BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 01, 2010

bila nak raya nih?!

AKU TAK SABAR NAK RAYA! tapi baju raya tak beli lagi. tunggu adik-adik lelaki pulang kepangkuan keluarga barulah pegi shopping baju raya. pegi ramai-ramai naik kete myvi kesayangan aku tuh. memang padat. haha! yelah kan, mak chubby digabung dengan ayah yang tinggi, boleh bayang tak kadar kebesaran badan kami adik-beradik? tahun ni beli baju dah siap je. aku, angah dan atin mungkin takde masalah dengan saiz. kalau adik-adik lelaki yang dua orang tu, tak tahu lah. hopefully ada saiz untuk mereka. tema kami tahun ni adalah BIRU. weee! eh dah la cerita pasal raya nih. makin berdebar-debar pulak. huhuuuuu~



sejak ahad lepas, aku rasa macam aku tak buat ape-ape. memanjang laaa tido je keje aku. abis pahala puasa. haih~sebenarnya aku banyak berfikir. hal ni hal tu. BANYAK BANYAK! tengok tv pon tak fokus. melayan High School Musical 3, ape ntah Gabriella cakap kat Troy tentang teater dorang tuh. Gabriella tak dapat datang sebab ape hah? kalau tengok ulangan, mesti terlepas part tu. takpelah, aku mintak tolong iwan download je cerita tu nanti. tapi hard-disk kena beli dulu. oh teringat pulak komputer kat rumah rosak. kena format lah. entah bila pulak nak buat semua tu. bila eh?



kat ofis pulak, memang banyak keje tak setel lagi. tengok mimi buat surat amaran untuk pelajar-pelajar yang ponteng, aku teringat nak buat. nasib baik takde students aku yang kaki ponteng. legaaa. nampak azahari isi borang cuti, aku tak amek hal sebab aku dah buat pagi tadi. itupon mimi ingatkan suruh hantar. kalau tak, memang ke laut. tak ingat nak hantar. heh. meeting kelab bola tampar dah buat, AJK dah pilih, aktiviti dah rancang, dah jumpa halim untuk mintak t-shirt tapi tak approve pulak, tunggu mantan kelab bola tampar reply mesej kat fb, pastu baru boleh proceed dengan plan lain. 



now kene fikir pasal mid-exam pulak. satu paper dah lepas. aku baru marking bahagian A. so far, sangat baik. taktau lah bahagian B camne pulak. jap lagi aku sambung marking. nak blogging dulu. huhuuu~esok dan lusa ada lagi dua paper menyusul. semoga students kesayangan boleh buat yang terbaik. insya-Allah. bagi aku, soalan-soalan yang diberikan taklah susah pon. tapi tak boleh cakap jugak, sampai tahap gelabah+stress+neves semua tu, seseorang boleh jadi pelik. soalan senang pon tak boleh jawab. geram je kan? tunggu lah naik cuti nanti, aku bebel tak berhenti. haha!



pastu aku sedang mengatur semula duit aku. bosanlah dapat duit tiap-tiap bulan, bayar hutang pastu ntah kemana duit tu pergi. simpanan pon tak banyak. pastu kalau ada hal emergency, aku korek balik duit simpanan tu. sampai bile? ditambah dengan cita-cita ingin menyambung master dan lepas tu nak kawen pulak, makin la aku bimbang dengan keadaan kewangan aku nih. aku ada satu cara, aku dah tanya mak aku dan dia bersetuju. aku pon tak rasa cara tu membebankan tapi aku kena tanya sorang lagi manusia yang penting dalam hidup aku. kalau hal duit ni secara tak langsung akan melibatkan manusia nih. entah bila nak bincang. aku taknak membelakangkan dia dalam hal ni. takut kena marah. heh. nantilah kot~



penat lah menaip. nak stop sekarang jugak. babai!


0 tukang tilik: