pagi ni bangun dengan rasa sangat tak best. terus pegi dapur tolong mak buat keje rumah ape yang patut. dah siap semua, masuk bilik nak amek tuala dan eh netty tak off ke malam tadi?! macam mane la aku boleh tak ingat nak off, haih. sian netty, panas badan dia. emh sementara netty sedang on, aku pon amek kesempatan online jap. tweet tweet jap, fb jap, nak blogging tapi macam tak sempat. hasil daripada itu, hati makin tak best!
pegi ofis awal sket harini sebab ade kelas at 830. tak ingat nak prepare soalan semalam sebelom balik, nasib baik masih ade soalan semester lepas yang aku conteng kat buku. so tak perlu kelam kabut nak print dan photostate. off to the class for EEF. bile masuk kelas, lupe jap rasa tak best tu. kebetulan dapat students yang best dan feedback mereka pagi ni tak lemauuu. so everything going well :)
sekarang ade gap 1 jam before next class at 1030. aku amek peluang blogging jap. macam biaselah, kalau ade rasa tak best, blog lah tempat luahan. tapi bukan nak cerita kenapa aku rasa tak best, nak share ni je hah, sila tengok :
hee cek kan untuk amir, adik kesayangan ke-4, dan keputusannya :
huh! benci tauuu. setakat ni aku sorang je yang pegi PLKN, that was 7 years ago. siri pertama beb, pembuka sejarah :) takde la hebat pon kannn. terpilih among beratus ribu manusia masa tu, mak dan arwah ayah je teruja. siap beli semua newspaper yang ade keluarkan list name peserta PLKN siri 1/2004. yelakan nama anak masuk suratkhabar. heh *mata keatas tangan dibahu
there you go, amir dah boleh plan lepas abis SPM nanti nak buat ape. mesti dia sengih je sebab tak terpilih, memang dia taknak pon. haruslah aku jadi bahan adik-adik aku yang 4 orang tu. asyik tanye soalan same, "ape along dapat mase PLKN?" eh kau mane tahu. diam lahhh! *emo
benci ah camni mirrr!
last weekend amir balik umah, aku amati adik aku yang sorang ni, dah besar rupenye, cara dia berfikir dan bercakap juga semakin matang. kesian tengok dia tunggang terbalik dalam bilik study, katanya SPM dah dekat. amir dah tak online sampai 3 4 pagi macam selalu kalau dia balik umah. amir juga dah tak on-call sampai lewat malam sebab dia dah takde awek, katanye lagi, "amir malas nak fikir. nanti nantilah" it is good then. concentrate on your study first. perjalanan amir masih jauhhh.
adik aku yang sorang ni sangat penyedih. kalau masa pagi raya nak beratur mintak maaf dengan mak dan ayah, amir lah orang pertama yang nangis. padahal turn dia lama lagi. kami yang syahdu ni boleh ketawa tengok gelagat dia dipagi raya. bukan masa raya je, masa amir dapat 4A1B untuk UPSR pon dia nangis, tengok drama pon layan air mata gak amir ni. and now, kalau kat kubur ayah, air mata amir pasti gugur kerana merindui ayah kesayangan kami.
huuu dah roboh mata aku dengan air mata nih, makin pedih sebab bengkak hasil tangisan malam tadi. haih~ok fansss *konon glamer gitewww :P nak out for blogging, class dah nak bermula. babai :)
0 tukang tilik:
Post a Comment