BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 06, 2011

kisah hati.

aku taktahu kenape aku sangat berperasaan pagi ni, selalunya aku tak fikir sangat tapi kali ni sampai bergenang air mata. dah kenape kan? benci ah tengok diri aku macam ni. orang tu ok je bertahan, aku pulak nak emo emo, haih sangat la tak best!seriously takde mood nak bukak buku sekarang ni, nak main angry bird pon takde mood, tengok gambar baby hanis sengih pon masih takde mood. 



dah lama aku tak rasa down macam ni. selama ni aku terlampau SELESA dengan hubungan kami sehinggakan aku tak sedar aku kadang-kadang terover border dan terlebih gurau. selama ni aku percaya dia memahami aku sangat-sangat tapi tidak. katanya aku dah berubah. entah lah.



aku tak ingat dah berapa lama aku dapat rasakan dia menyayangi aku lebih dari kebiasaan. ternyata aku sangat gembira. sehinggalah dia mengatakan aku mengabaikannya. aku terkejut kerana aku tak pernah rasa macam tu walau sekelumit pon. aku tak pernah berhenti menyayangi dia. katanya aku banyak hal lain dan pentingkan tido. aku bukan sengaja. bagi aku, takde ape yang kami nak kejarkan, hubungan kami dah kukuh, hampir 3 tahun. dia tahu aku sayang dia dan aku tahu dia sayang aku. relax relax sudah.



kadang-kadang kami berselisih faham, jauh di sudut hati, aku takmahu perkara ni terjadi tapi aku rasa aku harus pertahankan hak aku. aku taknak aku saje yang bersalah dimata dia. akhirnya tiada yang baik bagi kami. ego melampaui rasa sayang aku pada dia. aku mengada-ngada, manja dan taknak mengalah. perempuan kan, lumrah kot. tapi aku salah perhitungan. dia juga mahukan perhatian dan aku tak boleh nak paham ape yang dia perlukan. maaf sayangku~



sekarang, bukan masa yang baik bagi kami. aku pasrah. melalui hari-hari dengan suasana yang biasa aku lakukan dulu-dulu. aku takut buat silap lagi dan lagi. aku tak mahu dia marah aku lagi dan lagi jugak. bukan salah dia untuk bengang dengan aku. aku tahu dia cuma mahu betolkan perangai aku yang entah ape-ape ni. aku mengharapkan cuma yang terbaik. aku nak kau sangat sangat!



oklah, nak stop sekarang. azahari ni lalu lalang lalu lalang, pastu tanye aku pernah ajar NA ke tak? eh kau ni kang, putus air mata aku lahhh. kacau orang nak feel je. huh. babai :)





*jiwang kan? jangan nak kata kau tak.

4 tukang tilik:

ima said...

kejap je dah 3tahun kan?
bertahan je rai. standard dalam relationship memang macam tu. lagi la umur-umur macam korang skrg ni. sama je dengan org dulu.

dugaan ni untuk tengok korang kuat ke tak kuat. kena tarik napas & berfikir. cool okeyh.

ingat konsep layang-layang ;p
hadapi dengan senyuman :)

RAIFANA ABDULLAH said...

tq ima :) *touched

lyana's nuri said...

apa konsep layang layang miss. share sket. :)

Zuraidin said...

ishhh tak sempat nak baca, tapi mcm kisah sedih jer.... rajin tu type...tapi "azahari ni lalu lalang lalu lalang" .... dia ni busy betul sekarang ni yer semenjak nak ambik MSc ni..."busy body" kot ...huhu...