hari ni saya ada 5 kelas untuk diajar. semuanya memerlukan saya banyak bercakap dan banyak bergerak. sudah sampaikan ilmu di depan, terangkan examples, kemudian cuba pergi ke setiap students untuk bertanya kefahaman mereka. saya harus pastikan keseluruhan pelajaran pada hari ini difahami sepenuhnya oleh mereka. saya penat tapi saya seronok. yeay!
nak dijadikan cerita, di satu kelas nih. saya memulakan bicara, meminta feedback dari students. "does anyone knows what is STAND ALONE PC?" senyap. tiada respon. saya berbicara lagi, "can anyone just tell me anything that cross your mind?" yes akhirnya ada yang bersuara. beliau menjawab, "STAND ALONE PC adalah PC sahaja. monitor, keyboard dan mouse tak termasuk. speaker, printer pon tak termasuk. PC je" sebenarnye nak tergelak mendengar jawapan pelajar berkenaan. budak ni betul-betul terjemah maksud STAND ALONE PC nih.tapi takpelah, saya gak yang kate ape-ape je yang terfikir kan. saya senyum dan ucapkan terima kasih kat pelajar berkenaan, "thank you for trying. that is not the answer actually. it's ok. at least you try. thank you again"
nampak tak? besarnya tanggungjawab saya untuk mengajar seseorang yang tiada pengetahuan tentang sesuatu kepada seseorang yang tahu sesuatu. orang putih kata, from zero to hero. selain ilmu di kelas, kadang-kadang saya ade gak tegur tingkah laku mereka yang tak sedap dipandang dan yang tak elok didengar. menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya untuk memastikan mereka bukan sahaja menjadi seorang graduan yang berilmu malah mempunyai sahsiah yang tinggi. saya harap ape yang saya lakukan semua ni berbaloi untuk mereka. insya-Allah~
2 tukang tilik:
err..stand alone pc tu menatang pe miss..hahhak
g google sane!
Post a Comment