BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 17, 2011

hairan.

i have a confession to make, I DO LOVE WATCHING AF ;) entahlah. tabiat follow AF ni since zaman belajar kat matrik lagi. masa tu AF2, ade zahid, ade adam, ade farah, ade bob mesra, ade zarina, ingat? menonton AF ni aku jadikan sebagai wadah mengisi masa lapang di malam minggu. setiap kali ade AF, aku teruja. takla sampai fanatik sangat tapi aku teruja nak follow je. bukan aku sorang yang minat tengok AF nih, arwah ayah siap pasang astro kat rumah sebab terpengaruh dengan TSUMAWI. mak follow diari AF tau. cuma adik adik aku yang kurang teruja terutama iwan. tak berkenan betol dia dengan rancangan ni. hehe. kau pegi duduk dalam bilik main game lagi bagus. 



AF paling best bagi aku adalah AF5. aku minat heliza. CANTIK BANGET TUH !! suara pon ok. tiap tiap malam minggu, aku dah terpacak kat bilik tv bersesak sesak dengan students lain yang sama sama meminati AF. gamat gak bilik tv tu. oh masa ni aku masih belajar kat USM. tak kesah pon tengok tv ramai ramai, yang penting dapat tengok heliza nyanyi. siap bawak makanan dan nota untuk di baca semasa iklan. memang teruja :P



malam tadi, layan AF9. teruja sebab pengetuanya. AKU SANGAT MINAT AMY PEWIT nih. tapi malangnya peserta kali ni buat aku tutup mata. ape pihak astro dah salah pilih orang ke? tak mencapai piawaian la kot. aku follow AF setiap musim dan aku boleh kata AF9 paling worst. tenaga pengajar dah abis mantap. tapi masih tak best. aku follow gak diari AF since aku cuti sebab sakit kan. sama je sesi pembelajaran mereka. ape lagi yang kurang nih?



aku taklah pakar seni atau pemuzik, aku cuma PEMINAT SETIA AF. so aku rasa aku ada hak untuk dapat kepuasan menonton. ni lagi 1 pengakuan nak buat, aku mengundi tau untuk peserta AF yang aku suka. sejujurnya setiap musim aku mengundi. tak banyak tapi ADA undian dari aku. AF kali ni, TIADA. belom ada yang memikat jari aku untuk mengundi sesiapa. aku cuma suka tengok azri, muka dia macam paknil sikit. perasan tak? 



walaupon vokal peserta malam tadi tak mantap langsung, aku tetap setia tengok sampai penghujung konsert. timbul rasa tak puas hati apabila konsep gugur tu tak dilaksanakan. takyah nak gebang la kalau tak sampai hati nak gugurkan. kesian pada 4 orang yang mengharap nak masuk AF tu. kalau aku ada kuasa, aku gugurkan 4 orang yang MALAS dan gantikan dengan 4 orang yang baru tu. hah baru puas hati !! haha. emo kan aku? AF je kot. takpelah, aku emo tak sampai pukul orang :P



hopefully ade perubahan la kat AF9 ni. yelakan, AF yang terakhir. ALL THE BEST ;)


3 tukang tilik:

encHIx laNDax said...

huih~ benci gile sama AF!hahaha!

wardahsakinah said...

haah. mmg pown. diorg skrg tgk muke gak laa. sore bleyh touch up lg. kalo tak dpt jual sore, jual laa muke. market gk.

RAIFANA ABDULLAH said...

farhan = eh syuh syuuuh !!

wardah = baik masuk bidang modelling kalau camtu. kesian pada yang lebih berbakat tapi tak berpeluang masuk AF.