BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 05, 2010

mari mari dengar cerita baekkk punya!

malam tadi selepas selesaikan semua kerja-kerja rumah seperti sidai baju, lipat baju, basuh pinggan dan gosok baju saya pon memulakan satu misi yang baekkk punya. sebelom tu nak bagitahu seluruh isi dunia bahawa saya dapat subjek baru untuk diajar iaitu COA [Computer Organization & Architecture]. maka misi yang dimaksudkan adalah mentelaah subjek berkenaan. dah lama rasanya tak bawak balik kerja-kerja ofis kat umah. masa mula-mula bergelar pensyarah tu memang bawak semua buku balik umah. study la katakan. kat ofis takde masa sebab busy dengan kelas dan macam-macam hal~


sebenarnya COA ni penah belajar kat USM dulu. cuma nak refresh je. antara subjek kegemaran saya gak nih. tapi saya seakan-akan gelabah untuk subjek ni. dulu masa ajar NC subjek baru gak takla gelabah camni. mungkin sebab saya take-over subjek ni dari seseorang yang sangat berpengalaman. takut dibandingkan kot. ye la, saya tak hebat mane pon. kalau la seseorang tu baca blog ni, saya ada ucapan untuk beliau, AKAK JANGAN RISAU, SAYA AKAN JAGA STUDENTS AKAK DENGAN BAIK DAN MENGAJAR MEREKA DENGAN PENUH DEDIKASI. SAYA JANJI! akak jangan sedih-sedih tau. saya paham perasaan akak. saya pon pernah menyerahkan subjek kegemaran saya pada lecturer lain. sangat tersentuh~


oleh kerana saya gelabah, saya pon mencari-cari buku rujukan yang pernah digunakan semasa kat USM dulu untuk nota-nota tambahan. ape yang menarik? meh tengok gambar jap:

ni lah bukunya. seingat saya harga buku ni RM60 sebuah. bayangkan kalau saya ada 6 subjek, total??? bila difikirkan semula, betapa untungnya students KPTM BP yang bayar RM80 dan dapat 6 modul. haih~

ni hah yang menarik. saya tak ingat saya serajin ni masa zaman belajar dulu. baca buku tebal beb. siap highlight lagi. setiap perkataan penting. setiap page saya baca. tak kiralah lecturer kata penting atau tak. saya jadi begini kerana saya sedar saya tak pandai. hanya sifat rajin yang boleh tolong saya skor setiap subjek. maka saya sangat rajin membaca dan sangat rajin buat nota sendiri. rindu ah nak belajar lagi!

hah ni lagi. kalau sekarang ni, bace ayat pertama kat atas sekali tu pon boleh menguap ;P

kalau ada gambar rajah, mesti nak lukis semula untuk menguji ingatan. heh~

sila contohi saya yang rajin ni tau! ;P



study punye study, baca punye baca, maka dah abis satu chapter. sekejap je. dalam sejam kot. tengok apa yang saya tulis kat kertas nih:

LOGIC GATES. tu je yang mampu saya tulis. adakah saya semakin senang paham ataupon saya semakin malas menulis? buku rujukan tu cuma hiasan je. huhuuu~




OK LAH saya dah bersedia kot nak mengajar COA nih. terima kasih kepada pembantu-pembantu saya ;) ALL THE BEST RAI!

4 tukang tilik:

are-mirol said...

pic no 3 2 mcm jadual berkala je.. ahahhaa

RAIFANA ABDULLAH said...

kan? bukanlah, itu pergerakan data ;)

Wandi said...

hhmmm... rai.. ada tips x?

RAIFANA ABDULLAH said...

en.wandi = redah je ;)