BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

terkenang.

esok, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan rahmat, welcome Ramadhan :) tidak dinafikan aku sangat teruja untuk berpuasa, setiap tahun.



cuma kali ni, tanpa ayah.


aku tak mahu bersedih, ayah juga pasti tak mahu kami bersedih. akan aku tahan air mata ini demi memberi kekuatan kepada mak dan adik-adik.



walaupon sebenarnya, aku amat merindui ayah. semoga ayah bahagia di sana, amin~





HAPPY RAMADHAN MUSLIMSSS!

Friday, July 29, 2011

hadoyaiii nye pon.

semangat nak menulis pasal match malam tadi sangat membara TETAPI aku lebih teruja nak menulis pasal dia yang seorang ni :)))


sangat suka tengok dia sedang makan. kenyang!




















sebenarnya, takde ape nak tulis pon. tak suke ah heboh heboh cerita pasal dia ni. biar aku sorang je kenal dia dalam dalam. orang lain tak boleh. ep ep jangan tenung gambar tu lama lama :P










































awak, rindu lahhh.








































oh itu gambar dia 2 bulan lepas. ni gambar 2 minggu lepas.




rambut dah panjang. suke tauwww! ok dah dah. tu je boleh kongsi :P



Wednesday, July 27, 2011

shut down.

dearest heart,










only this, be strong.



sincerely,
your soul

Tuesday, July 26, 2011

last, promise!

haaa dah abis kelas untuk harini. gembira :) pegi survey clogs. gembira lagi :) akhirnya jumpa. gembira lagi dan lagi :)


jom tengok :

nak sepasang macam ni, sexayyy! kalau dapat sebijik macam ni, janji tak beli kasut lagi. ini serius!


 eh jap. kalau dapat kaler ni pon macam best jep. emh rambang rambang!


 woh woh ini lagi best! alaaaaa nak nak nak !!


 gagagagaaaaa ape nih? makin survey makin gilak! klasik nih. i'm dying haaa~


corak camni memang faberet akak sejak kecil ye adik adik :))) nak yang ni jugak!


one of a kind, sangat jarang aku minat kasut bercorak tapi yang ini, marvelousss!


benci kalau survey tapi jumpe yang lebih cantik. aktif je kepala otak ni memikirkan ape nak buat hujung minggu ni. kedai kasut lagi kah? oh emm jee nak beli semua !! gggrrrrr !!



Monday, July 25, 2011

marah betollah - part 3~

baca tajuk entry sekarang! 
boleh agak tak tentang ape aku nak blog kali ni? 





dapat agak?





tahu tak?





oi oi boleh teka tak?





pasal ni lahhhh :

 perhatikan icon paling atas kat desktop nih, dapat baca? Angry.Birds.Rio.v1.1.zip, pastu ade folder Angry.Birds.Rio.v1.1.0 dan folder AngryBirds 1.5.1. haaa semua pasal marah burung kan? fanatik kottt :)


AngryBirds 1.51.1, dah abis main! Rio version baru nak start. kali ni lebih banyak binatang terlibat seperti contoh gambar di atas, monyet! 


sekarang, dah berpuluh kali try matikan burung putih yang bergerak-gerak tuh. benci ah asyik tak berjaya sahaja! pastu siap gelakkan aku kalau burung yang dilontarkan tidak kena beliau. huh! aku boring, so aku stop main jap. menciwww menciwww menciwww :P


takde guide ke maca mane nak matikan burung putih tuh? macam cheat ke. TENSION!



free.

DAHULU, aku update blog hari-hari, bukan setakat hari-hari malah setiap jam, setiap 2 jam, setiap 4 6 8 jam, ada saja mahu di-blog-kan.


SEKARANG, aku update blog jika aku sangat teruja pada sesuatu perkara atau aku taktahu nak meluahkan rasa hati aku pada siapa. 

nak rambut panjang mengurai macam si menawan nih! nak muka bujur kurus macam si menawan ni jugak. kan best kalau NAK NAK tu semua macam tuju lagu kat radio je *iklan


YANG PASTI, aku tidak akan berhenti mem-blog. ada 1 kepuasan yang susah digambarkan melalui kata-kata mahupun perbuatan apabila button PUBLISH POST itu diklik, eh sebentar, mungkin ada 1 perkataan, YESSS!


YANG PASTI LAGI, aku mem-blog bukan kerana mahu menarik perhatian sesiapa, aku mem-blog kerana aku suka bercerita dan secara tak langsung aku tak mengadap TV dan mengunyah tanpa henti :)


YANG PASTI LAGI DAN LAGI, aku mem-blog kerana 1 prinsip yang aku pegang sejak pertama kali aku mem-blog. oh yang itu biar jadi rahsia aku sahaja.


sekarang, 155PM, aku kene stop taip taip kat entry ni sebab kejap lagi, 230PM, ade kelas Linux OS dan aku kene prepare bahan mengajar-lah sangat. nak pegi toilet, nak tepek bedak skettt, nak minum air suam-no more ais ye! and last thing, cek kasut ape nak pakai masuk kelas jap lagi-oh kaki melecet sebab kasut baru hitam berduri from vincci yawww :)


babai semua orang! nanti petang i update cerita lain ek-orang johor huuu~








p/s : entry ni terhasil sebab aku teruja tengok "budak-budak" sekarang update blog menggunakan bahasa W. geliwww ginjalwww makwww nakwww *serius!

Thursday, July 14, 2011

tak marah sangat.


tengok burung merah tuh, gemokkk !! kelakar pon ade huhuuu~dah la berat, baling sekali je dekat menatang hijau tu dah boleh mati semua. lebiu burung merah gemok !!


eh menatang hijau, korang tak aci ah pakai helmet kuning  !!


oh ye, dah 9-12 :)


marah betollah - part 2~

sekarang, 1130, gap lagi sebelom 330 for the next class. lama lagi kan? so blogging la eh heee :) aku sambung main angry bird setelah sekian lamaaa tak jenguk binatang-binatang tuh. 


7-15 :) susah la ngokkk!tension aku. dah bape kali try ntah. nak lunch pon tak selera :P


ni makan dia.

pagi ni bangun dengan rasa sangat tak best. terus pegi dapur tolong mak buat keje rumah ape yang patut. dah siap semua, masuk bilik nak amek tuala dan eh netty tak off ke malam tadi?! macam mane la aku boleh tak ingat nak off, haih. sian netty, panas badan dia. emh sementara netty sedang on, aku pon amek kesempatan online jap. tweet tweet jap, fb jap, nak blogging tapi macam tak sempat. hasil daripada itu, hati makin tak best!


pegi ofis awal sket harini sebab ade kelas at 830. tak ingat nak prepare soalan semalam sebelom balik, nasib baik masih ade soalan semester lepas yang aku conteng kat buku. so tak perlu kelam kabut nak print dan photostate. off to the class for EEF. bile masuk kelas, lupe jap rasa tak best tu. kebetulan dapat students yang best dan feedback mereka pagi ni tak lemauuu. so everything going well :)


sekarang ade gap 1 jam before next class at 1030. aku amek peluang blogging jap. macam biaselah, kalau ade rasa tak best, blog lah tempat luahan. tapi bukan nak cerita kenapa aku rasa tak best, nak share ni je hah, sila tengok :

 hee cek kan untuk amir, adik kesayangan ke-4, dan keputusannya :

huh! benci tauuu. setakat ni aku sorang je yang pegi PLKN, that was 7 years ago. siri pertama beb, pembuka sejarah :) takde la hebat pon kannn. terpilih among beratus ribu manusia masa tu, mak dan arwah ayah je teruja. siap beli semua newspaper yang ade keluarkan list name peserta PLKN siri 1/2004. yelakan nama anak masuk suratkhabar. heh *mata keatas tangan dibahu 


there you go, amir dah boleh plan lepas abis SPM nanti nak buat ape. mesti dia sengih je sebab tak terpilih, memang dia taknak pon. haruslah aku jadi bahan adik-adik aku yang 4 orang tu. asyik tanye soalan same, "ape along dapat mase PLKN?" eh kau mane tahu. diam lahhh! *emo

benci ah camni mirrr!


last weekend amir balik umah, aku amati adik aku yang sorang ni, dah besar rupenye, cara dia berfikir dan bercakap juga semakin matang. kesian tengok dia tunggang terbalik dalam bilik study, katanya SPM dah dekat. amir dah tak online sampai 3 4 pagi macam selalu kalau dia balik umah. amir juga dah tak on-call sampai lewat malam sebab dia dah takde awek, katanye lagi, "amir malas nak fikir. nanti nantilah" it is good then. concentrate on your study first. perjalanan amir masih jauhhh.


adik aku yang sorang ni sangat penyedih. kalau masa pagi raya nak beratur mintak maaf dengan mak dan ayah, amir lah orang pertama yang nangis. padahal turn dia lama lagi. kami yang syahdu ni boleh ketawa tengok gelagat dia dipagi raya. bukan masa raya je, masa amir dapat 4A1B untuk UPSR pon dia nangis, tengok drama pon layan air mata gak amir ni. and now, kalau kat kubur ayah, air mata amir pasti gugur kerana merindui ayah kesayangan kami.


huuu dah roboh mata aku dengan air mata nih, makin pedih sebab bengkak hasil tangisan malam tadi. haih~ok fansss *konon glamer gitewww :P nak out for blogging, class dah nak bermula. babai :)


Wednesday, July 13, 2011

back to kisah hati.

heee kali ni bukan kesedihan kekecewaan kemurungan atau air mata yang ingin dikongsi tetapi nak bagitahu yang aku amat meminati penyanyi yang menyanyikan lagu KISAH Hati ni, alyah :) kebetulan lagu ni pon best! jom tengok video klip :




suka dress merah & oren tu, suka rambut yang panjang tu, suka bunga besar kaler merah tu dan suka remy ishak tu jugaaa :) eh tempat pengambaran lagu ni pon macam nice je kalau buat photoshoot outdoor untuk kawen nanti *gatal :P


mak aku kate, muka alyah ni garang dan suaranye tajam. haa perempuan macam ni la yang aku admire. tak salah kan meminati kecantikan seseorang? lagi sorang artis yang bermuka garang dan bersuara tajam adalah dynas, i minat dia jugak, lebiu dynas! 


taktahu nak share ape lagi, aku cuma boleh bagitahu yang aku adore this woman, her style and mostly her voice. lebiu alyah jugak :))) jom dengar KISAH HATI version live pulak. meremang wa cakap sama loh !




kan? memang lah lagu ni aku dok putaq *penang skettt* kat itunes tu sampai 26 kali. tanpa jemu mu mu muuu~ 


oklah, nak sambung dengar, babai!


Thursday, July 07, 2011

bukan kisah hati.


this is my 500th posts!


yeayhhh!

kisah hati - part 3~

takdela kisah hati sangat. just nak write something here. saje isi masa terluang. baru je abis kelas untuk harini. untuk pengetahuan anda semua, semester baru Julai-November 2011 baru 4 hari bermula. semester ni saya relax relax saje. setakat 22 jam seminggu tu tak jadi hal pon. dah biasa sangattt. tambahan dapat subjek yang dah 5 6 kali ajar, so memang takde ape nak rushing. surga duniaaa :) kalau boleh nak 45 jam seminggu, biar aku takde masa nak layan internet dan angry bird langsung. tolong bagitahu ketua jabatan saya pleaseee :)))


harini genap 3 bulan semenjak kene bedah buang apendiks. dah lepas pantang! sebenarnye dah lama tak berpantang. makan je ape nak makan, pati ikan haruan pon dah tak ingat rupe camne, ubat pon dah tak sapu lagi, even aku dah start joging secara gigih tauuu. dah lama tak rasa sakit akibat pembedahan tu. alhamdulillah, cepat recover. nasib baik mak asyik bebel suruh buat itu ini, dia macam buat-buat lupa yang anak dia ni sakit. aku layankan je, selalunye kalau aku ikut cakap mak, ade hikmah yang tersirat. see now i can run as fast as i can dan terkinja-kinja dengan sangat hilang akal juga :P


berikutan dengan pelepasan berpantang itu, aku mula mengatur aktiviti lasak yang ingin aku sertai. heh takde la lasak mane. aku nak join team bola jaring jerrr pon. dulu masa aku terlantar sakit, ade orang tu call sebab nak ajak main bola jaring. aku bagi jaminan kat orang tu bagi aku masa 3 bulan. nanti aku cari orang tu semula untuk join team orang tu *banyak perkataan orang tu. alah layan je lah hee. tak sabar nak main bola jaring semula yeayhhh!


it is good la kan since aku boleh sebokkan diri dan bergiat aktif dengan aktiviti luar. takdelah asyik nak tido je tiap-tiap kali weekend. bughuk peghangai *pelat R :P aku tak reti duduk diam, maksud aku, terasa tak lengkap je kalau tak bersukan ni. rasa kosong je. serius tahu. peluang tu ada cuma aku kene rajin je. stamina pon dah kemana entah. dah lama tak basah lencun sebab berpeloh. aku juga tak kesah kalau kulit terbakar walaupon sangat lambat nak cerah semula. rintangannye cuma kerjaya aku je. isnin sampai jumaat kene keje, sabtu ahad je free. itupon kalau takde tuntutan dari mak untuk teman dia kemana-mana. takpe, aku rasa benda-benda ni boleh dibincangkan. kan mak? 


nak tahu tak? dulu mase kecik-kecik, aku pernah berangan nak jadi pengurus pasukan, tak kesah team apepon. akhirnya angan-angan aku tu menjadi kenyataan apabila aku menjadi pengurus pasukan bola tampar untuk SUPTEM (sukan poly-tech MARA) 2 kali berturut-turut. suke tauuu! join dorang training, join dorang ketawa tak hengattt, join dorang mengumpat, dapat jugak kenal lebih ngan dorang. selain tu dapat jugak jalan-jalan kannn heee :) ni ade gambar sikit mase SUPTEM 2011 bulan Jun yang lepas:


 setiap petang aku memantau perkembangan dorang training. boleh gak join main sekali tapi kene kawal sket sebab nanti aku yang terlebih sudahhh hehuhehuuu~ comel kan anak-anak i ni :))


mase ni hari pertama kat ipoh. lawan team KL. kalah :( akhirnya dapat nombor 4. ok la kottt. dah kene amok dengan aku, mane tak berubah cara main tu kan. aku garang? memang pon!


back to the story, aku nak bersukan sampai aku dah tak berdaya nak bersukan. cuma aku tak suka sukan menggunakan kaki, contohnye futsal. SANGAT TAK RETI! tapi kalau nak try ape salahnye. saya ok jerrr. so ade sesape nak saya main untuk team korang? saya berbakat besar tahu. tak rugi amek saya. serius :)


kisah hati - part 2~


keliru

Wednesday, July 06, 2011

kisah hati.

aku taktahu kenape aku sangat berperasaan pagi ni, selalunya aku tak fikir sangat tapi kali ni sampai bergenang air mata. dah kenape kan? benci ah tengok diri aku macam ni. orang tu ok je bertahan, aku pulak nak emo emo, haih sangat la tak best!seriously takde mood nak bukak buku sekarang ni, nak main angry bird pon takde mood, tengok gambar baby hanis sengih pon masih takde mood. 



dah lama aku tak rasa down macam ni. selama ni aku terlampau SELESA dengan hubungan kami sehinggakan aku tak sedar aku kadang-kadang terover border dan terlebih gurau. selama ni aku percaya dia memahami aku sangat-sangat tapi tidak. katanya aku dah berubah. entah lah.



aku tak ingat dah berapa lama aku dapat rasakan dia menyayangi aku lebih dari kebiasaan. ternyata aku sangat gembira. sehinggalah dia mengatakan aku mengabaikannya. aku terkejut kerana aku tak pernah rasa macam tu walau sekelumit pon. aku tak pernah berhenti menyayangi dia. katanya aku banyak hal lain dan pentingkan tido. aku bukan sengaja. bagi aku, takde ape yang kami nak kejarkan, hubungan kami dah kukuh, hampir 3 tahun. dia tahu aku sayang dia dan aku tahu dia sayang aku. relax relax sudah.



kadang-kadang kami berselisih faham, jauh di sudut hati, aku takmahu perkara ni terjadi tapi aku rasa aku harus pertahankan hak aku. aku taknak aku saje yang bersalah dimata dia. akhirnya tiada yang baik bagi kami. ego melampaui rasa sayang aku pada dia. aku mengada-ngada, manja dan taknak mengalah. perempuan kan, lumrah kot. tapi aku salah perhitungan. dia juga mahukan perhatian dan aku tak boleh nak paham ape yang dia perlukan. maaf sayangku~



sekarang, bukan masa yang baik bagi kami. aku pasrah. melalui hari-hari dengan suasana yang biasa aku lakukan dulu-dulu. aku takut buat silap lagi dan lagi. aku tak mahu dia marah aku lagi dan lagi jugak. bukan salah dia untuk bengang dengan aku. aku tahu dia cuma mahu betolkan perangai aku yang entah ape-ape ni. aku mengharapkan cuma yang terbaik. aku nak kau sangat sangat!



oklah, nak stop sekarang. azahari ni lalu lalang lalu lalang, pastu tanye aku pernah ajar NA ke tak? eh kau ni kang, putus air mata aku lahhh. kacau orang nak feel je. huh. babai :)





*jiwang kan? jangan nak kata kau tak.

Tuesday, July 05, 2011

marah betollah!


kelakar je khinzir khinzir tersebut duduk dalam kereta kebal HAHA!susah pulak tu nak baling burung burung tu kat mereka, dah berpuluh ratus kali mencuba. betol betol angry camnih!





*aku membayangkan 3 ekor hijau tu sebagai kau, kau dan kau, memang B*B*!