BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 20, 2011

hapdet!

semua orang pasti rindu mak jemah kan? OPS-POCOT! dah ter-reveal nama glam i pulaksss, gelabah niii, tolong tolong! heeeee :P 


ohohoiii dah sebulan jugak tak jenguk blog nih, tak hapdet ape ape pon. mak jemah busy giler giler punye busy! banyak nak kongsi dengan you'olls tauwww. tentang family, kerjaya, hati, perasaan, emosi, fizikal, SEMUALAH! 


but for now, let me show you the new me :) wow wow mak jemah skipping you'olls! :P


haaa amekawww! besar punye mak jemah bagi tatap, kelas tauwww! kau ade? HAHA! nak tau mane mak jemah posing nih? tunggu next hapdet okayyyh! mak jemah hungry, i want to go eat lunch :) wow mak jemah skipping LAGI huhuuu~


eh kejap kejap, mak jemah nak bagi sesuatu sebagai tanda kasih sayang mak jemah kepada pembaca blog mak jemah yang tak seberapa ni, redi? ok NAHHH!



lebiu you'olls! babai :)


Monday, September 12, 2011

telinga kuali.

i just love this song :)


saje.

this is me :) about an hour ago. tall and thin, bukan aku yang perasan, ade makcik tu cakap! 


ekspresi muka yang menggambarkan aku malu malu posing sebab ade students kat depan aku while ima is snap-ing the pic :P 


baju ni susah gosok! renyuk giler huh! oh motif entry kali ni, nak bagitahu, aku berpakaian SOPAN. setuju?


babai.

Monday, September 05, 2011

mengemas.

buang sawang, buang habuk, fuh fuh *tiup* bukan rumah je kene kemas, blog kesayangan ni pon perlukan perhatian tahu. 


after a long silent mode, here i am, again:) as for the start, i want to wish to all Muslims around the world, HAPPY AIDILFITRI :))) may it full with happiness, full with kuih muih, full with duit raya, full with love *ahaksss* and most important, full with blessings from God, amin~


kembali bertugas ke kolej tercinta harini, tak ramai orang, sunyi sepi. buat nota skettt, tentang ape yang perlu diselesaikan, huh banyak :( oh mood kerja sila lah meresap! pagi pagi sudah gelabah update status di facebook, ingat kau retisss letewww, saje nak test market :P




print attendance, pegi kelas pertama at 1030, tak ramai. kelas still berjalan macam biase, i have schedule to follow so takleh tangguh, we never know what's going to happen in the future kan? 


kelas kedua, takde orang langsung, expected actually, serius sunyi sepi kolej ni, ape ingat aku bohong ke? aku mungkin pelupe tapi aku bukan penipu *emo*


so here i am, blogging la kan. next class at 230 nanti. ni pon 1 lagi kelas yang bakal tak ramai. dah kenal sangat students kelas ni. perangai sorang2 dah ade dalam kepala. 3 tahun bergelumang dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragam. kadang-kadang aku malas fikir. worst case pon, aku membebel je lah. nak marah-marah macam tak sesuai pulak, they should be treated as an adult, lagipon sape yang giler sangat suke kene marah maki hamun semua tu, ade? pendek kate, aku kene super banyak punye sabar. boleh boleh!


niat memula nak cerita pasal hari raya yang mulia tapi dah memesong sangat nih, takpe la eh, baca saje :))) so dah dapat senarai sape yang kene pegi moderation, yelahhh my name is in the list, untuk kali ke-7, perasaan? biase je. kali ni kat PD. kenapa bukan key-ell hah?!




next week nak sun-bathing, biar habis tanned kulit, buat istana pasir, jalan jalan di pesisiran pantai, cuci mata :P ok niat dah lari, aku pegi sane untuk bekerja ye, tune niat kasi betol pleaseee!


eh kejap je dah nak 230, oklah, nak stop sekarang jugak!


Saturday, August 20, 2011

aiyooo!

what goes around comes around, what goes up must come down :)





harini kau musnahkan kebahagiaan orang lain, esok? we never know. it is called karma baby :)

Wednesday, August 17, 2011

laP!

nasi ambang lahhh !! IT is in my wish list foods for Ramadhan :) wahhh ade senarai makanan kau! seriously deadly extremely craving for this one. takde pulak rasa nak makan mcD or other fast food, yelakan lidah jawa toh *jaluk ambung :P



sebenarnya aku el ea LA pi ea ar PAR, LAPAR!


Tuesday, August 16, 2011

restart.







  

i don't need attention 24/7. 
JUST, a friend to talk with, sharing my everyday stories, and yours too. 
enough.
 

sehening malam.

hoi dah kenapa tajuk entry begitu? HAHA :P tujuan blogging kali ini adalah, wa nak share one of my latest favorite song by ADELE - ROLLING IN THE DEEP ;)



you have my heart inside your hand :)


best ah lagu ni. joget joget. suara dia unik woh. sukenyerrr! trying to listen to her other songs, set fire to the rain pon best jugak. heh tu la kalau dah suke seseorang, semua benda jadi best. eh bermadah ehem :)) she's big and seems CLEAN, mesti wangi. pandai jaga diri adele nih. comel sangat tauuuwww!


Sunday, August 14, 2011

ngeh ngeh~

situasi : dalam kereta BARU angah :P on the way balik rumah selepas jalan jalan kat bazar ramadhan BP Walk. tak beli apepon, sesuatu yang boleh dibanggakan yeay :))) perbualan antara aku & atin, adik bongsu, jarak umur kami 10 tahun:


aku : nak teka teki tak?
atin : ape?
aku : banyak banyak kuda, kuda ape paling panjang?
atin : kujang? *we are burst into laugh when atin answered this HAHAHA!
aku : apesal pulak?
atin : eh salah, kurafah!
aku : HAHAHA! mane ade binatang macam tu!
atin : abistu?
aku : hadoyaiii lain kali jangan mengarut. sengal tauuu HAHA!
atin : jawapan!
aku : bla bla bla bla *jawapan dirahsiakan, cari sendiri :P


kujang is for kuda yang panjang, kurafah is hybrid types of animal where zirafah and kuda combined. atin atin. apelah yang dia fikir agaknya. anyhow, terima kasih sebab layan along main teka teki. angah kau tu diam je sebab dia fed-up, dia tak penah betol kalau jawab teka teki yang along bagi walaupon jawapan dia tepat. eh suka hati aku la kan, aku yang bagi teka teki, so aku yang decide sama ada jawapan betol or tak lalalalalaaaaa~


haaa ni ade 1 teka teki, banyak banyak tali, tali ape tak boleh dilihat? selamat mencuba yawww :)

Friday, August 12, 2011

tahu.

since my last entry, today is the 12th day of Ramadhan <-- ayat cliche bagi orang yang dah lama tak update blog macam aku :P bukan takde masa nak merepek kelaut kat blog sayang nih, cuma aku sebok dengan hal dunia yang lain. heh.


minggu lepas, aku diarahkan untuk menyertai BENGKEL PENULISAN ILMIAH oleh pihak syarikat selama 4 hari from thursday to sunday day day! lama kottt, tengok tajuk kursus je aku dah melepek kat meja. ape tulis tulis nih, tak minat ah, serius! 


TETAPI


Encik Fauzul Na'im Ishak, penceramah, telah membuatkan first impression aku tentang bengkel ni tidak tepat sama sekali! aku sangat seronok dengar penerangan beliau tentang dunia penulisan. kalau korang nak tahu lanjut tentang beliau, cari ah sendiri heee :)


1 fakta yang sangat betul tentang diri aku adalah aku tak minat membaca, apatah lagi nak menulis. kalau majalah hiburan, komik ke,aku minat lah kan, kalau suruh aku baca novel, haram ah nak baca, seksaan! bukan aku tak penah baca novel langsung, tapi aku perlukan masa yang sangat panjang. bukan sehari je dah habis, OH TIDAK TIDAK. kalau baca buku rujukan pon sebab nak exam jerrr.


adik beradik aku, 3 out of 5 suka membaca. iwan mastermind, angah & atin pengikut tegar. aku & amir, chillex je. heran pon tak kat buku buku yang iwan beli. kalau buku vampire tu, twilight, eclipse tu kan, iwan beli 1 set. semua dah habis baca. harry potter, pon dia dah habis baca. banyak lagi buku buku yang iwan beli kat rumah tu. faisal tehrani merupakan penulis faveret iwan. AKU? beli majalah Eh!, CLEO, InTrend setiap bulan! membaca la jugak kan? heee :)))


so hasil daripada bengkel tu, aku sangat teruja nak tulis buku. boleh kaya tau tulis buku nih. serius. tetapi bukan itu point utama, aku cuma mahukan ilmu daripada buku yang terhasil kelak menjadi amalan semua orang sepanjang zaman. bawak pahala tu untuk perhitungan di akhirat. taknak ke? maka, mari menulis yeay!

the BIG GUY yang sangat best!


me in dark pink, sebelah yang berbungkus tu mimi, belakang tu encik zuraidin, the one that captured this picca was ima, with her iphone4 front camera :P


haaa amek kau. sempat lagi kan. TERperasan ima sedang amek gambar so 1 2 3 pose!


gambar lain? takde! iphone3G i gambar tak best. huh. wokey lah semua, nak sambung buat keje sebagai seorang pensyarah, sediakan soalan exam, marking papers, pegi kelas bla bla bla bla heh. babai~


Sunday, July 31, 2011

terkenang.

esok, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan rahmat, welcome Ramadhan :) tidak dinafikan aku sangat teruja untuk berpuasa, setiap tahun.



cuma kali ni, tanpa ayah.


aku tak mahu bersedih, ayah juga pasti tak mahu kami bersedih. akan aku tahan air mata ini demi memberi kekuatan kepada mak dan adik-adik.



walaupon sebenarnya, aku amat merindui ayah. semoga ayah bahagia di sana, amin~





HAPPY RAMADHAN MUSLIMSSS!

Friday, July 29, 2011

hadoyaiii nye pon.

semangat nak menulis pasal match malam tadi sangat membara TETAPI aku lebih teruja nak menulis pasal dia yang seorang ni :)))


sangat suka tengok dia sedang makan. kenyang!




















sebenarnya, takde ape nak tulis pon. tak suke ah heboh heboh cerita pasal dia ni. biar aku sorang je kenal dia dalam dalam. orang lain tak boleh. ep ep jangan tenung gambar tu lama lama :P










































awak, rindu lahhh.








































oh itu gambar dia 2 bulan lepas. ni gambar 2 minggu lepas.




rambut dah panjang. suke tauwww! ok dah dah. tu je boleh kongsi :P



Wednesday, July 27, 2011

shut down.

dearest heart,










only this, be strong.



sincerely,
your soul

Tuesday, July 26, 2011

last, promise!

haaa dah abis kelas untuk harini. gembira :) pegi survey clogs. gembira lagi :) akhirnya jumpa. gembira lagi dan lagi :)


jom tengok :

nak sepasang macam ni, sexayyy! kalau dapat sebijik macam ni, janji tak beli kasut lagi. ini serius!


 eh jap. kalau dapat kaler ni pon macam best jep. emh rambang rambang!


 woh woh ini lagi best! alaaaaa nak nak nak !!


 gagagagaaaaa ape nih? makin survey makin gilak! klasik nih. i'm dying haaa~


corak camni memang faberet akak sejak kecil ye adik adik :))) nak yang ni jugak!


one of a kind, sangat jarang aku minat kasut bercorak tapi yang ini, marvelousss!


benci kalau survey tapi jumpe yang lebih cantik. aktif je kepala otak ni memikirkan ape nak buat hujung minggu ni. kedai kasut lagi kah? oh emm jee nak beli semua !! gggrrrrr !!



Monday, July 25, 2011

marah betollah - part 3~

baca tajuk entry sekarang! 
boleh agak tak tentang ape aku nak blog kali ni? 





dapat agak?





tahu tak?





oi oi boleh teka tak?





pasal ni lahhhh :

 perhatikan icon paling atas kat desktop nih, dapat baca? Angry.Birds.Rio.v1.1.zip, pastu ade folder Angry.Birds.Rio.v1.1.0 dan folder AngryBirds 1.5.1. haaa semua pasal marah burung kan? fanatik kottt :)


AngryBirds 1.51.1, dah abis main! Rio version baru nak start. kali ni lebih banyak binatang terlibat seperti contoh gambar di atas, monyet! 


sekarang, dah berpuluh kali try matikan burung putih yang bergerak-gerak tuh. benci ah asyik tak berjaya sahaja! pastu siap gelakkan aku kalau burung yang dilontarkan tidak kena beliau. huh! aku boring, so aku stop main jap. menciwww menciwww menciwww :P


takde guide ke maca mane nak matikan burung putih tuh? macam cheat ke. TENSION!



free.

DAHULU, aku update blog hari-hari, bukan setakat hari-hari malah setiap jam, setiap 2 jam, setiap 4 6 8 jam, ada saja mahu di-blog-kan.


SEKARANG, aku update blog jika aku sangat teruja pada sesuatu perkara atau aku taktahu nak meluahkan rasa hati aku pada siapa. 

nak rambut panjang mengurai macam si menawan nih! nak muka bujur kurus macam si menawan ni jugak. kan best kalau NAK NAK tu semua macam tuju lagu kat radio je *iklan


YANG PASTI, aku tidak akan berhenti mem-blog. ada 1 kepuasan yang susah digambarkan melalui kata-kata mahupun perbuatan apabila button PUBLISH POST itu diklik, eh sebentar, mungkin ada 1 perkataan, YESSS!


YANG PASTI LAGI, aku mem-blog bukan kerana mahu menarik perhatian sesiapa, aku mem-blog kerana aku suka bercerita dan secara tak langsung aku tak mengadap TV dan mengunyah tanpa henti :)


YANG PASTI LAGI DAN LAGI, aku mem-blog kerana 1 prinsip yang aku pegang sejak pertama kali aku mem-blog. oh yang itu biar jadi rahsia aku sahaja.


sekarang, 155PM, aku kene stop taip taip kat entry ni sebab kejap lagi, 230PM, ade kelas Linux OS dan aku kene prepare bahan mengajar-lah sangat. nak pegi toilet, nak tepek bedak skettt, nak minum air suam-no more ais ye! and last thing, cek kasut ape nak pakai masuk kelas jap lagi-oh kaki melecet sebab kasut baru hitam berduri from vincci yawww :)


babai semua orang! nanti petang i update cerita lain ek-orang johor huuu~








p/s : entry ni terhasil sebab aku teruja tengok "budak-budak" sekarang update blog menggunakan bahasa W. geliwww ginjalwww makwww nakwww *serius!

Thursday, July 14, 2011

tak marah sangat.


tengok burung merah tuh, gemokkk !! kelakar pon ade huhuuu~dah la berat, baling sekali je dekat menatang hijau tu dah boleh mati semua. lebiu burung merah gemok !!


eh menatang hijau, korang tak aci ah pakai helmet kuning  !!


oh ye, dah 9-12 :)


marah betollah - part 2~

sekarang, 1130, gap lagi sebelom 330 for the next class. lama lagi kan? so blogging la eh heee :) aku sambung main angry bird setelah sekian lamaaa tak jenguk binatang-binatang tuh. 


7-15 :) susah la ngokkk!tension aku. dah bape kali try ntah. nak lunch pon tak selera :P


ni makan dia.

pagi ni bangun dengan rasa sangat tak best. terus pegi dapur tolong mak buat keje rumah ape yang patut. dah siap semua, masuk bilik nak amek tuala dan eh netty tak off ke malam tadi?! macam mane la aku boleh tak ingat nak off, haih. sian netty, panas badan dia. emh sementara netty sedang on, aku pon amek kesempatan online jap. tweet tweet jap, fb jap, nak blogging tapi macam tak sempat. hasil daripada itu, hati makin tak best!


pegi ofis awal sket harini sebab ade kelas at 830. tak ingat nak prepare soalan semalam sebelom balik, nasib baik masih ade soalan semester lepas yang aku conteng kat buku. so tak perlu kelam kabut nak print dan photostate. off to the class for EEF. bile masuk kelas, lupe jap rasa tak best tu. kebetulan dapat students yang best dan feedback mereka pagi ni tak lemauuu. so everything going well :)


sekarang ade gap 1 jam before next class at 1030. aku amek peluang blogging jap. macam biaselah, kalau ade rasa tak best, blog lah tempat luahan. tapi bukan nak cerita kenapa aku rasa tak best, nak share ni je hah, sila tengok :

 hee cek kan untuk amir, adik kesayangan ke-4, dan keputusannya :

huh! benci tauuu. setakat ni aku sorang je yang pegi PLKN, that was 7 years ago. siri pertama beb, pembuka sejarah :) takde la hebat pon kannn. terpilih among beratus ribu manusia masa tu, mak dan arwah ayah je teruja. siap beli semua newspaper yang ade keluarkan list name peserta PLKN siri 1/2004. yelakan nama anak masuk suratkhabar. heh *mata keatas tangan dibahu 


there you go, amir dah boleh plan lepas abis SPM nanti nak buat ape. mesti dia sengih je sebab tak terpilih, memang dia taknak pon. haruslah aku jadi bahan adik-adik aku yang 4 orang tu. asyik tanye soalan same, "ape along dapat mase PLKN?" eh kau mane tahu. diam lahhh! *emo

benci ah camni mirrr!


last weekend amir balik umah, aku amati adik aku yang sorang ni, dah besar rupenye, cara dia berfikir dan bercakap juga semakin matang. kesian tengok dia tunggang terbalik dalam bilik study, katanya SPM dah dekat. amir dah tak online sampai 3 4 pagi macam selalu kalau dia balik umah. amir juga dah tak on-call sampai lewat malam sebab dia dah takde awek, katanye lagi, "amir malas nak fikir. nanti nantilah" it is good then. concentrate on your study first. perjalanan amir masih jauhhh.


adik aku yang sorang ni sangat penyedih. kalau masa pagi raya nak beratur mintak maaf dengan mak dan ayah, amir lah orang pertama yang nangis. padahal turn dia lama lagi. kami yang syahdu ni boleh ketawa tengok gelagat dia dipagi raya. bukan masa raya je, masa amir dapat 4A1B untuk UPSR pon dia nangis, tengok drama pon layan air mata gak amir ni. and now, kalau kat kubur ayah, air mata amir pasti gugur kerana merindui ayah kesayangan kami.


huuu dah roboh mata aku dengan air mata nih, makin pedih sebab bengkak hasil tangisan malam tadi. haih~ok fansss *konon glamer gitewww :P nak out for blogging, class dah nak bermula. babai :)


Wednesday, July 13, 2011

back to kisah hati.

heee kali ni bukan kesedihan kekecewaan kemurungan atau air mata yang ingin dikongsi tetapi nak bagitahu yang aku amat meminati penyanyi yang menyanyikan lagu KISAH Hati ni, alyah :) kebetulan lagu ni pon best! jom tengok video klip :




suka dress merah & oren tu, suka rambut yang panjang tu, suka bunga besar kaler merah tu dan suka remy ishak tu jugaaa :) eh tempat pengambaran lagu ni pon macam nice je kalau buat photoshoot outdoor untuk kawen nanti *gatal :P


mak aku kate, muka alyah ni garang dan suaranye tajam. haa perempuan macam ni la yang aku admire. tak salah kan meminati kecantikan seseorang? lagi sorang artis yang bermuka garang dan bersuara tajam adalah dynas, i minat dia jugak, lebiu dynas! 


taktahu nak share ape lagi, aku cuma boleh bagitahu yang aku adore this woman, her style and mostly her voice. lebiu alyah jugak :))) jom dengar KISAH HATI version live pulak. meremang wa cakap sama loh !




kan? memang lah lagu ni aku dok putaq *penang skettt* kat itunes tu sampai 26 kali. tanpa jemu mu mu muuu~ 


oklah, nak sambung dengar, babai!


Thursday, July 07, 2011

bukan kisah hati.


this is my 500th posts!


yeayhhh!

kisah hati - part 3~

takdela kisah hati sangat. just nak write something here. saje isi masa terluang. baru je abis kelas untuk harini. untuk pengetahuan anda semua, semester baru Julai-November 2011 baru 4 hari bermula. semester ni saya relax relax saje. setakat 22 jam seminggu tu tak jadi hal pon. dah biasa sangattt. tambahan dapat subjek yang dah 5 6 kali ajar, so memang takde ape nak rushing. surga duniaaa :) kalau boleh nak 45 jam seminggu, biar aku takde masa nak layan internet dan angry bird langsung. tolong bagitahu ketua jabatan saya pleaseee :)))


harini genap 3 bulan semenjak kene bedah buang apendiks. dah lepas pantang! sebenarnye dah lama tak berpantang. makan je ape nak makan, pati ikan haruan pon dah tak ingat rupe camne, ubat pon dah tak sapu lagi, even aku dah start joging secara gigih tauuu. dah lama tak rasa sakit akibat pembedahan tu. alhamdulillah, cepat recover. nasib baik mak asyik bebel suruh buat itu ini, dia macam buat-buat lupa yang anak dia ni sakit. aku layankan je, selalunye kalau aku ikut cakap mak, ade hikmah yang tersirat. see now i can run as fast as i can dan terkinja-kinja dengan sangat hilang akal juga :P


berikutan dengan pelepasan berpantang itu, aku mula mengatur aktiviti lasak yang ingin aku sertai. heh takde la lasak mane. aku nak join team bola jaring jerrr pon. dulu masa aku terlantar sakit, ade orang tu call sebab nak ajak main bola jaring. aku bagi jaminan kat orang tu bagi aku masa 3 bulan. nanti aku cari orang tu semula untuk join team orang tu *banyak perkataan orang tu. alah layan je lah hee. tak sabar nak main bola jaring semula yeayhhh!


it is good la kan since aku boleh sebokkan diri dan bergiat aktif dengan aktiviti luar. takdelah asyik nak tido je tiap-tiap kali weekend. bughuk peghangai *pelat R :P aku tak reti duduk diam, maksud aku, terasa tak lengkap je kalau tak bersukan ni. rasa kosong je. serius tahu. peluang tu ada cuma aku kene rajin je. stamina pon dah kemana entah. dah lama tak basah lencun sebab berpeloh. aku juga tak kesah kalau kulit terbakar walaupon sangat lambat nak cerah semula. rintangannye cuma kerjaya aku je. isnin sampai jumaat kene keje, sabtu ahad je free. itupon kalau takde tuntutan dari mak untuk teman dia kemana-mana. takpe, aku rasa benda-benda ni boleh dibincangkan. kan mak? 


nak tahu tak? dulu mase kecik-kecik, aku pernah berangan nak jadi pengurus pasukan, tak kesah team apepon. akhirnya angan-angan aku tu menjadi kenyataan apabila aku menjadi pengurus pasukan bola tampar untuk SUPTEM (sukan poly-tech MARA) 2 kali berturut-turut. suke tauuu! join dorang training, join dorang ketawa tak hengattt, join dorang mengumpat, dapat jugak kenal lebih ngan dorang. selain tu dapat jugak jalan-jalan kannn heee :) ni ade gambar sikit mase SUPTEM 2011 bulan Jun yang lepas:


 setiap petang aku memantau perkembangan dorang training. boleh gak join main sekali tapi kene kawal sket sebab nanti aku yang terlebih sudahhh hehuhehuuu~ comel kan anak-anak i ni :))


mase ni hari pertama kat ipoh. lawan team KL. kalah :( akhirnya dapat nombor 4. ok la kottt. dah kene amok dengan aku, mane tak berubah cara main tu kan. aku garang? memang pon!


back to the story, aku nak bersukan sampai aku dah tak berdaya nak bersukan. cuma aku tak suka sukan menggunakan kaki, contohnye futsal. SANGAT TAK RETI! tapi kalau nak try ape salahnye. saya ok jerrr. so ade sesape nak saya main untuk team korang? saya berbakat besar tahu. tak rugi amek saya. serius :)


kisah hati - part 2~


keliru

Wednesday, July 06, 2011

kisah hati.

aku taktahu kenape aku sangat berperasaan pagi ni, selalunya aku tak fikir sangat tapi kali ni sampai bergenang air mata. dah kenape kan? benci ah tengok diri aku macam ni. orang tu ok je bertahan, aku pulak nak emo emo, haih sangat la tak best!seriously takde mood nak bukak buku sekarang ni, nak main angry bird pon takde mood, tengok gambar baby hanis sengih pon masih takde mood. 



dah lama aku tak rasa down macam ni. selama ni aku terlampau SELESA dengan hubungan kami sehinggakan aku tak sedar aku kadang-kadang terover border dan terlebih gurau. selama ni aku percaya dia memahami aku sangat-sangat tapi tidak. katanya aku dah berubah. entah lah.



aku tak ingat dah berapa lama aku dapat rasakan dia menyayangi aku lebih dari kebiasaan. ternyata aku sangat gembira. sehinggalah dia mengatakan aku mengabaikannya. aku terkejut kerana aku tak pernah rasa macam tu walau sekelumit pon. aku tak pernah berhenti menyayangi dia. katanya aku banyak hal lain dan pentingkan tido. aku bukan sengaja. bagi aku, takde ape yang kami nak kejarkan, hubungan kami dah kukuh, hampir 3 tahun. dia tahu aku sayang dia dan aku tahu dia sayang aku. relax relax sudah.



kadang-kadang kami berselisih faham, jauh di sudut hati, aku takmahu perkara ni terjadi tapi aku rasa aku harus pertahankan hak aku. aku taknak aku saje yang bersalah dimata dia. akhirnya tiada yang baik bagi kami. ego melampaui rasa sayang aku pada dia. aku mengada-ngada, manja dan taknak mengalah. perempuan kan, lumrah kot. tapi aku salah perhitungan. dia juga mahukan perhatian dan aku tak boleh nak paham ape yang dia perlukan. maaf sayangku~



sekarang, bukan masa yang baik bagi kami. aku pasrah. melalui hari-hari dengan suasana yang biasa aku lakukan dulu-dulu. aku takut buat silap lagi dan lagi. aku tak mahu dia marah aku lagi dan lagi jugak. bukan salah dia untuk bengang dengan aku. aku tahu dia cuma mahu betolkan perangai aku yang entah ape-ape ni. aku mengharapkan cuma yang terbaik. aku nak kau sangat sangat!



oklah, nak stop sekarang. azahari ni lalu lalang lalu lalang, pastu tanye aku pernah ajar NA ke tak? eh kau ni kang, putus air mata aku lahhh. kacau orang nak feel je. huh. babai :)





*jiwang kan? jangan nak kata kau tak.

Tuesday, July 05, 2011

marah betollah!


kelakar je khinzir khinzir tersebut duduk dalam kereta kebal HAHA!susah pulak tu nak baling burung burung tu kat mereka, dah berpuluh ratus kali mencuba. betol betol angry camnih!





*aku membayangkan 3 ekor hijau tu sebagai kau, kau dan kau, memang B*B*!


Monday, June 20, 2011

entry bergambar, LAGI :)

klik pada gambar untuk memahami maksud entry kali ini.
kalau tak paham jugak, tak dapat nak menolong lah.





apepon, try your best :)


Monday, June 13, 2011

entah.

perasaan yang pelbagai. 
taktahu nak kongsi atau tidak.
sekarang harus senyum semahunya. 
takmahu fikir banyak.


kereta.
kerjaya.


tapi 2 perkara ini datang bersilih ganti.
nasib baik aku memiliki keluarga dan boipren yang supportive.
nasib baik aku pernah lalui dugaan lebih BESAR.
nasib baik aku masih bernafas~


Thursday, May 19, 2011

tegar.

aku dapat ape yang aku cari.


tepat.


Wednesday, May 18, 2011

sebenarnya.


kerja kerja di ofis sangat menimbun. 
GELABAH !!











but, chill lah kan. bersosial itu perlu huhuuuuu ;)


Friday, April 22, 2011

kembali.

SEPATUTNYA semalam aku dah mula keje semula. oleh kerana aku macam tak yakin nak bergerak banyak, aku tambah mc sehari lagi. but today, i'm back. aku drive dengan penuh berhemah. elak segala bonggol supaya perut tak bergetar sangat. selalunya nak ke ofis ambil masa 10 minit, harini 15 minit. slow and steady :)


park kereta, dapat peewit sket dari ima, aku senyum. rindu kat officemate aku yang sorang nih. dah la aritu singgah rumah hantar kek secret recipe sempena birthday i. macam mana kau tak sayang orang macam ni kan. ima, walaupon i tak boleh makan pisang since i sakit kan, takpe, i makan kek saja. pisang tu semua i ketepikan dan mak i yang makan :P


jumpe lagi beberapa officemates lain, semua tanya khabar. aku jawab, "OK JE" sambil senyum, salam salam. lama tak jumpa kan. selalunya aku akan menuju ke ofis dengan menaiki tangga, kali ni tak boleh. aku cuba kurangkan berjalan. so i guna lift y'all. hehe. aku guna tangga untuk exercise, tapi itu dulu la, sebelom sakit ni hah. sekarang takpayah guna tangga rasanya, alasan 1 ; aku sakit. alasan 2 ; kebanyakan officemate kata aku dah kurus. so tak perlu tangga tak perlu tak perlu :P


sampai kat meja, berlambak mc dari students dan beberapa notis bagai. huh serabut gak tapi buat buat relax. kalau gelabah pon tak kemana. so aku layan fb jap :P atur ape nak kene buat next and next. banyak benda nak kene buat. hopefully aku akan tabah. huuu~


MINGGU DEPAN, minggu akhir sebelom study week. aku perlu teliti kesemua perkara yang melibatkan aktiviti dalam kelas, susun sebaiknya agar sempat habiskan syllabus. memang sempat pon cuma kesediaan students untuk menerimanya sangat penting. aku pon kene banyak cakap, banyak gerak, banyak gelak juga mungkin :P takpe, demi masa depan anak bangsa, insya-Allah semuanya akan ok. kan?


malam tadi.

tak boleh terima tapi aku sayang kau.


Wednesday, April 20, 2011

peace of heart ~



yup, today is my birthday.


Tuesday, April 19, 2011

bila wajahmu sentiasa di hati ini.




walau ku pergi sayangku, dalam jiwaku ini kau la cintaku yang kekal,
selamat tinggal ;)



sebenarnya, aku rindu sama kau.


aku risau kau tahu tak ?

dalam kepala ada bayangan kelas, daily teaching report, attendance record, warning letter, lab test, quiz, syllabus, final exam, students.


TAPI kat perut ada luka.
jalan pon slow.
berdiri pon tak boleh lama lama.
mulut tak boleh cakap banyak.
tak boleh gelak kuat kuat.
makan kene berpantang.
heels tak boleh pakai.
tak boleh ni tak boleh tu.
apepon tak boleh ;P


sila bagitahu aku macam mana nak setel semua ni?
ikutkan hati, aku redahkan aje.
drive pegi kolej, mengajar dalam kelas, buat keje keje lain, balik.
tak kesah lah terburai ke hape.
 pastu, masuk wad lagi. 
 sampai bile bile pon tak baik.


 haih.



Sunday, April 17, 2011

hairan.

i have a confession to make, I DO LOVE WATCHING AF ;) entahlah. tabiat follow AF ni since zaman belajar kat matrik lagi. masa tu AF2, ade zahid, ade adam, ade farah, ade bob mesra, ade zarina, ingat? menonton AF ni aku jadikan sebagai wadah mengisi masa lapang di malam minggu. setiap kali ade AF, aku teruja. takla sampai fanatik sangat tapi aku teruja nak follow je. bukan aku sorang yang minat tengok AF nih, arwah ayah siap pasang astro kat rumah sebab terpengaruh dengan TSUMAWI. mak follow diari AF tau. cuma adik adik aku yang kurang teruja terutama iwan. tak berkenan betol dia dengan rancangan ni. hehe. kau pegi duduk dalam bilik main game lagi bagus. 



AF paling best bagi aku adalah AF5. aku minat heliza. CANTIK BANGET TUH !! suara pon ok. tiap tiap malam minggu, aku dah terpacak kat bilik tv bersesak sesak dengan students lain yang sama sama meminati AF. gamat gak bilik tv tu. oh masa ni aku masih belajar kat USM. tak kesah pon tengok tv ramai ramai, yang penting dapat tengok heliza nyanyi. siap bawak makanan dan nota untuk di baca semasa iklan. memang teruja :P



malam tadi, layan AF9. teruja sebab pengetuanya. AKU SANGAT MINAT AMY PEWIT nih. tapi malangnya peserta kali ni buat aku tutup mata. ape pihak astro dah salah pilih orang ke? tak mencapai piawaian la kot. aku follow AF setiap musim dan aku boleh kata AF9 paling worst. tenaga pengajar dah abis mantap. tapi masih tak best. aku follow gak diari AF since aku cuti sebab sakit kan. sama je sesi pembelajaran mereka. ape lagi yang kurang nih?



aku taklah pakar seni atau pemuzik, aku cuma PEMINAT SETIA AF. so aku rasa aku ada hak untuk dapat kepuasan menonton. ni lagi 1 pengakuan nak buat, aku mengundi tau untuk peserta AF yang aku suka. sejujurnya setiap musim aku mengundi. tak banyak tapi ADA undian dari aku. AF kali ni, TIADA. belom ada yang memikat jari aku untuk mengundi sesiapa. aku cuma suka tengok azri, muka dia macam paknil sikit. perasan tak? 



walaupon vokal peserta malam tadi tak mantap langsung, aku tetap setia tengok sampai penghujung konsert. timbul rasa tak puas hati apabila konsep gugur tu tak dilaksanakan. takyah nak gebang la kalau tak sampai hati nak gugurkan. kesian pada 4 orang yang mengharap nak masuk AF tu. kalau aku ada kuasa, aku gugurkan 4 orang yang MALAS dan gantikan dengan 4 orang yang baru tu. hah baru puas hati !! haha. emo kan aku? AF je kot. takpelah, aku emo tak sampai pukul orang :P



hopefully ade perubahan la kat AF9 ni. yelakan, AF yang terakhir. ALL THE BEST ;)


Saturday, April 16, 2011

rentetan peristiwa berdarah APRIL 2011.

5 APRIL 2011
aku bangun pagi macam biasa, everything was just fine cuma ada rasa sakit perut sikit. mungkin nak period nih. detik hatiku. eceh. siap siap ke ofis dan makin lama sakit perut tu makin mencucuk cucuk pulak. pagi tu kelas start 1030, so i've decided to just rest at my place but i can't take it anymore. sakit sangat perut nih. aku naik tingkat 3 pegi isi borang keluar ofis dan immediately rushed to the clinic. as a result, aku disahkan kene gastrik. dapat MC and i drove back home. baring atas katil menanggung derita sakit perut. serius sangat sakit. jalan pon takleh tegak. muntah muntah. selera makan hilang. mak balik dari ofis dan bawak aku pegi klinik lagi. borak borak warung kopi ngan doktor terlibat dan dapat ubat serta MC untuk esok pulak. lepas makan ubat, aku cuba tido tapi takleh tido. badan menggigil tak keruan. SAKIT !!



6 APRIL 2011
tak boleh bangun. aku tak tahan dah sakit perut camni. tapi aku terpaksa lawan. aku cuba bangun dan buat macam biasa. akhirnya kat katil jugak aku tersungkur. tutup mata menahan sakit yang teramat. aku cuma berharap semua akan OK secepat mungkin. tapi sangkaan aku meleset. aku demam pulak. aku banyak berehat, tak buat ape ape, baring, makan ubat. semuanya terbiar, kelas aku, kereta aku, bf aku. tak larat nak jenguk tak larat nak tanye khabar. SAKIT !!



7 APRIL 2011
siang, aku menahan lagi sakit ni. always pray for the pain to go away. sakit kat keseluruhan perut. rupanya macam ni la sakit gastrik, sebab tu sampai tak boleh puasa bagai. kesiannya pada sape sape yang ade gastrik. aku tahu derita yang mereka tanggung. aku bermonolog jap. layan emosi atas katil, buat buat lupa yang aku sedang sakit perut ni hah. aku nak pegi klinik tapi aku tak larat nak drive. malam, mak bawak pegi klinik lagi. kali ni doktor tu tekan seluruh pelusuk perut aku. tetibe doktor tu tekan sebelah kanan perut aku dan dia lepaskan. BAPAK AH. sakit kau tahu. doktor tu kate aku mungkin sakit apendiks. sejujurnya, aku kurang aware tentang penyakit nih. masa sekolah menengah dulu aku ada kawan yang kene bedah sebab penyakit ni. badan dia kurus je sebab kawan aku tu kata lepas bedah memang takleh gemok. betul ke? hehe. entahlah. maka dengan keterangan doktor tu tadi, aku dirujuk ke hospital besar untuk cek darah dan air kencing.


semua berlaku sangat pantas. lepas cek darah dan air kencing, sah lah aku ade apendiks. doktor tu kate,"you are warded and if takde ape ape, malam ni jugak awak akan dibedah". my reply? takde. aku takde perasaan. aku tak rase neves atau gelabah. aku cuma mesej mereka yang penting dan ikut je ape yang akan berlaku. aku nak semua derita ni berakhir cepat cepat. tetibe ade seseorang cucuk jarum kat tangan aku. sakit ah. jarum panjang pastu besar. ade botol sambung kat jarum tu. eh dah macam orang sakit kat tv lahhh. hehe. aku disuruh duduk atas wilca. teringat kat usop wilca . sempat pulak kau kan. haha. aku dibawak ke wad 4. huish for the first time in my life, i'm warded! nurse suruh tukar baju kaler putih. tapi kenapa orang lain baju kaler hijau? mak kate aku kan nak kene bedah, so kene pakai baju putih. OK MAK !!


maka sampai lah masa nak kene bedah. ape perasaan? takde. tak rasa ape ape. bukan nak berlagak bongkak sombong ke hape, aku cuma teringat bf cinta hati aku tanye ape yang aku rasa sebelom kene bedah tu, aku baru perasan aku tak berperasaan. tak sempat nak neves atau merengek mengade ngade kat bf cinta hati aku tu. tak sempat nak gementar or rasa takut tu semua. takde orang tunggu aku pon masa aku kene bedah tu. mak pon dah balik sebab esok mak keje. kesian kat mak dah banyak tolong aku. mungkin Tuhan sedang memudahkan laluan hidupku masa tu. ini semua berkat doa anda semua yang mahukan saya selamat. syukur :) 


kat dalam bilik bedah, aku terpegun dengan lampu yang besar macam kat cerita HOUSE tuh. huiyooo aku dah rasa macam dalam tv lagi. menyempat. ade orang sekeliling bagitahu aku akan dibius seluruh badan dan orang tu terangkan consequences kene bius ni. emh paham kot. tak kesahlah. buat la ape yang patut. aku nak sihat cepat nih. last thing aku dengar sebelom kene bedah, "RAIFANA JANGAN TUTUP MATA" berulang kali. layan je. aku jegilkan mata besar besar dan akhirnya zzzZZzzzzz~aku sedar 2 jam kemudian. wah dah siap kene bedah. aku dah berada di katil aku kat wad 4 tadi. aku mamai. bukak mata sikit sikit pastu aku tido lagi. 



8 APRIL 2011
tetibe ade nurse kejut, aku terjaga dari lenaku :P dia nak amek tekanan darah. pastu nurse tu cerita yang apendiks aku ni dah pecah tapi jangan bimbang, semua dah ok. bimbang? perlu bimbang ke kalau dah pecah? entah. kan aku dah kata aku tak tahu pasal penyakit ni. BLURRR. lepas nurse tu amek tekanan darah, dia kata aku demam, dia cucuk jarum masukkan ubat, aku kene puasa. takleh makan. pastu aku lagi mahu tanye, air boleh minum? kau paham tak kau kene PUASA? sejak bila lupa PUASA tu bagaimana? mungkin kesan ubat bius.aku jadi lupa. bukan salah aku pon. hehe. menjelang pagi, aku menerima kunjungan dari keluarga dan rakan taulan. bf cinta hati pon ade. SUKA TAUUU~!!



9 APRIL 2011
aku dibenarkan balik petang tu. dapat ubat dan cuti selama 14 hari. LAMA TU WOKKK !!



16 APRIL 2011
hari ni sabtu. dah seminggu lepas kene bedah. perut masih sakit dan aku takleh buat keje berat sangat. aku risau kelas yang terbiar lama tuh. alahai sure berlambak benda nak kejar naik cuti nanti. takpe takpe. boleh buat punya. RAIFANA BOLEH !! progress? aku dah boleh drive. takla jauh mane. sekeliling taman ni je hah. pastu pegi kedai sebab mak suruh beli makanan kucing. heh. selera makan pon dah ok. bf pon tak terbiar lagi. hehe. setakat ni semuanya just fine. alhamdulillah :)


esok nak pegi hospital bukak jahitan. perasaan? kali ni aku neves. sakit tak agaknya? insya-Allah minggu depan aku akan mula keje. tak sabar. emh ape lagi eh nak bebel nih, takde kot. later on aku update lagi. korang semua doakan saya cepat pulih sepenuhnya eh. banyak aktiviti saya takleh join dalam keadaan begini. huuuu~terima kasih ;)



Friday, April 01, 2011

penantian berakhir.

dah hampir sebulan aku dan rakan sejawatan, SAIFUL BAHRI mengadakan pemilihan untuk team bola tampar KPTM Batu Pahat. pemilihan diadakan untuk persediaan menghadapi  SUPTEM 2011 yang bakal dianjurkan oleh KPTM Ipoh nanti. 



setiap hari lepas waktu ofis, aku bergegas ke court bola tampar untuk join students training dan sekaligus memantau mereka dalam proses pemilihan team. bukan senang, mereka sangat bersungguh-sungguh dan komited. kalau boleh nak bawak semua pegi Ipoh tapi setiap kolej hanya boleh hantar 2 pasukan lelaki dan perempuan for the total of 8 people each.



minggu ni adalah penentuannya. nama sudah pon dinaikkan di papan papan kenyataan seluruh kolej. TAHNIAH~!! minggu depan akan bermulanya latihan yang lebih intensif. insya-Allah :)



jom tatap serba sedikit gambar sepanjang proses pemilihan :)



ZIKRI, one of my students merangkap rakan gosip. hehe ;P



mereka ini penuh kesungguhan~MY GEGIRLS yang memang terbaekkk !!



oh ima :) officemate yang sangat supportive walaupon tak terlibat dalam SUPTEM. rajin teman aku training bola tampar. ima juga merangkap rakan gosip yang utama ;P yelakan, mane sempat nak gosip kat ofis. kami banyak keje weh !!



 ima juga bertindak sebagai pemungut bola ;P



ima juga join main tau :) YUNUS, one of my students diletakkan disamping MY GEGIRLS sebagai pembakar semangat. HAHA.



ADNAN, the tallest guy in the team. adnan juga merangkap presiden kelab bola tampar KPTM Batu Pahat. cayalahhh :)



training sampai nearly maghrib. hari hari yang memenatkan fizikal. huuuuu~



BOYSSSIE :)



sampai ade yang terjatuh tergolek tapi maintain jep. semangat kesukanan tuh.



penat cari gambar untuk bukti aku join training ni. walaupon nampak dari sisi je. hehe. YUP THAT'S ME :) padahal ade je gambar lain. konon penat. heh.



memperkenalkan, SAIFUL BAHRI. rakan seperjuangan yang dimaksudkan :) kalau korang tengok dia spike, memang tak lekang mata nih. HOT KOTTT :P dan memang bola spike tu sangat HOT jugak. aku tahu. aku pernah kene libasan spike beliau. walaupon tak sengaja, ia meninggalkan kesan dihatiku. eceh. dah kenapa kan? :P terima kasih saiful for helping lotsssss~!!



mereka yang terpilih :) haah lah notis ni aku yang sediakan. aku tak kreatif. takyah mengata :P



lebih kurang 2 bulan je lagi menjelang SUPTEM 2011. semoga segala persiapan kami berjalan lancar. seriously, aku mengharapkan kemenangan.



bye y'all :)