BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

wah!

facebooking sementara menunggu waktu balik.terkejutnye i bile hafiza arbaei telah tagged gambar-gambar zaman sekolah teknik.rajin plak nak g scan minah ni.ye la kan,mase tu camera digital tidak digunakan dengan meluas dan handphone pun masih Nokia 3310.ok la tuh.ok ok, jom tengok gambar-gambar nih.ade 2 je pon.hafiza, sila letak lagi ye~

kalau terer cari la i.ni mase form 4.


ni mase form 5.cari cari!


terkenang zaman belajar kat teknik.sangat suke subjek lukisan kejuruteraan.suke subjek kimia form 5 juga.hehe.where are you guys???




macam-macam hal~

kat kolej kecoh pasal virus H1N1.semua orang wajib pakai mask.TAPIIIII kan, ntah kenapa, aku tak rase ape-ape tentang wabak nih.aku lebih risaukan kelas yang dah berapa hari aku tak masuk.muka yang semakin comot.selera makan makin kurang.hal itu hal ini.tambahan, hari ni ade lagi satu HAL berlaku.ish kalau boleh tak nak ingat.i just don know how i got the guts to stay until the end.huh.serius aku serik.hopefully ade la langkah-langkah sewajarnye diambil.kalau tak, HAL camni akan sentiasa berlaku.


*************************UPDATE
*************************


warga KPTM Batu Pahat DIWAJIBKAN memakai topeng muka sebagai langkah-langkah keselamatan mengelakkan virus H1N1.


SOOOOO


pakai lah ye seperti mereka ini~

peace y'all~





TUPAI

hye hye all.today nak kongsi sikit cite pasal TIPU.i terpengaruh dengan cite CSI Miami mlm tadi [ima tengok tak?] dah penah tengok pun episod ni tapi i tengok gak sebab BOSAN BOSAN BOSAN!

so nak dijadikan cerita, there is triplets ni yang menyamar dan menggantikan tempat kembar yang lain untuk tujuan hidup yang 1.paham tak?hehe.takpe la.just nak bagitau, the squirrel is clever hopping but one day it will fall also.paham tak?ala ni pepatah yang pasal tupai tuh.pandai-pandai la korang pikir.this triplets make-up stories yang pada mulanye selamat daripada ditahan polis tapi akhirnya kantoi gak.

to y'all, never tell lies.walaupun kite kadang-kadang kene menipu gak untuk selamatkan diri.itu takpe TAPIIIII jangan la buat selalu.sekali kite menipu dan kantoi, it will break TRUST & RESPECT of people to us.and one more thing, jangan suke tikam belakang.jadi enemy in blanket.tak guna!



p/s : berusaha untuk perbaiki diri~



Wednesday, July 29, 2009

hebat la you nih~

dok kat umah selama 2 hari sangat la boring. aku tido+makan+main game+tak online pon. so beberapa rekod baru telah dicipta sepanjang percutian itu. lihat ini:

tengok la.strike je 10 kali.good job rai!


tengok la lagi.kali ni i menang tau.check mate!


at least ade gak aktiviti berfaedah yang aku lakukan sepanjang 2 hari tuh.huhu =P



i'm back~

jika cuti dapat sijil juga~


lihat gambar di atas. ye aku cuti sakit selama 2 hari. hari ni aku kembali ke kolej. aku demam+batok. 2 hari yang sangat penat dan bosan. walaupun takde kekuatan nak mengajar hari ni, aku g gak kolej. rindu kat my students eh eh sebenarnye nak tengok jadual baru. additional of another 2 classes for EEF. full giler jadual. terus rase nak demam semula. TAPI dah tugaskan, anggap ia sebagai cabaran je. seronok kuasa dua maka seronok-seronok~

lihat jadual ku.tak hengat punye penuh.pack kan???


emh let's see, what do i missed sepanjang ketiadaan aku kat kolej nih. tak banyak pun. pertukaran jadual dan beberapa muka baru yang join team lecturers. SELAMAT DATANG. walaupun kolej ni kecik, semangat kami besar tau. berjuang demi anak bangsa tersayang+tercinta~

yang paling mengejutkan[mengejutkan la sangat] adalah bukan aku sorang je yang cuti sakit, rupa-rupanye dyana pun baru naik keje arini. intan masih bercuti. kak pijot+kak lin+kak lim dan beberapa orang lecturers pun tak sihat gak. musim kot. harap-harap takde la yang terkena virus H1N1. students pun ramai gak yang demam. so sesiapa yang tak sihat, jangan gatal-gatak nak datang kolej. cuti je. ini serius!

pakai mask jika rase tak selamat.takyah nak malu.jika malu, anda mati!


so back on my routine as a lecturer. minggu lepas dah plan baik punye nak mengajar ape minggu ni. disebabkan sudah cuti 2 hari dan pertukaran jadual yang mendadak maka aku kene susun semula my own jadual mengajar. doing some preparation. huh. banyak gak nak kene buat. masuk klas tapi cakap sepatah, batok. cakap lagi, batok. camne nak mengajar nih. jadi kite jumpe next class ye. harapannya miss rai dah sihat sket esok~

mood berubah.no more katy perry or mariah carey.layan nasyid. lebih aman+damai~



Friday, July 24, 2009

i'm going to DUBAI~

semalam arjuna kate nak bawak g Dubai. so aku dah setting waktu kat Dubai. kami naik kereta je. agak-agak sok boleh sampai tak? korang nak kirim ape-ape? sms je. doakan kami selamat~




kalau sempat nak tengok Taj Mahal~


cinta mati~

until death do us apart.

Thursday, July 23, 2009

keluhan berpanjangan~

tak baik je selalu mengeluh TAPIIIII aku boring la dengan orang yang berfikiran pendek. bukan fizikal yang pendek tapi tak berfikiran panjang.paham tak?ok ok. aku bagi satu situasi. seorang gadis cun lagi comel berjalan-jalan bersama rakan beliau. rakan beliau adalah seorang lelaki. ok ni satu lagi situasi. seorang gadis cun lagi comel [sekali lagi] dijumpai makan bersama rakan beliau iaitu seorang lelaki. soalannye, adakah mereka mempunyai perhubungan darah?salah-salah bukan itu yang aku maksudkan. adakah mereka berpacaran ataupun mereka hanya berkawan sahaja?

tak semestinya apabila gadis itu keluar bersama rakan beliau iaitu seorang lelaki maka mereka sedang dilambung cinta. mungkin mereka hanya rakan lama. ok people, please make up your mind! mungkin cerita tentang gadis bersama rakannya ini akan membawa onar di dalam kehidupan orang lain. jangan la macam ni. kesian kat gadis tu. aku eh eh gadis itu mahu hidup selesa. biarkan gadis itu bebas berkawan dan sesungguhnya dia tahu batas bersahabat~




soalan cepuk kepala~

lihat gambar ini dan cuba jawab soalan-soalan di bawah :
gambar ni pasal apa?
dimana ia ditangkap?
bila ia ditangkap?
mengapa ia ditangkap?
bagaimana ia ditangkap?

jawab lah.hadiah menarik menanti anda.cepat-cepat jangan ketinggalan!




Wednesday, July 22, 2009

semua orang sibuk begitu juga aku~

minggu ni dan minggu lepas merupakan minggu yang sangat BUSY bagi kami [para pensyarah]. kami semua sibuk buat soalan final. memang sesuatu yang sangat mencabar kewibawaan kami lah kalau sampai kene buat keje nih. from mencipta soalan to printing process then first moderation then kene baiki ape yang salah and finally sediakan clean set. masukkan semuanye dalam sampul surat berwarna putih maka SIAP!!!

jom tengok gambar~

dorang sedang sediakan clean set.dyana in purple & ima in yellow.

mr.civic [left] and mr.saga [right].tekun!

miss aza sedang prepare nak mengajar.sangat berwibawa tau.i like~

mimi yang gigih menolong seorang jejaka di level 2 yang hilang arah.hehe =P

dyana berlakon je nih sebab i yang suruh [maaf dy!hehe =P]

intan is having a discussion with en.zul.mereka ajar subjek yang same.

mr.harrier senang hati sebab dah siap clean set.

walaupun sibuk, azahari tetap maintain pose tau.ima sentiasa di sisi azahari.good ima~

ok dah 530pm.go scan jari.dah time balik!

jom balik!!!
[abaikan azahari.yang penting gambar aku ade!]






unbelievable y'all~

hari ini sudah genap setahun aku BERKHIDMAT sebagai seorang pensyarah di KPTM Batu Pahat. wah sungguh tak sangka tau. macam-macam dah berlaku sepanjang tempoh setahun nih. 22 Julai 2008 merupakan tarikh bersejarah tu. hati sangat berkobar-kobar dan tak sabar nak mula bekerja. mesti seronok walaupun agak gementar. dalam kepala ni asyik membayangkan suasana dalam kelas. aku ni pemalu [ehem] dan kene berdiri kat depan kelas macam nak bentang final projek mase kat USM dulu. gigil siot! takpe2. apepun aku kene lalui gak benda ni.yang pasti aku memang seronok mengajar sehinggakan tak mahu mintak keje kat tempat lain [ehem lagi] maka sila simpan saya di kolej nih.ngeh~


from class to moderation kat hotel de Palma. then g hari keluarga kat PD dan di sana kami menari zapin lalu dapat nombor 3. lagi sekali, nombor 3 ye. then g induksi kat PD then class then moderation again but kali ni kat genting pastu cuti semester yang sangat lame tapi meaningful. pastu g pedagogy kat Quality Hotel dan aku sangat seronok jalan-jalan kat Sogo. now class dah start semula dan baru selesai berhempas-pulas-tonggang-terbalik-terkangkang-terbongkang-tersakit mata-termengade menyiapkan paper final for moderation AGAIN. kak hai, tak nak g mode-tension boleh? ngeh~


the same thing goes to ima & aza. kami report duty selang sehari je. happy 1st annyversary babes! korang memang best [dyana pun best] dan rakan-rakan lain macam mimi, hanis, intan,maz dan kak lili yang bakal setahun juga di kolej ni. semoga korang gigih bekerja ye. dah tetap kan. ngeh~


setakat ni, aku takde dugaan BESAR yang mampu buat aku tak nak keje kat sini lagi. hehe [aku tau ayat ni sangat gila] dan aku harap keadaan ni akan berterusan sebab aku memang suke keje kat sini sehinggakan aku tak lepas interview PTD pun tak rase ape-ape [maaf mak]. hehe. everything about kolej ni memang aku berkenan. ala kalau masalah sikit-sikit tu takde hal lah [macam takde masalah sebenarnye]. ok, ade sesiape nak bagi aku hadiah sempena setahun aku berkhidmat demi anak bangsa kat koleh nih?ngeh~





p/s : orang garang nak bagi hadiah tak?how about trip to Dubai. kite naik kete je eh.huhu.




Monday, July 20, 2009

pelik~

today is 20th July already.
TAPI post untuk bulan ni masih tak memberangsangkan.
lepas ni kene gigih post entry.
GO RAI!!!

[tahniah to Malaysian team yang menentang MAN U sabtu lepas. walaupun kalah, tapi tak kene kitai la kan. aku penyokong MAN U but Malaysia selalu di hati. ececeh]



go iwan!!!

setelah hampir 2 bulan dok kat umah, akhirnya IWAN pulang ke UTP. seperti biase, aku akan rase kehilangan walaupun sebenarnye tak banyak mase kami habiskan bersama atas sebab-sebab tertentu [heh.macam serius je.ok ni rahsia kite eh iwan, angah juga. emh amir pun.ok ok 1 family tau]. TAPI kali ni perasaan sedih tu sangat deep sehinggakan air mata tak keluar. aku sedih kerana banyak perkara. perasaan bercampur baur. berat mata aku memandang, berat lagi bahu iwan memikul. segala HIKMAH yang berlaku dalam kehidupan dia kebelakangan ni diharapkan dapat memberi pengajaran. aku tak pernah memandang rendah kemampuan adik-adik aku walaupun kami mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan cara yang tersendiri untuk berjaya. setiap kegagalan mampu mengajar kita erti sebenar kehidupan. tak selalu kita boleh berada kat atas. Tuhan menguji setiap hamba-Nya kerana tak mahu kita leka dengan nikmat hidup. aku berharap iwan belajar dari kesilapan masa lalu. i will always support you no matter what! [walaupun kau selalu kutuk MAN U dan aku rase nak lempang kau banyak kali tapi aku tak buat sebab aku tak nak kau nangis.haha]. i hope you'll bring that smile and joy to your face again. serabut gak tengok kau macam takde semangat but i know you will make me proud one day. GO IWAN!!! [laungan semangat dari ayah untuk iwan sebelum dia naik bas semalam. sob sob]

kami memang berketurunan comel~



p/s : aku sangat bersyukur kepada-Mu Tuhanku, ape yang berlaku dalam kehidupan hamba mu hari ini adalah dibawah kekuasaan-Mu dan aku menerima dengan redha.


Friday, July 17, 2009

huyyooo!!!

i'm an iPhone 3G owner.heh.teruja betul tengok web nih!



never ending story~

karya ni...........

signboard ni...........

losyen ni...........

makanan ni...........

dan dia ni..........




kepala hot la!

penah tak rase kene pijak? pastu kene lempang banyak kali. aku cukup panas kalau bukan keje aku pastu nak mintak aku bertanggungjawab. aku dah tolong. kira baik tau tak. pastu pandai-pandai la ko setelkan sendiri. keje kau kan. makan gaji buta ke ape. jangan tanye aku kenapa dan bagaimana. tolonglah paham~





CASE CLOSE!



hari gelap~

semalam adalah hari khamis - 16 Julai 2009
hari lahir angah ke-22


HAPPY BIRTHDAY!

this cake is especially for you sis. LOVE YOU~






[entry yang pendek tapi ade isi. tak larat nak menaip panjang-panjang.tak sihat]



Tuesday, July 14, 2009

photogenic~

dikala aku kalut-kabut-kabus menyiapkan diri untuk masuk class pagi tadi, ima anta msg tru skype :

ima : rai. try nih.

Bila anda kebosanan ditempat kerja… lakukan in
i.

1. Sa
mbil duduk, angkat sedikit kaki kanan anda, buatkan bulatan mengikut arah jam menggunakan kaki anda

2. Sambil melakukan ini, angkat tangan kanan anda, dan lukiskan nombor “6” di udara berulangkali. Saksikan… kaki kanan anda kan mengubah arah pusingan secara sendiri.


aku dah cube. huhu. korang jangan lupe try eh. hari ni aku agak sibuk. so soalan final tak siap lagi. takpe, ade 3 hari lagi. emh banyak perkara berlaku hari ni. aku kene tuduh ngan Kak Dila cakap sorang-sorang. ish tak baik je tau akak ni. walaupun aku "gila" makan rambutan, aku masih waras dan tak bercakap sorang-sorang. haha. gelak besar bile ingat kejadian tadi. pasni aku kene bagitau Kak Dila kalau aku cakap dengan orang lain. biar Kak Dila rimas. hah.

pastu aku sibuk kan hari ni, tapi aku sibuk gak nak post blog je. ade sesuatu yang aku nak kongsi tapi tak jadi plak nak post. heh. aku kemas documents yang bersepah dalam PC nih. tetibe terbukak gambar-gambar lame dan baru. jom tengok :


gambar ni diambil mase kat KKTM. comel kan? teka la siape pemilik kaki-kaki ni.


ni pun kat KKTM. ngan ima. aku jadi supervisor untuk fasilitator yang handle minggu orientasi. good job guys!!!


majlis bersanding en.hisham.


antara rakan-rakan pensyarah yang hadir.ceria je.sebenarnye masing-masing berangan nak naik pelamin.hehe =P


with shida.


hanis & intan.ape buat ha?





minggu yang penat tapi menyeronokkan.so sape nak kawen pasni?





nape ntah?!?!!

memikirkan tentang banyak perkara buat aku pening lah. aku sangat berharap my life as a lecturer, as anak mak & ayah, as kekasih orang garang dan seterusnya sebagai hamba ALLAH berjalan lancar dan sentiasa diberkati. amin~

sekadar hiasan.




Monday, July 13, 2009

Tido Ahhh Gemok - TAG

1 am. still awake. the night is still young and so am i.hohoho. ala siang tadi dah tido banyak. malam ni nak berjaga. sebelum mak aku bangun marah sebab aku tak tido lagi, maka aku nak jawab soalan soalan TAG nih. kepada ANGAH, tag la lagi. suke giler swine kene tag.

***********************************************************************

[UPDATE : nak jawab betul-betul la kali nih.heh]

1) Bekas kekasih saya
- tak pernah ade kekasih.

2) Saya sedang mendengar
– aizat - pergi. sob sob.

3) Mungkin saya patut
– sediakan exercise banyak-banyak untuk students. kasi mantap ilmu. heh.

4) Saya suka
– lihat dia.sukenyeeeee

5)
Sahabat-sahabat saya
– ramai.

6) Saya tak faham
– nape la PPSMI dimansuhkan [still wondering why dimansuhkan]

7) Saya kehilangan
– perasaan.

8) Ramai yang berkata
– rai. rai. rai. sebenanye dorang memanggil nama saya.heh.

9) Cinta itu adalah
– susahnye nak bagitau. but all i know is LOVE needs sacrifices.

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
– jawab tag. heh saya la tuh.

11) Saya akan cuba
– kentalkan hati. hadapi segala rintangan.

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
– selamanye bermaksud never end.haha.macam haram je soalan nih!

13) Telefon bimbit saya
– iPhone 3G & Motorola Razr V3.

14) Bila saya terjaga
– bukak mata.syukur aku masih hidup.

15) Saya paling meluat
– manusia yang tak hormat orang lain.

16) Pesta/parti adalah
– kegembiraan.

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
– haiwan tu ape?hahahahaktuih.serius aku malas nak jawab tag nih.tapi aku bosan maka next question please!

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
– since i was born.

19) Hari ini
– kerja lalalala~

20) Malam ini saya akan
– dok umah je. nak tengok bape hari aku boleh bertahan camni. huh.

21) Esok pula saya akan
– siang g kerja dan camne ngan malam??? TAK KUAR LAGI KOT!

22) Saya betul-betul inginkan
- waktu tido yang berkualiti. senang terjaga waktu malam.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
– wo jerawat!

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
- arked permainan.nape? tak percaye ke?

25) Makanan Barat atau Jepun?
– both. bapun or baje or ratje or ratpun.

26) Bilik yang terang atau gelap?
– gelap.senang nak tido.

27) Makanan segera adalah
– makanan yang aku tak masak.maknenye yang boleh dibeli atau suruh je orang lain masak.

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
- ima ade klas?

29) Siapa yang anda ingin tag:
- sesiapa yang rajin nak buat. sila la~


[UPDATE : emh baru rase lega.nape ntah?!?!!]

***********************************************************************

huh.dah siap pun.nak off PC.aku nak TIDO!



Friday, July 10, 2009

ini serius!


jadual dah dapat. maka harus bersedia untuk mengajar minggu depan. yeah~





Wednesday, July 08, 2009

Heal the world~

no comments on Michael Jackson or i should say Mikaeel Abdullah's death. as a normal human being an also a Muslim, setiap yang hidup pasti akan mati. jangan tangisi pemergian setiap orang yang pergi meninggalkan kita. relakan pemergian tersebut dan sentiasa doakan kesejahteraan roh orang yang pergi tu. just now, i'm hopping from one source to another to find out more on Mikaeel Abdullah's funeral. suddenly i've found a qoute that attracts me to share to the world :


"Smile

what's the use of crying

You'll find that life is still worthwhile

If you just smile"





actually this quote is from a song wrote by Charlie Chaplin for the movie Modern Times. it was Mikaeel's favourite song. menarik kan? setuju la eh.heh.



sengal ayam~

kesian ayam. tak pasal2 kene sengal plak. aku tak tau nak letak tajuk ape. biar lah. pedulikah??? haish. mengeluh panjang aku camni. beg KOYAK daaaaa. hangin 1 badan dibuatnye. tak silap aku, baru 2 minggu aku gune beg ni. hampas kelapa la. carut carut. baik lagi beg aku yang colour purple-kalau-pakai-baju-hijau-sure-nampak-janggal-giler tuh. beg ni dah cantik colour coklat. tetibe cam babyh plak kan. KOYAK!!! ok aku wajib beli beg baru AGAIN.

tuh tuh. nampak tak? koyak.ngeh!

tadi kononnye nak cek allignment kete aku yang kalau lepas stereng asyik nak ke kiri je. pastu pakcik kedai kete tu kate tayar aku dah kembung-ape-ntah-lagi-dia-membebel. so kesimpulannye kene tukar tayar baru la kan. ka-ching-ching-ching $$$$$. melayang lagi duit aku untuk fairlady terchenta nih. takpe2. banyak berjasa nih. sesekali belikan tayar baru, TAKDE HAL LAH.yeah~


ape lagi eh. emh. oh ye, aku g bayar bil iPhone. ceh bukan la. saje je nak letak iPhone dalam setiap post. hah. aku g bayar bil celcom. cek bil trough sms nilainye RM140.40. rupe-rupenya itu total untuk main line. aku as sub-line je. so kene bayar RM5.55. MURAH. memang patut pun sebab aku tak berapa nak expose number ni kat orang lain. kalau ade yang tau tu maknenye anda bertuah. tahniah la~



semua nak duit. keje keje pastu setiap bulan dapat gaji pastu abis. lumrah alam. aku kene belajar menyimpan dan berjimat cermat la pasni. WAJIB! kasut takyah beli dah. tapi Vincci ade sale up to 70% ye. harga kasut purple-3 inci-meletop-hot baru RM20.50. murah kan? tak rase cam rugi ke kalau tak beli. so aku nak beli, TAPIIIII aku masih ade 3 pasang kasut kat ofis yang berkeadaan baik dan menawan. pastu ade 1 wedges kat Carlo Rino. aduh memang menggoda nafsu betul lah. nak beli tak?nak beli tak?nak beli tak? dilema dilema. heh.dah dah. bile nak kawen
[kawen lagi] kalau asyik beli tu beli ni.



banyak dah membebel ni. BYE~



Tuesday, July 07, 2009

kompang dipalu, pengantin baru ewaaahhh~

memandangkan aku dah keje hampir setahun, terasa nak kawen sekarang [ape kaitan???]. jeles siot tengok orang sane sini kawen. boleh tak nak naik pelamin tu je. saje nak praktis. mesti seronok. TAPIIIII harus diingat bahawa ekonomi aku masih goyah dan matlamat hidup masih tak tercapai dan mak ayah aku pun tak risau lagi aku kawen ke tak dan iPhone ni pun tak habis contract lagi dan itu dan ini begitu begini. OK OK cukup! aku boleh sabar. relax sudah. sabar itu separuh daripada iman~

ni ha. nak bgtau, one of my colleague [Mr. Norhisham] telah menamatkan zaman bujang beliau.
TAHNIAH! maka ahad lepas adalah majlis bersanding kat umah pihak perempuan. walaupun macam takde kaitan sangat, aku nak g gak. huhu. setibenye kat sane, kompang dah bunyi. mencari2 pengantin dan pengapitnye [ustaz Adli]. ha nampak pun. waaahhh segak. bukan pengantin tapi pengapit. ngeh~

sebenarnye aku agak excited sebab nak tengok pasangan [isteri] en. sham ni. tak penah tengok pun. so hari tu dah nampak. comel. good taste [perkataan faveret ima]. warna pelamin dan costume pengantin sangat menarik. I LIKE~

ni je gambar yang ade. antara staff kolej yang hadir adalah en. Farid & keluarga, kak huda & keluarga, en. zul & keluarga, maz tanpa keluarga, kak pijot tanpa keluarga, azahari with ehem ehem and beberapa orang students. paling best, dia ni pun ade tau. lihat lihat di bawah :

tadaa.kekasih lama.heh =P

anyway, selamat menjalani kehidupan berumah tangga untuk en.sham dan isteri. penyertaan anda di kelab bujang is terminated. harap maklum~






ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu juga~

last weekend i was at Aquaria KLCC. BEST WOOOOO [sila jeles]. macam jakon pun ade padahal ikan je pun.eh tak tak, ade gak haiwan2 lain di sana. tetibe rase cemburu kat ikan2 tersebut. berenang sane sini. bebas je. jadi tontonan umum. hot giler swine lah!

pengembaraan yang sangat enjoy. selalunye aku rajin je nak bace segala maklumat yang ade kat tepi tangki ikan2 ni. menambah ilmu pengetahuan kan. TAPI aku sibuk amek gambar gune iPhone 3G baru.heh.BAD iphone [marah]. so lawatan kali ni bukan sambil belajar tapi sambil menyelam minum air. apekah?!!???

pastu kan ade cam laluan bergerak. laluan ni membawa kite semua melihat hidupan laut secara terus.heh cam ayat kat cite discovery. sebenarnye saiz hidupan2 ni lebih besar daripada ape yg kite lihat. dah la, malas nak cite banyak2. sila lihat gambar2 di bawah :






tak cukup kat Aquaria, aku sambung pengembaraan kat Aquazone plak. alang2 dah datang dari jauh kan [ececeh] setakat kene tambah RM15 nak masuk Aquazone tu, TAKDE HAL LAH! so tadi kat Aquaria dah bayar RM28 [kalau ade student card bayaran lebih murah ye.aku lupe kad matrik USM masih ade dalam simpanan.excited punye pasal.hah]. total = RM43. kat dalam Aqu
azone ni ade DR.FISH. tugas beliau adelah membersihkan kaki2 manusia yang berdaki terkepam dalam kasut nike.heh. lebih kurang macam terapi la. best best~

masukkan kaki anda di lubang itu~




ok dah abis~



Monday, July 06, 2009

serabut la~

ish.
aku menyampah.
gggerrrrraaaaaaammmmm!!!



************************* UPDATE
*************************



ok.
tak menyampah lagi.
percubaan berjaya.
yeay~



************************* UPDATE *************************



dah dah.
malas nak layan.
buat hal pulak.
b word!




Wednesday, July 01, 2009

pelanduk memang la serupa~



tatap lah muka i.tatap tau.pastu make comparison.pagi tadi dan ade gak sebelum ni kak huda cakap muka aku macam mimi [one nation emcees]. betul kah? aku minat gak kumpulan ni dan mengikuti perjalanan dorang mase gangstarz dulu. but that is not the point. one of my student pun penah bagitau benda yang same.heh.tak tau nak buat reaksi camne.senyum je.meh tgk muka mimi pula~

same tak?abaikan rambut yang panjang mengurai tuh [jeles!]

fokus pada mimi sahaja~

uish sekali lagi jeles ngan rambut itu. serupa kah?




p/s : sape lagi hot?hee~