~kroh kroh kroh.



Friday, August 27, 2010

30 Days of Challenge~

i have lots of things to be done and yet i'm doing nothing. sejak pagi sebok ngan kelas, buat soalan mid-exam, ade meeting kelab, g bayar hutang kete bagai. phew~tak penat pulak kau kan. aku rasa pack sangat hari ni. so aku pon ambil keputusan untuk tak sentuh langsung keje-keje yang terbengkalai tu. aku nak relax. nanti stress pulak. heh~


blog walking. tetiba jumpa post yang sangat menarik. nak amek lah. huhuuu~jom tengok what i found.


30 Days of Challenge~

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

 Day 02- The meaning behind your Blog name

 Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

 Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Day 06- Favorite super hero and why

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08- Short term goals for this month and why

 Day 09- Something you’re proud of in the past few days

 Day 10- Movies that you love.

 Day 11- Another picture of you and your friends

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Day 13- Things that u hate the most

Day 14- A picture of you and your family

Day 15- A picture of younger you

 Day 16- Another picture of yourself

 Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

 Day 18- Plans/dreams/goals you have

 Day 19- Nicknames you have; why do you have them

 Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

 Day 21- A picture of something that makes you happy

 Day 22- What makes you different from everyone else

 Day 23- Something you crave for a lot

 Day 24- A letter to your parents

 Day 25- Your dream wedding

 Day 26- What you think about your friends

 Day 27- Why are you doing this 30 day challenge

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

 Day 29- In this past month, what have you learned

 Day 30- Peoples that annoy you



maksudnya, i will have 30 entries in 30 days. macam best je nak try. yeah aku akan gigih melaksanakannya. aja aja fighting wonder girl! hahah macam gedik je nak wonder girl. eh biar ah. susah hati kau! :P




*tak sabar nak buat. sesuai la untuk orang yang rajin blogging macam aku nih :) sesiapa yang nak buat jugak, ameklah. syiok woooh!~


noktah.

aku tido konon-konon dapat lupakan ape yang berlaku.





tapi sekarang aku terjaga dan teringat semula ape yang berlaku.





bile semua ni nak berakhir?





aku dah penat dan bosan.





KECEWA tak menahan. haih~


Thursday, August 26, 2010

jantung!

since i'm on my way to the office this morning until now, i still can feel my heart pound so hard. why? meh nak cerita. tetibe ada a crowd of people datang mintak signature sambil jerit-jerit "RAI! RAI! WE LOVE YOU! YOUR VOICE SO SO MERDU!" mane la aku tak neves you all. kan kan kan? aku tipu je. gile ke ape tetibe jadi hartis. tak memasal. haha. ok tak kelakar. next!




sebenarnye, ini yang terjadi:


as usual, keluar rumah aroud 8 AM. panaskan enjin kereta, kunci gate rumah, pilih-pilih kasut nak pakai hari ni, done! jom ke ofis~the journey takes about 10 minutes. sepanjang perjalanan tu, aku puas plan ape nak buat kat ofis nanti. ape kelas pertama untuk hari ni. nak print tu, print ni. selain tu, aku jugak refresh semula ape yang berlaku semalam. ape aktiviti terakhir yang aku lakukan sebelom tido. dalam kepala ni sangat macam-macam. tapi aku still fokus kat jalanraya. hebat tak? heh. 



nak dijadikan cerita, sampai satu lampu isyarat tu, aku signal ke kiri seperti biasa. nak kejar lampu hijau punya pasal, aku speed sikit. at the same time, aku sempat jeling kat cermin belakang kete ni, hamboi berhabuk nye kau. huhu. dah lame tak basuh lah. pastu teringat mimi kate tayar kete aku tak kilat. aku pon berazam nak g car wash petang nanti. tetibe aku rasa kete depan aku moving slow. eh apesal? hijau kot. lajulah sikit. kenapa nih???



OK I GET IT!

kete depan aku slow sebab ade polis trafik! OMG OMG! aku tak pakai seat-belt wok. kelam kabut aku tarik seat-belt tu. kebetulan, kete depan aku tu kene tahan pulak, mampos! kenapa nih?!!?? sampai turn aku, pak polisi tu tak tahan pon. dia suruh blah. huh. LEGA! tapi kalau ingat semula kejadian tadi, memang cemas sangat aku rase. jantung aku lincah berdegup. sepanjang perjalanan aku ketawa kan diri sendiri. kalau boleh rakam, mesti buruk muka aku. haha. maaf pak polisi!



mungkin cerita ni tak rancak seperti jantung aku berdegup. lagipon membaca tak sama dengan bercerita live sambil dengar suara aku yang SO SO MERDU nih. kalau lah blog ni boleh bersuara emh emh emh berangan~

haih~



ok lah. babai^^

Wednesday, August 25, 2010

soal hati~

diri sendiri tanye : kenapa manusia dicipta berpasangan?
 
diri sendiri jawab : untuk melengkapkan antara satu sama lain.

diri sendiri tanye : macam mane nak complete each other tu?
 
diri sendiri jawab : saling memahami.
 
diri sendiri tanye : kalau tak boleh paham?
 
diri sendiri jawab : lepaskan orang tu.
 
diri sendiri tanye : kalau dah sayang sangat, macam mane nak lepaskan? 
 
diri sendiri jawab : sayang tak semestinya memiliki :)
 
 
 
 
 
choose the best for both of you and your soul-mate.
it is not about YOU, it is about US.
 

Monday, August 16, 2010

eh?


emh ape benda sebenarnye tumblr ni eh? melihatkan adik kesayangan dok “main” benda ni, akaknya pon turut teruja. weee!~ what i can say is, macam blog je. betul tak? ye la kot. dok explore functions yang ade dalam tumblr nih, makan masa gak. haih~ saya sedang banyak keje kat ofis ni. nanti la saya belajar lagi. until then, babai fans! *konon lah ramai peminat. hahah!*


dah macam-macam “social networking” yang wujud kat muka bumi nih. pasni saya nak try wat reality show pulak lah. wish me luck ;)

saya kurang ada mood lah!

kenapa?



cincin tak pakai sebab agak kelam-kabut ke ofis sebab setting tudung lama sangat sebab cari pin tudung faveret tak jumpa sebab taknak cari awal-awal sebab malam tadi tido cepat TAPI masih ngantok ni hah!



sekarang ni pen merah faveret dakwat putus-putus pulak. kacau niat suci murni nak marking exercise nih, buang kang!



tak marah, takde mood je. last class pukul 310 pm nanti. babai~



ntah hape benda kau merepek ni rai! 


Friday, August 13, 2010

tiada tajuk~



wah jumpa lagu ni tau! best kot.
the lyrics and the melody suits very well.


layan~~~





p/s : tak suruh korang tengok aksi megan fox dengan lelaki tu. pejam mata dan dengar lagu ni!

ramadhan at 24~

saya sangat teruja setiap kali menyambut bulan keberkatan ni. oleh itu, saya nak memberikan ucapan-ucapan berikut:


mak
i love you. i really do ^^ selamat berpuasa mak!


ayah
kalau bulan puasa ni, ayah selalu beli makanan banyak-banyak untuk berbuka. ayah nak semua anak-anak ayah cukup makan. ye kami semakin gemok disebabkan makanan yang banyak kat umah. tapi ayah kurus je. heh. semoga ayah dapat berhenti merokok. we will always by your side. kalau dah kurang merokok, ayah boleh la gain some weight. baru la macho sikit ;) happy ramadhan ayah!


the Abdullah's
tak lengkap. iwan & amir takde kat umah. angah, kau jangan malas bangun sahur eh. pastu ngadu lapar la hape lah. along tak kesian pon. atin, kuruskan badan tu sikit. pastu rajin-rajin la refill air dalam peti sejuk. takyah tunggu along ingatkan. apepon, selamat berpuasa to both my lovely gals and not forgotten to my big-macho-hancho far away boys. jangan amek hati kalau kene tegur ngan along ^^


tokwan, toktan, makcik, pakcik, cousins & sedara-mara
selamat menyambut ramadhan ;) i hope to see all of you more after this. insya-allah~


kawan-kawan
maaf jika ucapan ini tidak sampai kepada anda semua. tak menang tangan nak sms dan telepon semua orang. semoga ramadhan kali ini lebih baik dan semoga kalian berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. all the best y'all!



and last but not least, cinta hati saya:


ahmad nur hakeem
selamat berpuasa boifren! bila kite nak buka puasa same-same lagi? emh one more, i miss you!



kepada semua manusia di atas, maafkan segala dosa saya eh. semoga kite semua disucikan hati dan diberkati amalannya sepanjang bulan mulia ini. amin~


bagi sesetengah orang, tahun ni adalah yang berbeza buat mereka. ada yang dah bertunang, ade yang dah kawen, ade jugak yang dah menambah ahli baru dalam keluarga mereka. tahniah tahniah. tahun ni pon tahun yang berbeza bagi saya sebab saya dah 2 tahun bercinta dengan boifren. hahah! nak jugak~oklah. babai semua!


copy & paste~






nice ;)



anak kecil main api~



 
 
those meaningful words stay union in its own melody for several of times at my itunes. tetibe rasa macam, am i doing my job? am i helping in developing malays? since i am a lecturer, i will try the best for my own race.



bukan nak berpolitik ke hape, cuma rasa marah pada generasi kini yang kurang sedar betapa pentingnya ilmu. datang kelas dengan niat yang salah, sampai lewat ke kelas, ponteng dan lain-lain masalah sosial. masing-masing dah besar, kalau bebel nanti tak suka. THINK BY YOURSELF. di mana anda 5 tahun lagi? how about another 5 years ahead?





cukup penat.



hati aku terluka dan aku tak boleh nak luahkan kat kau!

aku malas nak cakap lagi
sebab kau ni tak pernah paham
sebok sangat jual ikan
semoga untung lah ye!








hari ni aku nak benci kau. sehari je. esok aku mesej kau semula.
bye.

Thursday, August 12, 2010

jejak kasih!

lumrah facebook, klik sini klik sana klik situ. hah rupa-rupanya kawan dia ni kawan saya jugak. rupa-rupanya abang dia ni, kawan saya jugak. rupa-rupanya adik dia ni kawan saya masa kat sekolah menengah dulu. macam tu kan? setuju tak?






TERIMA KASIH FACEBOOK!
kerana-mu, saya dapat tahu perkembangan kawan-kawan saya. suke tau ;)

lawatan kerja sambil makan angin~

semester ni memang mencabar. taknak mengeluh, that's for sure. saya akan cuba rasa seronok dan ALHAMDULILLAH, setakat ni masih ok. saya bukan saja mengajar, malah jadi penasihat kelab dan penasihat latihan industri. heh. tengok nih:

dengan ini saya mengumumkan saya adalah penasihat kelab bola tampar KPTM Batu Pahat. mari dekat mari rapat mari join kelab bola tampar *jerit jerit!* pastinya menarik. lalalalalaaaaa~satu aktiviti pon tak buat lagi, menarik hape nye! jangan risau, planning planning~


saya juga penasihat pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri. johor bahru-port dickson-kuala lumpur here i come bebeh! ada sesape nak teman tak?







semoga segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. insya-Allah~







burung hantu~

tajuk sama macam post sebelom ni. konon-konon macam astro lah. ulang-ulang cerita sama. saya masih tak puas hati, bila nak ulang COURAGE UNDER FIRE kat hbo nih?! lama dah tunggu tau. asyik-asyik cerita "terminator salvation" je. mak saya yang tak paham cerita tu pon dah sangat hafal jalan cerita nye. heh! ok ok. bukan itu sebabnya dok membebel ni, saya tak boleh tido. again! so, on netty dan online. facebook-ing saje. emh bosan pulak. blogging ah. yeay! TAPIII nak cerita ape? lama gak berfikir nak merepek ape kat blog terchentaaa nih. tetiba teringat assignment tak semak lagi. quiz tak mark lagi. latihan tak cek lagi. banyak keje esok nih. emh cerita pasal linux lah *tetibe* ;P



masa tu hari selasa, 23 julai 2008 at 2.30pm, buat pertama kalinya saya masuk kelas Linux. wah masih segar dalam ingatan kot. gementar? haish jangan cakaplah. basah ketiak ni hah melawan perasaan gugup ;P subjek ni untuk students semester 3 dan semestinya mereka ni agak berpengalaman lah kan dari segi belajar dan menilai pensyarah kalau compare dengan students semester 1. sebab tu kot neves to the top! biasalah, lecturer baru kan at that time. mesti kene komplen je. huh! takpe, i will always try the best. sedapkan hati.



teringat masa tunggu dorang nak masuk lab, ada yang sedang bukak kasut, ada yang sedang keluarkan buku, ada yang terkejar-kejar dari jauh sebab dah lambat, macam-macam lagi lah. what i remember the most adalah satu suara ni, "miss, tengok ni goku" lebih kurang macam tu lah. saya pon terus fokus kepada student yang dimaksudkan. oh rupanya sebab rambut beliau. muka boleh tahan tapi dalam kepala otak dah berfikir, mesti budak nih akan selalu buat hal. selalunya yang ber-rambut pacak camtu dan agak good-looking nih tak minat nak belajar. melawa je tau nye. hahahah. giler kan persepsi pertama saya tentang budak goku tuh. serba sedikit, ianya betul! beliau kaki ponteng okeh. dah tegur baru nak datang. tak tahu lah paham ke tak apa yang saya ajar. haih ;P



sebelom masuk kelas ni, awal-awal lagi saya dah kaji tentang umur mereka. most of them are 89's and ada jugak yang sama umur dengan saya! bukan itu sahaja, older than me pon ada. itu bukan satu hal besar, saya sempat jugak bertanyakan beberapa orang pensyarah yang pernah mengajar kelas ni, rata-rata menyatakan tiada masalah dengan mereka. senang kata, mereka ni best. ok we'll see. banyaklah kalau nak cerita tentang kelas ni, they bring laughter and also they bring tears to me. kenapa nangis? biarlah rahsia~pengalaman nangis tu buat saya takde hati sangat nak masuk kelas mereka. nak ketawa pon takde mood. TAPI kelas ni macam ada magik. saya boleh lupakan apa yang berlaku dan enjoy je ajar mereka. betul la korang ni best!



semester seterusnya saya tak ajar mereka lagi. but i am eager to see them grow. mereka tak sombong pon. i can feel that they respect me ^^ but now, they are not here anymore. dah tamat belajar kat sini. some of them are continuing their study at degree level. some of them are working. ade jugak la beberapa orang yang sedang praktikal. ade yang dah bertunang pon. lawan tokeh nih! heee dah jodoh ;) 

 
 last class linux sesi july - november 2008. tak semua ada (T_T) oh muka saya tak berubah kan?


 ni saya bukan mereka (^_^) motifff?! this pic taken during lebaran 2008. ada motif lah, tak sampai sebulan lebaran 2010 pulak! kau saje nak promote diri pastu kata ape motif bagai. ngeh ngeh~




apepon korang buat, all the best tau. jangan lupa saya *ni paling penting!* kawen jangan lupa jemput. insya-Allah saya datang. ikatan masih kuat kot. ada connection. lalalalalaaaaa ;P




 

Wednesday, August 11, 2010

burung hantu~

kalau balik keje, mata macam tak boleh nak bukak! bila dah lewat malam camni now is 1 a.m tak boleh nak tido pulak. haih~saya perasan benda ni dah lama. sejak sebulan lepas kot. sebab tu tak tido lagi kalau mesej ngan kekasih hati ;P tak baik for my sleeping habit actually. TAPI nasib baik pagi-pagi saya tak effortless malah energetic. saya tiada masalah penat kat kelas. saya ok je. alhamdulillah~



i do lots of things to change this manner. ingatkan sebab tak bersenam. bila dah bersenam pon camtu gak. then i try up with eating healthy-ly, still the same result. bile nak dekat pukul 4 or 5 baru mata ni boleh tutup. during that, saya online, banyak benda saya fikir dan badan jadi lenguh sebab baring. sigh~purata saya tido sehari dalam 4 jam je. kalau cuti memang saya balas dendam. tido macam taknak bangun. celikkan mata sebab nak mandi je. pastu sambung tido. terukkan? 



i hope i can do something about this. if korang ade tips camne nak tido dengan baik, please help me!!! until then, babai~assalamualaikum ;)


Tuesday, August 10, 2010

linux~

awak nak tau tak, sekarang ni saya sedang cuba ingat semula apa yang berlaku pada 10 ogos 2008. ape yang saya tahu, mase tu kita tak saling mencintai tapi awak ade disekeliling saya. i just wondering, ape yang buat awak suke saya? ehmm (-_-")





ape eh?




saje letak gambar ni. takde motif ape-ape pon. masa ni jamuan berbuka puasa kat kolej. oh ade motif kot. nak dekat puasa dah kan. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN y'all!


Monday, August 09, 2010

penat lah!

hari ni saya ada 5 kelas untuk diajar. semuanya memerlukan saya banyak bercakap dan banyak bergerak. sudah sampaikan ilmu di depan, terangkan examples, kemudian cuba pergi ke setiap students untuk bertanya kefahaman mereka. saya harus pastikan keseluruhan pelajaran pada hari ini difahami sepenuhnya oleh mereka. saya penat tapi saya seronok. yeay!



nak dijadikan cerita, di satu kelas nih. saya memulakan bicara, meminta feedback dari students. "does anyone knows what is STAND ALONE PC?" senyap. tiada respon. saya berbicara lagi, "can anyone just tell me anything that cross your mind?" yes akhirnya ada yang bersuara. beliau menjawab, "STAND ALONE PC adalah PC sahaja. monitor, keyboard dan mouse tak termasuk. speaker, printer pon tak termasuk. PC je" sebenarnye nak tergelak mendengar jawapan pelajar berkenaan. budak ni betul-betul terjemah maksud STAND ALONE PC nih.tapi takpelah, saya gak yang kate ape-ape je yang terfikir kan. saya senyum dan ucapkan terima kasih kat pelajar berkenaan, "thank you for trying. that is not the answer actually. it's ok. at least you try. thank you again" 




nampak tak? besarnya tanggungjawab saya untuk mengajar seseorang yang tiada pengetahuan tentang sesuatu kepada seseorang yang tahu sesuatu. orang putih kata, from zero to hero. selain ilmu di kelas, kadang-kadang saya ade gak tegur tingkah laku mereka yang tak sedap dipandang dan yang tak elok didengar. menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya untuk memastikan mereka bukan sahaja menjadi seorang graduan yang berilmu malah mempunyai sahsiah yang tinggi. saya harap ape yang saya lakukan semua ni berbaloi untuk mereka. insya-Allah~


slowly~

ni nak bisik kat awak. takleh cakap dengan suara normal sebab saya taknak orang lain dengar. lagipon dah lewat malam. ucapan ni khas untuk awak sorang je tau.





SELAMAT MALAM SAYANG ! saya rindu awak nih. maaflah kalau saya meroyan tak tentu pasal. awak pon tahu kenapa kan? mesej semalam dan petang tadi dah jadi sejarah. tapi yang malam tadi, masih segar dalam ingatan. i try not to heal up any issues but suddenly it just turn up not the way i want. i know it is not the way you want too. i wish for the conversation we had is stopped at "Ok." from me. i wish! ok lah. tak guna menyesali benda dah berlaku. i'm hoping for the better day ahead. bye. assalamualaikum~










ok dah. go to sleep now~
 

i just don't get it!

hye semua~entry kali ni nak membebel saje-saje. boring pulak malam-malam takde buat ape. nak tengok tv tapi kalau mak dah pegang control astro tuh maka saya takkan dapat tengok rancangan kegemaran. takpelah, i have other things to do such as what i'm doing rite now. internet-ing la ape lagi kan. takkan nak suruh mak online pulak. nanti mak pon ada facebook nak add saya sebagai kawan, mati lah! tidak akan berlaku okeh. saya mengalah. saya boleh blogging. saya oleh layan youtube dengar lagu korea. ngeh ngeh~



emh nak bebel ape eh. let's see, ok lah. saya sangat suka blogging *tetibe* malah saya tak pernah bosan dengan blogging. bile-bile datang je idea nak blogging, saya akan jot it somewhere. atas kertas, kat iphone, kat modul eef, kat mane-mane je lah asalkan saya tak terlupa untuk blogging tentang cerita-cerita yang menarik. apa yang saya nampak, apa yang saya dengar dan apa yang saya rasa, semuanya saya nak cerita kat blog. mungkin saya ni seorang yang sangat suka bercerita. penat sebenarnya kalau melayan saya bercerita. boleh panas telinga kalau berbual kat handpone. sejak azali kot. tapi oleh sebab-sebab tertentu, saya jadi kurang bercakap dan malas nak berkongsi. saya jadi pendiam. kalau anda tidak mengenali saya, anda akan beranggapan yang saya ni sombong na'uzubillah. padahal saya lah manusia paling peramah dan suka bercakap. kalau tak percaya, tanyalah boifren saya. malam ni kami tak mesej pon sebab dia dah bosan melayan karenah saya. ok next!



minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic buat saya. dapat subjek baru lah, pakai baju sama dengan faveret student lah ni kebetulan tau. terkejut lalu excited amek gambar bersama. mane lah gambar tu helmi oooiii. buat pekasam ke ape?!!??! kene jadi driver angah lah, macam-macam lah. yang paling terbaru, haih malas nak cerita. tak pasal-pasal air mata mengalir pulak nanti. biarlah semua itu berlalu. saya tidak mahu memikirkannya lagi *dramatik* so saya perlukan seseorang untuk saya ceritakan semua itu. kan dah bagitau saya suka bercerita, saya memang suka sharing stories of my life and others too. saya nak tahu awak buat apa hari ni. saya nak tahu apa plan awak weekend ni. saya nak tahu life awak ok ke tak. saya nak tahu awak dah makan ke belom. semuanya saya nak tahu. mungkin anda nampak benda yang sama setiap hari. tapi saya tidak rasa begitu. hari ni adalah berbeza dengan esok lusa tulat tubin dan seterusnya. saya sangat menghargai setiap hari saya. kesimpulannya, minggu ini sangat hectic!



lagi pasal hidup saya, terlalu banyak untuk diceritakan. berbual dengan ayah otw amek angah balik keje semalam, ayah sentuh soal kawen. ayah suruh kawen tahun depan. cari pegawai bergaji besar. cari yang dah ada rumah kereta bagai. supaya senang hidup saya di masa hadapan. saya mengangguk tanda setuju. dalam hati, Tuhan saja yang tahu. ayah sedia maklum saya berkasih sayang bersama siapa sekarang ini. saya tahu ayah cuba menyampaikan sesuatu. ayah jangan bimbang ok, he is the best son in law. just wait and see. tapi bukan tahun depan eh ayah. suruh angah kawen dulu. dia dah ready kot. anak ayah ni masih muda dan tak bersedia lagi. she still need you in her life. i promise if the time has come, i'll bring him to you. sabar ye ayah~



saya rindu adik-adik saya yang lelaki dua orang tu. mereka jauh sebab mereka belajar kat tempat orang. amir kat SAKTI. iwan pulak kat UTP. rasanya raya nanti baru jumpa lagi. korang belajar rajin-rajin tau. adik saya yang lagi dua orang perempuan ni ada je kat umah. macam mana nak rindu. saya risaukan atin yang malas baca buku pelajaran. kalau dipaksa nanti macam garang pulak. angah pulak dah keje semula kat batu pahat ni jugak. emh masing-masing ada cerita tersendiri. saya akan tolong jika mampu. i'm always here to hear all of your stories sebab korang adalah permata hati along yang utama dan korang adalah masa depan along jugak. love you!



tu je kot nak bebel. penat dah ni. saya mahu rehat. esok keje dan pagi-pagi lagi ada kelas eef. sebenarnya hati saya tak tenang. saya tak tahu kat mana silapnya saya dalam hal ni. bila saya relax, orang lain gelabah. bila saya gelabah, orang lain ketawakan saya. saya mahu keadaan seperti dulu dengan sedikit perubahan here and there. kalau rasa susah, paham-paham je lah. sebelom tido harus memaafkan semua orang. esok pagi boleh sambung benci lagi ;P selamat malam semua. semoga mimpi indah ye. babai. assalamualaikum~





p/s : tak boleh tido sebab ada air kat mata.


Sunday, August 08, 2010

mari bekerja!

esok isnin kan?
yeay! ariba ariba! yabedabeduuu!
ye saya suka weekdays.
saya suka pegi keje.
sebab weekend saya asyik tido je.
tak sihat langsung kan? heh~


esok nak pakai baju ape eh?
jom cek closet:

abaikan hanger yang lain-lain warna tuh. dulu-dulu hanger tu semua same je tapi ada yang dah patah maka saya amek je mane yang ade kat umah ni ;) emh nak pakai baju ape eh? searching finalizing downloading uploading eh tak tak tak. over pulak kau nih. terasa nak pakai something bright. emh ah-hah. dah jumpe! tengok next picture please~
 
 
ok esok pakai baju nih. wee!



 selamat bekerja you all!~

Saturday, August 07, 2010

smile while you can !



 bila hati sedih, nak makan GCB pon macam takde mood je. haih~

Friday, August 06, 2010

takut~

selesai membaca satu cerpen. 
selesai melihat satu video.
kesimpulan, saya tersentap.





assalamualaikum~

Thursday, August 05, 2010

tbzb tbzboh bxbl - part 2~

boifren, saya sedang blogging nih *konon-konon awak tanye saya watpe heheee* saya teringat mesej awak malam tadi. mesej awak mengejutkan saya dari tidur yang lena. takpelah, boifren tersayang kot. baca baca. rupa-rupanya awak wish good nite. sori lah sayang, saya tetido. penat sangat dengan tugas-tugas harian. saya pon reply mesej awak. tetiba saya terima mesej lagi. eh mesej dari awak lah. nak ajak berbual lah tu. ok ok. boleh je. kalau dah lewat malam ni, mesti nak mengarut je mesej tu. huhuuu~tapi ada satu mesej tu yang buat saya rasa nak sekeh kepala awak tau. tengok nih:


gelak besar saya tau. nasib baik dah lewat malam so takleh bising sangat. tengok jam menunjukkan 2:26AM. layankan je. awak memang la tak mengantok sebab awak dah tido dulu. tak aci sungguh!

kalau dibiarkan awak merepek, makin teruk jadinya. maka amek lah mesej yang bawah tu ;P


mungkin anda semua tak paham apa yang sedang kami bualkan. takpelah, entry ni bukan untuk anda pon. hiii~boifren, kadang-kadang awak ni sangat garang, sangat sensitif, sangat kelakar, sangat baik hati dan kadang-kadang awak pon boleh jadi sangat annoying tau. heh. but you know what dear, you complete my life. awak tak seperti yang saya sangkakan dua tahun dulu. saya ada sebab yang kukuh memilih awak sebagai sebahagian dari hidup saya. love you~

mari mari dengar cerita baekkk punya!

malam tadi selepas selesaikan semua kerja-kerja rumah seperti sidai baju, lipat baju, basuh pinggan dan gosok baju saya pon memulakan satu misi yang baekkk punya. sebelom tu nak bagitahu seluruh isi dunia bahawa saya dapat subjek baru untuk diajar iaitu COA [Computer Organization & Architecture]. maka misi yang dimaksudkan adalah mentelaah subjek berkenaan. dah lama rasanya tak bawak balik kerja-kerja ofis kat umah. masa mula-mula bergelar pensyarah tu memang bawak semua buku balik umah. study la katakan. kat ofis takde masa sebab busy dengan kelas dan macam-macam hal~


sebenarnya COA ni penah belajar kat USM dulu. cuma nak refresh je. antara subjek kegemaran saya gak nih. tapi saya seakan-akan gelabah untuk subjek ni. dulu masa ajar NC subjek baru gak takla gelabah camni. mungkin sebab saya take-over subjek ni dari seseorang yang sangat berpengalaman. takut dibandingkan kot. ye la, saya tak hebat mane pon. kalau la seseorang tu baca blog ni, saya ada ucapan untuk beliau, AKAK JANGAN RISAU, SAYA AKAN JAGA STUDENTS AKAK DENGAN BAIK DAN MENGAJAR MEREKA DENGAN PENUH DEDIKASI. SAYA JANJI! akak jangan sedih-sedih tau. saya paham perasaan akak. saya pon pernah menyerahkan subjek kegemaran saya pada lecturer lain. sangat tersentuh~


oleh kerana saya gelabah, saya pon mencari-cari buku rujukan yang pernah digunakan semasa kat USM dulu untuk nota-nota tambahan. ape yang menarik? meh tengok gambar jap:

ni lah bukunya. seingat saya harga buku ni RM60 sebuah. bayangkan kalau saya ada 6 subjek, total??? bila difikirkan semula, betapa untungnya students KPTM BP yang bayar RM80 dan dapat 6 modul. haih~

ni hah yang menarik. saya tak ingat saya serajin ni masa zaman belajar dulu. baca buku tebal beb. siap highlight lagi. setiap perkataan penting. setiap page saya baca. tak kiralah lecturer kata penting atau tak. saya jadi begini kerana saya sedar saya tak pandai. hanya sifat rajin yang boleh tolong saya skor setiap subjek. maka saya sangat rajin membaca dan sangat rajin buat nota sendiri. rindu ah nak belajar lagi!

hah ni lagi. kalau sekarang ni, bace ayat pertama kat atas sekali tu pon boleh menguap ;P

kalau ada gambar rajah, mesti nak lukis semula untuk menguji ingatan. heh~

sila contohi saya yang rajin ni tau! ;P



study punye study, baca punye baca, maka dah abis satu chapter. sekejap je. dalam sejam kot. tengok apa yang saya tulis kat kertas nih:

LOGIC GATES. tu je yang mampu saya tulis. adakah saya semakin senang paham ataupon saya semakin malas menulis? buku rujukan tu cuma hiasan je. huhuuu~




OK LAH saya dah bersedia kot nak mengajar COA nih. terima kasih kepada pembantu-pembantu saya ;) ALL THE BEST RAI!

Tuesday, August 03, 2010

tak baik betul buat camni tau!

saya ada keje yang harus dilakukan. tapi ape saya buat? susun gambar dalam folder ikut kategori. ok babai!

gambar-gambar zaman belajar. senang. tak banyak hal. haih~










p/s : ape perasaan saya sekarang? ENTAH!

Monday, August 02, 2010

tbzb tbzboh bxbl~



i make this picture as my PROFILE PICTURE at fb. sebenarnya dalam usaha mengingat boifren amek kos ape kat uniKL. heheee ;P bile sebut banyak kali kos tu, sounds very tough kan? yup, boifren kepunyaan saya masih belajar. dia sedang melakukan perkara yang sepatutnya manusia-manusia seusia dengannya lakukan. saya doakan awak akan berjaya dengan cemerlang tau. all the best my dear, i love you more at every beat of my heart ♥♥♥!~

amy peewiiiiit forever ever & happily ever after!

layan kepala la weh dengar lagu ni. the rock ballad song yang mengancam. jom dengar dan hayati: 




GEMURUH by amy search & awie wings~