BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 09, 2011

tiada ganti.

74 hari setelah pemergian ayah sayang.


kini, 8 januari 2011, aku kehilangan seorang lagi insan yang aku sayangi.


lebih kurang selepas azan subuh, aku tersedar sebelom alarm berbunyi. aku berdebar-debar dan resah tak tahu kenapa. tetibe telefon rumah berdering dan dijawab oleh mak. selalunya kalau telefon rumah yang berdering, pasti tokwan *atok perempuan sebelah mak* yang akan call. aku tak dapat menangkap butir-butir perbualan mak dan tokwan. pelik. kenapa tokwan call pagi camni. 


mak ketuk pintu bilik aku dan mengejutkan aku dan angah dengan berita kematian toktan *atok lelaki sebelah mak* hati sayu. sedih. teringat arwah ayah.


aku, angah, iwan, atin dan mak bergegas ke kampung selepas melawat pusara ayah pagi tu. sampai di kampung, aku tengok tokwan tenang di hujung kepala toktan. beliau meredhai pemergian suami tercinta. mungkin kerana toktan dah lama TIDAK SIHAT. 


toktan lumpuh sedikit demi sedikit anggota badan sejak tahun 2003. mula-mula kaki, kemudian sebelah kanan badan dan paling terakhir, toktan tak boleh lagi mendengar. dah lama rasanya aku tak berbual dengan toktan. semasa toktan boleh mendengar, aku akan duduk di hujung kaki toktan dan melayan toktan bercakap walaupon toktan akan tanya soalan yang sama banyak kali. sedikitpon aku tak bosan melayan toktan malah aku terkenang masa tua aku kelak. serba sedikit ianya menginsafkan aku~


tubuh badan dan dunia ini hanya pinjaman yang sementara daripada Tuhan kepada umat-Nya, lama kelamaan, kita akan tua dan tidak dapat menikmati keindahan dunia dengan keadaan yang sama. bagaimana hari tua aku nanti? ada tak anak cucu aku yang boleh layan aku kalau aku nyanyok? ataupon aku akan dibenci oleh anak cucu aku? pernah fikir?


toktan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan oleh orang kampung dan sanak saudara. toktan dikuburkan di tanah perkuburan berdekatan. hujan mengiringi bacaan talkin. syahdu sungguh suasana ketika itu. ingatan terhadap arwah ayah datang dan pergi. semoga toktan ditempatkan oleh-Nya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~


takde lagi orang yang panggil aku toyot :(


7 tukang tilik:

Muhd Hanis said...
This comment has been removed by the author.
RAIFANA ABDULLAH said...

lu nak jaga gua? huuu touched~ :P

Muhd Hanis said...
This comment has been removed by the author.
RAIFANA ABDULLAH said...

oh haah ek. lupe pulak. huhuuu~lagipon hanis kate nak jodohkan anak kite kan? so ikatan persaudaraan tu semakin mantaplah :P

Muhd Hanis said...

jap jap pikir blk..hahaha

RAIFANA ABDULLAH said...

haha. jahaaaaat !!!

Muhd Hanis said...

kira ok la tu pikir blk drp reject terus..hahaha