BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 07, 2011

kisah hati - part 3~

takdela kisah hati sangat. just nak write something here. saje isi masa terluang. baru je abis kelas untuk harini. untuk pengetahuan anda semua, semester baru Julai-November 2011 baru 4 hari bermula. semester ni saya relax relax saje. setakat 22 jam seminggu tu tak jadi hal pon. dah biasa sangattt. tambahan dapat subjek yang dah 5 6 kali ajar, so memang takde ape nak rushing. surga duniaaa :) kalau boleh nak 45 jam seminggu, biar aku takde masa nak layan internet dan angry bird langsung. tolong bagitahu ketua jabatan saya pleaseee :)))


harini genap 3 bulan semenjak kene bedah buang apendiks. dah lepas pantang! sebenarnye dah lama tak berpantang. makan je ape nak makan, pati ikan haruan pon dah tak ingat rupe camne, ubat pon dah tak sapu lagi, even aku dah start joging secara gigih tauuu. dah lama tak rasa sakit akibat pembedahan tu. alhamdulillah, cepat recover. nasib baik mak asyik bebel suruh buat itu ini, dia macam buat-buat lupa yang anak dia ni sakit. aku layankan je, selalunye kalau aku ikut cakap mak, ade hikmah yang tersirat. see now i can run as fast as i can dan terkinja-kinja dengan sangat hilang akal juga :P


berikutan dengan pelepasan berpantang itu, aku mula mengatur aktiviti lasak yang ingin aku sertai. heh takde la lasak mane. aku nak join team bola jaring jerrr pon. dulu masa aku terlantar sakit, ade orang tu call sebab nak ajak main bola jaring. aku bagi jaminan kat orang tu bagi aku masa 3 bulan. nanti aku cari orang tu semula untuk join team orang tu *banyak perkataan orang tu. alah layan je lah hee. tak sabar nak main bola jaring semula yeayhhh!


it is good la kan since aku boleh sebokkan diri dan bergiat aktif dengan aktiviti luar. takdelah asyik nak tido je tiap-tiap kali weekend. bughuk peghangai *pelat R :P aku tak reti duduk diam, maksud aku, terasa tak lengkap je kalau tak bersukan ni. rasa kosong je. serius tahu. peluang tu ada cuma aku kene rajin je. stamina pon dah kemana entah. dah lama tak basah lencun sebab berpeloh. aku juga tak kesah kalau kulit terbakar walaupon sangat lambat nak cerah semula. rintangannye cuma kerjaya aku je. isnin sampai jumaat kene keje, sabtu ahad je free. itupon kalau takde tuntutan dari mak untuk teman dia kemana-mana. takpe, aku rasa benda-benda ni boleh dibincangkan. kan mak? 


nak tahu tak? dulu mase kecik-kecik, aku pernah berangan nak jadi pengurus pasukan, tak kesah team apepon. akhirnya angan-angan aku tu menjadi kenyataan apabila aku menjadi pengurus pasukan bola tampar untuk SUPTEM (sukan poly-tech MARA) 2 kali berturut-turut. suke tauuu! join dorang training, join dorang ketawa tak hengattt, join dorang mengumpat, dapat jugak kenal lebih ngan dorang. selain tu dapat jugak jalan-jalan kannn heee :) ni ade gambar sikit mase SUPTEM 2011 bulan Jun yang lepas:


 setiap petang aku memantau perkembangan dorang training. boleh gak join main sekali tapi kene kawal sket sebab nanti aku yang terlebih sudahhh hehuhehuuu~ comel kan anak-anak i ni :))


mase ni hari pertama kat ipoh. lawan team KL. kalah :( akhirnya dapat nombor 4. ok la kottt. dah kene amok dengan aku, mane tak berubah cara main tu kan. aku garang? memang pon!


back to the story, aku nak bersukan sampai aku dah tak berdaya nak bersukan. cuma aku tak suka sukan menggunakan kaki, contohnye futsal. SANGAT TAK RETI! tapi kalau nak try ape salahnye. saya ok jerrr. so ade sesape nak saya main untuk team korang? saya berbakat besar tahu. tak rugi amek saya. serius :)


0 tukang tilik: