BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 22, 2009

tak suke!

aku sedang berperasaan menyampah sekarang.terasa nak cubit orang sampai tertanggal kulit ngan daging.gggrrrrr.menyampah menyampah menyampah!



sebenarnye taknak cite pasal tu sangat.just nak luahkan je.aku kan jujur dan berterus-terang.hah.oklah, semalam aku jaga exam pagi dan petang.bosannye memang melampau.so dah 530pm maka aku pon balik umah.emh masih tak tercapai lagi tujuan sebenar tulis entry nih.haih~


camni camni, senang cite aku dapat kad kawen lagi.kali ni agak mengejutkan sebab kad tu from SHAZWANI MOHAMED MUKHTAR!she is one of my frens mase kat usm dulu.wah wani dah nak kawen tau.sememangnye wani dah tunang tapi macam biaselah bile ditanye bile nak kawen, aku disuruh tunggu.cume aku tak sangka secepat ni.penungguan aku tak lame untuk kawan aku yang sorang nih.13 DISEMBER 2009 nanti aku dan keluarga dijemput ke majlis bahagia wani kat klang.i really want to go.tungu eh wani.insya-Allah orang sampai sane nanti.



to wani :
tahniah eh fren.sampai gak jodoh ngan encik fauzi kesayangan lagi dicintai.wani gak kawen dulu sebelom orang.ingat tak kite penah gurau pasal sape kawen dulu?akhirnya wani yang lebih dulu menjadi isteri.langkah bendul nih.huhu.takde kaitan.apepon, orang tumpang gembira terlampau (^_^)




p/s : wani ni sangat reserve orangnye.so dia tak suke kecoh hal dia ngan encik fauzi ni.maka i tolong kecohkan lah.i bagitau satu dunia tau.hahaha amek kau!jangan marah eh wani.nanti hilang seri pengantin baru~





Saturday, November 21, 2009

i hate to feel this way~





















tak suke merindui arjuna.
it hurts like hell!

gggrrrrr!



Tuesday, November 17, 2009

jadilah arjunaku untuk selamanye~

biawak + hati = rindu





lagu ni layan ah.best best!



detik itu semakin hampir (T_T)

untuk pengetahuan dunia, hari ni merupakan hari ke-3 final exam bagi pelajar-pelajar KPTM BP bagi sesi julai-november 2009.cepat sangat masa berlalu.cubelah perlahan sket.i always hope for this semester never end, tapi aku hanya mampu berharap.sigh~


ok.bukan nak cite pasal harapan lah, never end lah, perlahan lah, bagai lah kan.aku nak kongsi cite pasal exam ni ha.bukan students je nervous malah kami yang bergelar pensyarah ni pon tak senang duduk.kalau boleh nak korang semua lulus dengan cemerlang.tapi kite tak boleh jangka ape nak jadi kan.so berserah je lah.yang penting i've done my part of lecturing and now korang punye bahagian pulak untuk balas balik segala pengorbanan kami yang berpeluh-peluh-basah-ketiak-berminyak-muka mengajar korang.camne nak balas? belajar lah rajin-rajin.tak susah pon.sebab kalau korang belajar rajin-rajin, result korang cemerlang.pastu korang boleh keje bagus-bagus.nanti dah jadi jutawan maka duit pon banyak.so kalau awek mintak rumah besar 4 buah pon takde masalah.betul kan?


so semalam exam paper linux.senang je lah.alah benda yang dah diajar dalam class pastu kuar semula kat paper final.takkan lah takleh jawab.kalau korang kaki ponteng pon, module kan ade.bace je lah.kawan-kawan setia pon ade untuk tolong.ye, aku sangat paham kalau korang tetibe blur, pastu sakit perut lah, tak ingat lah, tertukar fakta lah dan macam-macam hal lagi.aku penah gak jadi student.seorang pelajar ijazah sarjana muda sains komputer di Universiti Sains Malaysia.sooooo aku amat memahami masalah korang.YANG PENTING BERUSAHA.ape terjadi pastu, berserah je.harapannye supaya aku senang hati menanda kertas linux.oh tak lupe gak untuk paper EEF isnin depan.good luck ye!

pelajar-pelajar exam maka kami akan jadi pengawas peperiksaan.tau tak, this is the most boring part ever in my history as a lecturer.sumpah tak gemar langsung.bayangkan lah, selama 3 jam.mundar-mandir dalam dewan exam tuh, pastu kutip kertas jawapan, mundar-mandir lagi, kutip kertas jawapan lagi, mundar-mandir sekali lagi, kutip kertas jawapan sekali lagi, mundar-mandir lagi dan lagi, kutip kertas jawapan lagi dan lagi.boleh bayang tak? untuk kurangkan rase bosan tu, aku pon bertindak bijak [hehe] untuk melakukan my favourite thing iaitu snap snap snap.amek gambar lah kan.tengok tengok :

suasana dalam exam hall.ni kat level 2.


hujan...rahmat Tuhan.


buku ni best.ade mase nanti nak explore lagi.


tapi keseronokan itu hanye sementara.emh nak buat ape lagi eh.ok jom conteng-conteng.suke suke.conteng sini.conteng sane sikit.wallaaah.lihat ini :

berbakat kan?saya tau tu.lalalalalaaaaa~


haih.emh ape kate msg arjuna plak.hye sayang cintaku...watpe tu?hahah.gedik kan?rekaan sahaja lah.jangan nak kutuk eh.wek! ting ting.yes, arjuna reply.alaaaaah, kecewanye bile dia tak free mase nih.nak gedik lagi boleh tak.ape kate awak lupekan hal awak tu.teman lah saya.bosan nih.eeeeeeh jangan nak mengadelah rai oooiii.respect his space.go on lah dear.don wori.your gf ni kan tabah dan berdikari.take care eh.bye!


ape nak buat lagi nih??? nak borak-borak tapi takut ganggu fokus students nak jawab exam plak.ade gak la berbual ngan syed.tapi dia lelaki.ape je nak dibualkan.nak mengumpat pon tak layan.heheh.so tunggu je lah the 3 hours to end.mundar-mandir dalam dewan exam tuh, pastu kutip kertas jawapan, mundar-mandir lagi, kutip kertas jawapan lagi, mundar-mandir sekali lagi, kutip kertas jawapan sekali lagi, mundar-mandir lagi dan lagi, kutip kertas jawapan lagi dan lagi.bosan kan?


ok ok.dah habis pon 3 jam.weehuu.kutip sisa-sisa kertas yang ade.jom balik!


eh jap.sebelum tu, nak ingatkan semua pelajar-pelajar kesayangan sahaja supaya jangan lewat masuk dewan exam.datang awal ye.so korang sempat tenangkan diri.jangan lupe bawak ID card dan slip exam.jaga juga pakaian dan kekemasan diri eh.satu lagi, ni amaran keras...jangan nak gedik bawak nota dalam dewan exam eh.senang kate JANGAN MENIRU.last but not least, ALL THE BEST Y'ALL!!!




Friday, November 13, 2009

kurang ade mood~

sesuatu kesalahan tu bukan dari aku tapi aku masih dipersalahkan.
aku nak tarik diri dari semua ni tapi aku dianggap kurang ajar.
aku cuba ringankan beban tapi dikatakan penggalak masalah.
tanggungjawab aku dipersoalkan bile aku diam tanpa sebarang kata.
semua tindakan menjadi bahan pertikaian.


ape harus aku buat?


pejamkan mata.
mungkin itu mampu ubah segalanye.
aku taknak fikir.
aku taknak masuk campur.
menangis dalam hati.sigh~



Friday, November 06, 2009

election day~

hari mengundi sudah pon berlalu bagi pemilihan calon MPP 2009/2010. semuanye berjalan lancar.terima kasih kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjalankan tanggungjawab anda.yang konon-konon tak sempat tu, sila alert on denda ye. so untuk hari bersejarah tu, aku nak kongsi beberapa gambar untuk tatapan bersama. eh eh jap. sebelom terlupe, aku dan beberapa orang kakitangan kptm bp yang lain telah dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa SPR. ok dah. jom tgk gambar :


sehari sebelom mengundi.kami menyediakan barang-barang untuk proses mengundi.yang baju oren tu adalah orang kuat election day kptm bp, sir erwandi.


yang baju biru tu pon orang kuat gak, kuat posing.hahak.sori azahari~


election day!sebelom mengundi, pelajar-pelajar perlu sign attendance.sila beratur ikut giliran.ade muka mpp semester lepas.heh (^_^)


suasana dalam bilik mengundi.


gigih kan beliau mengundi.saje je letak.wakil pelajar lelaki.


selesai pelajar-pelajar mengundi, proses mengira undi dijalankan.a little brief from orang kuat juga, sir hisham.


proses mengira undi bermula.aku dan mimi bergandingan manakal afzahul sebagai pemerhati.


close-up sket muka gigih.ngeh ngeh.


selesai kira undi.bergambar lah!


orang-orang kuat SPR mengira jumlah undi.teliti teliti.


makan time.i like!


nak gak letak gambar nih sebab election day = hanis's birthday.so ade ruang istimewa sket.bile nak buat party buih???



ok.that's all for the day.
keputusan?
tungguuuuu!






Wednesday, November 04, 2009

hati

sesetengah orang akan hidup menggunakan prinsip JUST GO WITH THE FLOW. maknenye ikut je ape nak jadi. haish. pernah tak terfikir dan berangan untuk ada hidup yang lebih baik? bukan nak suruh melawan qada' dan qadar Tuhan tapi selagi kite tak tahu ape akan jadi dalam hidup mendatang, kite boleh berusaha kan? angan-angan tu penting. bukan untuk berkhayal semata-mata tapi kene fikirkan cara terbaik nak jadikan angan-angan tu suatu kenyataan. contohnye kau berangan nak kawen ngan artis. kau nak kat artis tu. takkan nak memuja dari jauh je. try lah untuk dekati artis tu dalam ape cara sekalipon. bile dah dapat, kau jugak yang gembira-seronok-riang-suke-senyum bagai lah kan. semoga bahagia selalu.heh.


bagi aku, orang yang hidup ikut flow ni pemalas. ape nak jadi kau ikut je. takde planning langsung dalam hidup. kalau kau plan pon, kat mulut je. tindakannya takde. nak kene tunggu orang ketuk kepala kau baru nak sedar. tu pon kalau sedar lah. dibuatnye tak sedar, haish...lu pikirlah sendiri. we are talking about FUTURE now. even orang yang dah capai what they've plan pon masih merancang for a better future tau. ye la kan, manusia mane pernah puas. tapi tu semua untuk kebaikan masing-masing. so bagi yang masih belom tentu future ni, macam mane? nak go with the flow lagi ke? hilang akal ke ape? berusahalah!


mereka yang tergolong dalam penyakit JGWTF [just go with the flow] ni selalunye heartless. konon-konon tenang lah kan. tapi at the same time mereka boleh menyebabkan orang disekeliling mereka terabai. kalau kite sayang kat seseorang, boleh ke kau buat tak tau je. kau heartless macam mane pon, kau kene sedar orang tu sayang kau. jangan amek mudah perasaan orang tu. bapak useless kalau kau tak reti hargai orang yang menyayangi kau terutama orang yang sanggup ketepikan hal-hal lain sebab kau. ketepikan hal-hal lain yang lebih penting daripada kau tapi sebab orang tu dah sayang kau meroyanly, orang tu tak nampak kepentingan hal-hal lain tu pon kecuali kau je. orang tu nak kau jugak. tak bertuah ke kau ha?


pernah gak aku hadapi situasi dimana aku nekad untuk go with the flow. nak simpan rahsia besar. tapi aku gak gelabah bile kantoi. aku tak boleh nak ikut flow sangat. aku kene ade plan lain. selagi boleh simpan, aku simpan. bukan nak kate aku ni perfect sangat ke ape. just taknak bertindak bangang bile orang try gurau-gurau ngan aku. nak bergurau pon ade batasan. kalau aku meluat, aku diam je. sometimes, silence is the best killer. rite?


lately aku sibuk sediakan coursework untuk setiap class. sibuk buat class tambahan sane sini. serius aku penat tapi itulah sumber rezeki aku. maka aku jalankan amanah tu ngan gigih sekali. untuk reward kepada kesibukan-kepenatan-kegigihan tu, i just need YOU. i want nobody but YOU. tapi aku paham. kite ade hal masing-masing. diam tak bermakne aku lupe dan tak kesah. aku cume bagi mase dan ketenangan untuk YOU setelkan semua hal. rasenye itu yang terbaik...kan YOU? but believe me, awak melekat kat hati dan ingatan saya setiap masa and never less. awak sangat disayangi oleh saya.TAK TIPU!



Tuesday, November 03, 2009

i don't want nobody but you!

i want nobody noboby but you
i want nobody noboby but you
lalalalalaaaaa~
..........


jom menari yeah!



Monday, November 02, 2009

twist.twisting.twisted.

beberapa hari lepas, aku gembira dengan khabar berita yang disampaikan oleh mak dan pada masa yang sama AKU RISAU.ade dua pilihan.sini atau sane.just now i call mak :

me : how mak?
mak : i'm at SEGAMAT.
me : [speechless]
mak : mak start minggu depan.
me : ok mak.i'll see you at home then.we talk more on this.

tetibe banyak sangat yang aku fikirkan.mesti kehidupan pasni lebih mencabar.walaupun dah biase hidup berdikari...AKU MASIH NAK MAK.ye la kan, dok pon kat umah mak.pastu aku kene take over tugas-tugas mak.nak kawen!ok takde kaitan.heh.

think positive.ade kebaikan punye.relax sudah~