BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 25, 2011

free.

DAHULU, aku update blog hari-hari, bukan setakat hari-hari malah setiap jam, setiap 2 jam, setiap 4 6 8 jam, ada saja mahu di-blog-kan.


SEKARANG, aku update blog jika aku sangat teruja pada sesuatu perkara atau aku taktahu nak meluahkan rasa hati aku pada siapa. 

nak rambut panjang mengurai macam si menawan nih! nak muka bujur kurus macam si menawan ni jugak. kan best kalau NAK NAK tu semua macam tuju lagu kat radio je *iklan


YANG PASTI, aku tidak akan berhenti mem-blog. ada 1 kepuasan yang susah digambarkan melalui kata-kata mahupun perbuatan apabila button PUBLISH POST itu diklik, eh sebentar, mungkin ada 1 perkataan, YESSS!


YANG PASTI LAGI, aku mem-blog bukan kerana mahu menarik perhatian sesiapa, aku mem-blog kerana aku suka bercerita dan secara tak langsung aku tak mengadap TV dan mengunyah tanpa henti :)


YANG PASTI LAGI DAN LAGI, aku mem-blog kerana 1 prinsip yang aku pegang sejak pertama kali aku mem-blog. oh yang itu biar jadi rahsia aku sahaja.


sekarang, 155PM, aku kene stop taip taip kat entry ni sebab kejap lagi, 230PM, ade kelas Linux OS dan aku kene prepare bahan mengajar-lah sangat. nak pegi toilet, nak tepek bedak skettt, nak minum air suam-no more ais ye! and last thing, cek kasut ape nak pakai masuk kelas jap lagi-oh kaki melecet sebab kasut baru hitam berduri from vincci yawww :)


babai semua orang! nanti petang i update cerita lain ek-orang johor huuu~








p/s : entry ni terhasil sebab aku teruja tengok "budak-budak" sekarang update blog menggunakan bahasa W. geliwww ginjalwww makwww nakwww *serius!

0 tukang tilik: