BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 09, 2011

half way oledi meyh :)

rasanya macam baru semalam aku sebok sebok kat hari pendaftaran pelajar sesi JANUARI - MEI 2011. rupa-rupanya sudah 8 minggu berlalu untuk semester ni. sepanjang tempoh tu, aku mengajar 4 subjek untuk 4 kelas. phew penatnya sangat luar biasa. lebih baik dapat subjek sikit untuk banyak kelas. senang nak fokus. tapi bile mengajar banyak subjek untuk kelas yang berbeza, aku agak kelam kabut dan kurang masa nak senang lenang. nak update status kat fb pon takde masa. heh :P



TAPIII



itu semua dugaan bekerja. pengalaman baru. SILA POSITIF !! setakat ni, Alhamdulillah. aku masih ada masa untuk makan. itu paling penting ye. skip waktu makan yang sepatutnya boleh buat badan anda lemah dan tak fit. risiko untuk gemok juga amat tinggi. ada sesetengah orang beranggapan bahawa bile tak makan, boleh kurus. OH PENDAPAT ITU TIDAK TEPAT ! waktu makan harus tetap dan makan dalam kadar yang sepatutnya sahaja. makan sebelom lapar, berhenti makan sebelom kenyang. selamat beramal :)



nak cerita pasal diet cara aku tapi next entry eh :)



berbalik kepada cerita kerjaya aku sebagai seorang pensyarah teknologi maklumat, sekarang sudah separuh semester. minggu ni pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat cuti semester. aku pon mengambil kesempatan ni untuk berehat dan bercuti sekali. sebenarnye, cuti atau tidak, sama saja keadaannya. keje di pejabat masih bertimbun. haih. TABAH LAHHH !!



sebelom cuti semester, ada mid-exam atau peperiksaan pertengahan semester. it is part of student's coursework. students amek exam, lecturer jadi invigilator. tugas yang paling aku tak suka sebagai pensyarah. penat menunggu tau !! nasib baik mid-exam ni tak lama sangat, kalau final nanti, aku nak quit jap dari KPTM. nak cari keje sampingan kat jakel. heheh :P ni hah nak kongsi sikit pengalaman semasa aku jadi pengawas peperiksaan. cekidaut y'all :)



hari ke-1~ invigilating with saiful nizar for paper color theory. students DCGD. menarik gak paper ni sebab ade lukis lukis pastu kaler kaler. kalau aku amek graphic, sure kantoi sebab aku tak kreatif :P



ni pakaian untuk hari ke-1. kurung moden kotak kotak pink. yes itu baju aku bukan alas meja :P peduli la kan. aku suka nak pakai corak camtu. heh. heels tu dari vincci :)



hari ke-2~aku tak pegi keje pon sebab cuti sakit. pegi klinik pastu doktor kata aku sakit ACUTE GASTROENTERITIS. malu nak cerita. hikhik :P



hari ke-3~invigilating COA with umie, encik zul dan khairil bob. kat hall 2. penat gak kalau jaga dewan besar ni. kene jalan banyak untuk kutip kertas jawapan students. takpe takpe. exercise !!



oh pakaian untuk hari ke-3 tidak captured. malas. takde mood nak sengih sengih amek gambar baju sendiri dikala hati sedang sakit. huh.



hari ke-4~invigilating IP with aza, dyana and saiful nizar again. kat hall 2 lagi :) tengok baju student nih. menarik kan? dah macam wakil rakyat. hehe :P



haa ni sorang lagi. pakai kemeja bunga bunga. sengih sorang sorang aku dibuatnya. aku dan student ni ada CERITA :) aku penah tegur student ni dulu sebab dia register masa tu baju dia tak gosok. renyok gila baju melayu merah yang dia pakai. memang la takde sape nak tengok kan tapi aku tertengok lantas menegur :P mula mula macho je jalan masuk dewan, lepas kene tegur terus je tersipu maluuu. haha. hadoyaiii pecah perut gelak !!



ini pakaian hari ke-4 :) aza kate corak baju ni macam kuih lengkong. haha. lantakkk !! heels from fabiano ricco kaler golden. i like !!



macam macam gelagat sebenarnya. tak cukup sehari nak cerita semua. rekod setakat ni, aku tak pernah tangkap students meniru. teringin gak nak kantoikan students meniru nih. nak tengok reaksi muka mereka. sure gelabah tahap cicak putus ekor. haha. nasihat di sini dari MISS RAI, takyah la buat keje gila tu. buang masa saje. study lah bersungguh-sungguh. tak rugi ponnn ;)



panjang pulak entry kali ni. oklah, bersambung kat next entry eh :)


1 tukang tilik:

BaM_kAnGkOnG said...

wahh.. miss rai ingt name saye lah. terharu nyEWWW ! haha