BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 09, 2011

half way oledi meyh :) - part 2~

sambungan dari entry lepas :)


after students dah jawab soalan mid-exam, tugas kami sebagai pensyarah adalah marking papers !! mulalah segala penyakit datang menyerang. semalam, separuh hari aku pening sebab marking papers. macam-macam jawapan aku terima. entah dari mana la students aku ni belajar, pelik pelik je jawapan mereka. haih~



kesalahan ejaan nama aku tu dah SELALU SANGATTT berlaku. setiap kali mula semester baru, aku akan suruh students aku tulis nama aku dalam module mereka supaya mereka ingat nama aku:


NUR RAIFANA BINTI ABDULLAH a.k.a MISS RAI ;)


senang je nak ingat. TAPIII masih ade lagi yang salah tulis. beriya add aku kat fb tapi nama aku pon tak ingat. heh. RAIHANA, RIHANNA, RAFAINA, RAIFAMA dan bagai. aku potong je markah sesiapa yang salah tulis nama aku nih. padan muka. HAHAHA !! menjadi kemestian pada aku untuk mengingat setiap nama students aku. pada aku ia akan memudahkan komunikasi dan lebih mesra auwww :P aku ingat nama penuh mereka contohnya AHMAD NUR HAKEEM BIN ABD. KAHAR :P MUHD HILMI BIN ALUWI, MUHAMMAD FARHAN BIN SUPARMAN, NOR ATIKAH BINTI MISMAN, SITI MARYANI BINTI ARSAT, eh semualah. memang aku akan berusaha mengingat nama mereka. gigih kan? kadang kadang bile dah terlalu banyak nama nak kene ingat, aku tersalah panggil student tu dengan nama ayah mereka, contoh:


miss rai : azmi, apesal tak datang semalam?
student A : sape azmi miss?
miss rai : tu lah *sambil menuding jari ke arah azmi*
student A : tu bukan azmi miss, tu aizat. azmi tu ayah dia.
miss rai : *gelak jap* maaf aizat :P


tak sengaja lahhh. nama anak ngan nama ayah nak dekat *alasan* HAHA !!




tadi baru marking paper NC. aku rasa student aku ni neves kot. sampai mengeja pon tunggang tebalik. jawapan sepatutnya cable boleh jadi cabinet, registered jack boleh jadi relay racks, kan jauh tuh. bunyi je seakan sama. camne nak bagi markah nih? memang TAK lah kan. ade gak yang translatekan ayat bahasa melayu jadi bahasa inggeris satu persatu, contoh:



jika ada penambahan peralatan pada masa akan datang, ianya boleh ditambah dimana-mana saja = if have additional devices in time future, it device can be plus anywhere.
  


sangat lah jujur ayat itu. takpelah, at least korang mencuba. keep-up :) MISS RAI boleh paham bahasa pelik nih. dah biasa~



actually, pengalaman ni semua sangat berharga bagi aku. aku belajar untuk menjadi lebih baik dalam mendidik anak bangsa aku sendiri. setiap kesilapan mereka adalah kelemahan aku yang perlu dibaiki pada masa akan datang. barulah boleh maju. ye takkk ?? :)


 sejuk hati bile tengok student jawab macam nih. berbaloi baloi rasenye membebel kat dalahm kelas tu :)



maka markah pon akan cemerlang lah. GOOD JOB !!



kalau yang ini, emh no comment :(



 haih~sedih tau tak. tak bosan ke nak mengadap subjek same lagi sem depan? renungkan.



dah abis marking, kene key-in markah pulak. itu je aku tak siap lagi. oklah, nak sambung buat keje. dah lama sangat blogging :P until next entry peeps. babai. assalamualaikum w.b.t :)


3 tukang tilik:

Ryu Watanabe said...

hahhaa.. betul tu.. nasib baik saya tulis name miss betull ..hehehe
miss. ape cerite skrang.. sudah peningx2 rase nak pitam ke.. anyway.. bersabar laa dgn jawapan kiteorang..

BaM_kAnGkOnG said...

haha.. mis ingat name saye lah. bangge bangge !! :)

Fatin liyana said...

http://juicyjunkieswardrobe.blogspot.com/

do check out this blog, follow them and spread the words, tq :D