BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 13, 2010

luluh~

jom baca artikel ni.saya jumpe di halaman facebook salah seorang rakan saya.sangat menarik untuk dikongsi bersama.baca ye~



"abang, saya mahu kita berterus terang sebelum kita mulakan hidup sebagai suami isteri" 


"cakaplah, apa dia sayang?"


"kenapa abang terima saya. kita tidak pernah kenal pun sebelum ni. saya bukan perempuan baik"


"sayang, kenapa cakap macam tu. abang terima sayang seadanya. abang pun bukan baik. Percayalah" 


"tak.abang baik, alim, sabar. saya perempuan kotor"


"jangan cakap mcm tu. sayang tak tau, abang dulu jahat" 


"tak.sy lagi jahat! biar sy cerita"


"jangan, biar abang cerita dulu. kerana kisah itu, sayang tau, abang jadi abang yang sekarang ni. dulu, abang pernah sentuh seorang wanita. abang jahat. berdosa! hina! abang tak layak untuk perempuan sebaik sayang. abang lagi kotor dari sayang. abang terima sayang sebab abang tau sayang terbaik untuk abang"


isterinya terkejut. tangisan yang deras mengalir sudah berhenti mengalir.ditenung suaminya.


"abang, saya juga pernah tidur dengan seorang lelaki dulu. saya kotor. lagi hina dari abang. saya menangis, rasa bodoh dan menyesal . saya fikir, saya tak mampu dapat lelaki yang baik lagi. bila parents abang datang pinang saya, berat rasanya mahu menerima abang. tapi tak sangka"


terhenti kata-kata itu. jangan pernah persoalkan kenapa isteri baik dapat lelaki jahat dan kenapa lelaki baik dapat isteri jahat. ingat, ALLAH sudah berkata perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik.


pernah ada orang tanya, kenapa dia tu baik dapat suami jahat?dan jawab seseorang, "mana awak tahu dia baik?" ya, mungkin kita nampak dia baik tapi tahukah kita siapa dia disisi ALLAH? mana kita tahu apa dan siapa dia dulu. bagaimana hati dia dan hubungan dia dengan ALLAH. kita tahu? tak, kita tak tahu. hanya ALLAH yang tahu.


terdiam. dalam hati mengakui. jangan pernah bermimpi untuk mendapatkan seseorang yang baik kalau kita sendiri tidak pernah cuba mengubah diri kita kepada kebaikan.



amacam?tersedak-uhuk-uhuk tak?entry ni sekadar renungan bersama. bye~


3 tukang tilik:

Lovelysya said...

miss klw sy lam situasi uhh..adoii..mcm bole pengsan woo~hhaaa

RAIFANA ABDULLAH said...

sbb tu kene kenal bf kite sebaiknye.tiada rahsia.

Lovelysya said...

yup2 tiada rahsia..
terbuka gitu~