BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

kain ada bola-bola kecil~


ah-hah! ape ni?

inilah what so called as CRUMPLE SHAWL. wa cari merata meyh. kawan wa cakap ade kat jalan TAR tapi bile pulak wa nak turun KL kan. so option lain adalah dengan mencari shawl tersebut secala online. okeh banyak sangat nih tapi wa kan tak yakin dengan online shopping maka wa survey je cara pakai shawl nih dan kaler-kaler yang ada. tapi wa cakap sama lu, wa sangat teruja untuk memiliki shawl ni maka wa memberanikan diri untuk tempah shawl ni secara online jugak. wa dah tak ambil kisah tentang kualiti shawl tu baik atau tak bila sampai ke tangan wa. gelabah-ly wa g tempah kat blog COSMO LADIES nih dan zasss ! the items i want is still available. yabedabeduuu lah kan. haha *ketawa suka yang amat*



isi form dan bank-in duit. tunggu dan tunggu. taklah lama sangat menunggu sebenarnya. sehari je pon. TAPI disebabkan takde orang kat rumah semasa parcel itu dihantar maka wa kene amek sendiri kat pos laju berdekatan. keesokan harinya, wa pegi la ke pos laju yang berdekatan ditemani rakan ofis wa, mimi dalina :) wa sangat suka meyh ! wa terus je try kat ofis tanpa menghiraukan sesape pon. haha! nak tahu tak? kawan-kawan ofis wa pon teruja jugak. mereka datang ke tempat wa dan melihat muka jakon wa dengan shawl itu. lihat lah gambar-gambar di bawah :



sesi men-try shawl bebola manik nih. naik serabut dibuatnya. huhuuu~


mata sampai terpejam sebab terlalu khusyuk melilit shawl nih. i just want the best for the spectators babeh!



tadaaa ! amacam? cantik tak? sila tumpukan kepada shawl itu. wa tahu wa tak cantik. heh!


ima jugak men-try shawl nih dibantu oleh mimi dalina :)


azahana juga tak ketinggalan. kali ini ima pula membantu :)


okeh ini hasil terbaik by mimi dalina. beliau meletakkan gambar ini sebagai profile picture di facebook :)


oh ada juga lelaki yang berminat dengan shawl ini. mungkin malu untuk menyarungkannya di kepala maka hanya duduk tepi dan bertanya BANYAK soalan. haha!


mari semua berkumpul! kita bergambar beramai-ramai :) ready 1 2 3 smileee~


macam gambar family kan? suka suka suka!


dah seminggu shawl bebola ni dalam simpanan tapi belom sekalipon wa pakai ke mana-mana. nantilah eh. wa ingat wa nak try masa wa tunang nanti lah. ahahaksss. sabar jelah ye~




oh lupa nak bagitahu. CRUMPLE SHAWL ni dah boleh beli kat carrefour batu pahat. harap maklum~



0 tukang tilik: