BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

kelapangan masa seketika~


This morning while waiting for the 1130 AM class, i'm sitting in front of my desktop and noticing something that not being used for a long long time. 

web-cam lah!



So can you guess what my next action is? 


 
SURPRISEEE~!






Menggeletis je kau depan web-cam kan. Haha! 




It’s already 1130 AM. I’ve got to go! peace y'all~

kain ada bola-bola kecil~


ah-hah! ape ni?

inilah what so called as CRUMPLE SHAWL. wa cari merata meyh. kawan wa cakap ade kat jalan TAR tapi bile pulak wa nak turun KL kan. so option lain adalah dengan mencari shawl tersebut secala online. okeh banyak sangat nih tapi wa kan tak yakin dengan online shopping maka wa survey je cara pakai shawl nih dan kaler-kaler yang ada. tapi wa cakap sama lu, wa sangat teruja untuk memiliki shawl ni maka wa memberanikan diri untuk tempah shawl ni secara online jugak. wa dah tak ambil kisah tentang kualiti shawl tu baik atau tak bila sampai ke tangan wa. gelabah-ly wa g tempah kat blog COSMO LADIES nih dan zasss ! the items i want is still available. yabedabeduuu lah kan. haha *ketawa suka yang amat*



isi form dan bank-in duit. tunggu dan tunggu. taklah lama sangat menunggu sebenarnya. sehari je pon. TAPI disebabkan takde orang kat rumah semasa parcel itu dihantar maka wa kene amek sendiri kat pos laju berdekatan. keesokan harinya, wa pegi la ke pos laju yang berdekatan ditemani rakan ofis wa, mimi dalina :) wa sangat suka meyh ! wa terus je try kat ofis tanpa menghiraukan sesape pon. haha! nak tahu tak? kawan-kawan ofis wa pon teruja jugak. mereka datang ke tempat wa dan melihat muka jakon wa dengan shawl itu. lihat lah gambar-gambar di bawah :



sesi men-try shawl bebola manik nih. naik serabut dibuatnya. huhuuu~


mata sampai terpejam sebab terlalu khusyuk melilit shawl nih. i just want the best for the spectators babeh!



tadaaa ! amacam? cantik tak? sila tumpukan kepada shawl itu. wa tahu wa tak cantik. heh!


ima jugak men-try shawl nih dibantu oleh mimi dalina :)


azahana juga tak ketinggalan. kali ini ima pula membantu :)


okeh ini hasil terbaik by mimi dalina. beliau meletakkan gambar ini sebagai profile picture di facebook :)


oh ada juga lelaki yang berminat dengan shawl ini. mungkin malu untuk menyarungkannya di kepala maka hanya duduk tepi dan bertanya BANYAK soalan. haha!


mari semua berkumpul! kita bergambar beramai-ramai :) ready 1 2 3 smileee~


macam gambar family kan? suka suka suka!


dah seminggu shawl bebola ni dalam simpanan tapi belom sekalipon wa pakai ke mana-mana. nantilah eh. wa ingat wa nak try masa wa tunang nanti lah. ahahaksss. sabar jelah ye~




oh lupa nak bagitahu. CRUMPLE SHAWL ni dah boleh beli kat carrefour batu pahat. harap maklum~



Tuesday, September 21, 2010

selendang kasih sayang~

again, tajuk entry bertemakan ayat-ayat cinta.hehe. hati wa sedang syahdu meyh. saman punya pasal. lu orang layan saja lah ye~


AKU SUKA BELI SHAWL. tak kiralah sama ada aku akan pakai shawl tu atau tidak. asalkan cantik di mata aku dan corak shawl tu agak rare, aku akan beli. tambahan pulak harga shawl ni tak la mahal macam tudung bawal yang batu bertingkat-tingkat tuh. sehelai RM8, kalau beli dua helai dapat RM15. murah kan? ikut jenis gak sebenarnya. tapi kalau aku dah NAAAK SANGAAAAAT shawl yang cantik-mantik ni, tak kesahlah berapa harganya, bayar sahaja! 

koleksi shawl tersayang :)


minat untuk memakai shawl ni pada mulanya hanya mengikut trend semasa. kalau ikut mak, memang dia tak bagi langsung kami adik-beradik perempuan ni pakai shawl. mak kata muka macam dulang. haha. tapi lama-kelamaan mak boleh terima aku pakai shawl tapi kene ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mak. takpelah, ikutkan je. huhuuu~



lagi satu, minat terhadap shawl ni tak pernah padam disebabkan corak dan design yang sangat pelbagai. menawan hati aku sangat-sangat. maka keinginan untuk menambah shawl pon semakin membara. yeayhhh!


permata jernih gugur ke bumi~

tajuk entry nak novel je. haha. dah dah. masa untuk serius!



aku baru selesai bayar saman polis trafik. RM300. diwaktu sengkek begini, memang harus lah aku mengeluh. haih~dah buat rayuan untuk kurangkan bayaran. semoga berjaya la hendaknya. insya-Allah.



tak tahu camne nak bagitahu how i feel. terasa nak call mak ayah dan ceritakan semua tapi nanti melalak pulak. aku memang mudah menangis kalau kongsi masalah ngan mak ayah. terasa masih anak kecil yang perlukan mereka setiap masa. nasib baik aku sedar umur ni dah nak masuk jubli perak, so aku try kawal perasaan dan handle problem sendirian. paling biasa, aku akan cerita kat angah or encik boifren. kalau semua benda nak cerita kat mak ayah, sure aku akan harapkan dorang je. aku ingat lagi masa mula-mula nak bayar road-tax, ada la dalam 5 6 kali aku call ayah untuk pastikan adakah setiap perkara yang aku lakukan betul atau salah. aku tak hiraukan ayah sedang sibuk atau tak. haih. teruk kan? so aku perlu berusaha untuk lebih berdikari. dah biasa sebenarnya, saje nak menagada-ngada. heh.



so perihal saman ni, aku just cerita kat mak ayah yang aku kene saman. seperti biasa mereka tak menunjukkan sebarang reaksi cemas atau menyalahkan aku. mereka dengan cool berkata,


"pegi la bayar kat polis trafik. kalau ada masa nanti pegi bayar. biasanya boleh kurang saman tu."


ok dah. aku paham. sebenarnya nak tanya macam-macam. kalau boleh nak mintak mak ayah teman kan. heh. takpelah, dah setel pon. tunggu rayuan je~



BE STRONG DEAR ME, lepas ni jangan parking merata lagi. ikut peraturan yang ditetapkan tau! ok lah y'all, untill next entry, babai~assalamualaikum.



Saturday, September 18, 2010

riang!

there's a lot to tell. 
there's a lot to share. 
there's a lot to kepoh-kepoh. 
but yet i still not posting anything at my precious blog nih. 





later la eh.





but for the time being, tataplah gambar raya saya. hikhik :)



HAPPY EID MUBARAK !!


Tuesday, September 07, 2010

noktah.


aku taknak mengalah lagi! 










tetapi...aku terpaksa mengalah. 










@#$%&* !!!

it is all about you~




melalak weh layan lagu nih.
dem!

Thursday, September 02, 2010

151 juta kali~

last week, as far as i remember, i shared this video on facebook:





layan la weh lagu nih!
this girl is also sweet-muweet kan?
one more thing, the lyrics of the song, sesuai meyh dengan aku.
serba sedikit terkena diri sendiri dan kekasih hati :)


 
keterujaan aku terhadap lagu ni mendorong aku untuk search more about this girl. aku jumpa profile dia kat facebook. dia juga dah ada fan page! ehem aku dah kelik pon kat butang "LIKE" tu. ingat, aku teruja. haha! pastu aku sesaja testing open youtube kat ofis nih, wah berjaya you all. selama ni kene sekat lah sebab masalah bandwidth katanya. ok aku akur. takde masalah kalau youtube kene block kat ofis. lalu aku pon taip "HANA ZATIE" naaah amek kau. tetiba ade "150juta - Fynn Jamal [cover]" eh ni sape pulak? dalam kepala, peminat kot. aku pon baca la komen-komen kat bawah video tuh. oh rupanya Fynn Jamal ni penyanyi asal lagu 150 juta kali tu. try dengar ni, version Fynn Jamal. kali ni ada lirik jugak:






both singers ada cara tersendiri sampaikan lagu nih. 
but i prefer hana zatie more :)
mungkin sebab suara dia lebih lembut kot. 
macam dibuai-buai apabila mendengarnya. eceh.



bila tengok perempuan bertudung menyanyi dan divideokan, kenapa kata macam-macam? kenapa fikir negatif saja? kenapa nak pertikaikan itu ini? jangan mudah menilai orang lain. semua orang ada hak untuk gembira. ikut cara masing-masing asalkan tidak menjatuhkan maruah diri, keluarga, agama dan bangsa. sebelom ni ramai je artis bertudung yang main gitar. takde masalah pon. kan? malah artis yang dulunya tak bertudung pon sudah bertudung sekarang ni. pendirian masing-masing. setiap orang punya matlamat yang berbeza. relax sudah. selagi kita diberi peluang oleh Tuhan untuk merasai nikmat dunia, hayatilah dengan sebaiknya. cherish your day okeh :)



boifren, walaupon awak pelik, cepat marah dan macam-macam lagi, saya tetap mahukan awak dalam hidup saya. kelemahan awak adalah kekuatan saya. tak percaya? yelah, sejak awk jadi pelik, saya makin kuat nangis. haha. joking je. bukan macam tu tau. abistu macam mane? buat apa dicerita, bahagia kami rasa. rahsia kami berdua. ewaaah plagiat kau. huhuuu~ingat, aku teruja! babai semua. ASSALAMUALAIKUM~



*sorry kalau salah info. maaf.

Wednesday, September 01, 2010

bila nak raya nih?!

AKU TAK SABAR NAK RAYA! tapi baju raya tak beli lagi. tunggu adik-adik lelaki pulang kepangkuan keluarga barulah pegi shopping baju raya. pegi ramai-ramai naik kete myvi kesayangan aku tuh. memang padat. haha! yelah kan, mak chubby digabung dengan ayah yang tinggi, boleh bayang tak kadar kebesaran badan kami adik-beradik? tahun ni beli baju dah siap je. aku, angah dan atin mungkin takde masalah dengan saiz. kalau adik-adik lelaki yang dua orang tu, tak tahu lah. hopefully ada saiz untuk mereka. tema kami tahun ni adalah BIRU. weee! eh dah la cerita pasal raya nih. makin berdebar-debar pulak. huhuuuuu~



sejak ahad lepas, aku rasa macam aku tak buat ape-ape. memanjang laaa tido je keje aku. abis pahala puasa. haih~sebenarnya aku banyak berfikir. hal ni hal tu. BANYAK BANYAK! tengok tv pon tak fokus. melayan High School Musical 3, ape ntah Gabriella cakap kat Troy tentang teater dorang tuh. Gabriella tak dapat datang sebab ape hah? kalau tengok ulangan, mesti terlepas part tu. takpelah, aku mintak tolong iwan download je cerita tu nanti. tapi hard-disk kena beli dulu. oh teringat pulak komputer kat rumah rosak. kena format lah. entah bila pulak nak buat semua tu. bila eh?



kat ofis pulak, memang banyak keje tak setel lagi. tengok mimi buat surat amaran untuk pelajar-pelajar yang ponteng, aku teringat nak buat. nasib baik takde students aku yang kaki ponteng. legaaa. nampak azahari isi borang cuti, aku tak amek hal sebab aku dah buat pagi tadi. itupon mimi ingatkan suruh hantar. kalau tak, memang ke laut. tak ingat nak hantar. heh. meeting kelab bola tampar dah buat, AJK dah pilih, aktiviti dah rancang, dah jumpa halim untuk mintak t-shirt tapi tak approve pulak, tunggu mantan kelab bola tampar reply mesej kat fb, pastu baru boleh proceed dengan plan lain. 



now kene fikir pasal mid-exam pulak. satu paper dah lepas. aku baru marking bahagian A. so far, sangat baik. taktau lah bahagian B camne pulak. jap lagi aku sambung marking. nak blogging dulu. huhuuu~esok dan lusa ada lagi dua paper menyusul. semoga students kesayangan boleh buat yang terbaik. insya-Allah. bagi aku, soalan-soalan yang diberikan taklah susah pon. tapi tak boleh cakap jugak, sampai tahap gelabah+stress+neves semua tu, seseorang boleh jadi pelik. soalan senang pon tak boleh jawab. geram je kan? tunggu lah naik cuti nanti, aku bebel tak berhenti. haha!



pastu aku sedang mengatur semula duit aku. bosanlah dapat duit tiap-tiap bulan, bayar hutang pastu ntah kemana duit tu pergi. simpanan pon tak banyak. pastu kalau ada hal emergency, aku korek balik duit simpanan tu. sampai bile? ditambah dengan cita-cita ingin menyambung master dan lepas tu nak kawen pulak, makin la aku bimbang dengan keadaan kewangan aku nih. aku ada satu cara, aku dah tanya mak aku dan dia bersetuju. aku pon tak rasa cara tu membebankan tapi aku kena tanya sorang lagi manusia yang penting dalam hidup aku. kalau hal duit ni secara tak langsung akan melibatkan manusia nih. entah bila nak bincang. aku taknak membelakangkan dia dalam hal ni. takut kena marah. heh. nantilah kot~



penat lah menaip. nak stop sekarang jugak. babai!