BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

masa untuk layan blog dengan tenang sudah semakin hampir !!

hehe.



khamis ni dah start study week konon-kononnye sebab tak sampai seminggu pon masa untuk pelajar-pelajar kesayangan buat ulangkaji. study days better. semoga pelajar-pelajar sekalian gigih membaca buku dan ingat segala bebelan MISS RAI nih. saya nak semua orang dapat A !! oh khamis juga saya akan ke johor bahru untuk practikal visit :)



bila pelajar-pelajar sebok mentelaah buku, kami para pensyarah sebok mentelaah internet. eheh. bukan semua pensyarah, saya sahaja. memang suka sangat mentelaah internet atau lebih tepat lagi melayan facebook dan blog. hikhik :P maka blog ni akan berseri-seri dengan entries yang merepek ke laut dari saya. masa terluang yang banyak harus digunakan sebaiknya kan? sekurang-kurangnya saya tak habiskan masa melepak kat kedai makan dan membesarkan perut. apabila perut penuh maka mata berat dan mengantok kroh kroh. no good no good. jadi saya akan mentelaah internet lah *rasa macam ayat berulang-ulang*



blogwalking adalah salah satu perkara yang saya selalu lakukan. kalaulah blogwalking ni umpama berjalan yang sebenar, maksud saya menggunakan kaki, saya sangat pasti saya boleh kurus !! malangnya blogwalking hanya melibatkan pergerakan jari. haish pastu ada makanan ringan kat tepi, makin comel lah saya camni. ahakkksss :P



jalan punya jalan. taklah jauh sangat pon. saya melawat blog yang saya link kan ke blog saya je. saya melawat blog cik Wardah Ridzwan dan terjumpa ni : *saya curi eh cik Wardah :)*


Day 01: Ten random facts about yourself.
Day 02: Nine things you do every day.
Day 03: Eight things that annoy you.
Day 04: Seven fears / phobias.
Day 05: Six songs that you’re addicted to.
Day 06: Five things you can’t live without.
Day 07: Four memories you won’t forget.
Day 08: Three words you can’t go a day without using.
Day 09: Two things you wish you could do.
Day 10: One person you can trust.



macam best je. nak try :) sempena nak abis class nih, saya nak isi masa lapang dengan buat benda nih. yeayhhh !!~



Tuesday, October 19, 2010

saya nak cerita pasal sesuatu. bacalah~

phewww dah lama sangat tak update blog. never worry eh blog sayang, i will not neglect you. i will not close my blog walaupon saya tak update blog nih :)


few days back, sangat busy dengan ISO. stress? a bit actually sebab kurang rehat. lenguh bahu mengadap komputer dan naik pening kepala menyediakan documentation yang diperlukan. selalu set dalam minda bahawa saya pasti akan siapkan benda benda ni semua. cuma cepat atau lambat je. RAI HEBAT RAI HEBAT RAIII HEBAT !! seperti yang selalu disorakkan nadia. hee. senyum weh kalau ingat gelagat nadia nih. seorang yang suaranya kuat dan suka bergambar :)


hari ni, saya bakal diaudit. kawan-kawan saya juga begitu. perasaan? neves gak. mesti ade yang kurang sana sini. tapi otak saya lebih fokus untuk menghabiskan syllabus. next week is week 14. minggu last before final exam. banyak tips nak bagi students. risau pon ade jugak. haih. let's see what's gonna happen then~


tergerak hati nak jot something kat sini sebab ade satu perasaan yang terbuku kat hati dan saya tak dapat nak luahkan kat sesiapa. i feel very deeply extremely sad. tu je nak bagitahu. bye !!


tadi survey stripe dress and lain-lain clothes. mesti mengancam kalau dapat one of these : 


 amacam? cantik tak cantik tak? kalau anda terjumpa dijual dimana-mana, sila bagitahu saya dengan kadar yang amat segera. terima kasih !!


ok y'all, setakat ni je untuk kali ini. nak sambung baca buku. assalamualaikum~


Tuesday, October 12, 2010

uhuk uhuk~

kemaluan eh kemahuan *wink wink* untuk update blog sangat tinggi. tetapi saya sangat sibuk tau. sekarang sedang gigih abiskan syllabus. tinggal 2 minggu sebelom final exam. huh~


hari ni kelas agak penuh maka penat. mengadap buku dari malam semalam ke pagi ni sampai tengahari macam aku pulak yang nak exam. tiring~but i have to be strong for the sake of my students kan? gigih gigih!

dalam kepenatan tu, tergerak jugak nak susun segala file yang bersepah kat komputer nih. lagu-lagu, gambar-gambar, nota-nota, semuanya sudah disusun mengikut kategori yang sepatutnya. paling suka apabila susun gambar. boleh mengimbas kenangan. huhu~tetiba terjumpa ini : 

tetiba rasa sangat sweet. both of us. SILA GELI *haha*


kalau tak silap, gambar ni 2 tahun lepas. masa mula-mula pandai dating luar batu pahat. haha. giler gigih naik bas same-same ke KL pastu naik tren menuju ke KLCC. mahu lagi kenangan begitu !!





boifren, I LOVE YOU !!

Thursday, October 07, 2010

entah.

aku seorang yang degil, suka melawan dan senang cemburu.
ada sesape nak jadikan aku bakal isteri?





oh lupa. aku juga gemok dan berjerawat.


Wednesday, September 29, 2010

kelapangan masa seketika~


This morning while waiting for the 1130 AM class, i'm sitting in front of my desktop and noticing something that not being used for a long long time. 

web-cam lah!



So can you guess what my next action is? 


 
SURPRISEEE~!






Menggeletis je kau depan web-cam kan. Haha! 




It’s already 1130 AM. I’ve got to go! peace y'all~

kain ada bola-bola kecil~


ah-hah! ape ni?

inilah what so called as CRUMPLE SHAWL. wa cari merata meyh. kawan wa cakap ade kat jalan TAR tapi bile pulak wa nak turun KL kan. so option lain adalah dengan mencari shawl tersebut secala online. okeh banyak sangat nih tapi wa kan tak yakin dengan online shopping maka wa survey je cara pakai shawl nih dan kaler-kaler yang ada. tapi wa cakap sama lu, wa sangat teruja untuk memiliki shawl ni maka wa memberanikan diri untuk tempah shawl ni secara online jugak. wa dah tak ambil kisah tentang kualiti shawl tu baik atau tak bila sampai ke tangan wa. gelabah-ly wa g tempah kat blog COSMO LADIES nih dan zasss ! the items i want is still available. yabedabeduuu lah kan. haha *ketawa suka yang amat*



isi form dan bank-in duit. tunggu dan tunggu. taklah lama sangat menunggu sebenarnya. sehari je pon. TAPI disebabkan takde orang kat rumah semasa parcel itu dihantar maka wa kene amek sendiri kat pos laju berdekatan. keesokan harinya, wa pegi la ke pos laju yang berdekatan ditemani rakan ofis wa, mimi dalina :) wa sangat suka meyh ! wa terus je try kat ofis tanpa menghiraukan sesape pon. haha! nak tahu tak? kawan-kawan ofis wa pon teruja jugak. mereka datang ke tempat wa dan melihat muka jakon wa dengan shawl itu. lihat lah gambar-gambar di bawah :



sesi men-try shawl bebola manik nih. naik serabut dibuatnya. huhuuu~


mata sampai terpejam sebab terlalu khusyuk melilit shawl nih. i just want the best for the spectators babeh!



tadaaa ! amacam? cantik tak? sila tumpukan kepada shawl itu. wa tahu wa tak cantik. heh!


ima jugak men-try shawl nih dibantu oleh mimi dalina :)


azahana juga tak ketinggalan. kali ini ima pula membantu :)


okeh ini hasil terbaik by mimi dalina. beliau meletakkan gambar ini sebagai profile picture di facebook :)


oh ada juga lelaki yang berminat dengan shawl ini. mungkin malu untuk menyarungkannya di kepala maka hanya duduk tepi dan bertanya BANYAK soalan. haha!


mari semua berkumpul! kita bergambar beramai-ramai :) ready 1 2 3 smileee~


macam gambar family kan? suka suka suka!


dah seminggu shawl bebola ni dalam simpanan tapi belom sekalipon wa pakai ke mana-mana. nantilah eh. wa ingat wa nak try masa wa tunang nanti lah. ahahaksss. sabar jelah ye~




oh lupa nak bagitahu. CRUMPLE SHAWL ni dah boleh beli kat carrefour batu pahat. harap maklum~



Tuesday, September 21, 2010

selendang kasih sayang~

again, tajuk entry bertemakan ayat-ayat cinta.hehe. hati wa sedang syahdu meyh. saman punya pasal. lu orang layan saja lah ye~


AKU SUKA BELI SHAWL. tak kiralah sama ada aku akan pakai shawl tu atau tidak. asalkan cantik di mata aku dan corak shawl tu agak rare, aku akan beli. tambahan pulak harga shawl ni tak la mahal macam tudung bawal yang batu bertingkat-tingkat tuh. sehelai RM8, kalau beli dua helai dapat RM15. murah kan? ikut jenis gak sebenarnya. tapi kalau aku dah NAAAK SANGAAAAAT shawl yang cantik-mantik ni, tak kesahlah berapa harganya, bayar sahaja! 

koleksi shawl tersayang :)


minat untuk memakai shawl ni pada mulanya hanya mengikut trend semasa. kalau ikut mak, memang dia tak bagi langsung kami adik-beradik perempuan ni pakai shawl. mak kata muka macam dulang. haha. tapi lama-kelamaan mak boleh terima aku pakai shawl tapi kene ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mak. takpelah, ikutkan je. huhuuu~



lagi satu, minat terhadap shawl ni tak pernah padam disebabkan corak dan design yang sangat pelbagai. menawan hati aku sangat-sangat. maka keinginan untuk menambah shawl pon semakin membara. yeayhhh!


permata jernih gugur ke bumi~

tajuk entry nak novel je. haha. dah dah. masa untuk serius!



aku baru selesai bayar saman polis trafik. RM300. diwaktu sengkek begini, memang harus lah aku mengeluh. haih~dah buat rayuan untuk kurangkan bayaran. semoga berjaya la hendaknya. insya-Allah.



tak tahu camne nak bagitahu how i feel. terasa nak call mak ayah dan ceritakan semua tapi nanti melalak pulak. aku memang mudah menangis kalau kongsi masalah ngan mak ayah. terasa masih anak kecil yang perlukan mereka setiap masa. nasib baik aku sedar umur ni dah nak masuk jubli perak, so aku try kawal perasaan dan handle problem sendirian. paling biasa, aku akan cerita kat angah or encik boifren. kalau semua benda nak cerita kat mak ayah, sure aku akan harapkan dorang je. aku ingat lagi masa mula-mula nak bayar road-tax, ada la dalam 5 6 kali aku call ayah untuk pastikan adakah setiap perkara yang aku lakukan betul atau salah. aku tak hiraukan ayah sedang sibuk atau tak. haih. teruk kan? so aku perlu berusaha untuk lebih berdikari. dah biasa sebenarnya, saje nak menagada-ngada. heh.



so perihal saman ni, aku just cerita kat mak ayah yang aku kene saman. seperti biasa mereka tak menunjukkan sebarang reaksi cemas atau menyalahkan aku. mereka dengan cool berkata,


"pegi la bayar kat polis trafik. kalau ada masa nanti pegi bayar. biasanya boleh kurang saman tu."


ok dah. aku paham. sebenarnya nak tanya macam-macam. kalau boleh nak mintak mak ayah teman kan. heh. takpelah, dah setel pon. tunggu rayuan je~



BE STRONG DEAR ME, lepas ni jangan parking merata lagi. ikut peraturan yang ditetapkan tau! ok lah y'all, untill next entry, babai~assalamualaikum.



Saturday, September 18, 2010

riang!

there's a lot to tell. 
there's a lot to share. 
there's a lot to kepoh-kepoh. 
but yet i still not posting anything at my precious blog nih. 





later la eh.





but for the time being, tataplah gambar raya saya. hikhik :)



HAPPY EID MUBARAK !!


Tuesday, September 07, 2010

noktah.


aku taknak mengalah lagi! 










tetapi...aku terpaksa mengalah. 










@#$%&* !!!