BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

K A N G E N


all these items are about my beloved arjuna.
.
.

.
.

..
.
.
.
.
ok bye!~




Thursday, December 24, 2009

celebration day y'all!~

eh korang...oi oi oi korang.hehe.nak tau tak.i ade adik amek result PMR arini.hehe.i gumbira tau sebab dia dapat A untuk semua 8 subjek.maknenye adik i dapat 8A!suke suke~

walaupon pada mulanye i tak yakin langsung dia boleh dapat semua A.sebabnye dia ni asyiklah melayan internet, game dan awek kesayangan [awek ni pon dapat 8A.baguslah.dah lepas 1 syarat.heh].haih kecik-kecik sudah gatal.tak tau ikut perangai sape.tapi ade 1 perkara yang boleh buat i percaya kat dia ni adalah dia memang rajin belajar.kalau dia dah start nyanyi kuat-kuat dalam bilik tu maknenye JANGAN KACAU!AMIR NGAH BELAJAR NIH!ok ok.along paham dan tak penah kacau pon~


****AMIR****


amir nak hadiah ke?rasenye dah dapat awal tahun aritu kan?sebiji bola sepak...kan?kan?kan?along belikan sebab nak amir dapat 8A.ingat janji kite?kalau amir tak dapat 8A, amir kene bayar semula harga bola tu double.kaya lah i y'all.tapi amir dah dapat 8A, so bola tu kira hadiah la eh.tahniah amir.i'm proud of you.lalalalalaaaaa~

our parents celebrating their 28th anniversary today.amir celebrating his 8As.so today i umumkan sebagai celebration day.hehe sesuka hati i je kan. so i nak pilih tarikh ni jadi tarikh kawen i lah, boleh tak?ok takde kaitan.bye~



28

hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah tersayang.
setiap tahun pada tarikh 24 Disember mereka akan amek cuti dan menyambutnye bersama.
takde la sampai buat majlis besar-besaran ke ape.
kami adik beradik tengok pon macam biase je.
baik tak yah cuti camni.heh.
tapi aku tak pasti ape sentimental emotion yang dirasai oleh mereka.
harapannye setelah 28 tahun membina keluarga ni, mak dan ayah lebih bahagia.
kami sangat sayang kamu berdua walaupon kami sangat nakal dan tak terkawal =P




HAPPY 28th ANNIVERSARY
TO :
En. Abdullah & Pn. Rokiah.




with love,
the abdullah's =)



Wednesday, December 23, 2009

kenapa hah??!!!?

aku pelik memikirkan ape yang berlaku siang tadi.tak pasal-pasal segala sumpahan keluar dari mulut berbibir mungil nih [ahaks~].bukan hari ni je.semalam pon same.kelmarin pon same je.3 hari lepas pon same gak.4 hari lepas pooooon same.5 6 7 8 9 hari lepas juga same.haih bosan tau tak!hari-hari kalau tak memaki hamun orang macam tak lengkap rase hidup nih.segala perkataan yang kurang baik telah diluahkan.sampai tak tau nak maki ape lagi dah!


sebenarnye nak cerita pasal sikap pengguna-pengguna jalanraya terutama kat batu pahat nih.berani semacam.drift sane.selit sini.kalau tak bahayakan nyawa dan myvi plat KL aku tu takpe gak.ni kalau aku pon terpaksa tunjuk skill drift aku sebab nak mengelak kau yang tak bertimbang rase tu, boleh hangin 1 badan dibuatnye.aku dah la tak suke memecut di jalanraya sebab masih belom kawen, jadi silalah hormat sikit.kalau kau tak nak hormat aku sebagai pemandu wanita berkereta tempatan pon, fikir nyawa kau jugak.sayang nyawa kau.paham tak?paham tak?paham tak?tengok tengok.saje je nak buat aku marah.ni tak sampai bab maki hamun lagi.haih~


on my way to office setiap pagi pon sudah cukup kacau mood.bile ade driver yang pandu kereta macam nak makan angin kat tepi pantai, drive kete macam nak bercinta-berkasih sayang bagailah kan ngan jalanraya tuh.baik kau ketepi dan bagi laluan kat orang lain yang lebih laju sedikit dari kau.bukan slow sebab berhemah pon tapi kau bercakap kat telefon bimbit.tak pon kau leka sebab awek kau sedang main-main rambut cacak kau.lagi satu kau jadi tourist guide nak tunjuk-tunjuk bangunan kat batu pahat ni.perkara-perkara ni boleh melambatkan perjalanan aku.silalah ketepi weh.hormati pengguna jalanraya yang lain.


one more thing, aku percaya dan yakin 100% bahawa semua kereta yang ade kat dunia ni bukan setakat malaysia malah seluruh dunia ade signal kan? betul tak? maaflah kalau silap.ape kegunaan signal tu?hiasan? bukan bukan.secara ringkasnye, signal tu untuk bagitau pengguna jalanraya lain yang kau nak belok kanan ke kiri ke or taknak belok ke kan.so guna lah!pastu kau tau tak kiri kanan tu ape bezanye?kalau kiri kanan pon nak kene ajar gak, susah lah hidup.kau nak g kiri tapi kau signal kanan.apehal???aku tau kadang-kadang kite tak sedar perkara-perkara camni berlaku, mungkin kau khayal ke ape kan.tapi please lah buang attitude tu.alert sikit kat jalanraya.bahaya tau tak!


oh tak lupe gak, ade lagi satu perkara penting.keadaan kereta mestilah selalu diperiksa.cek tayar, cek air bateri, cek minyak hitam, cek segalanye.terutama kalau nak jalan jauh.contohnye dari batu pahat ke klang.perjalanan amek mase 5 jam.nanti on the way tu boleh nampak stadium melawati, giant, tesco extra semua tu.heh.kalau kereta dalam keadaan yang baik, maka sampailah kat klang.kalau tetibe kereta breakdown tengah-tengah highway tu, tak panik plak kan.meter minyak kelip kelip pon dah panik.lagi la kalau rosak ke ape.cemas wok!


so harapnye tersampailah mesej aku nih kat kalian semua.tak merungut tapi bimbang.paham kan?so sila lah berhemah di jalanraya.pandu cermat, jiwa selamat.SALAM 1 MALAYSIA~



wednesday - part 2~

penah tak rase marah kat diri sendiri sebab tak reti kawal perasaan?
terutama kat kekasih hati idaman kalbu.
sampai tahap camni --> i will stay awake just to hear you breathing!!!
haish parah dah ni.
lihat ini :



i was blown away with all the memories.
rindu rinduan nih.
I MISS YOU!



p/s : hey you there, miss me tak?



wednesday~

takde specific purpose tulis entry kali ni.just terasa nak menaip sesuatu kat blog.so ape nak cite eh?emh pagi nih bangun agak lewat.kelam kabut kat dapur sediakan itu ini.sejak amek tugas mak [sebab mak keje kat segamat], aku kurang rehat lah.yes, i can feel that.kalau mase mak ade, aku tolong sikit-sikit je.mak suruh tu, aku buat.mak suruh ni, aku ikutkan je.yang mak tak suruh pon aku buat jugak.huhu.sekarang ni, semua hal pon aku kene fikir.SEMUA HAL!luckily, aku ade adik-adik yang boleh tolong ringankan tugas-tugas kat umah tu.terima kasih kat angah yang tolong sapu umah.terima kasih kat iwan sebab tolong buang sampah.terima kasih kat amir yang tolong sidai baju.terima kasih kat atin yang tolong angkat baju.tugas-tugas lain seperti mop lantai, basuh pinggan, cari kayu api, sapu laman umah, angkat air kat perigi, cuci tandas, memasak dan sebagainya, biar along yang buat.takpe, dah biasa =)


ok, itu hal umah.hal tempat keje pulak.emh let's see,banyak perubahan sebenarnye.aku dah mula unpack my things yang sebelom ni terperap dalam kotak yang konon-konon kene pindah ke premis pendidikan baru yang konon-konon lepas raya aidilfitri yang konon-konon tak boleh nak lunch ngan aza,mimi,dyana,azahari semua tu.ingat?tak jadi pon pindah.ngeh.kemas segalanye lah kan.meja ni mesti kemas selalu.seganlah meja kotor-kotor ni.euwww jijiks.wahahahaha.then, one of my colleague dah takde.i mean dia berhenti keje sebab sambung belajar.agak sentap gak la bile dapat tau hal ni.macam takde penyeri pulak.huhu.alah korang tau la sape.takyah mention kat sini.


still hal tempat keje.the organisation here ade muka-muka baru.tak la baru pon.orang-orang lama jugak tapi bertukar kedudukan.sekarang ade Timbalan Pengarah baru dan Ketua Jabatan IT baru.selain tu, aku dapat PC baru tau.hehehe suke suke.ape lagi yang baru? emh semangat yang baru.ye semangat baru.aku mahu lebih tekun dan fokus kepada kerja.aku nak baiki segala kekurangan pada semester lepas.kalau boleh nak lebih garang.wohohoho garang la sangat.nanti aku yang syahdu.bukan garang la, mungkin lebih tegas.semoga berjaya.insya-Allah~


menyentuh hal-hal lain pulak, sejak akhir-akhir ni aku dibelenggu dengan kisah mereka-mereka yang nak bertunang.best best.tak sabar nak sibuk-sibuk kat majlis tunang kawan-kawan.hahah.seronok bile dapat tau cerita-cerita camni.boleh menimba pengalaman.boleh buat persiapan untuk diri sendiri.buat masa ni, aku akan cube memenuhi setiap jemputan perkahwinan kawan-kawan aku.pada masa yang sama aku akan kumpul duit, kumpul duit dan kumpul duit.aku mahukan segalanya tersedia sebelom membina istana bahagia nanti [ayat nak novel.heh].kalau boleh nak habiskan bayar hutang kereta, ptptn dan loan.mase tu umur dah 40.masih malatop-mantap-hot kot.hehehe.boleh arjuna?


lebih kurang 2 minggu lagi kelas akan bermula semula.i'm quiet excited actually.rindu dengan suasana kolej yang kecik tapi ramai orang nih.rindu nak mengajar dalam kelas.rindu nak pakai heels g kelas.rindu nak nangis-nangis.rindu nak buat kuiz.haish rindu semualah!aku pasti suasana kali ni akan lain dari semester lepas.pasti lain.lain lain lain lain dan lain.selamat kembali ke KPTM Batu Pahat!


enough kot untuk hari ni.nak sambung buat kerja lain.bubbye~



Tuesday, December 22, 2009

tak suke tau bile hantar awak kat tempat tuh!

haih.
now is 1 pm.
dah 4 jam awak tinggalkan saya.
bile nak jumpe lagi nih?



p/s : rindu tahap ikan.heh~

Monday, December 21, 2009

sunyi~

ok mula cerita.immediately after eidul-adha, i menyibukkan diri preparing my volleyball team for SUPTEM [SUkan Poly-TEch Mara].the team are from the students itself and I'M THE MANAGER FOR KPTM BP's VOLLEYBALL TEAM =).orang penting nih.ngeh.the event took place at GMI dan kali ni KPTM Kuala Lumpur adalah penganjur.kami berkampung di asrama KPTM Bangi selama 5 hari.huh.lame gak la kami kat sane.tak tgk tv selama 5 hari.bosan???tidak pon.hehe.sesi pembakaran kulit terjadi lagi.demi team kesayangan, aku redahkan je.jaga kebajikan mereka.make sure they are ok.tapi dorang sume dah besar kan, so senang keje i tau.perlawanan demi perlawanan kami lalui.ape yang boleh disimpulkan adalah, team kami kurang latihan!team girls kalah peringkat saringan dan team boys kalah separuh akhir.anyway, tq y'all for the cooperation.although we didn't win anything, be in the competition is good enough.korang menang dihati saya.syabas!


selesai SUPTEM, kami pulang ke batu pahat semula.rehat 1 malam di rumah dan esok pagi menuju ke port dickson pula untuk Staff Day KPTM.kami stay kat ancasa hotel.best best.staff day kali ni kelihatan lebih meriah berbanding tahun lepas.antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka, makan malam riuh sekampung, pertandingan persembahan, karaoke dan bagai.aku tak amek port sangat benda ni semua.yang mampu aku ikut, aku join lah.kalau agak-agak tak mahu join, aku ade aktiviti lain bersama ahli kelab gos-gos [ade ke kelab nih???huhu].aktiviti paling syiok adalah mandi swimming pool!tak hengat lah ko tu dah besar kan.puas cuci mata jugak.heh.bile mata dah penat tengok abang-abang berotot gagah, kami pon g siap-siap nak balik.bye ancasa.hoho.1 week tak melekat kat umah.tapi memang berbaloi lah.segala yang aku lalui sepanjang seminggu tuh adalah untuk additional knowledge and experience.terbaek wok!


i'm back at college after that and continue with marking exam papers.memang tak relax langsung marking papers kali ni.prestasi pelajar-pelajar sangat membimbangkan.tak pernah dalam sejarah pengajaran aku, students tak perform camni.sangat risau!sakit mata tengok kertas kosong tanpa jawapan.macam aku tak pernah ajar ape-ape.you never understand how we [lecturers] feel.haih.tapi tak semua students camtu.tahniah kepada yang cemerlang.tunggu result ye.baiki ape yang patut.bukan untuk kami pon, untuk masa depan korang gak.kan?kan?kan?


abis minngu penat tuh, aku g bercuti ke klang selama 3 hari 2 malam.hehe.excited wok!tujuan utama adalah untuk ke majlis perkahwinan sahabat baik iaitu wani.selamat dah kawan aku yang sorang nih.wani tergolong antara cs community batch 2005-2008 yang terawal mendirikan rumahtangga.dah jodoh kan.any news from others???yes for sure!lily dah pregnant.tahniah lily.!iza pon dah jadi isteri orang bersama boifren nye lah, shahrul.tahniah kepada niza jugak.!kawan-kawan lain maintain hot and malatop.huhu.good luck eh kawan-kawan!cerita-cerita lain di klang akan disambung pada entry seterusnye eh =)


ok abis minggu jalan-jalan.so minggu ni dok umah je.teman mak kat umah pulak.pasni nak g mane eh?ade cadangan?






[gambar-gambar boleh dilihat di laman sosial kepunyaan saya.tq =)]



Thursday, December 17, 2009

heartless~

saje nak capture interest sesetengah pihak ngan tajuk di atas.ngeh.tak terkata melihat keadaan blog yang tak berupdate nih.mane ntah sifat kepoh aku yang suke bagitau dunia pasal hal-hal diri sendiri.semua hal pon nak share.last time aku update blog adalah pasal pemergian arwah pakcik aku bersama isteri dan anak bongsunya.itupon setelah 3 minggu tak update.kalau ikutkan, setiap hari ade je nak kepoh-kepoh.paling best cite pasal arjuna.mula la nak senyum sorang-sorang.meroyan lah tu.ngeh ngeh.


ok lah, lupakan jap pasal hal update nih.esok merupakan permulaan tahun Islam yang baru iaitu 1431H.diharapkan korang semua dapat mulakan tahun baru dengan azam yang lebih baik.baiki diri untuk jadi hamba-Nya yang soleh serta solehah.insya-Allah~


untuk update yang seterusnya, tunggu je la eh.nak kumpul bahan.wee~





Friday, December 11, 2009

tears~

setelah sekian lame tak update blog, hari ni aku gagahkan juga untuk menulis sesuatu di laman nih.just now, angah called me.selalunye kalau dia call, mesti nak cakap camni, "angah balik lambat sikit.nak buat OT.banyak keje lah".but this time is different, she told me a news which make my tears berderai.one of my uncle sebelah ayah, ayah yaye has passed away.along with his wife and my newly wed cousin.they died in a car accident.semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang soleh dan solehah~



al-fatihah~