BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 28, 2011

konon konon.

Testing post entry guna iPhone :P

Tak boleh upload gambar eh?
Emh macam mane nak tukar font?

Aku yang tak pandai explore kot.


Ok lah, babai :)

Wednesday, February 16, 2011

sigh~

ade orang kate, orang lain tau, bukan aku yang kate, orang tu kate, jangan suke mengeluh. tak baik. emh logiknye kalau mengeluh tu tak baik bagi aku adalah kerana keluhan itu akan meranapkan semangat aku untuk melakukan sesuatu perkara. 


TAPI


sekarang ni aku mengeluh kerana aku sangat teringin terhadap sesuatu perkara dan aku sedang mengusahakannya. aku bukan mengeluh kerana perkara tu susah nak dapat atau suatu yang mustahil. cuma aku tiada masa yang ample untuk betul betul tumpukan pada perkara tersebut. banyakkk sangat benda nak tumpukan. haih haih dan haih~~


macam pening kan entry nih? takpelah, biar aku saja tahu perasaan itu~





aku harap, aku akan dapat ape yang aku nak, sesuatu perkara. insya-Allah :)

Monday, February 14, 2011

meroyan.



Republik – Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo



tak memasal aku sedih menghayati bait bait lirik lagu nih. hidung dah merah. kalau orang lalu lalang tanye kenapa nangis, aku nak jawab ape? jawab je mata masuk habok. lame kan? lantak sane :P


vroom vroom !!

kadar excited sangat tinggi untuk post entry walaupon banyakkk sangat kerja nak buat. hehe. relax ah. jap lagi sambung eh :) 



kenape excited sangat tinggi ??



haaa meh nak kecoh. 



weekend lepas jumpe amad sayang !! ok tu excited pertama. excited kedua adalah dapat jacket kulit kaler brown yang sangat murah dan excited ketiga, dapat naik fz bersama amad sayang !!



itupon excited ke ?? biar aku saje yang tahu perasaan itu. huhuuu~



macam bersepah pulak entry nih. hal ini disebabkan kadar excited yang sangat tinggi lalu tak tahu nak susun ayat bagaimana. hahaha. ok ok. let's start it all over again. shall we ?




have i ever told you that i really extremely crazily fall in love with speed? kalau belom tahu, sila noted. kalau dah tahu, baguslah :) nasib baik negara kita ni ade undang-undang tentang had kelajuan bagai. kalau tak, sure aku lenjan je myvi aku tuh 160km/j. tapi minat pada kelajuan diaplikasikan kepada game yang berunsur kelajuan je. takleh nak apply kat jalanraya.  aku sayang duit, maka aku akan pandu ikut had kelajuan yang ditetapkan. tak mahu bayar saman maaa. tak tido malam nanti. penah gak kene saman ngan polis sebab park kereta kat line kuning. padan muka aku. serius tak tenang. heh.



once upon a time, amad sayang bagitahu nak beli superbike. mulut aku mengomel cakap kat amad sayang, "tak perlu eh bb. beli kereta besar je". tapi dalam hati aku mengomel jugak cakap, "yes! that's what i want dear. beli je beli je. kereta besar pon beli jugak :P". akhirnya amad sayang beli fz. tengok gambar di bawah :






suka tauwww !! pastu kan, weekend lepas dapat naik fz nih merempuh *perkataan harus superb ye* bandaraya KL. seronok woh wa cakap sama lu orang semua. lajuuuuu beb !! tak hengat dah shawl aku sepah sepah sebab fz tu dilenjan laju dan semakin serabut shawl aku sebab tak pakai jaket. maka singgah shopping complex beli jaket jap. heee :P pastu sambung merempuh bandaraya KL lagi dan lagi. gembirenyeeeeeeeeee !!



amad sayang bimbang aku tak suka naik fz. amad sayang berkata, "kalau naik motor ni, lalu tepi lori sampah, bau busuk". dah betul lah tu, takkan bau harum semerbak pulak. pastu amad sayang berkata lagi, "panas kan naik motor?" betul lagi, sure lah panas. matahari atas kepala kot. amad bimbang aku tak selesa dengan keadaan sebegitu. SESUNGGUHNYA, SAYA SANGAT TAK KESAH !! persetankan semuanya. malahan, saya sangat suka tau. awak pemandu berhemah so saya rasa selamat je. awak buat corner baring pon saya ok je :P jangan bimbang eh amad. saya akan sentiasa begini sampai bila bila. saya akan sentiasa seronok naik fz awak tu because i really extremely crazily fall in love with speed and i also really extremely crazily fall in love with you, even more !!



taip pon dah laju je. excited punye pasal. haha. oklah. nak sambung merempuh kerja kerja ofis yang menimbun ni pulak. babai y'all~peace :)


Monday, February 07, 2011

setelah sekian lama~

huuu~lame sangat tak update blog kesayangan :( saya cuma rajin blog-walking je. baaaaaaaaaanyakkk sangat nak kepoh kepoh nih. yela kan, dah hampir 2 minggu tak hapdet. hal keje, hal rumah, hal diri, hal boipren. hikhik. nanti lah ye :)


but for now, nak cerita tentang aktiviti yang setelah sekian lama saya tak buat. berapa lama? ade la jugak dalam 5 bulan. haaa percaya atau tak, dah 5 bulan saya tak menyarungkan kasut sukan. maknenye saya dah lama sangat tak work out. ekoran daripada itu, berat badan saya sudah naik beberapa kilo. waaaaa~!!! rasanya last saya bersukan adalah mase wakil staff untuk SUKOL bulan 10 tahun lepas. team kami dapat naib johan y'all :)


saya sebagai GA. aim high and shoot. weee~!!!


bukan la tak cantik kalau chubby tu, cuma kurang fit dan kurang yakin. baju pon dah banyak yang menampakkan bibit bibit babat. huuu malu wok !! maka dengan tekad dan keazaman yang tinggi, saya pon berniat untuk joging selama 4 hari cuti CNY yang lepas. niat tinggal niat sahaja nampaknya, saya hanya bersenang lenang di rumah ;)


sabtu, badan panas, kepala pening, tak selera makan. haih nak demam nih. saya tak suka demam laaah. susah nak baik tau. so ahad sy kuatkan diri untuk joging jugak sebab nak badan berpeluh supaya demam boleh kebah. bertemankan adik bongsu kesayangan, saya berjaya lah joging petang tu dan alhamdulillah, dengan izin Tuhan, demam saya dah ok. suka tauuuwwwww :)


 
kasut yang dah lame kepam dalam kete. masih baru wooot wooot :)


eceh konon konon. padahal berlakon mintak atin amek gambar. geli :P


inilah atin a.k.a adik bongsu kesayangan :)


harus ye amek gambar begini. hikhik :P


saya juga dalam usaha untuk mengecilkan tubuh badan. bukan sesuatu yang mudah. kat rumah banyak makanan laaahhh. mane tahan kalau tengok je. pastu iklan kat tv pulak macam macam pasal makanan. haih menggoda sungguh !!


semoga saya berjaya. doakan saya :)

Friday, January 21, 2011

taktahu nak letak tajuk ape. serius.

aku berjaya tido dengan nyenyak lebih kurang 5 pagi tadi. lebih kurang jam 6, aku bangun semula untuk melakukan tugas hakiki sebagai seorang anak. tiba di ofis seperti biasa dan mula melakukan tugas-tugas sebagai pensyarah seperti biasa. hidup aku memang biasa saja :)

 
walaupon tido lewat, aku tak ngantok atau letih. umpama lari 2 pusingan padang 400 meter tanpa henti pon aku mampu lakukan dengan baik. nak suruh cabut rumput kat stadium batu pahat pon aku boleh buat dengan kemas. hype and active. aku tak pasti sama ada kerana aku memakai footpatch atau sebab lain. angah kate, kesan footpatch ni nanti aku akan rasa panas je. memang malam tadi aku agak panas. berpeluh-peluh dan tak selesa nak tido. pastu angah kate, lepas dah bangun dari tido nanti, aku akan segar bugar. emh betul la kot firasat angah tu :)







entah ape sebenarnya aku nak cerita kat entry kali ni. jap aku cuba susun satu persatu. mula-mula tentang shoe contest yang dianjurkan oleh seorang blogger. aku nak join sebab nak dapat kasut free. itupon kalau aku berjaya menarik minat blogger tu tentang cerita kasut aku. dah siap amek gambar semua kasut yang menjadi koleksi dan semestinya aku ada banyak cerita pasal kasut. akhirnya itu semua hanya jadi angan-angan. aku takde masa. kat ofis SANGAT banyak keje. malam pulak aku nak tido je. haih. lain kali lah aku join contest camni. insya-Allah~


semester baru JANUARY - MAY 2011 telah pon 2 minggu bermula. semester ni aku mengajar 4 subjek untuk 4 kelas. buat pertama kalinya aku mengajar 4 subjek dalam satu semester. selalunya paling banyak pon 3 subjek je. agak keliru gak kalau nak mengajar subjek yang seakan-akan sama. teringat ajar kelas lain camni, rupanya itu subjek lain. tersasul je mulut nih. nasib baik students best best belaka, so aku enjoy mengajar walaupon agak kelam kabut. thanks y'all~!!mungkin mula-mula ni agak serabut. mane nak capai nota nye, mane nak buat kuiz nye, assignment lagi, harap-harap minggu depan lebih tenang dan relax.


soal hati. dah lama tak cerita pasal encik amad akem kan? he's okayyy, i think. happy with his own life.


family. okayyy juga :)


aku. fine. just fine.







saje letak gambar kasut-kasut kesayangan. hilangkan gian tak dapat join contest :P




babai.


Friday, January 14, 2011

hehe.

downloading new games at iTunes for FREE. i search for the games that i've played at ima's new iPhone4 and FOUND IT !!


 game picit jerawat dan bintik hitam. layan weh. SYIOKKK !!!


 mula mula identify di mana jerawat itu berada. then zooooom in babeh !!!


 haaa geram tak kau ?!! picit picit !!


okeh dah terkeluar semuanya !! hip hip hoorayyy !!!


ni lagi satu kegemaran yang amat. boleh la kucing ni layan aku bercakap setiap hari. takdelah aku bercakap sorang sorang macam bangang kan. pastu nak emo tak memasal. eh cerita ape pulak nih. abaikan abaikan. hello kucing :)


penat ah. nak tido. selamat malam kucing~


kesayangan.

dah lama rasanya tak update lagu kat iPhone. salah satu sebabnya adalah aku tak dengar sangat lagu lagu kat iPhone ni. kat rumah bantai tengok tv je lah. aku cuma dengar lagu masa study je. itupon aku buat masa kat ofis menggunakan PC ni hah. kat rumah adalah masa untuk berehat secukupnya sahaja. heh. nak dijadikan cerita, aku terus je sambung usb kat PC untuk sync kan iTunes dengan iPhone. tetibe dapat notice macam ni :



The iPhone can't be used because Apple Mobile device is not started. 

 
hah?!!??! apekah semua ini?!!??! dengan gelojohnya aku dapatkan bantuan dari encik yahoo lah kan. nasib baik ade orang yang pernah mengalami nasib yang sama dengan aku. cuba punya cuba punya cuba akhirnya berjaya !! alah senang je. meh aku ajar *berlagak*



pertama, korang click kat CONTROL PANEL eh. cari ADMINISTRATIVE TOOLS, then click lagi. tengok gambar kat bawah:



pastu korang akan dapat display yang macam ni dan click pada SERVICES:



dekat SERVICES tu nanti, korang cari APPLE MOBILE DEVICE dan tengok yang aku bulatkan dalam kaler merah tu. kalau device korang belom start, click kat start tuh. so sekarang Apple Mobile Device korang is activated !!



haaa now my iPhone is back in business babeh yeayhhh !!! jom lah syncronize kan ia :) weee~!!


teringin nak memiliki iPhone4. bye~


gembira.

petang semalam, sementara menunggu nak abis waktu keje, ANA, one of my bestfriend kat USM tegur kat chat fb. no spesific purpose. just nak borak-borak kosong. latest news about ana nih, she's engaged. aku tak kenal sangat tunang ana tu. tak berpeluang lagi nak busybody. heh~anyway, this is what ana asked me at the first place: *abaikan line purple dan bintik bintik hijau tuh. hiasan semata*



yup, ana tanye aku bile nak tunang? ape yang aku respon kat ana? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
biarlah rahsia~


kami juga sempat bercerita tentang kawan-kawan yang lain. alhamdulillah, semuanya sudah ada hidup masing-masing dan masih merancang untuk masa depan yang lebih baik. 

 from left : jijah + me + ana + ainy + ila + zimah~mase ni kami menyambut raya korban di perantauan. menagih simpati kawan-kawan kat penang nak makan sedap dipagi raya. haha. giler tak malu. terima kasih diucapkan kepada kirah yang sudi melayan kami. rumah kirah kat gelugor je. dekat sangat ngan USM. dapat la makan mee udang. nyum nyum !! among us, zimah dah kawen. ana dah tunang dan bakal kawen jun 2012. ainy and ila sedang merancang sesuatu yang baik tahun ini. jijah masih bersama hilmi tersayang beliau :) all the best for your relationship girls. hip hip hoorayyy !!! *tetibe*


 from left : wani + me + iman~kat toilet Queensbay Mall. biaselah, zaman tangkap gambar dalam toilet. sekarang tak buat dah. heh. mereka berdua ni adalah antara kawan baik aku masa kat USM. kami amek majoring yang same. so kebanyakan kelas kami adalah same. wani dah kawen lebih kurang 2 tahun lepas. wani orang klang. dok rantau panjang. alhamdulillah, aku dapat hadir ke majlis bersejarah beliau. now wani sedang pregnant. TAHNIAH WANI !! iman pulak, emh i'm not so sure. nanti i buzz dia eh :)



haha. terasa nak gelak je kalau tengok gambar ni. entah mane mane la air terjun kami jumpe kat penang tuh. bantai layan mandi manda kat situ. pastu gatal-gatal sebab ade ulat. GELIII !! tak cukup mandi manda kat sini, kami terjah miami beach pulak. haaa hangpa semua jangan tak caya, kat penang ade miami beach woooh. heheee~oh nak kenalkan seorang lagi kawan baik kat USM dulu, tu hah, yang pakai t-shirt kaler oren tu. beliau adalah team-mate mase buat final project. ape eh name project kite kak ajri? lupa sudah. huhuuu~kak ajri ni sedang keje kat USM. setia nooo kat USM. hip hip hoorayyy !!! *tetibe lagi*


gambar ni saje je letak sebab nampak aku kurus. hahah. memang kurus pon mase ni. i lost 11kg !! sekarang dah dapat semula 11kg tu. malas ah nak diet. bluekkk !!!



rinduuu la zaman belajar. the best part ever in my life. i'm looking forward to study again. nak naikkan taraf pendidikan. bagus kan? pray for me y'all :) until then, babai~!!



Monday, January 10, 2011

going down.

 stress !!!


tengok gambar makanan boleh buat hati tenang. SERIUS !!