5 APRIL 2011
aku bangun pagi macam biasa, everything was just fine cuma ada rasa sakit perut sikit. mungkin nak period nih. detik hatiku. eceh. siap siap ke ofis dan makin lama sakit perut tu makin mencucuk cucuk pulak. pagi tu kelas start 1030, so i've decided to just rest at my place but i can't take it anymore. sakit sangat perut nih. aku naik tingkat 3 pegi isi borang keluar ofis dan immediately rushed to the clinic. as a result, aku disahkan kene gastrik. dapat MC and i drove back home. baring atas katil menanggung derita sakit perut. serius sangat sakit. jalan pon takleh tegak. muntah muntah. selera makan hilang. mak balik dari ofis dan bawak aku pegi klinik lagi. borak borak warung kopi ngan doktor terlibat dan dapat ubat serta MC untuk esok pulak. lepas makan ubat, aku cuba tido tapi takleh tido. badan menggigil tak keruan. SAKIT !!
6 APRIL 2011
tak boleh bangun. aku tak tahan dah sakit perut camni. tapi aku terpaksa lawan. aku cuba bangun dan buat macam biasa. akhirnya kat katil jugak aku tersungkur. tutup mata menahan sakit yang teramat. aku cuma berharap semua akan OK secepat mungkin. tapi sangkaan aku meleset. aku demam pulak. aku banyak berehat, tak buat ape ape, baring, makan ubat. semuanya terbiar, kelas aku, kereta aku, bf aku. tak larat nak jenguk tak larat nak tanye khabar. SAKIT !!
7 APRIL 2011
siang, aku menahan lagi sakit ni. always pray for the pain to go away. sakit kat keseluruhan perut. rupanya macam ni la sakit gastrik, sebab tu sampai tak boleh puasa bagai. kesiannya pada sape sape yang ade gastrik. aku tahu derita yang mereka tanggung. aku bermonolog jap. layan emosi atas katil, buat buat lupa yang aku sedang sakit perut ni hah. aku nak pegi klinik tapi aku tak larat nak drive. malam, mak bawak pegi klinik lagi. kali ni doktor tu tekan seluruh pelusuk perut aku. tetibe doktor tu tekan sebelah kanan perut aku dan dia lepaskan. BAPAK AH. sakit kau tahu. doktor tu kate aku mungkin sakit apendiks. sejujurnya, aku kurang aware tentang penyakit nih. masa sekolah menengah dulu aku ada kawan yang kene bedah sebab penyakit ni. badan dia kurus je sebab kawan aku tu kata lepas bedah memang takleh gemok. betul ke? hehe. entahlah. maka dengan keterangan doktor tu tadi, aku dirujuk ke hospital besar untuk cek darah dan air kencing.
semua berlaku sangat pantas. lepas cek darah dan air kencing, sah lah aku ade apendiks. doktor tu kate,"you are warded and if takde ape ape, malam ni jugak awak akan dibedah". my reply? takde. aku takde perasaan. aku tak rase neves atau gelabah. aku cuma mesej mereka yang penting dan ikut je ape yang akan berlaku. aku nak semua derita ni berakhir cepat cepat. tetibe ade seseorang cucuk jarum kat tangan aku. sakit ah. jarum panjang pastu besar. ade botol sambung kat jarum tu. eh dah macam orang sakit kat tv lahhh. hehe. aku disuruh duduk atas wilca. teringat kat usop wilca . sempat pulak kau kan. haha. aku dibawak ke wad 4. huish for the first time in my life, i'm warded! nurse suruh tukar baju kaler putih. tapi kenapa orang lain baju kaler hijau? mak kate aku kan nak kene bedah, so kene pakai baju putih. OK MAK !!
maka sampai lah masa nak kene bedah. ape perasaan? takde. tak rasa ape ape. bukan nak berlagak bongkak sombong ke hape, aku cuma teringat bf cinta hati aku tanye ape yang aku rasa sebelom kene bedah tu, aku baru perasan aku tak berperasaan. tak sempat nak neves atau merengek mengade ngade kat bf cinta hati aku tu. tak sempat nak gementar or rasa takut tu semua. takde orang tunggu aku pon masa aku kene bedah tu. mak pon dah balik sebab esok mak keje. kesian kat mak dah banyak tolong aku. mungkin Tuhan sedang memudahkan laluan hidupku masa tu. ini semua berkat doa anda semua yang mahukan saya selamat. syukur :)
kat dalam bilik bedah, aku terpegun dengan lampu yang besar macam kat cerita HOUSE tuh. huiyooo aku dah rasa macam dalam tv lagi. menyempat. ade orang sekeliling bagitahu aku akan dibius seluruh badan dan orang tu terangkan consequences kene bius ni. emh paham kot. tak kesahlah. buat la ape yang patut. aku nak sihat cepat nih. last thing aku dengar sebelom kene bedah, "RAIFANA JANGAN TUTUP MATA" berulang kali. layan je. aku jegilkan mata besar besar dan akhirnya zzzZZzzzzz~aku sedar 2 jam kemudian. wah dah siap kene bedah. aku dah berada di katil aku kat wad 4 tadi. aku mamai. bukak mata sikit sikit pastu aku tido lagi.
8 APRIL 2011
tetibe ade nurse kejut, aku terjaga dari lenaku :P dia nak amek tekanan darah. pastu nurse tu cerita yang apendiks aku ni dah pecah tapi jangan bimbang, semua dah ok. bimbang? perlu bimbang ke kalau dah pecah? entah. kan aku dah kata aku tak tahu pasal penyakit ni. BLURRR. lepas nurse tu amek tekanan darah, dia kata aku demam, dia cucuk jarum masukkan ubat, aku kene puasa. takleh makan. pastu aku lagi mahu tanye, air boleh minum? kau paham tak kau kene PUASA? sejak bila lupa PUASA tu bagaimana? mungkin kesan ubat bius.aku jadi lupa. bukan salah aku pon. hehe. menjelang pagi, aku menerima kunjungan dari keluarga dan rakan taulan. bf cinta hati pon ade. SUKA TAUUU~!!
9 APRIL 2011
aku dibenarkan balik petang tu. dapat ubat dan cuti selama 14 hari. LAMA TU WOKKK !!
16 APRIL 2011
hari ni sabtu. dah seminggu lepas kene bedah. perut masih sakit dan aku takleh buat keje berat sangat. aku risau kelas yang terbiar lama tuh. alahai sure berlambak benda nak kejar naik cuti nanti. takpe takpe. boleh buat punya. RAIFANA BOLEH !! progress? aku dah boleh drive. takla jauh mane. sekeliling taman ni je hah. pastu pegi kedai sebab mak suruh beli makanan kucing. heh. selera makan pon dah ok. bf pon tak terbiar lagi. hehe. setakat ni semuanya just fine. alhamdulillah :)
esok nak pegi hospital bukak jahitan. perasaan? kali ni aku neves. sakit tak agaknya? insya-Allah minggu depan aku akan mula keje. tak sabar. emh ape lagi eh nak bebel nih, takde kot. later on aku update lagi. korang semua doakan saya cepat pulih sepenuhnya eh. banyak aktiviti saya takleh join dalam keadaan begini. huuuu~terima kasih ;)