BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 09, 2010

i just don't get it!

hye semua~entry kali ni nak membebel saje-saje. boring pulak malam-malam takde buat ape. nak tengok tv tapi kalau mak dah pegang control astro tuh maka saya takkan dapat tengok rancangan kegemaran. takpelah, i have other things to do such as what i'm doing rite now. internet-ing la ape lagi kan. takkan nak suruh mak online pulak. nanti mak pon ada facebook nak add saya sebagai kawan, mati lah! tidak akan berlaku okeh. saya mengalah. saya boleh blogging. saya oleh layan youtube dengar lagu korea. ngeh ngeh~



emh nak bebel ape eh. let's see, ok lah. saya sangat suka blogging *tetibe* malah saya tak pernah bosan dengan blogging. bile-bile datang je idea nak blogging, saya akan jot it somewhere. atas kertas, kat iphone, kat modul eef, kat mane-mane je lah asalkan saya tak terlupa untuk blogging tentang cerita-cerita yang menarik. apa yang saya nampak, apa yang saya dengar dan apa yang saya rasa, semuanya saya nak cerita kat blog. mungkin saya ni seorang yang sangat suka bercerita. penat sebenarnya kalau melayan saya bercerita. boleh panas telinga kalau berbual kat handpone. sejak azali kot. tapi oleh sebab-sebab tertentu, saya jadi kurang bercakap dan malas nak berkongsi. saya jadi pendiam. kalau anda tidak mengenali saya, anda akan beranggapan yang saya ni sombong na'uzubillah. padahal saya lah manusia paling peramah dan suka bercakap. kalau tak percaya, tanyalah boifren saya. malam ni kami tak mesej pon sebab dia dah bosan melayan karenah saya. ok next!



minggu lepas adalah minggu yang sangat hectic buat saya. dapat subjek baru lah, pakai baju sama dengan faveret student lah ni kebetulan tau. terkejut lalu excited amek gambar bersama. mane lah gambar tu helmi oooiii. buat pekasam ke ape?!!??! kene jadi driver angah lah, macam-macam lah. yang paling terbaru, haih malas nak cerita. tak pasal-pasal air mata mengalir pulak nanti. biarlah semua itu berlalu. saya tidak mahu memikirkannya lagi *dramatik* so saya perlukan seseorang untuk saya ceritakan semua itu. kan dah bagitau saya suka bercerita, saya memang suka sharing stories of my life and others too. saya nak tahu awak buat apa hari ni. saya nak tahu apa plan awak weekend ni. saya nak tahu life awak ok ke tak. saya nak tahu awak dah makan ke belom. semuanya saya nak tahu. mungkin anda nampak benda yang sama setiap hari. tapi saya tidak rasa begitu. hari ni adalah berbeza dengan esok lusa tulat tubin dan seterusnya. saya sangat menghargai setiap hari saya. kesimpulannya, minggu ini sangat hectic!



lagi pasal hidup saya, terlalu banyak untuk diceritakan. berbual dengan ayah otw amek angah balik keje semalam, ayah sentuh soal kawen. ayah suruh kawen tahun depan. cari pegawai bergaji besar. cari yang dah ada rumah kereta bagai. supaya senang hidup saya di masa hadapan. saya mengangguk tanda setuju. dalam hati, Tuhan saja yang tahu. ayah sedia maklum saya berkasih sayang bersama siapa sekarang ini. saya tahu ayah cuba menyampaikan sesuatu. ayah jangan bimbang ok, he is the best son in law. just wait and see. tapi bukan tahun depan eh ayah. suruh angah kawen dulu. dia dah ready kot. anak ayah ni masih muda dan tak bersedia lagi. she still need you in her life. i promise if the time has come, i'll bring him to you. sabar ye ayah~



saya rindu adik-adik saya yang lelaki dua orang tu. mereka jauh sebab mereka belajar kat tempat orang. amir kat SAKTI. iwan pulak kat UTP. rasanya raya nanti baru jumpa lagi. korang belajar rajin-rajin tau. adik saya yang lagi dua orang perempuan ni ada je kat umah. macam mana nak rindu. saya risaukan atin yang malas baca buku pelajaran. kalau dipaksa nanti macam garang pulak. angah pulak dah keje semula kat batu pahat ni jugak. emh masing-masing ada cerita tersendiri. saya akan tolong jika mampu. i'm always here to hear all of your stories sebab korang adalah permata hati along yang utama dan korang adalah masa depan along jugak. love you!



tu je kot nak bebel. penat dah ni. saya mahu rehat. esok keje dan pagi-pagi lagi ada kelas eef. sebenarnya hati saya tak tenang. saya tak tahu kat mana silapnya saya dalam hal ni. bila saya relax, orang lain gelabah. bila saya gelabah, orang lain ketawakan saya. saya mahu keadaan seperti dulu dengan sedikit perubahan here and there. kalau rasa susah, paham-paham je lah. sebelom tido harus memaafkan semua orang. esok pagi boleh sambung benci lagi ;P selamat malam semua. semoga mimpi indah ye. babai. assalamualaikum~





p/s : tak boleh tido sebab ada air kat mata.


1 tukang tilik:

alin said...

biase la rai..life's like that..i've been in ur condition dulu..but dun worry dear..time passes and everything will be ok... :D always trust ur heart and dare to take risk in life!