BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 20, 2009

go iwan!!!

setelah hampir 2 bulan dok kat umah, akhirnya IWAN pulang ke UTP. seperti biase, aku akan rase kehilangan walaupun sebenarnye tak banyak mase kami habiskan bersama atas sebab-sebab tertentu [heh.macam serius je.ok ni rahsia kite eh iwan, angah juga. emh amir pun.ok ok 1 family tau]. TAPI kali ni perasaan sedih tu sangat deep sehinggakan air mata tak keluar. aku sedih kerana banyak perkara. perasaan bercampur baur. berat mata aku memandang, berat lagi bahu iwan memikul. segala HIKMAH yang berlaku dalam kehidupan dia kebelakangan ni diharapkan dapat memberi pengajaran. aku tak pernah memandang rendah kemampuan adik-adik aku walaupun kami mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan cara yang tersendiri untuk berjaya. setiap kegagalan mampu mengajar kita erti sebenar kehidupan. tak selalu kita boleh berada kat atas. Tuhan menguji setiap hamba-Nya kerana tak mahu kita leka dengan nikmat hidup. aku berharap iwan belajar dari kesilapan masa lalu. i will always support you no matter what! [walaupun kau selalu kutuk MAN U dan aku rase nak lempang kau banyak kali tapi aku tak buat sebab aku tak nak kau nangis.haha]. i hope you'll bring that smile and joy to your face again. serabut gak tengok kau macam takde semangat but i know you will make me proud one day. GO IWAN!!! [laungan semangat dari ayah untuk iwan sebelum dia naik bas semalam. sob sob]

kami memang berketurunan comel~



p/s : aku sangat bersyukur kepada-Mu Tuhanku, ape yang berlaku dalam kehidupan hamba mu hari ini adalah dibawah kekuasaan-Mu dan aku menerima dengan redha.


2 tukang tilik:

zuraidin said...

dalam gambar tu si Iwan tu cam tak kisah jer, kakak dia jer posing sakan ...

RAIFANA ABDULLAH said...

en. zurai taktau dia baru lepas nangis sebab nanti rindu kat sy. haha =P

maaf iwan!