BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 30, 2011

wednesday blues~


agree ;)

Tuesday, March 29, 2011

TER :)

tadi nak tertido sangat, tetibe terklik blog salah seorang student aku. terdengar lagu ni:





tersuka lagu nih. TERBEST !!



kecoh ah.

kat fb dah.
kat twitter pon dah.
now kat blog pulak.



nak bagitahu korang semua bahawa
AKU PENAT !!
kerana banyak hal.
fizikal, emosi.
huuu semak jugak lah~



seriously penat. 
nak tido. 
babai :)


Monday, March 28, 2011

suka tauwww :)

terkenang zaman mula mula bercinta dengan kekasih hati ;)



hubungan kami sangat mustahil pada mulanya.
terdapat satu jurang besar yang membataskan perasaan aku terhadap dia.
 tetapi pada aku, perasaan suka dan sayang adalah lumrah manusia.
cuma perasaan itu harus dikawal rapi kerana dunia kami berbeza.
sangat sangat berbeza.



tak kesahlah.
tolak tepi kesemuanya.
tak peduli apa orang nak kata.
sekarang, sudah hampir 3 tahun.
semoga yang baik baik saja untuk kami berdua ;)



 awak, kitewww rinduwuwuwuuu sama awak lahhh !!


Saturday, March 26, 2011

hai semua~

i just can't wait for 25TH MARCH every year which is both my parents' birthday :) yes it is sooooo true that mak and ayah sharing the same birthdate but ayah was born on 1956 while mak was born on 1958. two years different of age.



at the same date every year, ayah will be at home and not at the office, means that ayah is making that date as an official holiday for him every year :) maybe ayah wants to celebrate his another cherish year of age at home with his beloved family especially mak. 



yesterday on 25TH MARCH 2011, i don't know how i should feel. i'm happy for mak's birthday but i can't express that feeling to her. maybe because of ayah. he is not with her yesterday to celebrate their birthday together. mak must be missing ayah extremely bad. me too :(



now, i live my life as i have to, without ayah. seriously, it is not easy at all. his smile, his looks, everything about him still remain in my heart, my mind and my soul. to live a life with those memories is really killing me. i wish i have only one more chance to hold him in my arms~





there's nothing i would't do, 
to hear your voice again, 
sometimes i wanna call you,
but i know you won't be there :(



don't misunderstand me. it is not about i'm questioning GOD's will. please forgive me at the first place if you, my beloved readers think that way. i am really sorry. it is just about so hard to say good-bye to ayah, the person i love the most~



Tuesday, March 22, 2011

bosan.

malam tadi aku keseorangan. kesunyian. hanya ditemani bunyi bunyi daripada peti televisyen dan kucing memeowww meowww mencari gadoh antara mereka. apakah nasibku ini. tiada teman berbicara. tiada teman mengadu.ohhh kasihan~



HAHA !!



dah kenapa buat ayat macam tu?  padahal kau sebok online macam takde esok dah nak online pulak. tak sunyi langsung :P mengarut merepek ke laut kat fb je aktiviti aku malam tadi sambil baca blog blog kegemaran sambil window shopping secara online dan sambil makan kerepek ubi :)



 
 
 i'm expecting no one will comment except for clicking the button "Like", but tengoklah sendiri. makin layan makin jadiii. heh.




semalam, emosi aku tak stabil :( ahad, hari last dating ngan amad cinta hati sejak jumaat :)



motif post kali ni? entah. hehe. saje isi masa lapang kat ofis :)

Monday, March 21, 2011

apa saja.




i like ;)

kadang kadang.

melayan perasaan di kertas :)
mungkin kerana aku tak suka cakap banyak.
  lalu aku mengikut gerak hati dan jari jemari meluahkan segalanya.

 rindu dan sayang pada keluarga terutama arwah ayah.


rindu dan sayang pada bakal keluarga :P bf jauh kat medan tau. dah balik malaysia pon. gambar ni dua tahun lepas lahhh. cerita lama :)


alas cawan di meja bengkel pedagogy. serious bosan. berangan nak jadi BINTANG ;)


aku suka nama ni. sesuai sangatlah dengan aku :P


suaraku asetku. ade je yang menyampok :P oh bukan kerana suara aku merdu dikala menyanyi cuma sebagai seorang pensyarah, lontaran suara amat penting ye :)


gambar gambar ni daripada hp motorola V3 kesayangan aku. lama gak aku guna hp tu. but now takde dah. aku guna iPhone 3G jehhh. takde iPhone 4 macam ima. heh. babai y'all~!!




Friday, March 18, 2011

simplicity is the ultimate sophistitication.

 






those were the pictures that we cam-whore with my not so clear web cam, last semester during a very chaotic friday of ISO week :)


it was also my first time of wearing tudung awning or some people might call it as tudung ekin, tudung wardina, tudung whoever celebs that wear hijab, just name it. once i told myself that i'm not going to wear this kind of tudung because it will broaden the area of my chubby full with scar cheek :P and also i will look like makcik nak pegi pasar tani jual sayur sort of thingsss. HAHA.


but now, i like to wear it very much !! takde lah macam makcik sangat kan. since aku yang muda belia ni pakai dengan kemas dan letak brooch cantik cantik kat tudung tu :) setiap kali pegi pasar, mesti cari tudung awning nih. aku tak beli kat butik ke hape, pegi pasar je. sehelai RM10. kadang kadang, 2 helai RM15. murahhh !! YES, I DO LIKE CHEAP THINGSSS. DON'T YOU?


oh lagi 1, kalau anda semua perasan bahawa saya tak pakai make-up. bukan ape, leceh ah. nanti nak solat kene berteleku lama lama dalam toilet cuci make-up. dalam toilet kan banyak syaitan. maka i tak suka berteleku lama lama dalam toilet :P another reason, aku rasa muka aku berat kalau pakai make-up nih. terasa cantik pon ada. HAHA :P so untuk memudahkan semua pihak terutama diri sendiri, aku cuma pakai foundation, tepek compact powder and blusher sikit kasi merah merah ayu muka tu :P kadang kadang aku pakai eye-shadow. lipstik lagilahhh kadang kadang. rimas. huuu~




"BEAUTY gets the attention, PERSONALITY gets the heart"




peace y'all :)

entah kenapa.

JUMAAT-aku bangun seperti biasa dan tolong mak kat dapur. sementara menunggu 730AM untuk aku mandi dan bersiap ke ofis, i'm decided to take a short nap, i mean really really short nap, about 10 minutes. terasa macam tak cukup tido. tido punye tido punye tido punye tido punye tido punye tido, alarm pon berbunyi menandakan sudah 730AM. matikan alarm dan tanpa aku sedari, aku tetido semula. seriously tired :( 



pastu tersedar jam 8AM, dah lewat !! aku terus cepat cepat mandi dan bersiap ke ofis. ahhh tak suka kelam kabut camni tapi padan muka lah kannn, aku yang sebok sangat nak short nap tadi. kalau tengok MHI kan bagus. dapat tambah ilmu pagi pagi. tepat 815AM after sarapan segera panaskan enjin buang habuk dalam kereta bagai, immediately vroom vroom to the office. tak sempat nak tegur apek yang rajin exercise depan umah aku tu. cuma aku perasan rambut apek tu dah panjang sikit. baru ade stail lahhh apek. huhu :P



sampai depan ofis lebih kurang 825AM dan park kereta pastu jalan jalan ke tempat scan jari *kat ofis aku tak guna punch card, scan jari saje* yeahhh 827AM !! nasib baik lah sempat sampai sebelom 830AM. taklah aku serabut nak isi borang merah ape entah sebab datang lambat tu. heh.



finger-print :)



hari ni ade 1 kelas je. dah prepare nak ajar ape kejap lagi. so aku buat keje keje lain yang tertangguh. layan fb sekejap. tetibe rindu nak tengok seseorang. aku cari album tu. terhenti pada satu gambar yang boleh buat aku senyum tak hiraukan orang sekeliling,  kalau students aku nampak akan kate, "MISS RAI BUANG TEBIAT KE HAPE SENYUM SORANG SORANG", heh. aku bahagia tengok gambar ni :)


 
 haaaaa ni lah gambarnya :) masa ni kami bercinta kat menara KL. naik kereta kuda. huhuuu~sebenarnya aku serabut giler ngan tudung nih. macam tak masuk ngan baju pon ade. takpe takpe, yang penting kekasih hati di sisi, semua pon tak serabut. semua pon okayyy saja :)



gambar ni pulak menunjukkan komen komen peminat setia i. hewhewww :P siap ade yang kata muka kami sama. jodoh kottt. yeayhhh !!



bukannya ape, aku cuma rindu dia.



Tuesday, March 15, 2011

untunglah boleh senyum :)




enough to make me smile again~thank you dear :)


Wednesday, March 09, 2011

half way oledi meyh :) - part 2~

sambungan dari entry lepas :)


after students dah jawab soalan mid-exam, tugas kami sebagai pensyarah adalah marking papers !! mulalah segala penyakit datang menyerang. semalam, separuh hari aku pening sebab marking papers. macam-macam jawapan aku terima. entah dari mana la students aku ni belajar, pelik pelik je jawapan mereka. haih~



kesalahan ejaan nama aku tu dah SELALU SANGATTT berlaku. setiap kali mula semester baru, aku akan suruh students aku tulis nama aku dalam module mereka supaya mereka ingat nama aku:


NUR RAIFANA BINTI ABDULLAH a.k.a MISS RAI ;)


senang je nak ingat. TAPIII masih ade lagi yang salah tulis. beriya add aku kat fb tapi nama aku pon tak ingat. heh. RAIHANA, RIHANNA, RAFAINA, RAIFAMA dan bagai. aku potong je markah sesiapa yang salah tulis nama aku nih. padan muka. HAHAHA !! menjadi kemestian pada aku untuk mengingat setiap nama students aku. pada aku ia akan memudahkan komunikasi dan lebih mesra auwww :P aku ingat nama penuh mereka contohnya AHMAD NUR HAKEEM BIN ABD. KAHAR :P MUHD HILMI BIN ALUWI, MUHAMMAD FARHAN BIN SUPARMAN, NOR ATIKAH BINTI MISMAN, SITI MARYANI BINTI ARSAT, eh semualah. memang aku akan berusaha mengingat nama mereka. gigih kan? kadang kadang bile dah terlalu banyak nama nak kene ingat, aku tersalah panggil student tu dengan nama ayah mereka, contoh:


miss rai : azmi, apesal tak datang semalam?
student A : sape azmi miss?
miss rai : tu lah *sambil menuding jari ke arah azmi*
student A : tu bukan azmi miss, tu aizat. azmi tu ayah dia.
miss rai : *gelak jap* maaf aizat :P


tak sengaja lahhh. nama anak ngan nama ayah nak dekat *alasan* HAHA !!




tadi baru marking paper NC. aku rasa student aku ni neves kot. sampai mengeja pon tunggang tebalik. jawapan sepatutnya cable boleh jadi cabinet, registered jack boleh jadi relay racks, kan jauh tuh. bunyi je seakan sama. camne nak bagi markah nih? memang TAK lah kan. ade gak yang translatekan ayat bahasa melayu jadi bahasa inggeris satu persatu, contoh:



jika ada penambahan peralatan pada masa akan datang, ianya boleh ditambah dimana-mana saja = if have additional devices in time future, it device can be plus anywhere.
  


sangat lah jujur ayat itu. takpelah, at least korang mencuba. keep-up :) MISS RAI boleh paham bahasa pelik nih. dah biasa~



actually, pengalaman ni semua sangat berharga bagi aku. aku belajar untuk menjadi lebih baik dalam mendidik anak bangsa aku sendiri. setiap kesilapan mereka adalah kelemahan aku yang perlu dibaiki pada masa akan datang. barulah boleh maju. ye takkk ?? :)


 sejuk hati bile tengok student jawab macam nih. berbaloi baloi rasenye membebel kat dalahm kelas tu :)



maka markah pon akan cemerlang lah. GOOD JOB !!



kalau yang ini, emh no comment :(



 haih~sedih tau tak. tak bosan ke nak mengadap subjek same lagi sem depan? renungkan.



dah abis marking, kene key-in markah pulak. itu je aku tak siap lagi. oklah, nak sambung buat keje. dah lama sangat blogging :P until next entry peeps. babai. assalamualaikum w.b.t :)


half way oledi meyh :)

rasanya macam baru semalam aku sebok sebok kat hari pendaftaran pelajar sesi JANUARI - MEI 2011. rupa-rupanya sudah 8 minggu berlalu untuk semester ni. sepanjang tempoh tu, aku mengajar 4 subjek untuk 4 kelas. phew penatnya sangat luar biasa. lebih baik dapat subjek sikit untuk banyak kelas. senang nak fokus. tapi bile mengajar banyak subjek untuk kelas yang berbeza, aku agak kelam kabut dan kurang masa nak senang lenang. nak update status kat fb pon takde masa. heh :P



TAPIII



itu semua dugaan bekerja. pengalaman baru. SILA POSITIF !! setakat ni, Alhamdulillah. aku masih ada masa untuk makan. itu paling penting ye. skip waktu makan yang sepatutnya boleh buat badan anda lemah dan tak fit. risiko untuk gemok juga amat tinggi. ada sesetengah orang beranggapan bahawa bile tak makan, boleh kurus. OH PENDAPAT ITU TIDAK TEPAT ! waktu makan harus tetap dan makan dalam kadar yang sepatutnya sahaja. makan sebelom lapar, berhenti makan sebelom kenyang. selamat beramal :)



nak cerita pasal diet cara aku tapi next entry eh :)



berbalik kepada cerita kerjaya aku sebagai seorang pensyarah teknologi maklumat, sekarang sudah separuh semester. minggu ni pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat cuti semester. aku pon mengambil kesempatan ni untuk berehat dan bercuti sekali. sebenarnye, cuti atau tidak, sama saja keadaannya. keje di pejabat masih bertimbun. haih. TABAH LAHHH !!



sebelom cuti semester, ada mid-exam atau peperiksaan pertengahan semester. it is part of student's coursework. students amek exam, lecturer jadi invigilator. tugas yang paling aku tak suka sebagai pensyarah. penat menunggu tau !! nasib baik mid-exam ni tak lama sangat, kalau final nanti, aku nak quit jap dari KPTM. nak cari keje sampingan kat jakel. heheh :P ni hah nak kongsi sikit pengalaman semasa aku jadi pengawas peperiksaan. cekidaut y'all :)



hari ke-1~ invigilating with saiful nizar for paper color theory. students DCGD. menarik gak paper ni sebab ade lukis lukis pastu kaler kaler. kalau aku amek graphic, sure kantoi sebab aku tak kreatif :P



ni pakaian untuk hari ke-1. kurung moden kotak kotak pink. yes itu baju aku bukan alas meja :P peduli la kan. aku suka nak pakai corak camtu. heh. heels tu dari vincci :)



hari ke-2~aku tak pegi keje pon sebab cuti sakit. pegi klinik pastu doktor kata aku sakit ACUTE GASTROENTERITIS. malu nak cerita. hikhik :P



hari ke-3~invigilating COA with umie, encik zul dan khairil bob. kat hall 2. penat gak kalau jaga dewan besar ni. kene jalan banyak untuk kutip kertas jawapan students. takpe takpe. exercise !!



oh pakaian untuk hari ke-3 tidak captured. malas. takde mood nak sengih sengih amek gambar baju sendiri dikala hati sedang sakit. huh.



hari ke-4~invigilating IP with aza, dyana and saiful nizar again. kat hall 2 lagi :) tengok baju student nih. menarik kan? dah macam wakil rakyat. hehe :P



haa ni sorang lagi. pakai kemeja bunga bunga. sengih sorang sorang aku dibuatnya. aku dan student ni ada CERITA :) aku penah tegur student ni dulu sebab dia register masa tu baju dia tak gosok. renyok gila baju melayu merah yang dia pakai. memang la takde sape nak tengok kan tapi aku tertengok lantas menegur :P mula mula macho je jalan masuk dewan, lepas kene tegur terus je tersipu maluuu. haha. hadoyaiii pecah perut gelak !!



ini pakaian hari ke-4 :) aza kate corak baju ni macam kuih lengkong. haha. lantakkk !! heels from fabiano ricco kaler golden. i like !!



macam macam gelagat sebenarnya. tak cukup sehari nak cerita semua. rekod setakat ni, aku tak pernah tangkap students meniru. teringin gak nak kantoikan students meniru nih. nak tengok reaksi muka mereka. sure gelabah tahap cicak putus ekor. haha. nasihat di sini dari MISS RAI, takyah la buat keje gila tu. buang masa saje. study lah bersungguh-sungguh. tak rugi ponnn ;)



panjang pulak entry kali ni. oklah, bersambung kat next entry eh :)


Thursday, March 03, 2011

sakit hati.

tajuk entry ade kene mengena dengan perasaan aku hari ni. BUT who cares kan? misi sekarang mahu update blog. bukan malas atau tiada cerita nak kepoh kepoh. aku cuma kurang masa lapang. wanita berkerjaya lah katakan. heh.


aku nak mulakan entry bulan MAC 2011 with a picture that i captured last week during teman mimi ke suatu tempat. aku ni memang senang diajak berjalan kemana-mana. jom jom sajaaa. hehe :P


sementara menunggu orang yang diharapkan, kami sempat gos gos ape yang patut dan amek gambar beberapa yang patut. bukan bermaksud mengambil gambar ponnn, cuma klik klik pada yang sempat. sebagai kenangan. huuu~

ade sesuatu yang menarik tentang ekspresi wajah kami. it is like semua orang tengah dengar cerita ima. kan? ENTAHHH. perasaan aku je kot.


ima :) baju tu besar sangat pada beliau. hehe :P


ima lagi :) trying my modern kurung. well, saiz kami sangat berbeza :P


taktahu mahu fokus pada ape sebenarnya. fikiran aku ke lain. saki hati punya pasal. korek korek all the folders dalam iPhone, jumpe gambar gambar di atas terus je update blog. huuu~beginilah aku. kalau berperasaan susah atau tak menentu, blog dijadikan tempat untuk meluahkan semua.


ok lah peeps, jom tengok sesuatu :)




hehe :P selamat menonton y'all :)





oh rasenye fokus aku pada ima. yaaa pada ima !! semoga ima cepat kawen eh. nanti dapat anak gigi besar. pasti comel :P


Wednesday, March 02, 2011

hello.

video ini dipilih kerana lagu yang cuba disampaikan. tapi fokus pada ZAC EFRON ye :P




“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything.”



i found this quote at one of my favourite site. some of the web page that i must look for every morning. semua orang sebok baca akhbar online, aku sebok baca quotes kat web nih. heh. if you are one of my loyal followers, you will know that i am the kind of person who love quotes and inspiring words. entahhh, i just love it :)


persahabatan. mungkin aku bukan orang yang bijak pandai untuk menilai persahabatan. ape yang aku tahu, aku sangat menghargai mereka yang sudi berkawan dengan aku. aku bukan seorang yang peramah untuk memulakan perbualan. bukan sombong tapi tak reti. serius tau. sesiapa yang tak pernah kenal aku, korang akan label aku sebagai minah kekwat, banyak songeh dan bagai. i don't even care-less :P


aku seorang yang complex. certain people je yang boleh masuk dengan cara aku hidup. setakat ni, syukurrr kerana aku tak pernah ade musuh. jika ada yang benci dengan aku, sila cakap. tak salah untuk berbincang. walaupon aku kolot dan tak moden langsung, aku masih boleh bezakan baik dan buruk. 


batas dalam persahabatan juga perlu. kawan lelaki tak boleh suka suka hati pegang kawan perempuan. begitu juga sebaliknya. ada paham anak-anak murid ??? kalau paham, baguslah :)


satu lagi, dalam persahabatan kita haruslah saling membantu. janganlah nak lepaskan tengkok kau je kan. kawan kau ni puaslah buat ape je untuk kau, sampai mase kau tinggalkan dia pulak. kalau aku yang kene macam ni, sure aku buat bodoh je kat orang yang selfish nih. benci je kan. mampos tak layan !!


haih. dahlah. nak tegur kawan-kawan lama kat fb. babai y'all :)